Wordpress Versi Terbaru 2.5

Bagi pengguna wordpress, sudahkah anda UPGRADE wordpress anda kepada versi terkini iaitu 2.5?

Saya baru sahaja berpeluang untuk upgrade blog saya kepada wp versi 2.5 ini selepas berpindah server dari sempoihosting.com (babai shuth ;) ) ke server saya sendiri setelah hampir setahun blog ini dihostkan di sana. Apa yang dapat saya katakan tentang versi terkini wordpress 2.5 ini adalah, ianya sungguh menarik terutama sekali bahagian “rupa paras” administratornya. Saya lebih suka rupa bentuk admin sekarang berbanding yang terdahulu.

Terdapat juga ciri – ciri tambahan yang menarik seperti senarai categories yang boleh di “drop menu” kan seperti yang saya lakukan pada blog ini. Ciri ini boleh ditambah pada bahagian Widget Dashboard. Lihat di sebelah kanan blog ini ya? Anda juga boleh menulis (aka menaip) artikel anda secara FULL SCREEN. Satu fungsi yang saya rasakan cukup menarik. Tak perlu lagi bersesak mata untuk menaip artikel.

Masalah cuma timbul apabila ada sesetengah “plugin” tak dapat digunapakai pada wordpress versi 2.5 ini. Ini maknanya mungkin sesetengah plugin kegemaran anda terpaksa di tinggalkan umpama meninggalkan kekasih hati.

Jika anda perasan, theme blog saya kali ini juga turut berubah. Memandangkan agak bosan saya lihat theme sebelum ini, maka saya ambil keputusan untuk ubah rupa paras blog ini juga. Sebarang komen dialu – alukan. ;)

Untuk anda yang masih belum memiliki blog, saya sarankan untuk anda membina blog anda sendiri pada hari ini juga. Memandangkan “kuasa blog” di Malaysia semakin menular di kalangan rakyat lebih – lebih lagi media kini banyak memberi pendedahan tentang “blog”, mengapa tidak anda lakukan langkah drastik untuk memulakan blog anda sendiri dengan menggunakan nama anda sendiri. Umpama lirik lagu “Jangan tunggu lama – lama, nanti lama – lama… nanti di ambil orang” – Lagu apa.. tak ingat pula tajuknya.

Bagi yang berminat nak bina blog, boleh dapatkan Pakej Kit Blogger menerusi saya. Masih ada ruangan tawaran terhad yang saya tawarkan. Video dari Zul ini sememangnya banyak membantu saya dalam proses Upgrade blog dan memindahkan data blog dari server lama ke server baru. Jadi, jika anda masih tercari – cari cara nak buat blog, jangan lupa untuk dapatkan panduan ini.

p.s – Anda boleh download e-zine edisi#1 saya di www.peluanginternet.com sekarang. Dalam edisi pertama kali ini, saya nyatakan prosedur serta beberapa trik mencari informasi berkaitan perniagaan internet. Semoga dapat membantu. Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh kemukakan di sini dan saya akan reply pertanyaan anda sama ada menerusi ruang ini atau pada e-zine yang akan datang.

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



11 Responses to “Wordpress Versi Terbaru 2.5”

  1. komenebook says:

    (salam) buat amirol

    Yup. seperti yang diperkatakan…wersi wordpress terbaru memang menarik, saya dah baca ulasan sorang mat saleh dalam versi 2.5 ni. saya tak akan upgrade lagi untuk buat masa terdekat ni..(huhu). Tunggu bila semua kijer saya selesai.

    Bila bukak je site amirol. tetiba tengok lain (tak baca lagi post artikel di atas)…La..rupe2nya dah tukar Themes.( tag description pun dah lain ye?). Themes yang ni pun ok, 3 colums better than 2 columns.

    Sekarang ni, blog dah jadi satu virus yang baik, cume harap2nya, ia tak disalahgunakan. harap2 newbie dapat gunakan blog secara berhemat dan bermanfaat :-)

  2. shuth says:

    tahniah amirol.. dah mampu guna server sendiri sekarang nie yer.. caya la!… :)

  3. wanmus says:

    Salam.
    betull..saya pun baru tukar 2-3 hari ke versi 2.5..sangat menyeronokkan keranasgt berbeza dengan versi lama yang banyak masalah dengan embed code.nak upload file pun mudah..

    yang paling penting, upgrade tanpa sebarang kehilangan file kan??thanks kepada team wordpress.org..

  4. syarel says:

    seronok tengok blog org lain dah makin cantik,
    aku punya belum ada lagi. tak tau bila ada kelapangan nak buat blog?
    harap2 dengan pakej kit blogger yang saya beli dari amirol minggu lepas
    dapat membantu saya untuk menghasilkan blog sendiri.

  5. taukey says:

    wahhhh makin hari makin cantik blog ni….hehehehe…dan tahniah sebab dah pakai server sendiri…hehehehe

  6. amirol says:

    Thanks semua. WP2.5 ni memang menarik. Jadi, yang mana belum upgrade tu, blh la cuba – cuba upgrade. Jangan lupa backup dulu fail – fail sedia ada. :)

  7. pitt says:

    nak tanya. wordpress xleh letak google ads ke ek?

  8. taukey says:

    boleh jer letak google ads…hehehe…..copy n paste jer kod tu , rasanya takder masalah…

  9. Amirol says:

    Boleh pitt, takde masalah untuk letak adsense. Cuma untuk blog peribadi lebih2 lagi dalam bahasa melayu ni, kureng skit sesuai untuk letakkan adsense. :)

  10. Din Beramboi says:

    Waaa..lawa theme baru blog nih. nak tiru la..hehe. Boleh ker Amirol?

  11. Amirol says:

    Boleh.. tak ada masalah. Theme dari Gobala ni. :D

Leave a Reply

Subscribe without commenting