Bagi pengguna wordpress, sudahkah anda UPGRADE wordpress anda kepada versi terkini iaitu 2.5?

Saya baru sahaja berpeluang untuk upgrade blog saya kepada wp versi 2.5 ini selepas berpindah server dari sempoihosting.com (babai shuth ;) ) ke server saya sendiri setelah hampir setahun blog ini dihostkan di sana. Apa yang dapat saya katakan tentang versi terkini wordpress 2.5 ini adalah, ianya sungguh menarik terutama sekali bahagian “rupa paras” administratornya. Saya lebih suka rupa bentuk admin sekarang berbanding yang terdahulu.

Terdapat juga ciri - ciri tambahan yang menarik seperti senarai categories yang boleh di “drop menu” kan seperti yang saya lakukan pada blog ini. Ciri ini boleh ditambah pada bahagian Widget Dashboard. Lihat di sebelah kanan blog ini ya? Anda juga boleh menulis (aka menaip) artikel anda secara FULL SCREEN. Satu fungsi yang saya rasakan cukup menarik. Tak perlu lagi bersesak mata untuk menaip artikel.

Masalah cuma timbul apabila ada sesetengah “plugin” tak dapat digunapakai pada wordpress versi 2.5 ini. Ini maknanya mungkin sesetengah plugin kegemaran anda terpaksa di tinggalkan umpama meninggalkan kekasih hati.

Jika anda perasan, theme blog saya kali ini juga turut berubah. Memandangkan agak bosan saya lihat theme sebelum ini, maka saya ambil keputusan untuk ubah rupa paras blog ini juga. Sebarang komen dialu - alukan. ;)

Untuk anda yang masih belum memiliki blog, saya sarankan untuk anda membina blog anda sendiri pada hari ini juga. Memandangkan “kuasa blog” di Malaysia semakin menular di kalangan rakyat lebih - lebih lagi media kini banyak memberi pendedahan tentang “blog”, mengapa tidak anda lakukan langkah drastik untuk memulakan blog anda sendiri dengan menggunakan nama anda sendiri. Umpama lirik lagu “Jangan tunggu lama - lama, nanti lama - lama… nanti di ambil orang” - Lagu apa.. tak ingat pula tajuknya.

Bagi yang berminat nak bina blog, boleh dapatkan Pakej Kit Blogger menerusi saya. Masih ada ruangan tawaran terhad yang saya tawarkan. Video dari Zul ini sememangnya banyak membantu saya dalam proses Upgrade blog dan memindahkan data blog dari server lama ke server baru. Jadi, jika anda masih tercari - cari cara nak buat blog, jangan lupa untuk dapatkan panduan ini.

p.s - Anda boleh download e-zine edisi#1 saya di www.peluanginternet.com sekarang. Dalam edisi pertama kali ini, saya nyatakan prosedur serta beberapa trik mencari informasi berkaitan perniagaan internet. Semoga dapat membantu. Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh kemukakan di sini dan saya akan reply pertanyaan anda sama ada menerusi ruang ini atau pada e-zine yang akan datang.