Pantau Keadaan Laman Web Anda

Jika anda memiliki lebih daripada 1 laman web terutama sekali web – web tersebut sentiasa banyak trafik dan menjana pendapatan untuk anda setiap hari, sudah tentu anda perlu memantau keadaan “up-time” server anda.

Kebiasaannya apabila kita dah ada berpuluh laman web dan berada di server yang berlainan, proses untuk memantau laman web ini menjadi agak leceh. Sapa la larat nak “cek” satu persatu. Ye tak?

Jadi, untuk mengatasi masalah ini, saya syorkan anda untuk menggunakan satu software yang mempunyai fungsi untuk memantau keadaan kesemua laman web anda dalam satu masa sahaja. Umpama seorang “JAGA” yang memantau keadaan situasi semasa.

Saya sendiri menggunakan software ini untuk memantau keadaan laman web – laman web saya. Jadi disebabkan fungsinya yang baik, maka saya syorkan anda untuk turut sama menggunakan software ini.

Seperti yang anda lihat, apabila salah satu laman web anda “down”, software ini akan memaklumkan kepada anda. Jadi, secara tidak langsung anda diberi amaran segera supaya anda melihat apakah masalah yang timbul terhadap server tersebut. Bayangkan jika laman web tersebut banyak menghasilkan pendapatan kepada anda setiap hari dan tiba – tiba hari ini down… Maka sudah tentu anda perlu memperbaikinya secepat yang mungkin.

Baiklah, mungkin ada tertanya – tanya, “Amirol.. berapa rega software ni? Perlu beli ke”… Ha’ah.. saya bercadang nak jual RM20.00 untuk software ini… Berminat tak? ;)

Sebenarnya software ini percuma sahaja untuk anda. Gunakan dan manfaatkan software ini sebaiknya untuk memantau keadaan laman web – laman web anda.

Nak download, klik di sini>>>Download dengan segera sebelum saya menamatkan tawaran Istimewa ini.” – Chewah, macam biasa jer ayat ini kan :D

Anda turut dibekalkan dengan “sales page” software ini. Arahannya boleh anda perolehi setelah install software tersebut ke dalam PC anda. Gunakan dan sebarkan software ini kepada rakan – rakan anda jika dirasakan bermanfaat. Turut boleh dijadikan BONUS kepada produk – produk anda.

p.s – Jangan download dan simpan sahaja yer? “berhabuk” nanti.

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



8 Responses to “Pantau Keadaan Laman Web Anda”

  1. Nizam says:

    bagilah harga durian runtuh untuk pelanggan-plelanggan anda baru best. Orang kata meniaga mau lame. :-)

  2. taukey says:

    hurey dapat software pree….hehehehe…..TQ bos kerana memberi software ini…hehehe….jasa mu dikenang

  3. Maizul says:

    Terima kasih Amirol… Bagus jugak ada software macam ni takde la jenuh kalau nak pantau laman yang banyak jika ada.

  4. mail says:

    Terima kasih Amirol.. :)

  5. catzer says:

    thanks amirol,senang skit nak pantau site2 nanti

  6. IM Dreamer says:

    thanks a lot Amirol! :D

    walaupun sayer newbie. tapi lepas bacerkan post nih… agak penting nih! 1 of the best part! quote Amirol yang last tuh! perghhh!!! best!!! hanyer ALLAH jer la yang membalasnya… :D

  7. Amirol says:

    Semoga software tu dapat memberi kebaikan bersama :)

  8. Oktant says:

    Salam Amirol,

    Terima kasih juga dari saya.
    Saya baru jer download;-)

    InsyaAllah saya akan manfaatkannya:-)

    Sekian.

Leave a Reply

Subscribe without commenting