2 - 3 hari ni agak gempar bahawa clickbank telah kembali membuka kembali “pintu” kepada rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai agen affiliate.

Isu ini pernah timbul pada Mei 2007 yang lepas dimana Clickbank membuka pintu hanya untuk beberapa tempoh sahaja dan kemudian menutup kembali pintunya. Anda boleh lihat post artikel yang saya lakukan dahulu :

  1. Artikel 1 : Clickbank Beri Malaysia Peluang Sekali Lagi!
  2. Artikel 2 : Clickbank bermain - main dengan kita

Namun kali ini saya tak tahu berapa lama pula “pintu” ini dibuka buat rakyat Malaysia. Jika ia dibuka untuk selamanya, maka inilah satu peluang “lubuk duit” yang boleh kita usahakan serta bersaing dengan Internet Marketers dari luar.

Dan jika benar peluang ini dibuka tanpa ada isu “bermain - main” dengan kita, mungkin saya akan cuba gunakan akaun yang beralamat di Malaysia untuk melakukan promosi memandangkan sebelum ini saya turut mempunyai akaun yang didaftarkan dengan alamat di Singapore.

Cuma diharapkan tak akan ada pihak yang menyalahgunakan peluang yang diberikan oleh clickbank ini kerana jika tidak, kita mungkin akan di banned lagi dan lagi.

Informasi “bukti” bahawa Clickbank menerima Malaysia juga boleh dilihat pada laman web Khairul Azmi.

Sebagai “HADIAH” untuk anda selaku pengunjung blog saya ini, saya berbesar hati telah menyediakan tutorials berkaitan clickbank ini sebagai panduan anda untuk memulakan aktiviti perniagaan di clickbank. Klik di sini untuk melihat video tutorial berkaitan clickbank.

p.s - Jika anda berminat untuk pergi ke seminar perniagaan internet yang dianjurkan 5 orang usahawan internet Malaysia, jangan lupa untuk tempah kehadiran anda sekarang menerusi saya. Klik Di Sini untuk menempah penyertaan anda. Saya bakal memberi “BONUS ISTIMEWA” iaitu penggunaan sistem JVManager bagi memulakan perniagaan internet anda dengan dengan lebih teratur dan sistematik (Sistem ini AMAT sesuai untuk anda yang bercita - cita nak memasarkan produk digital ke luar negara). Ini adalah tawaran terhad kepada anda yang menjadi peserta seminar JomSeminar menerusi saya sahaja.