Cara Promosi Produk Affiliate Clickbank?

Heboh dengan Clickbank, jadi ada pihak yang menghantar email kepada saya bagaimana nak buat promosi clickbank ni…

Macam mana nak buat? Erm… Pastikan anda dah tonton video tutorial clickbank yang saya sediakan. FREE tu. Fahamkan macam mana proses untuk menjadi affiliate clickbank, nak cari produk yang nak dipromosikan. Saya mohon maaf kerana video tu dalam bahasa inggeris… tapi bagi saya tak ada masalah untuk anda tonton video tu kerana clickbank pun dalam bahasa inggeris. ;) Jadi, nak tak nak, kena fahamkan la juga bahasa inggeris jika ada yang lemah dalam bahasa international ni.

Antara persoalan yang dikirimkan kepada saya adalah:

  1. Adakah saya memerlukan laman web untuk promote clickbank?
  2. Apakah langkah – langkah terbaik nak promote produk dari clickbank?

Nak promosikan produk – produk affiliate ni, sebenarnya konsepnya lebih kurang sama sahaja untuk apa – apa aktiviti marketing di internet.

Bagi soalan 1 iaitu adakah anda memerlukan laman web untuk promosikan produk affiliate dari clickbank, jawapan saya… tidak perlu. NAMUN, saranan terbaik adalah anda boleh mendapatkan domain yang khas (khusus) untuk satu – satu niche produk yang anda pilih tersebut dan buat web squee page. (Langkah ini bersesuaian untuk anda yang betul – betul serius nak cuba buat promosi).

Sebagai contoh anda ingin promosikan produk berkaitan penyakit acne (saya ambil contoh produk dari clickbank iaitu http://XXXXX.acnefree.hop.clickbank.net), anda boleh bina satu laman squeeze page untuk mempromosikan produk ini. Dapatkan nama domain yang bersesuaian dengan niche ache ini sebagai contoh www.7waysacnefree.info dan kemudian buat satu “report” percuma dalam 7 – 9 muka surat untuk diedarkan secara percuma kepada sesiapa yang subscribe ke dalam sistem autoresponder anda yang anda pasang. (Nota : nak dapat domain murah, gunakan .info sahaja dari godaddy.com. Saya pernah membeli domain .info ini dengan harga $0.99 sahaja… murah kan? )

Pastikan dalam report tu, anda letakkan informasi tips2 percuma berkaitan acne dan jangan lupa untuk sarankan pembaca anda untuk mendapatkan panduan yang lebih lengkap berkaitan acne di laman web produk yang sebenar.

Jadi, secara tak langsung, selain anda promosi link affiliate clickbank tu, anda turut dapat “prospek” untuk niche tersebut. Jadi, tak lah anda kehilangan prospek jika anda promosikan secara terus ke laman web sebenar produk itu. Malah, anda boleh lakukan follow up kepada prospek – prospek anda.

Mungkin ada yang tanya, “macam mana nak buat report percuma.. english saya hancursss“… Erm, untuk masalah ini, anda sebenarnya boleh dapatkan mana – mana article PLR yang bersesuaian dengan produk yang ingin dipromosikan. Gubah sikit article tu dan kemudian compilekan jadi report percuma. Setkan juga mesej – mesej follow up pada sistem autoresponder anda sebagai contoh selang 4 – 5 hari, sistem autoresponder akan kirimkan mesej yang telah anda tetapkan. Mesej tu, buat ajer dari artikel PLR. Misalnya anda bagi 7 tips berkaitan acne tu tadi, so, hari pertama bagi tips pertama.. 4 hari kemudian, tips kedua dan seterusnya.

Untuk soalan kedua, Apabila anda dah siapkan perkara yang saya nyatakan diatas… anda boleh buat promosi menerusi Google Adwords atau YSM. Untuk ini memang memerlukan modal jika nak buat pengiklanan menerusi Pay Per Click. Kalau tak reti buat promosi guna PPC ni, konfem anda boleh “bankrupt” :p… Promosi menerusi PPC memang merupakan satu kaedah yang paling mudah dan paling cepat serta berkesan. Namun ia memerlukan skill dan strategi yang betul memandangkan untuk melakukan PPC, modal yang diperlukan memang agak besar.

Walaubagaimanapun, ada cara untuk mendapatkan modal pengiklanan PPC yang murah. Saya tak akan terangkan lebih lanjut hal ini memandangkan saudara Naem telah pun menyediakan panduan berkaitan PPC ini. Kalau anda nak tau lebih lanjut, hanya perlu klik di sini.

Antara kaedah promosi yang lain pula adalah, anda boleh tulis artikel berkaitan topik produk tersebut dan hantarkan ke direktori – direktori artikel seperti ezinearticles.com, goarticles.com dan lain – lain. Cuma pastikan artikel tersebut adalah unik dan tiada duplikasi pada mana – mana laman web atau jika tidak, artikel anda tidak akan diapprove oleh mereka. Macam mana nak buat artikel ni??? erm, konsep yang sama seperti buat report percuma.. cuma anda perlu betul – betul ubah artikel tersebut dan jadikan ia unik.

Lain – lain cara promosi adalah seperti signature pada forum, komen di blog, personal advertising kat direktori ke, blog ke. Ini kena usha sendiri lah yer?

Saya harap penerangan ini dapat membantu anda yang nak tau tips segera melakukan pemasaran produk affiliate clicbank.

p.s – Jangan lupa untuk tengok kaedah promosi menerusi PPC yang disediakan oleh Naem. Klik Sini >>

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



15 Responses to “Cara Promosi Produk Affiliate Clickbank?”

  1. taukey says:

    hmmm…okay gitu cara dia erkk…saya blm sempat nak menonton video tersebut sangat sebab sebuk dgn tugasan harian…nanti la cuba nak godek godek video tersebut…hehehe…harap video tersebut tak dibuang awal awal :D

    Thanks for the info

  2. Oktant says:

    Salam Amirol,

    Saya dah tengok video tutorial tu ;)

    Pertama kali saya tengok, dapatlah sedikit
    gambaran kasar mengenai clickbank ni.

    Cuma saya perlu tengok lagi untuk
    menambahkan pemahaman :)

    Apa-apa pun terima kasih kerana
    berkongsi video tersebut.

    Sekian, wassalam.

  3. NayanMohd says:

    Video tu boleh di download tak?

  4. Mat Spy says:

    Bagus Saya dah tengok video tutorial tu . boleh dikatakan bagus boleh start sekarang untuyk buat promosi link dari click Bank ini

    Mat Spy
    Http://www.submitiklan.com

  5. Richzuan says:

    Ini merupakan idea yang bernas :)
    Terima kasih Encik Amirol..

  6. Richzuan says:

    Ini merupakan idea yang bernas :)
    Terima kasih Encik Amirol..

    http://snooker-shots.blogspot.com

  7. Fauzi says:

    Hi Sdr Amirol,

    Saya acap sangat mendengar PPC ni..pembunuh semangat. Ada setengah Mat Salleh menyebut, kalau letak max bid $2000 US per click, pun boleh dapat untung bersih.

    Di mana logiknya saya tak pasti. Sebagai permulaan jangan sesiapa buat begini. Mampus….

    Untuk ini saya ingin bertanya secara ikhlas kpd. Sdr Amirol atau sesiapa sahaja yang berpengalaman, di manakah boleh kita dapat bahan-bahan diterangkan secara terperinci berkaitan dengan pengiklanan PPC(Google) supaya tidak rugi.

    Saya dah rugi sebelum ini, tapi tak banyak, kerana mencuba secara berhati-hati.

    Sekian, terima kasih.

  8. taukey says:

    Errr…..fauzi blh beli tentang PPC dari PPCpercuma.com.

  9. ZaidiRazali says:

    pada fauzi, saya lebih syorkan dapatkan ebook panduan adword. selain anda dapat panduan teknik betul buat PPC, anda juga dapat bertanya lebih banyak pada sham sekiranya tidak faham. dan nak jimatkan kos, dapatkan ebook naem, kerana semua usahawan internet malaysia yang berjaya sudah dapatkan ebook beliau :)

  10. diknon says:

    terima kasih di atas tips dan penerangan tersebut. amat bagus sekali…

    just nak tanya, boleh tak kita “cloak” url clickbank kita tu?
    saya ada baca di FAQ clickbank, ……..”
    Please be aware that if you use a third party product that changes our hoplink format in ANY way, there is no way for us to verify that your commissions will be tracked properly. ClickBank can only provide our clients with technical support for our own authorized hoplink format.”

    so takut gak karang pandai2 cloaking, tak dpt pulak komisyen…huhuhu…

  11. amirol says:

    thanks untuk support kalian semua.

    Buat en fauzi, saranan daripada rakan – rakan lain adalah jawapan yang terbaik untuk persoalan anda.

    Untuk diknon, nak cloak link mudah jer. Hanya perlu buat redirect URL. hanya jangan mengubah link asal dia bagi dah la. Example : XXXXX.acnefree.hop.clickbank.net kita ubah ke XXXXX.acnefree.hop.clickbank.net.my. So, ni memang tak boleh.

    Cloaking mudah, hanya buat redirect. pastikan kita redirectkan URL ke link yang betul.

  12. diknon says:

    orait… mekasih di atas jwpn… huhuh…almaklumlah budak baru belajar…

  13. cherrylove says:

    mcm mana nak redirect link dgn domain kita? sudah puas saya cari dgn pakcik google dah tanya tpi still tak paham lagi…index.php yg mana satu nak di copy?

  14. couldduze says:

    btul tu..sy pun dah naik penat try redirect link tu….tp still x fhm gak….ade sape2 yg blh bantu sy…pls…

  15. couldduze says:

    btul tu..sy pun dah naik penat try redirect link tu….tp still x fhm gak….ade sape2 yg blh bantu sy…pls…

    http://www.klikjutawan.com/recommends/income

Leave a Reply

Subscribe without commenting