Waduh… waduh… hari ini dahpun 2 May 2008. Dah hampir setengah tahun kita berada di tahun 2008. Rasanya macam baru semalam jer tahun 2007. Memang tak disedari, masa yang berlalu cukup pantas sehinggakan banyak perkara yang masih belum tercapai.

Kadang kala terlalu banyak informasi yang masuk dalam otak kita ni sehinggakan jadi berserabut nak buat mana satu. Saya pernah katakan dalam ebook Kali Pertama Memulakan Bisnes Internet (lihat di sebelah kanan halaman ini) bahawa KUASA FOKUS amat penting untuk sesuatu perkara yang kita lakukan. Saya rasa semua tahu apa itu maksud fokus.

Tetapi biasalah, kita sebagai manusia kadang - kala terlari juga dari fokus yang sepatutnya. Bayangkan kalau tengah syok - syok buat kerja, sekali awek/pakwe cun lalu depan.. atau yang tengah lapar, ada pula penghantar pizza lalu… boleh terganggu kejap fokus. Jadi, konsepnya adalah sama juga dengan perkara yang kita laksanakan di internet ini.

Umpama hebohnya kes Clickbank yang menerima pendaftaran dari Malaysia, mungkin ramai yang hilang fokus dengan apa yang sepatutnya dilakukan. Pendek kata, “aku pun tak nak ketinggalan dengan clickbank“… betul tak?

Baiklah, satu perkara yang perlu kita faham adalah bagaimana nak mengatasi masalah hilang fokus. Yelah, takut pula nanti terjadinya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.

Pertama sekali anda perlu untuk kenali terlebih dahulu tujuan yang paling utama yang harus dilakukan. Dan kerana itu anda perlu untuk “mengemaskini” minda anda supaya menjadi lebih lapang dan “bersih” dari keserabutan yang ada. Ada satu video yang cukup menarik dari John Reese yang dah lama beliau publishkan. Video ini dapat memberikan motivasi yang cukup baik untuk anda. Saya telah lihat video ini lama dahulu dan kini baru teringat kembali. Jadi, saya ingin kongsikan video ini bersama - sama dengan anda.

Klik Sini Untuk Tonton video dari John Reese ini. Saya rasa ada beberapa rakan IM lain juga yang telah memberikan sumber ini sebelum ini. Namun mungkin ada juga diantara anda yang tidak pernah tonton video ini. Kalau yang dah pernah tengok, apa kata kita ulang kaji semula perkara yang John Reese sarankan. Adakah anda telah melakukan seperti apa yang beliau sarankan? Kalau ya, jangan lupa untuk kongsikan pengalaman anda. :)