Seminggu kebelakangan ini tugasan saya semakin penuh dan agak sibuk untuk menguruskan beberapa perkara. Walaubagaimanapun, hari ini saya ingin bercerita sedikit tentang IDEA pemasaran internet.
Ramai antara kita memang bercita - cita untuk “buat duit” @ “jana wang” di internet, memasarkan produk di internet, kerja dari rumah dan sebagainya.
Jadi akhirnya semua perkara kita hanya FOKUS kepada INTERNET sahaja. Surfing sana sini, mencari idea, beli ebook “buat duit” ribu riban sana sini, tetapi hasilnya….. K.O… Duit lebur, hasil tarak… … Kemudian timbul rasa kecewa sebab tak boleh buat duit di internet.
Tahukah anda bahawa kadang kala kita terlalu leka dengan internet sehinggakan terlupa peluang yang ada disekeliling kita. Sudahkah anda lihat peluang - peluang yang berada disekitar anda yang boleh anda manfaatkan?
Maksud peluang disini, sudah tentunya peluang “buat duit”…
Baiklah, saya akan huraikan lebih lanjut. Lazimnya, apabila dikatakan buat duit di internet, kita rata - ratanya terfikir nak kena jual produk la, nak kena sediakan perkhidmatan la, buat google adsense la, buat affiliate dan sebagainya. (hey… saya pun ada buat kerja2 ni
)…. p.s - skim - skim cepat kaya tidak termasuk dalam pengertian ini ya!
Sebenarnya masih banyak peluang lain yang cukup besar impaknya dalam menghasilkan pendapatan kepada kita menerusi internet. Kita semua tahu bahawa KUASA INTERNET yang boleh menghubungkan seseorang dari tempat A ke tempat B dengan mudah. Kita di Malaysia boleh berhubung dengan rakan di US dengan mudah umpama bercakap berdepan dengan adanya teknologi webcam, skype dan sebagainya.
Dengan adanya kelebihan ini, anda sebenarnya boleh membawa peluang perniagaan yang berada di tempat anda ke tempat rakan anda ataupun membawa perniagaan dari tempat rakan anda ke tempat anda.
Jangan terlalu sempitkan minda anda untuk melakukan perniagaan semata - mata hanya menerusi internet sahaja tanpa “alert” dengan peluang yang ada di keadaan sekeliling anda.. Internet hanyalah MEDIUM pemasaran sahaja. Gunakan medium ini untuk memanfaatkan setiap peluang yang anda miliki pada sekeliling anda.
Baiklah, untuk menambahkan resepi kepada artikel kali ini, saya akan ceritakan sedikit aktiviti yang saya lakukan di internet. Dalam tempoh 2 minggu yang lepas, saya telah mendapat satu “peluang” dari “kawasan sekitar” saya untuk membekalkan satu produk kepada sebuah syarikat ini.
Jadi, dengan kelebihan yang saya ada, saya gunakan INTERNET ini mendapatkan informasi supplier dan memperolehi satu supplier yang berada di UK untuk produk yang ingin saya supplykan. Setelah berhubung dengan supplier ini menerusi email, maka akhirnya saya mendapat deal daripada mereka dan mendapat contact distributor mereka di Malaysia. (Ini pentingnya cara berurusan email yang efektif. )
Urus niaga ini hampir selesai dan hanya menunggu kata putus daripada syarikat yang ingin menerima produk ini sahaja. Jika ada rezeki insyaAllah, jumlah komisyen yang bakal saya terima adalah CUKUP BESAR… bukan puluhan atau ratusan, bukan ribuan atau belasan ribuan.. tetapi… :).
Tugas saya hanya menjadi “orang tengah” sahaja untuk menyambungkan pihak A dan pihak B. Sebagai orang tengah, sudah tentunya ada komisyen yang bakal saya perolehi (pendek kata umpama komisyen affiliate.
)
Untuk pengetahuan anda juga, saya sebenarnya tiada apa - apa pengetahuan dalam produk ini. Namun setelah berutus email dan mendapat informasi - informasi lebih lanjut daripada supplier, saya semakin mengetahui “fungsi produk” yang diminta oleh syarikat yang memerlukannya.
Inilah sebenarnya KUASA INTERNET dalam memberi sumber pendapatan kepada anda. Anda mungkin tiada produk sendiri untuk pasarkan, jadi mengapa tidak anda menggunakan peluang di sekeliling anda untuk menjana pendapatan secara “untung atas angin?”
Saranan saya, jika anda tak tahu apakah produk atau perkhidmatan yang ingin anda pasarkan di internet TETAPI masih mahu menjana pendapatan menerusinya, apa kata anda cuba cari peluang di sekitar anda yang boleh dibawa ke internet.
Sebagai contoh, mungkin anda merasakan kedai A di kawasan anda mempunyai produk yang berpotensi untuk dipasarkan menerusi internet. Mengapa tidak anda “deal” dengan pemilik kedai tersebut dan kemudiannya carikan webmaster di internet untuk buatkan laman web kepada pemilik kedai tersebut. Anda boleh deal dengan webmaster tersebut untuk setiap client yang anda perkenalkan, anda bakal menerima komisyen.
Atau mungkin ada sesetengah syarikat atau kedai di kawasan sekitar anda memerlukan sesetengah produk yang agak sukar diperolehi dari kawasan sekitar, maka anda boleh deal dengan mereka untuk mendapatkan supplier produk dan kemudian deal dengan supplier tersebut untuk mendapatkan contract membekalkan produk kepada syarikat tersebut. Wujud situasi win - win disini.
Pendek kata, anda harus BIJAK mencari peluang yang ada dan manfaatkan kelebihan internet untuk mendapatkan keuntungan daripadanya.






tapi amirol, kebanyakkan masalah untuk mula ialah nak dapatkan produk..kalau produk dah siap pun semua lebih kurang sama ngan yang dah ada..
saya ada beli ebook, melalui internet, bahasa malaysia
tapi ikut langkah dlm ebook tu tu. tak dapat
hantar email bertanya, dibalas suruh masuk benda lain
selalu ke ebook yg dijual tu, bila ikut dlm ebook tak jadi
so mcm kena tipu lee.
saya rasa pertama dan terakhir le saya beli ebook nampaknya
suka jugak nak cuba buat duit kat internet, tapi dah kena mcm nie
sedih jugak. sedangkan yang basic pun tak jadi walau dah cuba banyak kali
tension looooo
assalamualaikum saudara Amirol,
mm.. mmgg betul, kita memang kene bijak mencari dan merebut peluang. bagi saya orang baru ni, masih banyak yang kena belajar. saya mesti bersungguh-sungguh! (semangat ni ;-))
wah! nampaknya saudara amirol ade peluang nak dapat ikan besar. harap2 berjaya lah ye. insyaAllah..
tu lah nak buat duit dari internet ni kena berhati-hati sikit… peluang memang dah ada.. banyak cara nak buat.. tinggal cari jak…
Salam,
Betul tue kata brade Amirol. Intenet nie sekadar medium. Ramai yang salah anggap. Ramai yang igt buit duit di intenet nie mudah bebenor. hakikatnya kadang2 berbeza.
Kalu bab kene tipu usah kata dlm intenet, kat luar intenet pun senang kene tipu..duit kan berhantu..hehe.
Kepada sedara shah..kuatkan semangat…cuba lagi tp kali nie..be carefull…kalu takut, banyakkan lah bertanya ngan otai2 IM ni cam brader Amirol nie..diorg tak lokek punya..betul tak Amirol?
Hoho… jangan anggap saya otai lagi.
masih belum layak lagi nak pegang title tu. malah amat berat kalau pegang title tu. Anggap sahaja rakan online yang ada “sedikit” pengalaman.
Yup, betul kata kataro tu.. penipuan bukan sekadar berlaku diinternet, malah di dunia nyata ni pun sebenarnya banyak lagi penipuan.
Kena berhati - hati jer sama ada berurusan di internet mahupun di luar sana.
Assalamualikum amirol, saya cikgu saleh bapa shahrul, wahh..nampaknya ade chan lebih besar sdr kali ini. mudah-mudahan berjaya lah hendaknya..bagi saya masih merapu lagi…Insyaallah saya nak juga beli “Web Jualan” yg u perkenalkn tapi saya sedang sibuk utk
mencari nishnya dahulu,, cuma sekarang ni saya ingat nak kumpulkan ebook-ebook dari sdr dan juga ebook dari rakan2 kita yang terkenal tu untuk di Affiliatekan dan masukkan kedalam
web saya untuk di promosikan, krn saya kira berbangga dari hasil kefahaman saya utk saya kongsikan satu persatu kpd rakan2 newbie…krn kebanyakan daripada mereka menghadapi kefahaman bagaimana nak mula…sehinggalah mereka faham hasil dari prodak rakan2 spt u utk di perjelaskan melalui laman web baru saya iaitu “Failjutawan.com”
Ia berupa ebook yang pelajari dari sdr Syam dari Raja Adsense. Dari langkah ebook ini rasanya semacam berbangga sedikit dan semacam pencetus semangat pulak utk berjuang nak jadi mcm Amirol. Jadi di dalam ebook inilah akan saya perkenalkan fail2 juara peniaga2 internet yang mana akan saya ceritakan bagaimana saya mampu memahami langkah2 awal bermula. manakala ebook lain dgn nama failjutawan juga akan saya perkenalkan langkah2 kefahaman seterusnya dan menrekomen kan ebook yang mana perlu diperolehi untuk pembelajaran semasa dan seterusnya..
Harap2 cara saya ini dapat Komen Dari Amirol
Namun demikian sekarang selepas ini barulah sya mula membayar hosrtingnya utk diletakkan fail2 saya itu ke server ‘( kemahiran ini pula saya pelajarin sedikit daripada Software Sdr Jutawan Kita Irfan Khairi.
Manalah tau dgn cara ini saya dapat ramai kawan dan menambahkan mailing list saya.
War-warkanlah ya amirolkpd raka2 yang lain ttg hasrat saya ni..
TK
Salam amirol..
Satu perkongsian yang hebat.. Perkara ini sering kita terlepas pandang.. kerana terlalu asyik dan leka dek kerana ebook serta info yang kita peroleh melalui pelbagai cara..
Apa pun seperti yang saudara katakan memang betul..
Apa pun thanks for nice info and share with us..
Salam.
Saya setuju dan ingin menambah beberapa perkara yang dirasakan perlu untuk diambilkira. (untuk isteri/suami). As for me, isteri saya merupakan seorang pensyarah IT di salah sebuah Kolej. Dan selepas saya berbincang dengannya tentang idea saya untuk buat e book, dia “teruja” dan menyokong niat saya. Jadi bagi mereka yang nak buat nih, saya syorkan agar ajak pasangan join. At least klu dia tak tau, she’ll learn dan akan merapatkan lagi hubungan suami/isteri. Wassalam.
P/S : Target saya dalam masa 2 tahun, saya akan menperolehi $xxxxxx hasil usaha saya yang “bakal” muncul.
Thanks Amirol.
saya baru sahaja melihat suasana perkembangan perniagaan internet, saya juga teklah banyak membeli ebook dari syaifudin, tipsadsense, webjualan, dan banyak lagi. saya memang serius untuk melibatkan diri dalam perniagaan ini. Jadi saya kagum dengan beberapa IM yang telah berjaya, saya harap anda sudi beri komen terhadap laman web saya http://www.himira.com. thanks
assalamualaikummm
amirull..
saya ne amat baru dalam dunia biz ne.
saya dah banyak juga habis duit beli ebook dan macam-macam lagi,tapi saya rasa ebook yang dijual tak tipu cuma kadang kala kita kena ambil masa sikit ,kadang kala benda yang asas pun kita tak tahu memang susah sikit..tak tahu kena tanya orang yang lebih tahu.
saya dari tak tahu langsung mengenai pekara ini rasanya sekarang dah tahu sikit ler..
apa itu adsens,affiliet.semua itu saya belajar sendiri menggunakan e-book..
Amirul…..Teruskan usaha anda saya doakan anda berjaya dan boleh setanding dengan mat salleh….ok dollah
Salam,
Hampir 1 tahun saya mengenali perniagaan internet dari membaca semua produk Dr.Irfan Khairi, ebook tuandan beberapa orang lagi yang terakhir ebook sistem kedai online..bila banyak baca banyak lagi yang kita kena tahu. Untuk bergelar usahawan kita harus menghadiri kursus anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Cadangan saya selain daripada internet kita harus terlibat pelbagai bidang lain contoh jual/beli saham, unit amanah, hartanah, pertanian tetapi haruslah dengan ilmu dan tidak tergesa-gesa kerana rezeki dari ALLAH.
Boleh kaya dengan internet tetapi melalui kaedah yang betul contohnya mesti ada produk, web perniagaan, dan pemasaran yang betul. Fasa saya sekarang adalah menghadiri seminar dari mereka2 yang telah berjaya seperti tuan, saya harap tuan sudi memberi komen terhadap web e-commerce saya http://www.myproduct2u.com/index.php. Salam hormat.
Tahniah…
Satu perkongsian maklumat yang dapat membuka minda saya. Terima kasih Amirol.
satu perkongsian yg informatif … lepas ni bole intai2 peluang lar …
assalamualikum,sAYA BASHAH memang dalam pemikiran saya untuk mendapatkan pembekal,dalm laman web saya ni ada memjual software saya dapat dari negara luar,di malaysia ini saya sebagai ajen,jadi bagaimana saya nak nak memperkembangkanya dengan produk yang ada
sekian terima kasih..
assalamualikum,sAYA BASHAH memang dalam pemikiran saya untuk mendapatkan pembekal,dalm laman web saya ni ada memjual software saya dapat dari negara luar,di malaysia ini saya sebagai ajen,jadi bagaimana saya nak nak memperkembangkanya dengan produk yang ada.Sekiranya anda inggin melihat software yang ada sila lawat ke http://www.alwaqiah.com/indexd.htm,sila beri komen
sekian terima kasih..
Salam Amirol dan kawan2 lain,
Wah tahniah Amirol nampaknya awak dah maju lagi selangkah dlm bidang berkaitan internet ni…. Idea yg sgt bagus, saya lihat juga byk kedai2 di sekitar rumah saya yg berpotensi utk dijlnkan secara online. Saya pulak masih baru start bisnes ni dlm 3 bulan lepas, nampaknya buat masa sekarang belum ada hasilnya tapi saya percaya jika kita berterusan berusaha dan mengapply teknik2 dan tips yg byk dlm mempromosi dan mempelbagai jualan kita, Insyaallah ada hasilnya nanti. Spt cerita menukul batu oleh Dr Irfan Khairi, mungkin pukulan pertama hingga ke beberapa puluh kali batu tu tak akan pecah lagi atau mcm tiada kesan langsung sehinggalah pukulan yg terakhir batu tu akan pecah berkecai….tapi tanpa pukulan yg pertama dan seterusnya tadi, mustahil batu itu akan berkecai pada pukulan terakhir….Insyallah..
t.kasih.
[...] awal. Kalau ini tak buat, kena baiki lagi. Saya setuju dengan artikel yang ditulis oleh saudara Amirol. Cuba baca artikel dia tu. Dan fahamkan betul2. Maybe anda dapat satu idea yang ada sekeliking [...]
Saya juga baru nampak satu lg peluang buat duit…..saya ni pun org bru sgt2 nk ceburi…..harap2 dpt bimbngan n berjaya…
salam semua…
Thanks untuk sokongan anda. Tentang hal nak buat duit di internet ini, seperti yang saya katakan, jangan sempitkan pandangan kita nak buat duit hanya semata - mata dari internet. Gunakan segala kelebihan yang ada yang berada disekeliling kita (contohnya networking dengan rakan - rakan bisnes yang lain, company - company, dan lain - lain) dan manfaatkan kelebihan tersebut. Mungkin di situ kita dapat peluang - peluang yang boleh dibawa ke internet.
Saya telah melakukan aktiviti sebegini untuk beberapa projek dan projek terbaru ini adalah projek terbesar yang saya lakukan. Alhamdulillah, sekarang hanya tunggu jawapan daripada “syarikat” tersebut sahaja selepas presentation kami kelak. Nak kongsi produk apa, company apa, memang tak dapat didedahkan kerana sulit. =).. tetapi kalau sebut nama company ni, saya pasti 99% semua tahu.
So, pendek kata selain daripada melakukan perniagaan internet semata - mata, bawakan sekali perniagaan / peluang dari dunia offline ke internet. Atau bawa peluang perniagaan dari internet ke dunia offline. Kerana itulah adanya istilah “internet marketer” yang mana kita jadi pemasar menerusi internet. Kita pasarkan apa - apa sahaja peluang yang boleh kita pasarkan (but of course kita kena pilih juga peluang yang terbaik sahaja).
Apa - apa pun, all the best untuk semua!
Untung atas angin??? Idea yang amat bijak! Thanks for the info AMIROL!
Syabas Amirol, dapat membuka minda kami yang baru berjinak-jinak dengan peniagaan intenet ni………… Harap Amirol terus mnembantu kami.
Assalamualaikum……………
Saya ucapkan syabas pada amirol kerana dah sampai ke tahap ini. Saya doakan amirol sentiasa berjaya dalam apa jua lapangan. Insya-Allah
Tahniah Amirol..
Anda memang usahawan online sejati..:D
Izal: Yup.
All the best!
Midi : InsyaAllah…
Rafizah : Thank you!
TheReds: Lama tak dengar khabar?
tersengeh saya membaca cerita amirol. sebenarnya saya pernah ada beberapa attempt seperti yg amirol buat, tapi belum lagi menjadi. saya tak salahkan sesiapa pun,TETAPI diri sendiri, kerana saya tidak fokus dan tidak sepenuh masa untuk berusaha-niaga.
apa2, tahniah saya ucapkan and all the best.
kalaulah saya ada masa untuk buat perkara yang sama dengan international contacts yang saya ada..kalaulah begitu..kalaulah begini… dan tak habis2 saya beralasan untuk memulakan usaha
saya merupakan seorang pekerja yg makan gaji dgn employer dan semestinya terikat 90% of masa dgn majikan. namun saya tetap tidak putus asa untuk berusaha-niaga dgn menggunakan internet sbg medium!
walau amirol merendah diri mengatakan yg amirol masih baru, tapi bagi saya you are on the way to set a benchmark for us all (yg belum pun mula!) teruskan dan kongsikan bersama
(masa akak jumpa u di wanitaniaga reunion dulu tu, memang dah nampak dah karisma jutawan internet tu, inshaAllah..)
[...] setuju dengan artikel yang ditulis oleh saudara Amirol. Cuba baca artikel dia tu. Dan fahamkan betul2. Maybe anda dapat satu idea yang ada sekeliking [...]
Terima kasih atas infonya….
yer..betul tu..
info yang bagus ni..sangat berguna bagi newbie yang ingin berkenalan dengan buat duit interet.. Maklumlah, zaman skrg ni semakin ramai yang minat untuk kerja sambilan melalui internet.. Mcm yang kita tau, dunia internet ni tanpa sempadan, dan peluang terbuka dgn luasnya.. Cukup rugi jika kita x ambil 1% dr peluang itu..
Adios,
Kerja Sambilan
betul tu..tu sebab kita tengok kenap cina lebih untung dari melayu sedangkan yang tanam padi melayu, yang jual kat kedai pun melayu..so silapnya kat mana? kita terlepas pandang tengah2 antara pengeluar dan penjual..atau lebih dikenali peraih..biasenya peraih yang akan naikkan harga sesuka hati dan kawal harga..tu diorang lebih kaya..