Saya telah menyiapkan Video Tutorial untuk ________ dan seharusnya sudah boleh dilancarkan. Namun, masalah timbul apabila ada suara - suara “donald duck”, “chipsmunk” dan “monster” di beberapa bahagian pada setiap video yang telah diproduce…

Geram pula rasa sebab masalah ni timbul. Pada mula saya fikir masalah ini berlaku hanya pada komputer saya sahaja dan saya berikan beberapa orang rakan online untuk lihat video yang disiapkan. Namun, semua mengatakan video ini mempunyai suara “donald duck”… aduh aduh… Cute tu, memang cute.. tapi macam tak best pula kalau nak dipasarkan sebab ada bunyi2 macam ni.

Nampak gayanya kena saya edit lagi dan buangkan suara saya. Mungkin terpaksa gunakan callout ajer la untuk bagi penerangan.

Saya tak pasti apa sebenarnya punca masalah yang timbul, tapi saya rasa mungkin PC saya ni nak minta di “upgrade”kan kepada spesifikasi yang lebih baru. Almaklumlah, PC dah tua. Umur pun dah 3 tahun ++. :)

Untuk makluman, MajalahIM4 telah pun diterbitkan oleh team Flarebiz di www.MajalahIM.com. Kali ini majalahIM ini mengandungi pelbagai informasi baru dan menarik yang dikongsikan oleh ramai usahawan internet kita.

Dalam edisi 4 ini juga, seorang usahawan Internet (ye ke?) telah diinterview oleh Labanon. Siapa dia tu eh? (Poyo jer kau mirol!) :p

Untuk makluman anda, actually interview ni berlaku secara tak langsung. Tiba - tiba sahaja si Labonon mesej, “Bro.. nak interview boleh tak?” … Waktu tu saya tak ada buat apa - apa sangat, jadi saya pun ON ajer la. Preparation pun kurang, so main “belasah” ajer la time di interview. Jadi, mungkin ada info yang kurang jelas dan yang kurang difahami dalam penerangan tersebut. Kalau anda nak tahu, waktu interview tu adalah dalam sekitar Jam 3 am! erk?

Beberapa hari kemudian, Labanon mesej lagi. “Bro, boleh tak bagi gambar untuk cover Majalah IM. Bagi as soon as possible!” … waduh waduh… Dalam hati saya berkata, “tak pernah - pernah aku terfikir untuk jadi cover pada apa-apa majalah… Segan jer rasa.. ” Tetapi memandangkan semangat dan kesungguhan dari Team Flarebiz ini, maka saya pun memberikan “posing maut” untuk gambar cover. :D

Apa - apa pun, jika anda ada sebarang pertanyaan atau komen atau permasalahan yang kurang jelas dalam interview tu, jangan malu atau segan, anda boleh tanya terus kepada saya. Postkan pada ruangan komen dibawah. InsyaAllah saya akan menjawab persoalan - persoalan anda yang mana saya mampu jawab.

p.s - Saya akan kurang online dalam tempoh 1 minggu ini untuk menguruskan beberapa perkara dan hal - hal offline. Jadi, sebarang email yang terlewat dibalas, saya mohon maaf lebih awal.

p.p.s - DOWNLOAD Report percuma daripada Mentor saya iaitu John Delavera. Klik Sini Untuk Download. Untuk pengetahuan anda, John Delavera adalah merupakan salah seorang Internet Marketer bertaraf Jutawan dan amat popular dengan produknya iaitu JVManager / Fantasos. Saya telah menjadi student beliau sejak May April 2006 sehinggalah ke hari ini. Banyak ilmu berkaitan Internet Marketing yang saya pelajari daripada beliau dan yang pastinya, segala ilmu yang disampaikan adalah sangat telus. Silalah download dengan segera ya? Report ini hanyalah untuk kegunaan anda sahaja melainkan anda merupakan salah seorang rakan JV beliau, maka anda bolehlah menyebarkan report ini.