Amirol & Dunia Internet

Roda - Roda Dunia Internet

Tikaman Belakang & Kepercayaan

Posted by admin On May - 16 - 2008

Artikel kali ini mengisahkan sedikit kejadian yang berlaku dalam hidup saya 1 hari lepas. Kita sebagai manusia sememangnya tidak akan lari daripada masalah peribadi dan kadang kala masalah peribadi ini begitu kuat kesannya sehingga mengganggu mood dan tahap kerja kita.

Ketika ini, saya sedang dalam keadaan mood yang tengah marah, sedih dan juga kecewa. Ini adalah berpunca daripada salah seorang rakan yang saya percayai sepenuhnya telah melakukan sesuatu perkara yang betul - betul tidak saya duga umpama “menikam dari belakang” setelah 7 tahun kami berkawan… yang telah saya “tatang” bagaikan adik beradik saya sendiri…

Saya begitu - begitu - begitu kecewa dengan tindakan beliau kelmarin dan apa yang saya dapat katakan, jika anda berada di dalam situasi saya ketika itu, saya yakin dan pasti… si dia pasti teruk dikerjakan. Siapa sangka seorang rakan yang dianggap sebagai rakan baik dan telah diberi kepercayaan sepenuhnya sejak 7 tahun yang lepas, hari kelmarin telah merosakkan erti “rakan baik” tersebut…

Mood saya agak down ketika ini… Saya tidak pasti apakah masih wujud istilah rakan sejati / rakan baik / sahabat pada zaman ini… Adakah harus saya memberi kepercayaan kepada orang lain lagi? Adakah harus kita semua ini bersikap “mementingkan diri sendiri” pada zaman ini? Saya tidak kesah jika beliau kawan “biasa - biasa” sahaja… tetapi sebaliknya beliau adalah rakan yang dianggap istimewa…

Ini bukan hal cinta. Ini bukan hal perempuan. Tetapi ini adalah merupakan perihal seorang “sahabat baik” yang mengambil kesempatan diatas kepercayaan dan hampir merosakkan maruah keluarga orang yang memberi kepercayaan ini.

Ini merupakan kali kedua dalam hidup saya, mengalami rasa kecewa yang begitu tinggi. Entahlah… mungkin kerana saya agak mudah untuk mempercayai orang…

Maafkan saya kerana mungkin artikel kali ini tiada apa - apa info berguna untuk manfaat anda.

Cuma apa yang ingin saya katakan kepada anda… sejauh manakah anda meletakkan kepercayaan terhadap rakan / partner anda sekarang ini? Tidak kira rakan suka duka anda, rakan niaga dan sebagainya.

Adakah anda yakin mereka akan bersama anda dan bersikap jujur selamanya dalam apa jua perkara yang mereka lakukan? Adakah pernah atau akan wujud istilah “sahabat sejati dunia akhirat” dalam hidup anda?

p.s - “mungkin ada hikmahnya…”

p.p.s - adik beradik, suami isteri pun boleh berpecah belah, apatah lagi hanya sekadar kawan bukan?

- Amirol

18 Responses to “Tikaman Belakang & Kepercayaan”

  1. taukey says:

    hmmm….semestinya perkara sebegini akan melemahkan semangat setiakawan serta sikap mempercayai org lain yang wujud dalam sanubari saudara. Saya sendiri pun kesian tgk saudara diperlakukan demikian.

    Nasihat saya cuma saudara jangan putus asa. Dunia tidak perlukan org sersikap sedemikian. Saudara tak perlu ubah diri saudara sendiri. Kalau semua bersikap sedemikian rasanya dunia ini senantiasa dalam peperangan.

    Apa apa pun semoga semangat saudara kembali membara dan dapat meneruskan kehidupan saudara seperti sediakala.

    P/s: Hanya segelintir manusia yang tidak takut dengan hukum di akhirat bersifat demikian.

  2. dauz says:

    agaknya masalah peribadi lebih baik dikongsi dengan orang yang tidak dikenali bukan??Ini kerana orang yang tidak dikenali akan memberi dorongan dan skongan dan mungkin akan ememberi bantuan lebih daripada kawan ’sejati’…Saya pernah terjumpa dengan hamba allah seperti ini..Tetapi agak mustahil…jgn tidak percaya…manusia diciptakanNya pelbagai ragam

  3. nasrun says:

    Harap saudara Amirol banyak-banyak bersabar..

    Mungkin semuanya adalah ujian dari yang Maha Esa kepada kita.

    Saya harap bro Amirol kuatkan semangat.. kami semua akan still suport saudara selagi mampu.

    Mungkin betul kata saudara Dauz.. dekatkan kan diri pada yang Esa mungkin lebih menenangkan saudara.

  4. Mohd. Noor says:

    Saya agak terharu juga dgn. Amirol. Bagi saya, kawan tetap kawan tetapi tidak
    boleh percaya sepenuh nya. Apa pun, Amirol tabah hati dan saya rasa betul juga
    seperti yang di kata kan oleh Dauz itu.

  5. putera123 says:

    salam bro..jgn ambik kisah sgt..kalu bro down sgt, g ar lepak ngan kwn2 yg laen or famili or next person yg rapat ngan bro..memang kekadang dlm life kite akn berlaku bende camtu..tp bgs la gak kan,at least taw gak akhirnya perangai sebenar die..sblom lagi lmbt n lagi beso kesempatan yg dia ambil..ape2 pon,life must go on.Jgn kerana seekor monyet,nak down kan diri sendiri,sape yg rugi??if need a break,take holiday..enjoy urself n try to get calm..anyway bro,semoga lebih sukses in d future!!

  6. code7 says:

    sabar dan redha itu akan menjadi perisai mukmin.. ada hikmah di sebalik semua dugaan ini.. mungkin ia akan mengajar kita utk lebih berhati dan berwaspada di masa akan datang.

  7. titan says:

    aku boleh faham kalau orang tu perempuan. Tapi kalau lelaki, aku agak kurang faham. Tapi sejak kes2 tikam belakang nih berlaku pada aku. Aku dah tak heran. Sesapa pun leh wat..

  8. amirol says:

    salam semua..

    Thanks semua.. kwn tu seorang lelaki..

    Tak mengapa… mudah - mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada beliau.

    Thanks sekali lagi untuk sokongan kalian.

  9. AbuSy says:

    Membaca kisah Sdr. Amirul yang juga sifu website saya, saya terharu dan bersimpati ( walaupun beliau tidak mendambakan simpati ).

    Sebelum memanjangkan kata-kata :

    ” Dunia ini adalah darul bala’ wal imtihan ” yang bermaksud , dunia adalah negeri ditimpakan bala dan ujian.

    Bala bagi mereka yang tidak beriman dan ujian adalah untuk orang yang beriman. Dalam kita meniti kehidupan ini tak selalunya sentiasa manis-manis belaka. Bahkan orang yang paling hebat ujiannya adalah orang yang paling dikasihi Allah S.W.T.

    Rasulullah S.A.W. adalah Kekasih Allah yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah. Sentiasa diuji Tuhan, sehinggakan berhadapan dengan ujian sihir dsb.

    Cuma, sejauh manakah kita nak menerima dan menilai sesuatu ujian yang Tuhan berikan pada kita tersebut, itulah yang meletakkan kita pada kedudukan yang baik atau tidak. Maksudnya sekiranya setiap ujian itu mendekatkan diri kita pada Tuhan, ia tentunya mendatangkan kebaikan pada kita. Jika sebaliknya ertinya menambah keburukan pada kita. Dengan ujian menginsafkan kita bahawa kita adalah hamba Tuhan yang perlu meminta pertolongan dan perlindungan padaNya…ertinya hati kita sudah ‘mendekati’- Nya.

    Selain ujian itu memuhasabah diri kita… ujian juga boleh mematangkan roh kita, mematangkan minda kita, mematangkan personaliti kita…

    Di antara maksud mematangkan roh ialah semakin diuji kita mengerti erti kesabaran, rasa sabar, ingin sabar dan meningkatkan kesabaran. Begitu juga dengan sifat-sifat redho, tawakkal, pemaaf dll.

    Dan yang terakhir… ujian itu membolehkan kita menilai kawan/rakan/ sejati atau bukan ( saya tak kata lawan atau musuh….. sebab perjalanan hidup kita masih jauh - jika di panjangkan umur lee.., kadang-kadang kawan jadi lawan… lawan jadi kawan ).

    Kalau dalam hal politik, biasa kita dengar cerita orang lompat parti, kalau dalam hal kawan niii…. kalau tak sejati tuu… bila kita susah dia lari… bila kita senang dia mari… itu namanya “KAWAN”, dalam istilah nii.. ada beza diantara perkataan “KAWAN”, “RAKAN”,”SAHABAT”,”TEMAN”,

    kalau masa kita sekolah rendah ramai lah kawan-kawan… itu di panggil “KAWAN”, kalau masa kerja kita ada “RAKAN”, kalau masa bermusafir kita ada “TEMAN”, - teman hidup lain lah maknanya… kalau kita ada “SAHABAT” itulah yang paling baik , sahabat ertinya ia setia dikala senang dan susah, itu sebab title SAHABAT niii hanya layak pada SAHABAT Rasulullah sahaja, selain dari itu turunlah ke kategori RAKAN, KAWAN, TEMAN, kalau nak di tinggikan sikit tambah dengan perkataan “SETIA”, seperti “KAWAN SETIA”, “TEMAN SETIA” dsb.

    Itu pandangan koi lah…

    Sebelum ending nii… ada sajak yang di petik dari sajak tulisan Ust. Hj. Ashaari Muhammad ( biasa dikenali sebagi Abuya )

    ” Bersahabat biarlah setia , ( maksudnya kawan setia lah… )
    Perasaan sahabat kenalah jaga,
    Kepentingannya utamakan dari kita,
    Begitulah kalau mahu bersahabat dengan sesiapa,
    Jiran kita anggaplah keluarga,
    Kerana jiran orang yang terdekat dengan kita,
    Tengok-menengoklah, bantu-membantulah sesama jiran,
    Kehormatan jiran kenalah dijaga,
    Keburukan jiran jangan dijaja-jaja,
    Beri-memberilah sesama jiran tetangga,
    Ketika jiran tidak ada dirumahnya,
    Rumahnya kenalah kita jaga,
    Sikap kita jangan sampai mengganggu jiran kita,
    Begitulah di antara rukun berjiran dengan kita.

    … OK lah.. panjang pulok critenye…
    Semoga sabar, kerana kesabaran meningkatkan kekuatan jiwa.

  10. komenebook says:

    (salam) buat amirol dan komentars

    amirol, sabar ya..saya tak sangka, 7 tahun bukan tempoh yang singkat.

    saya dah email dan attach sesuatu untuk anda..hope ia dapat membantu saudara

    best regards…

  11. zool says:

    Biasalah bro..
    Manusia ada dengkinya.. Hati2 dan jangan terlalu mempercayai seseorang..
    Kelak ia akan menikam kita..

  12. catzer says:

    Erm takperlah amirol, life must goes on

  13. [...] Erm baru-baru ini aku terasa sakit dibelakang, patutpun rupanya ramai sungguh kawan-kawan aku tikam aku dr belakang..Siap kalian aku akan balas..Ya balas..Lantaklah korang nak cakap aku kejam..Yup aku mmg kejam [...]

  14. Man says:

    Bersabarlah.Ada hikmahnya tu.Terus buat kebaikan kepadanya.Jangan buat seperti
    dia buat,nanti jadi sepertinya.

  15. Amirol says:

    Thanks semua. Saya dah ok dari hal ni. Fikir hal kerja lagi baik.. hehe

  16. zaki blogjer says:

    Alhamdulillah, take it easy Amirol. Mmg susah, tapi kena get it rid of it jugak nnti2

  17. laling says:

    Kenapa dalam post entry ni saya tak nampak kaitan dan relevannya dengan Niche Blog ini iaitu..

    Amirol & Dunia Internet
    Berkongsi Tips, Trik, Teknikal, Idea, Peluang Perniagaan & Keusahawan Internet

    Harap dapat penjelasan lengkap dan tersusun bagaimana peyelewengan sebegini boleh berlaku?

  18. AbuSy says:

    Buat Laling yang dihormati ,

    Ada benarnya pertanyaan Laling berkenaan Niche Blog Sdr. Amirol tu.

    Tapi pada saya tak da salahnya kalau sesekali kita berkongsi hal-hal seumpama itu dblog perniagaan kita, kerana hal-hal seumpama itu akan menjadi lumrah kepada para usahawan, baik yang berkecimpung dalam internet atau pun tidak.

    Elok juga sesetengah blog membincangkan permasalahan sedemikian dalam blog mereka. Kerana dalam perniagaan apa pun kita tidak boleh lari dari faktor PENTING iaitu MANUSIA. Iaitu permasalahan manusia itu sendiri. Manusia dan internet berkait antara satu sama lain.

    Selain membicarakan apa yang dihadapan kita ( market ) , elok juga membicarakan tentang permasalahan yang di dalam dalam hendak BERJAYA .

    Yang di dalam ni.. lebih kurang maksudnya dalam diri kita dan rakan kongsi kita. Ia bukan satu keaiban jika kita ingin terus berjaya… rintangan dan halangan adalah BAJA kepada ramai usahawan yang biasa kita kenal dan dengari.

    Keberanian berhadapan dengan sebarang risiko adalah KEKUATAN yang jarang ada pada semua orang.

    Mempelajari dari risiko yang dihadapi dan menyelesaikannya dengan sebaiknya akan membuahkan KEJAYAAN.

    Any way yang diuji sudah berjaya mengatasinya.. dan terus mara kehadapan untuk membuahkan KEJAYAAN demi kejayaan.

    Opss. sory lee kalau macam terror lak.., rasanya masih tak terseleweng dari konsep “Keusahawanan Internet” ..jangan abaikan faktor MANUSIA..

Leave a Reply