Kali ini saya ingin membincangkan sedikit persoalan yang sering saya terima daripada pembeli produk saya sendiri. Soalan - soalan ini adalah soalan biasa buat mereka yang baru ingin berjinak - jinak dalam perniagaan dan pemasaran di internet.

Baiklah… berikut adalah antara soalan yang kerap saya terima daripada pembeli produk Pakej Web Jualan:

  1. Saya dah baca semua kandungan ebook, tetapi saya masih belum ada produk untuk dijual. Apa perlu saya lakukan?
  2. Boleh tak saudara berikan idea apakah yang boleh saya lakukan dengan produk anda? Saya dah beli ebook anda tetapi tak tau nak mulakan apa.
  3. Saya berminat nak jalankan perniagaan di internet, tetapi masih tak tahu nak pasarkan apa.

Ketiga - tiga soalan di atas adalah antara soalan umum yang sering saya terima. Sebelum saya pergi lebih lanjut kepada huraian terhadap persoalan diatas, disini saya nyatakan apakah sebenarnya tujuan Pakej Web Jualan ini diwujudkan.

  1. Mengajar cara membina laman web MINISITE berkonsepkan Web Jualan (untuk menjual/pemasaran)
  2. Mengajar cara memasang sistem autoresponder supaya pengguna mempelajari konsep asas penggunaan autoresponder / mailing list
  3. Mengajar cara memasang sistem affiliate supaya pengguna dapat memahami prosedur membina database dan konfigurasi script selain daripada sistem tersebut dapat membantu dalam aktiviti pemasaran pengguna.
  4. Mengajar cara menggunakan borang supaya pengguna dapat membantu pengguna dalam menguruskan aktiviti pemasaran dan penjualan produk dengan lebih efektif.

Dalam setiap tutorial yang diajarkan dalam Pakej Web Jualan, sebenarnya ia mempunyai misinya yang tersendiri.

Sebagai contoh, walaupun saya memberi penerangan berkaitan pembinaan web jualan, maka tidak semestinya pengguna harus membina web jualan semata - mata. Pengguna boleh mengaplikasikan pengetahuan yang ada untuk membina lain - lain halaman web minisite seperti squeeze page, newsletter page dan sebagainya.

Berbalik kepada masalah “saya tiada produk untuk dipasarkan“, ini bukanlah satu permasalahan yang besar untuk setiap daripada anda untuk menjana pendapatan di internet.

Jadi… apakah perkara yang boleh anda lakukan jika tiada produk nak dijual di internet?

1. Bina squeeze page / newsletter page.

Mengapa saya syorkan perkara ini? Pertamanya, jika anda mempunyai senarai “mailing list” anda tersendiri, anda sebenarnya sedang memiliki satu aset yang sangat berharga iaitu pengikut anda sendiri. Anda perlu menjalinkan hubungan baik antara pengikut - pengikut anda dan bina kredibiliti anda.

Sebagai contoh, jika senarai list yang anda bina adalah untuk pasaran produk kesihatan, maka jangan lupa untuk sentiasa kirimkan informasi - informasi berkaitan produk kesihatan. Jangan pula salah gunakan list anda dengan melakukan SPAM promosi terhadap informasi lain yang semata - mata menguntungkan anda sahaja.

Rata - rata orang menganggap list hanya semata - mata untuk buat duit sahaja. Mungkin kerana adanya pepatah “the money is in the list”… jadi, kerana salah faham ini, setiap email yang dikirimkan akan berunsur promosi spam pelbagai iklan. Berhati - hati kerana anda mungkin akan kehilangan list anda dan mereka tidak akan mempercayai anda lagi.

Salah satu cara terbaik untuk menghargai list anda adalah dengan mengajak mereka untuk sama - sama maju bekerja sama dengan anda. Macam mana tu? Setelah anda memiliki produk untuk dipasarkan kelak, mereka inilah yang sebenarnya akan menjadi tunjang utama anda untuk mempromosikan produk anda. Maksud saya disini, mereka iaitu “mailing list” anda sebenarnya adalah bakal menjadi rakan JV anda yang paling utama. Jadi, tidak akan timbul masalah “saya tak jv, sebab tu saya tak boleh nak buat “sales” yang tinggi macam OTAI A, B, C dan sebagainya…

Jadi, bagi anda yang masih terpinga - pinga, tercari - cari serta terkecewa - kecewa tak tau nak buat apa, jual apa di internet… apa kata anda mula bina list anda pada hari ini…

Tetapi berikut adalah AMARAN awal saya.

  1. Jangan lakukan promosi iklan sebarangan terhadap list anda. Hormati mereka, dan mereka akan hormati anda juga.
  2. Jangan kongsikan list anda sebarangan dengan orang lain. Elakkan daripada mempergunakan list anda.
  3. Hanya hantarkan promosi yang dirasakan perlu sahaja serta benar - benar bermanfaat kepada list anda. (sebelum hantar satu - satu informasi atau promosi.. fikirkan dulu… apakah kelebihan yang diterima oleh pengikut anda jika anda melakukan promosi sekian - sekian iklan)

2. Bina blog sendiri

Keduanya, anda boleh membina blog. Bina kredibiliti anda menerusi blog. Kongsikan pengalaman, kisah anda serta apa - apa aktiviti yang anda lakukan yang boleh dikongsikan bersama dengan pembaca anda.

Pada mula saya melibatkan diri dalam industri ini, saya sememangnya mengambil mudah tentang blog ini. Saya menganggap saya tidak memerlukan blog. Namun, tiba satu ketika saya merasakan saya perlu untuk membina blog untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan pengguna internet yang lain. Saya perlu kongsikan serba sedikit kisah saya bersama - sama rakan online yang lain supaya mereka lebih mengenali saya, apa aktiviti yang saya lakukan dan untuk membuang rasa ragu - ragu pengguna terhadap diri saya.

Jadi, anda juga perlu sama melakukan proses ini. Bina blog sendiri. Kalau masih tak tau cara nak pasang blog, pergi ke YouTube.com dan buat carian dengan kekunci “install wordpress” Atau kalau nak panduan dalam bahasa melayu, dapatkan Pakej Kit Blogger.

p.s - tidak semestinya apabila memiliki blog, anda perlu menjadi seorang pro-blogger.. buat posting setiap hari atau sebagainya. Hanya postkan artikel yang berkaitan dan dirasakan perlu sahaja.

3. Sertai program affiliate

Menyertai program affiliate adalah salah satu cara paling mudah untuk memulakan aktiviti pemasaran di internet. Program affiliate ini merangkumi “Pay Per Click”, “Pay Per Sale” dan “Pay Per Lead”.

Seperti yang diterangkan di atas, apabila anda telah memiliki list sendiri, blog sendiri, maka tugas untuk melakukan promosi terhadap produk affiliate ini akan menjadi lebih mudah. Dalam setiap artikel yang anda kongsikan, anda boleh selitkan link - link affiliate anda yang bersesuaian dengan artikel tersebut.

Sebagai contoh anda memberi artikel berkaitan penternakan kambing, maka mungkin anda boleh cari produk affiliate berkaitan penternakan kambing dan selitkan link affiliate bersama artikel yang dikongsikan.

Pastikan jangan mempromosikan link affiliate anda sebarangan dan tidak bersesuaian dengan tempatnya. Elakkan juga daripada melakukan SPAM. Hal ini tidak akan memberi keuntungan kepada anda untuk jangka masa panjang. Malah anda juga mungkin akan di BAN oleh pengusaha program affiliate.

Kesimpulannya di sini, jangan terlalu menghadkan diri anda untuk melakukan pemasaran di internet semata - mata kekurangan sesuatu perkara. Jangan kerana disebabkan kononnya tiada produk untuk dijual, maka anda tidak memulakan kerja anda di internet dan menjadikan alasan bahawa anda masih tidak boleh berjaya menjana wang di internet, atau menyalahkan pihak lain tidak membantu anda.

Semoga penerangan ini dapat membantu anda semua.