Kali ini saya ingin membincangkan sedikit persoalan yang sering saya terima daripada pembeli produk saya sendiri. Soalan - soalan ini adalah soalan biasa buat mereka yang baru ingin berjinak - jinak dalam perniagaan dan pemasaran di internet.
Baiklah… berikut adalah antara soalan yang kerap saya terima daripada pembeli produk Pakej Web Jualan:
Ketiga - tiga soalan di atas adalah antara soalan umum yang sering saya terima. Sebelum saya pergi lebih lanjut kepada huraian terhadap persoalan diatas, disini saya nyatakan apakah sebenarnya tujuan Pakej Web Jualan ini diwujudkan.
Dalam setiap tutorial yang diajarkan dalam Pakej Web Jualan, sebenarnya ia mempunyai misinya yang tersendiri.
Sebagai contoh, walaupun saya memberi penerangan berkaitan pembinaan web jualan, maka tidak semestinya pengguna harus membina web jualan semata - mata. Pengguna boleh mengaplikasikan pengetahuan yang ada untuk membina lain - lain halaman web minisite seperti squeeze page, newsletter page dan sebagainya.
Berbalik kepada masalah “saya tiada produk untuk dipasarkan“, ini bukanlah satu permasalahan yang besar untuk setiap daripada anda untuk menjana pendapatan di internet.
Jadi… apakah perkara yang boleh anda lakukan jika tiada produk nak dijual di internet?
1. Bina squeeze page / newsletter page.
Mengapa saya syorkan perkara ini? Pertamanya, jika anda mempunyai senarai “mailing list” anda tersendiri, anda sebenarnya sedang memiliki satu aset yang sangat berharga iaitu pengikut anda sendiri. Anda perlu menjalinkan hubungan baik antara pengikut - pengikut anda dan bina kredibiliti anda.
Sebagai contoh, jika senarai list yang anda bina adalah untuk pasaran produk kesihatan, maka jangan lupa untuk sentiasa kirimkan informasi - informasi berkaitan produk kesihatan. Jangan pula salah gunakan list anda dengan melakukan SPAM promosi terhadap informasi lain yang semata - mata menguntungkan anda sahaja.
Rata - rata orang menganggap list hanya semata - mata untuk buat duit sahaja. Mungkin kerana adanya pepatah “the money is in the list”… jadi, kerana salah faham ini, setiap email yang dikirimkan akan berunsur promosi spam pelbagai iklan. Berhati - hati kerana anda mungkin akan kehilangan list anda dan mereka tidak akan mempercayai anda lagi.
Salah satu cara terbaik untuk menghargai list anda adalah dengan mengajak mereka untuk sama - sama maju bekerja sama dengan anda. Macam mana tu? Setelah anda memiliki produk untuk dipasarkan kelak, mereka inilah yang sebenarnya akan menjadi tunjang utama anda untuk mempromosikan produk anda. Maksud saya disini, mereka iaitu “mailing list” anda sebenarnya adalah bakal menjadi rakan JV anda yang paling utama. Jadi, tidak akan timbul masalah “saya tak jv, sebab tu saya tak boleh nak buat “sales” yang tinggi macam OTAI A, B, C dan sebagainya…”
Jadi, bagi anda yang masih terpinga - pinga, tercari - cari serta terkecewa - kecewa tak tau nak buat apa, jual apa di internet… apa kata anda mula bina list anda pada hari ini…
Tetapi berikut adalah AMARAN awal saya.
2. Bina blog sendiri
Keduanya, anda boleh membina blog. Bina kredibiliti anda menerusi blog. Kongsikan pengalaman, kisah anda serta apa - apa aktiviti yang anda lakukan yang boleh dikongsikan bersama dengan pembaca anda.
Pada mula saya melibatkan diri dalam industri ini, saya sememangnya mengambil mudah tentang blog ini. Saya menganggap saya tidak memerlukan blog. Namun, tiba satu ketika saya merasakan saya perlu untuk membina blog untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan pengguna internet yang lain. Saya perlu kongsikan serba sedikit kisah saya bersama - sama rakan online yang lain supaya mereka lebih mengenali saya, apa aktiviti yang saya lakukan dan untuk membuang rasa ragu - ragu pengguna terhadap diri saya.
Jadi, anda juga perlu sama melakukan proses ini. Bina blog sendiri. Kalau masih tak tau cara nak pasang blog, pergi ke YouTube.com dan buat carian dengan kekunci “install wordpress” Atau kalau nak panduan dalam bahasa melayu, dapatkan Pakej Kit Blogger.
p.s - tidak semestinya apabila memiliki blog, anda perlu menjadi seorang pro-blogger.. buat posting setiap hari atau sebagainya. Hanya postkan artikel yang berkaitan dan dirasakan perlu sahaja.
3. Sertai program affiliate
Menyertai program affiliate adalah salah satu cara paling mudah untuk memulakan aktiviti pemasaran di internet. Program affiliate ini merangkumi “Pay Per Click”, “Pay Per Sale” dan “Pay Per Lead”.
Seperti yang diterangkan di atas, apabila anda telah memiliki list sendiri, blog sendiri, maka tugas untuk melakukan promosi terhadap produk affiliate ini akan menjadi lebih mudah. Dalam setiap artikel yang anda kongsikan, anda boleh selitkan link - link affiliate anda yang bersesuaian dengan artikel tersebut.
Sebagai contoh anda memberi artikel berkaitan penternakan kambing, maka mungkin anda boleh cari produk affiliate berkaitan penternakan kambing dan selitkan link affiliate bersama artikel yang dikongsikan.
Pastikan jangan mempromosikan link affiliate anda sebarangan dan tidak bersesuaian dengan tempatnya. Elakkan juga daripada melakukan SPAM. Hal ini tidak akan memberi keuntungan kepada anda untuk jangka masa panjang. Malah anda juga mungkin akan di BAN oleh pengusaha program affiliate.
Kesimpulannya di sini, jangan terlalu menghadkan diri anda untuk melakukan pemasaran di internet semata - mata kekurangan sesuatu perkara. Jangan kerana disebabkan kononnya tiada produk untuk dijual, maka anda tidak memulakan kerja anda di internet dan menjadikan alasan bahawa anda masih tidak boleh berjaya menjana wang di internet, atau menyalahkan pihak lain tidak membantu anda.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda semua.
13 Responses
dell
May 20th, 2008 at 10:44 am
1terima kasih….
maklumat yang amat berguna. sya juga tengah tercari2 apakah benda nak d jual setelah membeli pakej web jualan…
zool
May 20th, 2008 at 11:49 am
2Saya masih membina kredibiliti dan kepercayaan melalui blog…
Walaupun tiada produk lagi saya jangka akan berjaya satu masa lagi
catzer
May 22nd, 2008 at 3:25 am
3Yg penting berani mencuba dan berusaha..
norhayati
May 25th, 2008 at 12:59 pm
4Saya dah baca,terima kasih Amirol.Insyaallah,suatu hari saya akan berjaya juga…
USAHA PASTI BERJAYA
taukey
May 27th, 2008 at 8:31 am
5hehehe……jangan jual benda haram sudahlah…kena jail nanti… ekekeke
muzo80
May 27th, 2008 at 12:27 pm
6saya sedih skit la…beli produk pun belom…he3, tp x pe insyaallah duit gaji bulan lepas baru sy beli k…apa yg penting sekarang sy nak kenal-kenal dulu dengan blogger yg lain…tp….mcm mana eik nak suruh masuk blog saya yg tak seberapa tu?
taukey
May 27th, 2008 at 8:45 pm
7blog ko aper erkk??? aku cadang ko aktif dalam forum wangcyber. ataupun mana - mana blog yang kau rasa bagus dan dapat menambah pengalaman serta ilmu blogging. hehehe
kerja sambilan
May 27th, 2008 at 11:12 pm
8cipta produk yg kita sendiri minat dan mempunyai ilmu yg cukup mengenainya…
AhmadAmir
May 29th, 2008 at 12:04 pm
9thanks amirol…artikel yang sangat berguna…memang betul apa yang diceritakan..
Amirol
May 30th, 2008 at 2:36 am
10thanks semua. semoga artikel2 yang dikongsikan dpt memberi manfaat pada anda.
Noria
June 4th, 2008 at 10:21 pm
11Salam En. Amirol
Maaflah andai soalan saya ini nampak bodoh sekali, sebenarnya SPAM itu apa maksudnya. Bolehkah En. Amirol terngkan kpd saya atau sesiapa. Saya rasa takut pulak sebab diberi peringatan jangan SPAM.
Amirol
June 8th, 2008 at 7:14 am
12Noria : Spam adalah aktiviti yang menghantar sesuatu informasi secara paksaan dan tanpa diundang oleh si penerima. Biasanya orang yang buat spam ini adalah iklan untuk promosikan sesuatu produk dan si penghantar adalah orang yang tidak dikenali. Saya yakin tentu Noria pernah mengalami situasi begini.
zam
June 27th, 2008 at 1:22 am
13spam nie mel ceroboh,kira satu boleh deletelah,cuba 10,000 emel spam tiba kat inbox anda?samalah klau peti pos penuh dgn 10 000 surat tah apa-apa,sehingga surat penting terabai,yelah surat penting terbuang sekali tak ke haru namanya.klau rajin telek 1 persatu dah buang masa yang penting.jadi jangan lakukan spam!!!
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply