Fuh… lebih seminggu saya tak update Blog ini… Maaf sangat - sangat… Saya tak berkesempatan nak berkongsi informasi / perkembangan terbaru memandangkan saya banyak buat kerja luar sejak minggu lepas. Hari ni seharian pula menguruskan kemasukan adik bongsu saya ke PTPL. Banyak juga kerja - kerja yang tertangguh, ada email yang tak berbalas. Maaf ya! Saya akan reply as soon as possible.
Baiklah, apa yang kita nak cerita hari ini ya? Apa kata hari ini kita bercerita tentang kepentingan mailing list?
Rasanya ramai diantara anda dah tahu kepentingan list, tetapi berapa ramai yang telah “bergerak” membina list masing - masing? Berapa ramai yang dah memulakan langkah - langkah awal membina senarai list sendiri? Atau masih lagi tertunggu - tunggu nak buat apa, nak mintak tolong sapa, nak cari produk apa, nak jual apa dan sebagainya?
Kenapa saya suruh anda bina list? Pada post yang lepas pun, saya ada nyatakan supaya anda mula membina list anda sendiri. Berikut adalah pandangan peribadi saya tentang mengapa anda harus membina senarai list anda sendiri.
ASET UTAMA yang paling berharga dalam melakukan pemasaran dan perniagaan di internet adalah dengan memiliki senarai jumlah mailing list mengikut pasaran niche tertentu. Anda perlu sedar bahawa Mailing List yang anda miliki adalah merupakan HARTA KARUN anda di dalam dunia perniagaan di internet.
Siapa yang akan kenal anda jika bukan mereka yang telah berada di dalam list anda. Siapa yang akan menyokong anda jika bukan mereka yang telah menjadi rakan setia list anda? Siapa yang akan membantu anda mengembangkan lagi perniagaan anda kalau bukan list anda sendiri?
Memiliki senarai mailing list adalah umpama memiliki sekumpulan pengikut dan penyokong anda sendiri. Umpama anda membina parti / persatuan anda sendiri yang mana anda perlu untuk menjadikan parti anda diminati ramai dan mendapat sokongan daripada ahli - ahli parti anda. (Opps.. Ini tak ada kena mengena dengan mana - mana parti politik ya! Blog ini bebas dari sebarang unsur - unsur politik…
)
Walaubagaimanapun, anda kena jugalah pastikan bahawa mailing list tersebut merupakan mailing list yang berkualiti. Apa maksud berkualiti tu?? Maksud saya, mailing list tersebut haruslah kerap memberi respon terhadap apa yang anda sampaikan.
Maksud respon pula, anda perlu mendapatkan respon daripada list anda seperti dari segi komen tentang apa yang anda kongsikan, soal jawab, email, survey dan sebagainya.
Bina hubungan yang baik antara anda dan list anda. (jangan hubungan sulit dah la ya!
). Kongsikan material / informasi yang berguna kepada mereka seperti pengalaman anda dalam pasaran yang anda ceburi, cerita terbaru anda atau cerita PANAS tentang pasaran list tersebut.
Tetapi berhati - hati dalam berkongsikan cerita tersebut. Jangan pula list yang anda bina berkaitan dengan pasaran kesihatan, anda kongsikan pula cerita berkaitan membaiki motosikal… Ini sudah tentu lari daripada skop yang sepatutnya.
Seterusnya, pastikan juga anda tidak terlalu kerap menghantar email. Seminggu mungkin 1 - 3 kali sudah memadai. Lagi satu perkara, jangan pula bila dah dapat sejumlah list, anda terus menerus melakukan promosi produk itu dan ini. Rileks, bawak bertenang dan seperti yang saya katakan, bina hubungan yang baik antara anda dan list anda.
Jika ingin mempromosikan sesuatu, seelok - eloknya lakukan dalam bentuk penceritaan tentang perkara yang dipromosikan. Jangan nampak terlalu berunsurkan iklan. Sudah tentu ini akan membosankan subscribers / list anda.
Elakkan juga daripada melakukan promosi yang berterusan. Misalnya hari ni promosikan A, kemudian lusa promosi produk B pula, tulat produk C dan seterusnya… Bagi masa / tempoh berehat untuk setiap email yang dikirimkan.
Baiklah, sekarang kita masuk pula bab macam mana nak bina list… Pertama sekali anda perlukan autoresponder. Terdapat autoresponder berbayar dan percuma. Dalam Pakej Web Jualan saya, saya ada mengajar cara memasang sistem autoresponder percuma. Namun begitu, saya LEBIH MENGESYORKAN anda untuk menggunakan autoresponder 3rd party seperti dibawah kerana mereka ini telah terbukti merupakan pelopor bagi sistem autoresponder. Malah, kelak tak perlu anda bersusah payah untuk memohon list dari sistem percuma berpindah ke sistem baru.
Walaubagaimanapun, jika anda benar - benar tiada budget, maka boleh cuba dengan sistem autoresponder percuma dulu. Namun, bila dah ada budget, cepat - cepat pindah ke autoresponder berbayar. “Manyak Best Ooo..!”
3rd party autoresponder:
OFF TOPIC : Saya sedang ingin mencuba sistem autoresponder aweber pada bulan hadapan, namun setelah beremail dengan support aweber, katanya harga telah berubah. Anda boleh lihat harga baru di : http://www.aweber.com/pricing.htm. Sapa - sapa yang tengah menggunakan aweber, boleh bagi saya info berapa sebenarnya harga yang dibayar oleh anda. Adakah anda turut terefek dengan harga baru ini? ).
Setelah anda memiliki sistem autoresponder ini, anda PERLU membina laman web atau blog untuk memasarkan borang subscribe (opt-in) anda supaya pengguna internet lain boleh subscribe ke dalam sistem autoresponder anda.
Tawarkan mereka dengan informasi terbaru berkaitan topik yang anda pasarkan. Buatkan tawaran menarik supaya pengguna internet tertarik untuk sertai mailing list anda. Cara terbaik adalah dengan membina minisite - squeeze page.
Lakukan promosi terhadap squeeze page anda dari semasa ke semasa untuk mendapatkan senarai list.
Setelah itu, mula membina hubungan baik antara anda dan list anda. Hargai mereka, jaga mereka umpama anda menjaga harta karun anda. Tanpa mereka, siapa lah anda.
Sampai disini dulu coretan saya pada kali ini. Esok - esok saya akan sambung lagi beberapa artikel, kisah - kisah terbaru.
Ingat, segera bertindak dan merancang pembinaan list anda mulai hari ini juga.
p.s - Tanpa list saya, siapalah saya.
Tiada orang yang kenal saya melainkan list saya sendiri.
8 Responses
catzer
May 30th, 2008 at 2:46 am
1Erm, sungguh panas post kali ini… :p
taukey
May 30th, 2008 at 5:52 pm
2hmm..sibuk ke bro? hu hu hu mesti riban byk masuk tu…ekekeke
mus
May 31st, 2008 at 11:24 am
3sibuk-sibuk duit masuk tu kira oklah…he he
mailing list memang menjadi sumber prospek utama …buat masa ini masih belum mampu menggunakan yang berbayar
olie
May 31st, 2008 at 1:48 pm
4Info yang sangat berguna. List memang ‘harta karun’ yang sangat bernilai bagi kita. Boleh bagi cadangan autoresponder yang free tak? Tak mampu lagi nak gunakan yang berbayar.
TheReds
June 2nd, 2008 at 2:19 am
5setuju 100%
ahib0205
June 2nd, 2008 at 10:44 am
6yeah.. list prospect… go go…. anyway aku baru ada sikit tp alhamdulillah kualiti. er.. sapa nk masuk lagi?
sufian jc
June 2nd, 2008 at 4:26 pm
7Salam…saya setuju dgn tulisan amirol bahawa membina ‘list’ memang penting tak kiralah sama ada utk tujuan jualan produk kita atau affiliate.
Kepada Olie, kalau nak guna autoresponder free, boleh la gunakan script autoresponder yang diajar oleh amirol dalam pakej web jualan tu (opss tolong promote pulak heee…)
Fai
June 23rd, 2008 at 3:39 pm
8Nampaknya harga Aweber dah tak berapa berpatutan utk para newbie yang baru menggunakannya.. Macam tak logik pun ada.. Tapi pengguna lama tetap dapat unlimited pada harga lama rasanya.. Hehe
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply