Tips Meluahkan Permasalahan@Pertanyaan

Dalam tempoh hampir 3 minggu ini, saya menghadapi kesukaran untuk mengakses ke internet lebih – lebih lagi untuk melayari laman web daripada pihak Google. Hal ini termasuklah kesukaran untuk mengakses ke Adwords, Adsense dan Gmail.

Setiap kali saya membuka email Gmail, beginilah paparan yang tampil. Terpaksalah saya menggunakan Basic HTML view sahaja untuk masuk ke dalam Inbox.

Adakah anda turut menghadapi masalah yang sama? Atau mungkin masalah ini timbul dikawasan saya sahaja? Hmmm… Banyak kerja jadi lambat lebih – lebih lagi untuk urusan download dan upload…

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsikan TIPS bagaimana anda boleh meluahkan masalah yang anda hadapi dalam membangunkan perniagaan internet anda, masalah teknikal laman web atau apa – apa persoalan yang berkaitan dengan industri perniagaan di internet.

Saya acap kali menerima email yang bertanyakan pelbagai macam perkara bermula daripada perkara – perkara asas perniagaan internet sehinggalah ke bahagian teknikal laman web. Terima kasih buat anda yang pernah menghubungi saya.

Pelbagai macam kerenah email yang saya terima dan pelbagai macam gaya penulisan yang saya lihat. Ada yang sopan dan ada yang “rock”…. Ada yang lengkap soalannya dan ada yang tidak diketahui hujung dan pangkal soalannya.

Pendek kata, sepanjang saya mengendalikan “customer service” ini, ia adalah merupakan satu pengalaman yang begitu berharga kerana saya sendiri telah mempelajari pelbagai macam perkara terutama sekali pengalaman bagaimana untuk menguruskan pelanggan.

Jika dulu saya berseorangan mengendalikan “helpdesk”, kini saya ada 2 orang lagi rakan yang akan membantu saya. Walaubagaimanapun, buat masa ini saya masih lagi memantau kesemua email – email yang terkirim.

Boleh dikatakan 80% email yang dikirimkan oleh pengguna ke ruangan support tidak menepati atau tidak lengkap dengan butiran yang diperlukan.

Jika dilihat pada ruangan bantuan saya di http://support.usahaniaga.com, saya telah meletakkan garis panduan ringkas iaitu bagaimana cara terbaik untuk menghubungi pihak saya. Namun, saya percaya tidak semua yang membaca ruangan tersebut dan kerana itu banyak soalan yang terkirim tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. (Maybe saya akan update lagi kandungan ruangan tersebut)

Apakah maksud saya email yang terkirim tidak menepati prosedur yang telah ditetapkan? Jika dilihat pada ruangan support tersebut, ada ruangan kategori / department yang telah disediakan mengikut permasalahan yang dihadapi.

Sebagai contoh, jika seseorang pengguna itu mempunyai masalah berkaitan download produk, maka mereka haruslah masuk ke department yang betul iaitu department download produk.

Tetapi apa yang dapat saya lihat adalah pengguna – pengguna yang mengirimkan ticket support (email) ke department yang salah. Mungkin hal ini tidak diberi perhatian oleh mereka kerana mereka tergesa – gesa ingin mendapatkan jawapan.

Untuk pengetahuan, konsep department “support system” ini adalah sama sahaja dengan konsep department di dunia pekerjaan. Bil air, permasalahan air haruslah dirujuk pada Indah Water. Bil elektrik, permasalah elektrik, haruslah dirujuk pada TNB. Adakah patut jika anda bertanyakan masalah air pada TNB ? ;)

Perkara yang kedua ingin disentuh adalah berkaitan kandungan email yang dikirimkan. Saya suka membaca email yang mempunyai introduction serta menyatakan masalah yang dihadapi dengan jelas.

Dibawah ini adalah CONTOH 3 situasi gaya pengirim email. Silalah pilih gaya manakah yang memberi anda input yang secukupnya untuk anda membantu jika email ini dikirimkan kepada anda.

****************
Email 1 (Rock Kapak)
****************

Department: Joint Venture

Daripada: user@user.com

Tajuk: Tolongg… Kenapa tak boleh bukak fail????

Pesanan: Aku tak dapat buka la fail yang di download. Harap dapat bantu dengan segera.

****************
Email 2 (Rock Steady)
****************

Department: Soalan Terbuka

Daripada: user@user.com

Tajuk: Dah download tapi tak dapat buka fail

Pesanan: Salam Amirol, saya tak dapat buka fail yang di download dari laman web saudara. Harap dapat bantu saya.

****************
Email 3 (Terhangat)
****************

Department: Masalah Download – Produk A

Daripada: user@user.com

Tajuk: Permasalahan Unzip dan Mohon Rujukan.

Pesanan: Salam Amirol,

Saya user, salah seorang pengguna produk A saudara dari www.domain.com. Saya telah selesai download produk A dan telah cuba untuk unzipkan produk tersebut menggunakan perisian winzip. Namun terdapat masalah yang timbul iaitu sistem menyatakan “fail corrupted… cannot achieved”. Bolehkah saudara membantu saya memberikan jalan penyelesaian kepada permasalahan ini?

Terima kasih

user

****************

Ketiga – tiga email ini mempunyai soalan yang sama maksudnya tetapi dengan 3 gaya penulisan yang berlainan. Jika dilihat, email yang pertama dan kedua adalah TERLALU UMUM dan hal ini akan menyebabkan mana – mana penerima email akan tertanya – tanya apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh si pengirim, produk apa, dan dari mana produk tersebut datangnya.

Berbeza dengan email ke3, soalannya adalah lengkap serta email yang dikirimkan adalah lebih mesra dan ini memberikan keselesaan untuk penerima untuk menjawab email serta membantu si pengirim.

Sama sahaja jika anda menulis ayat jualan, manakah yang lebih menarik dan lengkap infonya jika dibandingkan dengan :

Panduan Ini Mengajar Anda Buat Duit Di Internet” atau “Panduan Ini Mengajar 21 Cara Buat Duit Di Internet Dalam Tempoh 30 Hari sahaja!

Sudah tentu ayat yang kedua lebih lengkap infonya. Sebagai kesimpulan yang ingin saya sampaikan dalam artikel ini adalah :

  1. Sebelum menghubungi seseorang untuk bertanyakan soalan, KENAL PASTI dahulu MASALAH yang dihadapi. Ini adalah kerana saya dapati kadang kala si pengirim tidak mengenali masalahnya sendiri dan hal ini menyebabkan soalan yang dikemukakan tak dapat difahami oleh si penerima.
  2. Cari jalan penyelesaian di search engine dahulu iaitu dari Google.com dan Yahoo.com. (Tahukah anda bahawa kadang – kala penerima email memberikan jawapan kepada anda berdasarkan carian dari search engine?)
  3. Jika tidak mendapat sebarang jawapan, barulah hantarkan email pertanyaan kepada pihak yang sepatutnya.
  4. PASTIKAN TAJUK email yang dikirimkan adalah bersesuaian dengan masalah.
  5. Isikandungan email haruslah lengkap dengan pengenalan diri (jika baru pertama kali menghantar email), lengkap dengan maklumat masalah (produk apa, laman web apa etc), jalan penyelesaian yang telah dilakukan, masalah yang timbul (seperti pesanan error yang tampil) dan lain – lain hal. Pastikan persoalan tersebut adalah tepat, padat dan lengkap dengan info yang diperlukan. Jangan buat seperti di email pertama dan kedua dalam contoh diatas. Pastikan anda menggunakan konsep email yang ketiga.
  6. Sabar menanti jawapan anda dijawab. Jangan terlalu mendesak / menggesa. (Anda pun sudah tentu tak suka didesak oleh orang lain, ye tak? )
  7. Setelah menerima jawapan, pastikan anda fahamkan penerangan dengan jelas dan lakukan apa yang dinyatakan. JIka masalah tidak selesai lagi, reply dengan baik dan nyatakan anda masih menghadapi masalah. Teruskan berurusan jika perlu. Jika tidak perlu atau telah selesai masalah tersebut, ucapkan terima kasih.

Mungkin ada yang merasakan, “aaahh.. skema sungguh langkah – langkah ini”. Tetapi perkara ini lah yang menentukan tahap professional anda serta memberikan perasaan selesa kepada penerima email serta menimbulkan rasa hormat pada anda. :-)

Semoga tips ini dapat membantu anda yang ingin berurusan dengan mana – mana pengguna internet yang lain. Orang kata, biar berbudi bahasa dalam berurusan lebih – lebih lagi orang yang kita “kurang” kenali. Tak rugi pun, malah anda yang bakal menerima manfaatnya kerana penerima akan berasa hormat kepada anda.

p.s – Masih banyak lagi perkara yang perlu saya pertingkatkan dalam system customer support saya. Jika ada apa – apa pandangan, bolehlah berikan pendapat anda dibawah ini. :)

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



15 Responses to “Tips Meluahkan Permasalahan@Pertanyaan”

  1. nabieel says:

    Untuk pengetahuan anda saya pun mengalami perkara yg sama ketika hendak akses ke gmail, terpaksa menggunakan basic HTML..

    Saya menggunakan broadband, line 3G pun tidak begitu clear sejak akhir2 ini.. terpaksa guna line GPRS…

  2. komenebook says:

    (salam) amirol dan nabieel.

    setakat saya test buka gmail dan apa2 yang berkait dengan adsense. takde masalah, terus loading tak sampai 5 saat.

    bila baca, rasa nak tergelak pulak..rasa terkena pada batang idung sendri jugak kot. yela, saya pernah jugak hantar ape2 soalan pada ruangan yang tak berkaitan..hehehehe..malu gok seposeng! hehehe

    saya rasa, step 1 – 7, saudara boleh adaptasikan ke ruangan support saudara. mungkin saudara amirol boleh buat satu atau dua sample kat ruangan support. customer perlu klik kat mana2 yang berkaitan untuk lihat contoh lengkap itu. macam nak isi borang masuk duitla jugak, sesetengah bank akan letakkan sample nak isi borang.

    saya rasa, pasni, mungkin customer akan faham prosedur tersebut. harap idea tak seberapa ni dapat membantu.

    p/s: nice article amirol, tetiba dapat ilham baru….thanks bro! :-)

  3. catzer says:

    Erm sy harap dgn tips2 yg ditekankan oleh amirol akan surutlah sedikit pening kepala mereka2 yg menjaga bhgn support nanti. Sebenarnya, sikap “terjah” bukanlah cara yg paling efisyen utk mendapatkan ilmu atau pengetahuan. Mungkin ada yg masih kurang faham bab etika membuat duit secara online. Amirol, ini boleh dijadikan idea utk post baru nanti, :D

  4. Yusoff Kamil says:

    Maaf, saya tak pakai G-mail atau apa berkaitan dengan Google kecuali search engine jelah. So far, tak mengalami apa-apa masalah dengan search engine:)

    Berkaitan dengan tips bagaimana nak tanya soalan, bagi saya, lebih baik kalau sebelum nak tanya apa-apa soalan pun, kita kena betul-betul faham apa masalah yang kita hadapi. Mungkin cara 2 W -1H – 1W akan membantu kita memahani masalah kita dengan lebih baik

    Saya cuba jelaskan 2W-1H-1W. Kalau nak berkesan, digalakan ikut turutan.
    1. What (Apa) – Apa masalah yang dihadapi?
    2. When (Bila) – Bila berlaku masalah tu?
    3. How (Bagaimana) – Bagaimana masalah tu berlaku
    4. Why (Mengapa) – Mengapa berlaku masalah tu? (Yang ni mungkin kita tak boleh nak jawab sendiri, tu yang kena tanya)

    Bila kita dah boleh jawab dengan jelas 2W-1H dan diberikan kepada orang yang ditanya, InsyAllah, 1W tu dapatlah dijawab dengan baik oleh orang yang ditanya. Cubalah..

    Semoga bermanfaat.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  5. Luvlee says:

    Good artikel Amirol..
    Saya juga sering mendapat email seperti 1 dan 2. Kadang-kadang satu email hanya satu barisan sahaja :)

    Berkaitan dengan line, saya sekarang menghadapi masalah yang sama. Gmail saya tidak dapat dibuka dan line sering terputus sejak kebelakangan ini. Memang susah nak buat kerja…

  6. smartzul says:

    Tak ada apa-apa komen mengenai masalah support sebab saya sendiri pun mengalami benda yang sama & dah banyak kali juga menyatakan hal ini di blog saya.

    Apa yg dapat saya katakan, masalah ni akan recycle. Akan ada sahaja ‘orang baru’ yang tak tahu dan buat ‘kesilapan’ yang tak patut berlaku. Ia akan berulangan dan akan berulangan. :)

    Tapi nak buat macam mana kan? Maybe perlu satu mekanisme yg terbaik untuk masalah sebegini.

    p.s. Ingatkan saya je problem akses ke Google. Kenapa ya? Masalah ni dah lama kan? Kadang2 Ok, kadang2 tak Ok.

  7. Salam…

    Sama juga masalah pada Gmail saya. Kadang2 ok, kadang tak. Google talk pun sama juga. Kadang2 tak boleh online gtalk tu. Kena tanya google ni :)

  8. Saya juga menghadapi masalah yang sama. Di blog ini saya harapkan dapat teknik bagaimana nak selesaikan ralat tersebut.

    ARB Dagang.Com
    http://www.informasi.arbdagang.com

  9. Salam pertama kali datang blog ini,ya saya juga menghadapi masalah yang sama.

  10. Amirol says:

    Nampak gayanya, sampai hari ni bermasalah streamyx. Saya fikir saya sorang jer bermasalah. Ramai juga yang hadapi masalh ini rupanya. :( .. Tak ok – ok lagi. Masih lagi terpaksa masuk Gmail dengan basic HTML View. kadang – kadang je ok.

    Smartzul : Sememangnya dah jadi tanggungjawab kita kan? :)
    Yusoff : Thanks.. memang itulah yang sepatutnya dilakukan oleh kita semua.

  11. aishah says:

    hi Amirol, kak ada sikit masalah iaitu menggunakan komputer dari ofis boleh download apa2 ke?atau kena pakai pendrive?

  12. Anna says:

    Saudara Amirol, saya memang berminat dengan perniagaan internet nie contohnya affiliate system, tapi saya masih kabur macam mana cara nak buat promosi yang baik dan berkesan. So, blh bagi tips tak. Satu lagi masalah saya ialah saya menggunakan komputer ofis . Jadi kadang2 kalau nak download produk digital nie, tak boleh bukak file. Untuk pengetahuan saudara, komputer saya hanya ada acrobat 5.0 sahaja. So kalau produk simple mcm words tu blh la saya buka file. Kadang2 tu pulak IM suka buat produk yg ada video spt temuramah dengan IM yang berjaya. Memangla bagus tapi saya tak blh dengar apa2 pun sebab saya tak ada sound system. Cuma blh tengok gambar aje. Apa dia cakap satu pun tak faham. Sebab tu juga saya susah nak beli produk2 yg dilancarkan. Dan sebab itu juga saya masih blm blh buat laman web sendiri.

  13. faruki says:

    hai..
    saya baru saja ingin memulakan perniagaan….masalahnya tidak tahu untuk mempromosikan barang yang saya jual..oleh itu saya mempunyai idea dengan memjual melalui internet tetapi tidak tahu bagaimana caranya…bolehkah anda membantu saya…

  14. [...] Oleh itu, kalau anda belum memasang sistem helpdesk di laman web anda lagi, pasangkan sekarang juga. Mungkin pada waktu sekarang anda merasakan tidak perlu kerana anda baru berurusan dengan beberapa orang sahaja. Namun, apabila anda terpaksa berurusan dengan berpuluh orang setiap hari, maka perkara ini perlulah diberi perhatian. Saya menguruskan helpdesk di support.usahaniaga.com dan juga 2 lagi helpdesk di pasaran luar. Jadi, banyak ragam dan kerenah manusia yang perlu diatasi seperti yang saya terangkan pada post lalu. [...]

  15. [...] pernah terbaca di pos saudara Amirol mengenai masalah kesukaran untuk mengakses ke internet termasuklah maslah akses ke gmail beliau. Saya juga menghadapi maslah yang sama cuma saya hanya ada [...]

Leave a Reply

Subscribe without commenting