Dunia IM Malaysia Makin Maju

Dalam tempoh 3 minggu ini sahaja, lebih daripada 3 keluaran produk digital yang dilancarkan satu persatu oleh usahawan – usahawan internet Malaysia. Ini menunjukkan perkembangan industri pemasaran produk digital di negara kita semakin pesat berkembang. Jika dulu hanya ada beberapa kerat sahaja produk digital yang dipasarkan oleh IM tempatan, namun kini keadaannya telah berubah.

Makin ramai yang telah berminat untuk menjadi usahawan internet dengan mencipta dan memasarkan produk tersendiri. Satu perkembangan yang cukup membanggakan dan menyeronokkan untuk pasaran tempatan!

Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi tanggungjawab lain untuk usahawan – usahawan internet ini terutama sekali dalam memberi didikan kepada pengguna internet yang lain. Ini adalah kerana masih ramai lagi pengguna – pengguna internet kita yang PERLU disedarkan dengan erti sebenar perniagaan internet. Ramai lagi yang masih mengganggap (pendek kata mempunyai mentaliti) produk yang dipasarkan oleh usahawan internet ini adalah satu bentuk “program”. Mungkin disebabkan oleh “monopoli” program – program jana wang pada satu ketika dahulu amat kuat bertakhta di hati mereka ini.

Baiklah, hari ini kita cuba selongkar secara ringkas isi kandungan produk – produk mereka ini. Kesemua produk mereka ini saya miliki dan kerana itu, saya akan memberikan komen ringkas tentang produk mereka ini.

1. Jana Wang Adsense

Produk ini dikeluarkan oleh saudara Nawar dari www.Jana-Wang-Adsense.com. Berdasarkan daripada penelitian saya terhadap isi kandungan produk ini, saya amat mengakui bahawa panduan yang dikeluarkan oleh saudara Nawar ini adalah merupakan salah satu panduan yang TERBAIK berkaitan Google Adsense. Isikandungannya sememangnya merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh seseorang yang ingin mula menjana pendapatan menerusi program Google Adsense.

Bagi saya, kalau sesiapa yang beli panduan ini tetapi masih tak dapat buat duit lagi dengan adsense, saya dah tak tahu nak kata apa lagi. Anda perlu menyalahkan diri sendiri kalau masih tak dapat buat duit dengan Google Adsense kerana panduan ini CUKUP LENGKAP. Ikut sahaja langkah – langkah yang ditunjukkan dari awal sehingga tamat dan saya yakin anda boleh menjana wang dengan Google Adsense.

Level Kesesuaian Ebook: Complete Newbie yang ingin mempelajari Google Adsense sehingga ke Advanced Marketer yang ingin mengetahui “Rahsia” saudara Nawar dalam Google Adsense.

2. CB Malaysia (Clickbank)

Clickbank Malaysia daripada Faisal Isa di www.CBMalaysia.com… Erm, sebenarnya ini bukanlah produk ciptaan 100% saudara Faisal (Fai). Pakej Khas Clickbank ini sebenarnya adalah koleksi panduan – panduan yang berkaitan dengan pemasaran affiliate yang telah ditapis serta yang telah disusun atur oleh saudara Fai mengikut keperluan dan kategori yang bersesuaian.

Beliau menyusun atur produk mengikut kategori seperti Affiliate Tools (keperluan untuk affliate melakukan pemasaran), Publisher Tools (keperluan untuk seseorang yang ingin meletakkan produk mereka di clickbank), Teknik Pemasaran (panduan – panduan berkaitan pemasaran serta mindset yang perlu ada bagi mereka yang ingin melibatkan diri dalam clickbank) serta panduan – panduan Internet Marketing yang lain.

Malah rata – rata produk – produk yang dibekalkan juga mempunyai Hak Master Resell Rights dan ini bererti anda sebenarnya mempunyai hak untuk menjual ulang produk – produk yang dibekalkan mengikut lesen yang ditetapkan pada setiap produk tersebut. Bagi pandangan saya, pakej clickbank saudara Faisal ini adalah sebenarnya merupakan FIRESALES untuk produk – produk MRR berkaitan affiliate dan Internet Marketing.

p.s – “Amirol, apa tu Firesales?” Hmm, Firesales adalah merupakan jualan berapi yang menawarkan produk – produk dengan harga diskaun (murah)… Kebiasaannya produk – produk ini jika dibeli berasingan, harganya agak mahal. Jadi dengan adanya firesales, pengguna dapatlah nak merasa beli produk dengan harga murah. Nak tau lebih lanjut penerangan firesales, lakukan kajian di Google ya? :)

Level Kesesuaian Pakej: Newbie yang ingin memiliki panduan – panduan MRR terutama sekali tentang pemasaran affiliate dan panduan internet marketing. Medium marketer dan keatas boleh beli kalau nak beli dan jika rasa koleksi MRR di PC masih belum cukup lengkap.

3. Panduan ASAS HTML

Mazlie Nadzri dari www.PanduanHTML.com iaitu penulis ebook Panduan Asas HTML ini telah memberikan penerangan berkaitan asas penggunaan HTML dalam membina laman web dari “scratch”. Saya masih ingat lagi waktu mula – mula saya belajar buat laman web pada tahun 1998. Waktu itu saya bina laman web secara suka – suka (personal site).

Minat saya untuk membina laman web timbul apabila melihat satu laman web personal dari sorang mamat (apis kalau tak salah nama dia…) penuh dengan efek (javascript, marquee)… Dekat cursor ada text bergerak mengikut mouse (waktu itu “jakun” lagi ya!)… jadi, dari situ saya email beliau dan tertanya – tanya bagaimana nak buat laman web. Berkat tunjuk ajar dia, alhamdulillah saya berjaya membina laman web personal menggunakan geocitites. Memang agak pening nak belajar HTML waktu itu kerana semuanya dalam bahasa inggeris.

Pengetahuan asas HTML seharusnya diambil berat juga oleh anda yang bakal bergelar usahawan internet kerana dengan memiliki pengetahuan asas ini, anda akan faham bagaimana sesebuah laman web itu berfungsi.

Level Kesesuaian Ebook: Newbie yang ingin mempelajari ASAS HTML dalam bahasa Malaysia.

4. Raja Bidvertiser

Panduan BidVertiser dari www.RajaBidVertiser.com yang disediakan oleh Khairul Anwar ini merupakan panduan yang begitu ringkas tetapi padat dengan info berkaitan menjalankan program BidVertiser. Asasnya, bidvertiser ini adalah merupakan salah satu program seperti Google Adsense. Jika anda dah tau tentang Google Adsense, maka tiada masalah untuk faham tentang konsep BidVertiser.

Cuma terdapat beberapa perbezaan nyata dalam penggunaan BidVertiser dengan Google Adsense terutama sekali bab pengeluaran wang yang diperolehi. Jika Google Adsense, anda memerlukan minimum earning sehingga USD100.00 untuk cash out… namun di BidVertiser, dengan hanya minimum earning USD10.00 sahaja, anda sudah mampu mengeluarkan pendapatan tersebut.

Secara overall, ebook ini hanya sesuai untuk peringkat marketer iaitu mereka yang dah faham macam mana nak buat blog/web, dah pernah mencuba Google Adsense serta dah tau terma – terma yang digunapakai dalam industri Internet Marketing. Khairul Anwar menerangkan beberapa teknik yang beliau gunakan untuk menjana pendapatan di BidVertiser.

Saya pernah juga cuba bidvertiser ini tahun lepas tapi tak nampak apa – apa hasil (sebab saya malas nak mengkaji) jadi saya tinggalkan. Namun selepas saya baca panduan ini, saya yakin saya boleh ikut teknik yang diajar dan menjana pendapatan menerusi BidVertiser pula. Bidvertiser, I’m coming! :)

Level Kesesuaian Pakej: Medium marketer yang ingin mencuba “paip” baru menjana wang dan juga untuk mereka yang kecewa dengan Google Adsense. Newbie boleh mencuba namun perlu tahu asas – asas membina blog dan laman web. :)

5. Rahsia10K

Panduan terbaru yang dilancarkan pada 10 JUN yang lepas oleh Labanon (Adly) adalah Rahsia10K di www.Rahsia10K.com. Panduan ini setelah saya teliti sememangnya satu panduan yang penuh dengan informasi dan motivasi untuk bakal – bakal usahawan internet. Saya sebenarnya kagum dengan usaha yang dilakukan oleh Adly ini kerana dengan usia 18 tahun, beliau sudah mampu menghasilkan produk yang berkualiti dari segi isi kandungan serta susun atur penyampaian informasi sungguh menarik.

Saya tak nampak apa – apa kelemahan dalam panduan ini kerana ia cukup mudah untuk difahami malah segala penerangan yang diberikan adalah lengkap bagi mana – mana pengguna yang ingin faham prosedur membina produk seterusnya menjana wang di internet.

Penerangan bukan sahaja diberi secara teori, malah rahsia10K ini turut memuatkan panduan praktikal serta pelan 60 hari yang boleh anda ikut. Panduan ini hanya berguna kepada mereka yang benar – benar nak buat duit di internet sebab ia bukan satu panduan cepat kaya tetapi sebaliknya panduan ini memerlukan usaha keras daripada pihak pengguna untuk berjaya menghasilkan pendapatan di internet.

Level Kesesuaian Ebook: Complete Newbie ingin mempelajari cara menjalankan perniagaan di internet (terutama sekali bab nak cipta produk digital) sehingga ke Advanced Marketer yang ingin melihat strategi yang digunapakai oleh Team Flarebiz.

Wah… banyak juga produk – produk usahawan internet Malaysia ni ya? Pening lalat dibuatnya… Mahu banyak juga duit lebur kalau nak beli semua… :D

PENAFIAN: Walaupun review diberikan diatas adalah berdasarkan daripada pandangan saya, namun ia tidak semestinya akan memuaskan hati anda kerana lain orang lain kefahamannya. Saranan saya, dapatkan panduan yang benar – benar sesuai untuk anda sahaja. Jangan bazirkan wang anda jika rasa tidak perlu. Jika anda ingin menjana wang dengan Google adsense, dapatkan Pakej Jana Wang Adsense. Jika anda ingin mempelajari bagaimana untuk menghasilkan produk, melakukan pemasaran serta strategi lengkap membangunkan perniagaan produk digital, dapatkan panduan seperti Rahsia10K.

Ingat kuasa fokus yang saya terangkan dalam ebook percuma saya iaitu Kali Pertama Memulakan Bisnes Internet. Kuasai kuasa fokus tersebut dahulu. Jangan terlalu ghairah untuk mencuba kesemuanya. :)

Sebagai saguhati buat anda, silalah download satu panduan percuma daripada saya. Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda.

(Klik pada imej untuk download)

p.s – apakah perkara yang ingin anda mahu saya kongsikan pada artikel akan datang? tinggalkan komen anda.

p.p.s – Bila pula produk anda akan keluar? ;)

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



7 Responses to “Dunia IM Malaysia Makin Maju”

  1. Maizul says:

    Meriah betul bulan ni macam2 produk dilancarkan dalam masa terdekat pulak tu. Kalau nak beli semua memang tak larat.

  2. Persaingan ini ada kebaikannya. Sekurang-kurangnya usahawan Im akan berlumba lumba menghasilkan produk yang bermutu. Faedahnya adalah kepada pelanggan yang mana banyak pilihan yang boleh dibuat. Saya baru saja melancarkan e-book percuma bulan lepas dan sedang berusaha untuk promosi dan menanti sambutannya. Sekian.

    ARB Dagang.Com
    http://www.informasi.arbdagang.com

  3. pakteh says:

    Rata-rata mereka yg mengulas produk terbaru ini hanya menyatakan kelebihan tetapi tidak kekurangan yg terdapat pada produk tersebut.
    Jadi, usahawan JV perlu bersikap jujur dalam mengulas sesuatu produk terbaru. Jangan hanya menyatakan kelebihan sesuatu produk sahaja.
    Kesimpulanya: Buat ulasan tentang kelebihan dan kekurang sesuatu produk.
    Agar pembeli tidak merasa dirinya tertipu…

    ps: Masih menanti produk terbaru dr. sdr. Amirol…

  4. Amirol says:

    Thanks pakteh untuk komen tu. Tentang produk terbaru tu, saya tunggu tempoh bertenang… based on current market skang, produk baru byk keluar. so, saya rileks kan dulu produk saya. :D

    But insyaAllah, akan dilancar mungkin dalam hujung bulan ini.

  5. Amirol says:

    Maizul : A’aa.. memang jenuh kalau nak beli. Ni yang kat dalam jer, kat luar tu, banyak juga.. macam SourceCodeGoldMine, TurboBigBang Reopen, Mike Filsaime punya produk lagi… kalau tengok semua, memang bersemangat nak beli semua skali… tp lepas tu kena makan balik la produk tu sebab duit abis ke membeli produk… :D

  6. mastermuzo says:

    Bisnes..ohh bisnes, ada petua orang dulu-dulu yang patut kita tahu dan jadikan sumber dalam diri kita untuk maju pada setiap tapak yang ingin kita ceburi.

    Tau apa dia?

    Untuk memulakan sesuatu perniagaan anda perlu tahu tentang perkara atau selok belok tentang perniagaan itu terlebih dahulu..

    KESIMPULANNYA: Ebook kat atas tu kalau nak beli semua pun digalakan untuk dijadikan sumber permulaan bagi sesuatu perniagaan yang bakal anda terajui.
    p/s :Sori ye amirol, nie kata-kata semangat je………

  7. rohadi says:

    tak ada nak diperkatakan yang pasti semakin hari semakin ramai yang bout ebook di malaysia…..

Leave a Reply

Subscribe without commenting