Buat Duit VS Empayar Perniagaan Di Internet

Seperti yang kita sedar, terdapat golongan yang ingin menjana pendapatan di internet termasuk diri saya sendiri. Siapa yang tak mahu jika ditawarkan untuk hanya bekerja dari rumah sahaja tanpa perlu untuk bersusah payah menghabiskan minyak kereta (mentang – mentang minyak dah naik harga) untuk pergi ke pejabat, atau bekerja di bawah arahan orang (boss besar).

Malah, jika pendapatan yang diperolehi hasil daripada menjalankan perniagaan di internet adalah melebihi daripada pendapatan kerja dibawah orang, sudah tentu hal ini menjadi pilihan utama kita semua.

Terdapat 2 perbezaan golongan yang menjana pendapatan di internet iaitu golongan yang semata – mata buat duit di internet dan golongan yang “membangunkan perniagaan” di internet. Rata – rata daripada kita akan bermula dengan konsep pemikiran “aku nak buat duit kat internet“… atau “aku nak jana pendapatan dari internet“…

Saya ingin akui bahawa pada satu ketika dahulu, ideologi saya adalah begitu… Apa yang saya nampak ketika itu adalah “semata – mata nak buat duit sahaja” dari internet. Macam – macam perkara saya cuba… bermula dari autosurf, join program A, B, C… Ya, saya berjaya “buat duit” dari program begini namun hasilnya tidaklah memuaskan… hanya sekadar cukup buat duit minum kopi sahaja. Saya juga cuba untuk membuat jualan produk digital MRR, RR pada ketika itu namun gagal untuk mencapai kejayaan yang sepenuhnya kerana tiada strategi serta tidak faham dengan konsep sebenar jualan di internet.

Saya cuba dan cuba, saya tetap gagal… Kalau nak dikira jumlah duit yang habis tu, tak payah diceritalah. Dalam tempoh pembelajaran ini, sememangnya seseorang newbie (yang tak tau apa – apa tentang perniagaan di internet) akan habis sejumlah wang disebabkan keghairahan yang membuak – buak untuk mengetahui sesuatu perkara.

Namun, keghairahan saya terhenti setelah saya menyertai satu komuniti internet marketing (membership) international yang diperkenalkan oleh rakan saya iaitu mdhilmi pada hujung tahun 2006 yang mana membership ini telah membawa satu perubahan besar dalam kehidupan saya sebagai seorang “newbie” yang ingin mempelajari selok belok internet marketing.

Dalam membership ini, saya mula mengenal konsep sebenar menjalankan perniagaan internet. Daripada mempunyai ideologi “buat duit semata – mata, ia telah berubah kepada ideologi “membina empayar perniagaan“.

Rata – rata newbie beranggapan untuk “buat duit” di internet ini sangat senang. Malah ada yang berangan – angan untuk menjana Jutaan Ringgit hanya daripada internet lebih – lebih lagi melihat kejayaan Dr Irfan Khairi yang dikenali sebagai Jutawan Internet.

Nasihat saya, hentikan angan – anganmu itu… Berpijak pada realiti. Nak buat duit semata – mata di Internet memang sangat senang JIKA anda mempunyai kelebihan seperti melakukan programming, kepakaran designing, serta lain – lain pengetahuan komputer (advanced user). Hanya dengan menawarkan khidmat berdasarkan kepakaran yang dimiliki, dalam masa 24jam pun golongan ini sudah boleh menjana wang.

Tetapi jika anda tak ada apa – apa kelebihan, hentikan angan – angan anda. Tiada jalan lain untuk “buat duit” di internet melainkan melengkapkan diri dengan ilmu yang diperlukan. Proses ini sudah semestinya akan mengambil masa. Setiap orang berbeza masa yang diperlukan. Ada yang dalam masa sebulan sahaja sudah mampu untuk menjana wang, ada yang mengambil masa berbulan – bulan. Malah ada juga yang mengambil masa bertahun – tahun untuk mula menjana wang.

Semua ini bergantung kepada tahap usaha, daya tahan, kesabaran serta kesungguhan yang diletakkan oleh setiap individu tersebut.

Berbalik kepada tajuk asal kita iaitu Buat Duit Di Internet VS Empayar Perniagaan Di Internet, apa bezanya? Ada golongan yang sudah berpuas hati jika mereka berjaya buat duit di internet. Bagi mereka, dapat jual sesuatu perkara atau perkhidmatan dan mendapat bayaran daripada kerja tersebut, ia sudah menjadi satu kejayaan bagi mereka. Mereka berjaya menjana wang di internet.

Namun bagi golongan yang lagi satu, mereka tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak memiliki sebuah empayar perniagaan yang besar. Maksud empayar perniagaan ini adalah merangkumi dari pelbagai aspek sama ada daripada kepelbagaian produk sendiri yang dipasarkan serta perkhidmatan yang ditawarkan dalam keadaan yang professional serta dikenali ramai.

Ideologi “buat duit” semata – mata di internet hanya bersesuaian untuk digunapakai untuk jangka masa pendek (short term). Setiap daripada kita sememangnya akan menggunakan ideologi ini untuk menjana pendapatan.

Ideologi “empayar perniagaan” di internet ini pula adalah bersesuaian kepada mereka yang mempunyai visi dan misi yang ingin dicapai dalam satu jangka masa yang ditetapkan (mengikut logik masa). Kebiasaannya proses ini sememangnya mengambil masa bertahun – tahun untuk dicapai.

Persoalan: Adakah salah untuk mempunyai ideologi buat duit semata – mata?

Bagi saya, ia tidak salah kerana ia bergantung kepada individu terbabit. Walaubagaimanapun, hanya dengan ideologi buat duit semata – mata, ia tidak akan mampu membawa anda ke mana – mana. Anda mungkin kaya pada hari ini, tetapi tidak pada hari esok. Ini adalah kerana jika anda tidak berusaha pada hari esok, maka tiada pendapatan buat anda.

Sebagai contoh, mungkin hari ini anda jalankan Google Adsense dan menjana pendapatan yang cukup lumayan… namun bagaimana jika program ini ditutup pada esok hari?… (Anda tahu jawapannya…) Hanya menjalankan program Google Adsense, anda tidak boleh mengatakan anda menjalankan perniagaan di internet. Google Adsense adalah satu bentuk program dan sudah semestinya hal ini sangat berbeda dengan perniagaan.

Berbanding dengan memiliki empayar perniagaan, anda sebenarnya membina pelbagai saluran paip yang menyumbang kepada pendapatan anda. Dengan memiliki empayar perniagaan juga, anda mampu untuk tidak bekerja sepenuhnya tetapi sebaliknya hanya perlu memantau sahaja perniagaan anda dan menambah lagi apa yang patut ditambah. Sudah semestinya apabila anda telah membina empayar perniagaan ini, anda memiliki sekumpulan network yang bekerja untuk anda.

Proses ini umpama menanam dan menjaga pokok. Bermula daripada biji benih yang anda semai, anda jaga benih tersebut sehingga menjadi sebuah pokok yang besar. Jika kita lihat pada pokok – pokok yang berada disekeliling kita, ia dipenuhi dengan dahan – dahan yang besar seterusnya kepada ranting – ranting yang kecil. Jika baik penjagaannya, maka akan penuhlah pokok tersebut dengan dedaun yang menghijau serta bunga – bunga yang indah.

Tidakkah anda mahu memiliki empayar perniagaan yang sebenar berbanding hanya membuat duit di internet?

Kesimpulannya di sini, sebelum anda mula berhasrat untuk menjana wang dengan serius menerusi internet, persiapkan rancangan perniagaan internet anda terlebih dahulu. Tetapkan apakah matlamat yang ingin anda capai dalam satu jangka masa. Dengan memiliki pelan perancangan yang baik, anda dapat menentukan tahap yang ingin anda capai.

Pelan perancangan perniagaan internet anda sudah semestinya perlu merangkumi pelan perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Ini adalah kerana, untuk pelan perancangan jangka masa panjang, anda sudah semestinya memerlukan “fund” dan fund ini haruslah datang daripada pelan perancangan masa pendek.

Bergerak mengikut perancangan adalah lebih baik daripada bergerak daripada membuta tuli atau mencuba sebarangan.

Akhir kata, sudahkah anda merancang pelan perniagaan anda atau anda hanya melakukan “terjah” semata – mata? :)

p.s – role model yang harus dicontohi adalah seperti saifulsham. Walaupun saya tidak mengenali mereka secara dekat, namun saya amat kagum dengan pencapaian mereka serta empayar perniagaan yang mereka miliki. (Saya berharap saya mempunyai kelapangan untuk bertemu dengan mereka kelak dalam seminar yang mereka anjurkan… Mereka sememangnya mentor yang sudah terbukti berjaya dengan perniagaan yang mereka lakukan)

p.p.s – sumber – sumber motivasi yang mempunyai konsep kepada pembinaan empayar perniagaan ini dan sering juga menjadi motivasi kepada saya adalah daripada saudara Smartzul. Beliau banyak menekankan konsep keusahawan dalam artikel – artikel yang dipersembahkan.

p.p.p.s – Anda… ya.. anda… jika masih tercari – cari, saya amat syorkan anda merancang perjalanan anda dengan baik dalam proses membangunkan perniagaan anda di internet. Pilih jalan anda… Adakah anda ingin menjana pendapatan semata – mata atau menjadi seorang yang memiliki sebuah empayar perniagaan yang besar serta dikenali ramai ? Tepuk dada, tanya selera.. (jangan tepuk kuat – kuat udah la yer? :p ) Jika seorang remaja umur 18 pun mampu merancang pelan perniagaan mereka, mengapa tidak kita yang lebih dewasa dan mempunyai lebih pengalaman tidak mampu mengikutnya?

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



31 Responses to “Buat Duit VS Empayar Perniagaan Di Internet”

  1. norhayati says:

    Assalamualaikum,Amirol.memang ada beza antara buat duit dgn membina empayar perniagaan.kita tak blh bandingkan diri kita yg tak ada bakat dgn org lain yg ada bakat,cth dr irfan khairi yg mempunyai byk kelebihan yg menggunakan bakatnya utk mencari peluang perniagaan.tapi jika kita belajar teknik2 dan caranya membuat duit dr perniagaan internet dgn mengikuti kursus2 atau seminar2 yg dianjurkan spt dr irfan khairi, saifulsham dll ,insyaallah,mungkin masa yg membezakan cepat atau lambat kita akan berjaya membuat duit dan membina empayar perniagaan kita sendiri,insyaallah …

  2. Abooain says:

    Setuju dengan pendapata Amirol di atas, proses membina empayar perniagaan Internet walaupun mungkin memerlukan kepada usaha yang lebih namun hasil yang diperolehi Insya-Allah berterusan atau sekurang-kurangnya mendapat hasil yang mampu untuk menghilangkan segala kepenatan di awal proses pembinaan.

    Ideologi membuat duit semata-mata di Internet mungkin boleh mengundang pelbagai bahaya kepada kita terutama sekali jika kita tidak mendapat jualan atau produk tidak laku – kemungkinan frust atau kecewa dengan perkara tersebut ….. atau terlalu ghairah untuk mendapatkan wang sehingga menyertai mana-mana pelaburan haram atau program karut semata-mata.

    Insya-Allah, cuba membina empayar perniagaan internet.
    Terima Kasih Amirol.

  3. Apa yang dikatakan saya memang agree dan tepuk tangan kerana sebagai newbie seperti saya telah mendapat feeling yang sama daripada artikel ini,tetapi apa yang saya berasa gembira adalah saya tahu apa yang saya buat dan juga tahu perjalanan di internet saya cuma saya nak masa dan usaha + teknik yang diberikan olejh usahawan yang berjaya.

  4. Maizul says:

    Menarik bagi isu yang dibincangkan oleh Amirol. Semua IM patut baca artikel ni dan menilai semula sama ada hanya membuat duit semata-mata atau membina sebuah empayar. Kalau nak ikut buat duit sahaja boleh dikatakan ada je program baru yang muncul dan menjadikan seseorang tu tak fokus dengan apa yang mereka perlu lakukan janji dapat duit. keluar yang ni buat yg ni keluar yang tu buat yg tu dan akhirnya semua keciciran.

  5. Johari says:

    Terima kasih saudara Amirol kerana memberi tunjuk ajar kepada saya ttg perniagaan internet. Sesungguhnya segala nasihat dan tunjuk ajar saudara akan saya jadikan panduan untk mencuba perkara baru bg diri saya ttg perniagaan internet.
    Saya akan menghubungi saudara jika saya mengalami sebarang kesulitan ttg perkara tersebut dan diharap saudara Amirol sedia memberi nasihat serta komen. Terima Kasih.

  6. pakteh says:

    Article ini memberikan kembali semangat saya yg dah luntur. masih meraba-raba dlm kegelapan. harap akan jumpa kembali cahaya yg akan menerangi kegelapan.

    Sekali sekala article sdr. Amirol memang power…teruskan…

  7. wyrams says:

    Idea yg sgt baik dari Amirol.Tapi tak ramai yg nak membina empayar
    seperti yg diceritakan.Melainkan kebanyakan newbie ingin mencari
    pendapatan di internet semata-mata.

    Membina empayar perniagaan di internet memerlukan komitmen yg amat
    tinggi dan berterusan lihat sajalah contoh2 yg diberi.Mereka memberi
    fokus sepenuh masa dan bagi saya amat sukar bagi newbie2 yg hanya
    melakukan perniagaan secara sampingan.

    Pendapat saya buat permulaan seseorang yg ingin membina empayar
    perniagaannya haruslah tahu dulu cara2 bagaimana ingin melakukan
    perniagaan sebagai contoh menjual ebook.

    Kemudian lakukan perancangan seterusnya apabila telah memahami selok
    belok perniagaan diinternet barulah lebarkan sayap kepelbagaian sumber
    pendapatan di internet.

    Kepada Amirol yg sudah mempunyai tapak perniagaan sudah tentu
    mempunyai perancangan membina empayar yg di maksudkan.

    Seorang lagi IM yg saya kenal sedang berusaha membina empayarnya
    iaitu saudara Amirul.Beliau telah berjaya dalam penghasilan produk
    ebook yg sgt baik.Ya beliau dah nampak sekarang perlunya ada
    empayar perniagaan.

    Emm…sekurang2nya lepas ni ada IM2 yg dah capai tahap otai
    sedia menghasilkan ebook sebagai panduan untuk membina empayar
    perniagaan.Ya..ebook yg khusus kepada yg dah boleh menghasilkan
    pulangan di internet untuk terus mengembangkan sesebuah perniagaan.

  8. Man says:

    Salam !
    Saya nak mengumpul wang dan menghadiri kursus yang dijalankan oleh Saiful HIsham dan Syazwan.
    Semuga dengan itu saya boleh dapat ilmu untuk mencari duit dan mengembangkan empayar
    perniagaan.
    Insya’Allah !

  9. zakwan says:

    saya baru je bina web jualan, langkah pertama nak bisnes online..masih kena banyak belaja lagi

  10. Azrai says:

    Artikel ni sangat menarik dan berbeza dari yang lain. Kebetulan pula saya memang memikirkan perkara yang sama dan insyaallah ingin membuat perancangan mengatur empayar perniagaan internet yang besar bermula dari bawah. Setelah saya baca artikel ini rasa macam saya dah alaminya. Apa pun artikel ni bagus dibaca untuk newbie dan mereka yang mempunyai perancangan seterusnya.

  11. zery says:

    Assalamualaikum.Sememangnya membina empayar perniagaan lebih bermakna daripada hanya semata2 mendapat keuntungan untuk sementara sahaja.Sememangnya membina empayar perniagaan ini mengambil masa yang lama untuk di pelajari namun ianya amat lah penting.Bagi newbie seperti saya, memanglah perlu mendapat tunjuk ajar daripada pakar-pakar dalam perniagaan internet ini daripada terus terkapai-kapai tanpa arah.Harap mendapat panduan ke arah Peluang yang lebih cerah di masa hadapan.

  12. hafiz says:

    ilmu yang begitu bermanfaat yang disampaikan oleh amirol kali ini. semoga amirol trus sukses.

  13. adi sibo says:

    Jutaan terima kasih kepada Amirol kerana usaha yang berterusan untuk mengembang perniagaan internet ini. Banyak yang saya dapat..kalau ramai orang macam amirol ni, saya yakin industri perniagaan internet ni akan dipandang serius oleh kerajaan

  14. wahid says:

    Amirol,
    Dah banyak saya selongkar cara nak buat duit atau perniagaan internet tapi saya dah give up sebab kalau nak buat mesti ada webpage yang lengkap tapi yang menjadi masalah ialah nak wujudkan laman web yang lengkap ni yang jadi masalah besar kerana saya rasa kekurangan ini ada pada kebanyakan orang. Saya fikir kalau Amirol sendiri buka kelas webpage lagi baik sebab cerita yang telah biasa di bincang boleh dibangkitkan untuk dijadikan tanda tanya untuk dapat jawapan supaya peningkatan ke tahap yang lebih baik ini dapat dirasai bersama.
    Terima kasih.

  15. Salam…

    Bagus topik ni Amirol. Ya, saya selalu tegaskan dalam blog saya, penting melihat apa tujuan kita menceburkan bidang dalam IM ni. Adakah kerana duit semata-mata?

    Saya tidak bersetuju meletakkan target ‘duit’ semata-mata kita mencebur bidang IM ni. Seharusnya kita mempunyai target yang lebih luas, seperti saya ingin berkongsi kemahiran dan ilmu, merancakkan bidang IM Malaysia, menjalinkan ukhwah antara kita semua yang mencebur bidang IM ni.

  16. Pangeran says:

    Salam.

    Artikel yang saudara tulis ini memang bernas.
    Kita seharusnya menganggap perniagaan internet ini sama juga seperti perniagaan konvensional yang “offline” dimana kita perlu membina sistem yang baik untuk “syarikat” kita.

    Kerana tanpa sistem ( Pelan Perniagaan / Business Plan ), sesuatu syarikat (Empayar Online) itu tidak akan dapat beroperasi dengan efektif…

    Tapi ada satu kemuskilan saya berkaitan perniagaan di internet ini.

    Adakah pendapatan kita akan dikenakan cukai oleh pihak kerajaan?
    Bagi sebuah perniagaan internet yang telah didaftarkan di Unit Pendaftaran Syarikat memang akan dikenakan cukai….

    Tapi bagi individu yang hanya membuat “branding” di internet, bagaimana pula?

  17. mus says:

    amat bersetuju dengan pendapat amirol tu…
    setiap orang yang melibatkan diri dengan dunia internet ni mesti berangan-angan nak buat duit….macam saya lah…

    Target utama memang nak duit….tapi berapa lama….Jika ia jadi tujuan utama anda akan cuba seberapa banyak program buat duit sehinggakan tiada fokus kepada satu-satu perniagaan….anda akan tersungkur….macam saya juga.

    Dalam membina empayar perniagaan internet ni…ilmu itu penting. Sy sendiri membaca banyak maklumat tentang perniagaan internet ni sebelum memulakannya. Namun anda perlu yakin apa yang anda mulakan dan terus berusaha untuk melakukannya.

    Yang tak pandai tu..kena belajarlah…kita semua dulu pun memang tak pandai juga. Tapi nak berjaya kena belajarlah….

    he ..he macam aku pula yang jadi pakar motibasi

  18. Pitt says:

    wah satu lontaran idea yang bernas sekali…

    jadikan IM sebagai kerjaya… bukan kerana wang semata-mata…

  19. a’salam,
    saudara amirul
    memang benar dalam alaf moden kini xkan ada benda yang boleh dibuat kalau xder kemahiran. Saya begitu teruja dengan dunia internet membuatkan saya berusaha keras untuk menjadi seperti anda dan IM yang lain. Walaupun saya belum ada produk sendiri seperti IM yang lain dan saya tidak hebat menjana wang dengan google adsense namun saya masih boleh tersenyum kerana berjaya menjana income dengan menjual produk yang terdapat di pasaran dengan menggunakan internet. Pemasaran melalui internet memang cukup memberangsangkan. Dalam sebulan saya dah dapat keuntungan RM 400. Walaupun tak banyak macam lebanon ~10k~. Doakan saya!!!!

  20. Juan says:

    As..kum Amirol,

    Pendapat amirol sememangnya hebat “business minded” .Saya sendiri merasa dimotivasikan secara tak langsung,Terima kasih,Saya pun ingin belajar berniaga melalui internet..setelah membaca tulisan anda,

  21. mastermuzo says:

    Inilah topik kesedaran yang terbaik setakat nie…cehwahhh (bodek la tu)…
    memang betul apa yang saya cakap nie..

    Dalam banyak-banyak IM saya rasa saudara Amirol memang berpotensi dan peka pada setiap permasalahan newbie..Terima kasih yang x terhingga..walaupun habuk pun x da lagi, tapi saya yakin dengan usaha satu hari pasti akan terhasil jua segala impian dan cita-cita saya ini.

    Kalau kita amati semula cara perniagaan offline yang ada sekarang ini semuanya bermula dari teknik promosi untuk membina empayar perniagaan yang bakal bertapak lama di mata pembeli.

  22. HAMZAH HAMID says:

    As’kum Em. Amirol,

    Terima kasih di atas khidmat nasihat yang En. Amirol beri dan panduan dan nasihat yang berguna yang mungkin saya dapat guna dalam perniagaan internet saya nanti. Tapi masalah saya sekarang ini, saya belum mendapat pertunjuk atau idea, apakah jenis perniagaan yang harus saya niagakan.Fikiran saya dah buntu dan itu sebabnya saya masih belum mulakan lagi perniagaan internet ini.

    Terima kasih.

  23. NOR HAFIZAH says:

    Salam

    Pendapat amirol sememangnya hebat dan bernas .Seperti pakar motivasi sedang motivate pesertanya. Terima kasih benyak-banyak. Saya adalah salah seorang newbie yang sedang belajar.

  24. AdiProper says:

    Artikel ini agak menarik untuk diulas. Saya mahu kongsi pandangan peribadi saya kepada anda semua. Sy dapat simpulkan ada 2 kategori penjual , Minda Buat Duit & Minda Bisnes .Minda Buat Duit boleh ditafsirkan jual produk/servis untuk manfaat diri sendiri.jual-jual dan tinggal ( tiada khidmat lepas jualan, buat sambil lewa )

    Saya pernah berurusan dengan kedua-dua kategori orang sebegini. Saya pernah beli ebook daripada si A ( Minda Buat Duit ). Sy pernah menghantar emel 3-4 kali untuk tanyakan kenapa sy tidak dapat update terkini ebook yg sy telah beli? Sy cuma mahu tahu jawapannya shj ya atau tidak!. Tapi yg hairannya sy telah dihujani dgn emel daripada si A bahawa beliau ada produk terbaru ( sy rasa produk yg terbaru ok juga ) dan ingin tawarkan kepada sy. Anda nak tahu kenapa sy tidak membeli produk terbaru si A …. Si A ada minda buat duit. Sy sudah blacklist produk-produk
    daripada si A hingga kini ( sy bertekad tidak akan promote dan beli apa-apa produk yg dihasilkan oleh si A sampai bila-bila )

    Minda Bisnes, jual produk/servis bukan hanya untuk manfaat kepada penjual tetapi kepada pembeli juga. Bagi yg ada minda bisnes,ia amat menjaga hubungannya dgn pembeli, sentiasa cuba memberikan perkhidmatan terbaik kepada pembeli dan prospek. Dan yg paling penting dapat tawarkan produk terbaru yg memenuhi kemahuan pembeli.( pembeli baru & pembeli produk terdahulu )

    Menjual sesuatu produk terbaru kepada pelanggan sediada lebih mudah daripada mendapatkan seorang pembeli baru. Perbezaan kedua-duanya amat ketara, bagi yg berminda Buat Duit ,anda boleh berjaya hari ini tetapi akan gagal pada esok hari. Yg akan terus berjaya ialah usahawan yg berminda bisnes, namun tidak ramai yg memiliki ciri-ciri sebegini.

    p/s Pandangan peribadi ini bukan bertujuan untuk memburukan sesiapa, ia sekadar berkongsi pendapat kepada anda semua.

  25. amirol says:

    Thanks untuk komen anda semua. Pandangan yang diberikan setiap daripada anda sangat bernas serta memberi kefahaman yang jelas kepada rakan – rakan kita yang lain.

    Minda “buat duit” ni memang akan muncul dalam setiap daripada orang baru yang berimpian untuk menjana wang di internet. Saya pun begitu juga dulu. Berfikir “macam mana aku boleh buat duit di internet”, “Apa program yang perlu aku sertai”, “Apa perkara terbaru boleh buat duit?” dan macam – macam lagi.

    Tetapi bila dah makin lama kita berjalan dalam industri ni, baru kita faham bahawa dengan memiliki mentaliti buat duit semata – mata, tak akan bawa kita ke mana – mana. :)

    Binalah “perniagaan” yang jelas yang merangkumi produk atau service anda sendiri.

    p.s – nantikan beberapa service elite daripada saya kelak. :D

  26. zool says:

    Memang betul.. Bina perniagaan lebih penting dan berjangka panjang berbanding cari duit..
    Sedang memahirkan dengan sesuatu bagi menjadikan ianya perniagaan.. AMIN

  27. taukey says:

    wah ada servis elite dari amirol. hehehehe. servis apa tu ya?

  28. he he he dah ramai beri komen tentang artikel ini,saya dah selalu lawati blog ini dan sekarang menanti artikel yang seterusnya untuk menambah pengalaman .

  29. Amirol. kisah anda mempunyai persamaan dengan saya.. nasib kita cepat tersedar dan kembali ke landasan yang betul.. so kita tidak terlambat untuk raih pendapatan di internet menggunakan cara yang betul. :)

  30. Amirol says:

    Taukey : Nantikan kemunculan service tu. :D
    Pakar Clickbank : Thanks. Agak ketandusan idea nak menulis sebenarnya.
    Noorizam : :D Biasalah kan noorizam.. rasanya boleh dikatakan 98% yang bermula akan mempunyai pemikiran nak buat duit je di internet instead of building a business. :D

  31. [...] anda membaca artikel Buat Duit VS Empayar Perniagaan Internet Pastikan anda membaca artikel daripada SmartZul : Bagaimana Memulakan Perniagaan [...]

Leave a Reply

Subscribe without commenting