Sebagai seorang usahawan internet, sudah tentunya hampir kebanyakan masa kita adalah berada di depan Komputer. Kadang - kala boleh dikatakan sesetengah usahawan internet ini boleh dikategorikan sebagai kera sumbang kerana tidak bercampur gaul dengan orang sekeliling kecuali rakan - rakan online. Adakah anda begitu? Saya tidak.
Pada sabtu yang lepas, saya telah melapangkan diri untuk “melepak” bersama Shafir Ahmad (Internet Marketer) dari Singapore setelah 1 tahun lebih tidak berjumpa (last perjumpaan adalah di World Internet Mega Summit). Turut menyertai aktiviti “melepak” ini adalah Bitol, Catzer dan adik Kak G.
Bitol pun kali terakhir kami berjumpa adalah sewaktu WIMS tempoh hari. Apa yang saya perasan pada Bitol adalah, beliau dah makin “kurus” berbanding tempoh hari… Tahniah to Bitol!… Ini mesti makan jamu
(Nampaknya saya la yang makin berisi… ).
Sebenarnya perjumpaan ini adalah perjumpaan “kilat” dimana Shafir tiba - tiba sahaja call untuk ajak berjumpa kerana beliau dan keluarga datang bercuti di Kuala Lumpur. Kami semua menghabiskan masa di MidValley dari jam 8p.m sehingga ke 10.30p.m.

Bergambar selepas perut kenyang.

Shafir dan anak lelakinya yang agresif.

Bitol diapit oleh 2 orang awek. (Catzer cuba mengambil kesempatan terhadap Bitol…
)
Thanks to adik Kak G (Maria) yang “menye+sponsor” kami makan… Saya order nasik goreng Portuguese… (Waktu nak order macam sedap jer dengar nama) tetapi bila dah dapat dan makan, rasanya macam nasik goreng kampung daaa…
Walaupun hanya lebih kurang 2 jam lebih sahaja berjumpa, namun kami enjoy dengan perjumpaan ini lebih - lebih lagi catzer yang sentiasa “hyper” active mengalahkan anak Shafir.
Semoga dapat bertemu lagi mereka - mereka ini di masa hadapan.
p.s - Jika ada apa - apa aktiviti di masa hadapan, mungkin kita semua boleh berjumpa. Mahukah kita lakukan apa - apa aktiviti bersama? Ada sebarang cadangan?
6 Responses
ahib0205
June 23rd, 2008 at 10:12 pm
1yeagh… barru ada life Im gini… ada aktiviti luar… hehehe.. tu perjumpaan kilat dpt beberapa org. kalo tak kilat rasa jadi gath tu.
hm.. kaum c n kaum i selalu jugak wat gath jumpa2 sembang2 n lepak2 utk berbincang sesama mereka. jeles gak bila tau. anyway… FOCUS
amirol
June 24th, 2008 at 1:19 am
2“kaum c and kaum i” dari ahib? Macam ada makna tersirat jer nih. hehe.. hanya golongan yang terbabit sahaja tahu.
taukey
June 24th, 2008 at 7:57 am
3enjoy sakan nampak…hehehehe….peace…tengok komputer hari hari pun tension. sekalis ekala blh buat lagi. hehehe
mastermuzo
June 24th, 2008 at 11:47 am
4alamak bestnyer…fresh kepala dapat jumpa kat luar macam tu kan, bila nak buat perjumpaan kilat dengan pembeli pakej web=jualan, mana la tau direct discussion boleh membuahkan hasil pulakkan….he3, kalau ada jgn lupa saya pulak!!
Abdul Rashid Basar
June 25th, 2008 at 5:09 pm
5Seronok bila dapat berkumpul dan berjumpa dengan rakan-rakan IM. Saya juga sedang mencari peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan IM yang baru atau yang lama. Terima kasih…..ARB Dagang
videono
July 16th, 2008 at 11:20 pm
6waa. nampak cam seronok je jumpa-jumpa ni..
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply