Sila tonton video dibawah ini terlebih dahulu. Pastikan anda memasang speaker untuk mendapat “feel” musicnya
Mahukah anda jika saya bongkarkan RAHSIA Usahawan -- Usahawan Internet yang berjaya menjana pendapatan di Internet? Mahukah anda jika saya berikan jalan kepada anda untuk berjaya menjana pendapatan di internet?
Baiklah, hari ini saya ingin bongkarkan RAHSIA kejayaan usahawan -- usahawan internet di dalam ataupun di luar negara yang berjaya menjana pendapatan ribuan ringgit ataupun jutaan ringgit setiap bulan.
Anda mungkin berasa begitu teruja untuk dapat memiliki RAHSIA ini kerana ianya mungkin dapat membawa anda ke satu tahap yang lebih maju daripada sekarang.
Tahukah anda bahawa usahawan -- usahawan internet yang berjaya menjana RIBUAN ringgit setiap bulan ini sebenarnya tiada apa -- apa rahsia yang ingin dikongsikan kepada anda? Ya… Percaya atau tidak, sebenarnya TIADA RAHSIA yang menjadi RAHSIA kejayaan seseorang usahawan internet itu.
Anda mungkin terpengaruh dengan pelbagai macam rahsia yang menjanjikan anda keuntungan yang berlipat kali ganda dengan mendapatkan rahsia -- rahsia mereka. Adakah anda percaya?
Adakah mustahil untuk menjana pendapatan RM1000 setiap hari? Adakah mustahil untuk menjana RM10,000 setiap bulan?
Sebenarnya tidak mustahil. Saya pernah melihat ada golongan -- golongan yang berimpian untuk menjana pendapatan sebanyak RM1,000,000 dalam jangka masa setahun. WOW!… Impian yang sangat baik. Adakah mampu untuk kita menjana pendapatan sebanyak ini?
Jawapannya… YA… Kita mampu menjana sebanyak mana pendapatan yang kita ingin HANYA JIKA kita menggunakan SISTEM yang berkesan dalam perniagaan yang dijalankan.
Apa yang dimaksudkan dengan SISTEM? Sistem yang saya maksudkan adalah pelan perniagaan anda. Dengan memiliki perancangan dan pelan perniagaan yang KUKUH, impian anda pasti akan dapat tercapai.
Apa kata kita lakukan sedikit kira -- kira.
Target Pendapatan : RM100,000 dalam masa setahun
Tempoh Masa : Setahun (12 Bulan)
Jika dikira, kita perlu menjana pendapatan sebanyak RM8333.33 setiap bulan untuk mendapat jumlah pendapatan RM100,000 setahun. Untuk senang kira, kita genapkan RM8333.33 kepada RM10,000.
RM10,000 jika dipecahkan kepada harian, anda perlu menjana RM333.33 setiap hari. Bagaimana? Adakah anda mampu?
Baiklah, jika difikirkan logik akal fikiran kita (dengan kepandaian matematik), sebenarnya kita mampu untuk menjana pendapatan seperti yang dinyatakan.
Namun, halangan yang paling besar yang menyekat impian kita adalah DIRI KITA SENDIRI. Sikap MALAS, TIDAK YAKIN serta TIDAK BERUSAHA menyebabkan segala impian yang ingin dicapai terhalang begitu sahaja. Lebih -- lebih lagi jika kita ini jenis yang ingin “disuap” serta terlalu manja untuk berdikari.
Malah, kegagalan menggunakan sistem aka pelan perancangan yang berkesan juga merupakan salah satu punca mengapa kita tidak dapat menjana LEBIH KEUNTUNGAN daripada sedia ada.
Seperti yang kita kira diatas, kita perlu menjana RM333.33 untuk menghasilkan RM10,000 setiap bulan. (RM333.33 ~ USD100).
Untuk mencapai RM333.33 atau USD100.00 ini, apa perkara yang anda lakukan? Pertamanya, anda boleh menjual produk anda sendiri atau menjadi reseller kepada produk lain (fizikal atau digital). Keduanya anda boleh menyertai program affiliate (Google Adsense etc) atau anda boleh menyediakan apa -- apa jenis perkhidmatan.
Dengan memiliki pelbagai saluran paip yang menyumbang pendapatan kepada kita, maka sudah semestinya kita mampu untuk menjana pendapatan.
Berdasarkan kes diatas, kita perlu menjana RM333.33 berterusan selama 365 hari untuk berjaya menghasilkan pendapatan RM100,000 ++ dalam tempoh setahun. Adakah anda mampu mengekalkan momentum pendapatan ini setiap hari selama bertahun -- tahun? Tidakkah anda mahu menjana LEBIH pendapatan daripada target yang anda tetapkan?
Untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya serta menjana lebih pendapatan, sudah semestinya anda memerlukan satu sistem perniagaan yang berkesan yang digunapakai.
Perkara inilah yang sebenarnya membezakan antara usahawan internet yang berjaya menjana pendapatan ribuan dengan golongan yang biasa sahaja (menjana pendapatan cukup makan) atau golongan yang langsung tidak mampu menjana pendapatan di internet.
Dengan mengikut strategi pelan perniagaan yang terancang, anda sudah semestinya mampu untuk memecahkan kebuntuan anda dalam perniagaan internet yang dijalankan. Rata -- rata usahawan internet yang berjaya mempunyai strategi perniagaan masing -- masing serta mempunyai “TEAM” yang membantu mereka.
Mereka bertindak sebagai PENGARAH / DIRECTOR terhadap perniagaan yang dijalankan dan menumpukan kepada IDEA -- IDEA baru untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Tidak dinafikan setiap daripada kita akan bermula sebagai SOLO PLAYER. Maksud saya di sini adalah, pada permulaan, kitalah pencipta produk, kitalah yang menyiapkan laman web, kita juga yang menulis sales letter, kita juga yang melakukan promosi. Pendek kata, 100% kita lakukan secara sendirian. Perkara ini sebenarnya adalah baik untuk memberikan kita “pengalaman” kerana kelak apabila “MASA” kita untuk menjadi PENGARAH telah tiba, kita dengan senang dapat memantau “STANDARD” kerja yang kita mahu.
Walaubagaimanapun, jika kita tetap kekal sebagai SOLO PLAYER, mampukah kita lakukan semua perkara? Jika anda ada membaca buku RICH DAD POOR DAD Cash Flow, di dalam buku tersebut ada mengatakan bahawa kita terkandung dalam 4 kategori iaitu golongan yang bekerja, golongan yang bekerja sendiri (self employed), golongan yang memiliki perniagaan (business owner) dan golongan pelabur (investor).
Golongan yang berjaya dalam kehidupan mereka adalah golongan yang berada dalam kategori Business Owner dan Investor. Begitu juga dengan perniagaan internet yang ingin anda jalankan. Anda perlu menjadikan aktiviti yang dijalankan di internet lebih kepada berkonsepkan “business”.
Proses untuk menukar atau berubah arah daripada keadaan kita sekarang (solo player, self employed) kepada keadaan “business owner/investor” sudah semestinya akan mengambil masa dan anda perlu menyediakan perancangan anda dari dengna betul.
Namun begitu, persoalannya adakah anda perlu “mencipta” strategi baru untuk berjaya? Jawapannya : TIDAK. Apa yang perlu anda lakukan adalah dapatkan MENTOR yang benar -- benar telah berjaya, ikut strategi mentor tersebut dan fokus dengan perkara yang dilaksanakan.
Itu sahaja RAHSIA BESAR yang membolehkan anda berubah daripada keadaan sekarang (jika anda belum berjaya) kepada keadaan yang lebih baik.
All the best!
Tonton Video Ini Untuk Mendapat Inspirasi. Amat Disyorkan!
Sumber Tambahan :
Pastikan anda membaca artikel Buat Duit VS Empayar Perniagaan Internet
Pastikan anda membaca artikel daripada SmartZul : Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet
p.s -- Jangan lupa untuk daftar sebagai pelanggan PeluangInternet.com kerana dalam tempoh 3 bulan ini saya akan membuat beberapa tawaran “JV” dan “Team”. Pastikan anda tidak ketinggalan.
p.p.s -- Bagaimana mana dengan video pertama diatas? 100% dibina oleh saya sendiri untuk menguji bakat :p
Salam saudara amirol, saya suka la cara saudara “motivate”. Memang professional, hmm…terkena pun ye jugak!! hehee..
Apa pun sy sambut segala ulasan saudara tu untuk membangun dalam perniagaan nie…PELAN-PELAN..Go Success!!!
Wargh..sudah jadi post erk.. heheheh
kene step by step, pelan2 kayuh. banyak yg dah senang tu bermula dengan banyak kali tersungkur dulu. bangun duduk bangun duduk pas tu barulah boleh berdiri dan berlari
Pendapat saya adalah kita hendak berjaya sesuatu mesti adalah plan tindakan dan juga meruangkan masa untuk sesuatu ,apa yang penting adalah folus +usaha =kejayaan
HEHEHEHE..ko mst bru lps tgk cte kung fu panda.. trus tulis post ni kan..btol x?
(If you don’t fight me, I will)
Apa yang dikatakan oleh pengkomen tu betul. Fokus dan usaha berterusan adalah jalan terbaik dan berguru dengan kesilapan lebih berkesan walaupun pedih dirasakan. Fikir-fikirkanlah….ARB Dagang
Adehh…. Sekali sedepuk kene kat muka. Tengah pelan pelan kayuh nih.
Nak berguru ngan bro Mirol boleh kot?… Apa pun post sdra akan saya jadikan
motivasi agar dapat berlari pantas..
Saya setuju dengan apa yang Amirol katakan. Saya suka part jadi business owner tu. Semua orang berimpikannya termasuk saya. Tak apalah, kita melangkah setapak demi setapak. InsyaAllah, impian tu pasti akan tercapai kalau kita kuat usaha.
Ya Zul, inilah impian yang ingin dicapai oleh setiap usahawan internet. Mencapai kepuasan dalam perniagaan yang dilaksanakan. Amat gembira kalau dilihat ramai usahawan internet malaysia berjaya menjadi entrepreneur yang sebenar.
Mady : nak berguru dengan saya? Saya belum merasakan saya layak lagi jadi guru.
amirul dah guru sy pun…. dah dua ebook beliau sy beli…. memang menarik
Wowww.. satu blog dengan informasi yg sungguh berguna. Motivasi dan konsep yang anda berikan atau rumuskan begitu tepat dan ringkas dari membaca ebuku yang berbahasa Inggeris dan setebal 40 muka surat maya.
T kasih kerana sudi berkongsi maklumat.
Benar tu.. kejayaan datang dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Bukannya sekerat jalan. Untuk berjaya d dalam perniagaan internet pemasaran paling penting sekali. Jangan berhenti dan buat dengan cara yang betul..
yang pasti, kene teruskan usaha dan jangan mudah putus asa.