Cara paling mudah, murah dan senang untuk mula menjana pendapatan di internet adalah dengan menyertai program affiliate. Program affiliate pada dasarnya adalah satu bentuk program yang memberi peluang kepada pengguna internet untuk menjadi “agen pemasaran” bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengusaha - pengusaha laman web.
Kebiasaannya, untuk menjadi agen pemasaran (affiliate marketer) menerusi program affiliate yang ditawarkan adalah PERCUMA sahaja. Namun begitu, terdapat juga program affiliate tertutup yang mana hanya pembeli produk / perkhidmatan yang ditawarkan sahaja dapat mempromosikannya melainkan anda dapat meyakinkan pengusaha bahawa anda berkemampuan untuk melakukan pemasaran terhadap produk mereka. Antara perkara yang dapat meyakinkan pengusaha adalah dengan memberi bukti bahawa anda memiliki sejumlah senarai prospek yang berpotensi untuk membeli produk atau perkhidmatan pengusaha tersebut.
Pendapatan dari program affiliate kebiasaannya adalah berdasarkan jumlah jualan yang mampu anda lakukan. Setiap jualan yang dilakukan, anda layak untuk menerima komisyen yang telah ditetapkan. Peratus (%) komisyen adalah bergantung kepada produk yang ditawarkan. Kebiasaannya, produk digital mempunyai peratus komisyen yang tinggi iaitu antara 40% - 70%.
Produk fizikal kebiasaannya mempunyai peratus komisyen yang lebih rendah iaitu antara 5% - 30%. Ini adalah berikutan kos bagi produk fizikal adalah besar jika dibandingkan dengan kos produk digital.
Hari ini saya ingin menekankan satu perkara berkaitan program affiliate. Terdapat ramai lagi golongan yang “keliru” dengan maksud program affiliate. Malah, ada sesetengah pihak yang menyalahgunakan terma “program affiliate” ini untuk kepentingan peribadi masing - masing.
Apakah bentuk kekeliruan yang saya maksudkan? Beberapa hari lepas saya telah meluangkan sedikit masa untuk melihat perkembangan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh “usahawan - usahawan” internet negara kita. Pendek kata, saya melakukan survey.
Macam - macam perkara yang saya temui termasuk ada produk saya yang disalahjualkan, dan beberapa lagi produk usahawan lain yang dipersalahlakukan oleh sesetengah pihak. Tak mengapalah… mungkin mereka ini “sangat terdesak” untuk mencari pendapatan (aka menjana wang) di internet detik hati saya.
Baiklah, apakah perkara yang membuatkan saya mengatakan sesetengah pihak keliru dan menyalahgunakan terma “program affiliate”? Ini adalah kerana saya mendapati bahawa pihak - pihak ini mendakwa dan menawarkan “program affiliate” yang melebihi daripada 2 level iaitu sehingga mencecah ke 10 level. Malah, untuk menyertai “program affiliate” ini juga, anda perlu membayar sejumlah wang yang kononnya umpama modal permulaan. Kemudian pendapatan akan anda perolehi hasil daripada “orang menyertai” program yang mereka tawarkan dengan komisyen bertingkat.
Mari kita fikir secara logik, dengan 4 - 10 level, dengan komisyen yang ada RM1.00 sehingga ke RM10.00… Mampukah anda menjadi “orang kaya” di internet? Berapa lama masa yang perlu diambil? Berapakah jumlah pengguna internet MALAYSIA yang perlu anda promosikan? Mampukah anda mencapai target tersebut? Jawapannya TIDAK.
Malah, kebanyakan program - program ini menggunakan konsep matrix yang mempunyai rangkaian bertingkat sehingga ke 10 level. Yang lebih melucukan adalah script yang digunapakai adalah rata - ratanya kebanyakan sama sahaja MALAH tiada apa - apa langsung keistimewaannya. Ini adalah kerana saya tahu selok belok script - script yang mereka gunakan, dari mana sumbernya dan juga siapakah programmernya. Sebenarnya, script yang digunapakai oleh golongan - golongan ini telah disalahgunakan malah telah lari daripada tujuan asal script dicipta.
Puncanya adalah disebabkan oleh nafsu “mahukan wang semata - mata” yang menyebabkan berlakunya gejala ini.
Fikirkan… mengapa usahawan - usahawan internet berjaya yang mencapai status jutawan internet tidak langsung menggunakan script sebegini serta tidakĀ menjalankan aktiviti pemasaran begini? Mengapa tidak mereka menggunakan konsep bertingkat - tingkat “multi level system” untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka? Ini adalah kerana mereka sedar sebenarnya tiada keuntungan pun. Konsep yang digunakan sebenarnya lebih berunsurkan kepada “money game” dan system piramid.
Untuk program affiliate yang sebenar, maksima level haruslah tidak melebihi 2 level. Jika lebih daripada 2 level, ia sebenarnya telah dikategorikan sebagai Multilevel Marketing (network marketing) dan sudah semestinya ia memerlukan lesen daripada pihak berkuasa. Rujuk pada link ini untuk maklumat lanjut penerangan tentang pemasaran affiliate. http://en.wikipedia.org/wiki/Affiliate_marketing
Satu sahaja konsep yang perlu anda faham untuk program affiliate; Anda terima komisyen berdasarkan usaha anda sama ada menghasilkan jualan ataupunĀ membawa prospek (pendek kata, perkongsian keuntungan… anda lakukan promosi, pengusaha bekalkan produk). Semua ini dapat dilakukan secara percuma sahaja dan tiada modal yang diperlukan, tiada had maksima pendapatan, tiada LOT - LOT yang perlu anda beli, tiada komisyen bertingkat - tingkat (melebihi 2 level) dan tiada kefahaman “merecruit” ahli.
Oleh itu, sebagai kesimpulannya disini, saya ingin berpesan supaya anda berhati - hati dan jangan mudah terpedaya dengan janji - janji tawaran keuntungan yang diberikan oleh sesetengah pengusaha. Anda mungkin berjaya menjana pendapatan, namun saya BERANI JAMIN pendapatan anda hanya cukup untuk perbelanjaan minum kopi sahaja.
Mengapa perlu anda “melaburkan” wang untuk menyertai program sedemikian sedangkan terdapat banyak lagi program affiliate yang PERCUMA yang LEBIH BAIK yang boleh anda sertai untuk menjana pendapatan tanpa modal? Renung - renungkan dan selamat beramal… ![]()
26 Responses
Maizul
July 6th, 2008 at 1:27 pm
1Sejak kebelakangan ni banyak pulak program banyak2 level ni. Ramai punya yang masuk sampai saya pun kene spam juga. Tengok selama mana benda ni dapat bertahan.
komenebook
July 6th, 2008 at 1:35 pm
2(Salam) buat IM Amirol.
Terima kasih atas post artikel ini. Ini merupakan antara post yang menarik pernah saya baca pada weblog saudara. Ia menambahkan lagi kefahaman saya tentang program affiliate.
saya ada sedikit kekeliruan. Adakah program yang menggunakan konsep “Two-Tier” juga dikira sebagai 2 level atau tergolong dalam kategori multilevel?
Bolehkah saudara Amirol menjelaskan serba sedikit mengenainya (berdasarkan kefahaman dan pengalaman saudara) ?
Terima kasih
pakar clickbank
July 6th, 2008 at 1:52 pm
3Artikel yang sangat bermanfaat kepada kita semua,dari segi pendapat saya adalah kita sebelum daftar untuk menjadi member program affiliate sesuatu produk ,perlu kita selidik dengan teliti dahulu dari beberapa sudut ,banyak panduan telah pun diberikan saya tak akan komen disini
,cuma saya ada satu pendapat dari lain tajuk program affiliate ini kita boleh dikatakan sebagai satu tempat untuk mengadakan peperiksaan untuk menguji kita telah pun berada di tahap /level yang berapa,sebagai contoh ,ramai yang saya kesankan apabila kita cerita tentang satu program affiliate,maka ramai yang tanya di forum/blog ,sudah dapat payment ke ? program ini tak tipu ? apa teknik anda boleh dapat wang yang lumayan ?,selidik tentang soalan yang sebegini ,dan takut untuk daftar masuk kerana takut kena tipu ,takut payment…
Kenapa tidak menggunakan program affiliate yang percuma untuk mengadakan peperiksaan,adakah anda ingat sebagai orang yang mencari pendapatan melalui online tak perlukan peperiksaan,bagi saya adalah wajib,kerana dengan cara yang begini,kita boleh dapat mencari kelemahan kita dan mengubati supaya langkah menuju menjadi Raja Affiliate adalah lebih dekat.
Cuba cari satu program affiliate ,uji sendiri dan jangan tanya orang ,kemudian bagi masa kita sebulan ,lihat apa yang kita dapat dan dari situ dapatkan level kita berada dimana ….
Amirol
July 6th, 2008 at 1:54 pm
4Maizul: Yup… saya pun kena spam banyak jugak dengan program macam ni. Biasanya memang tak tahan lama. Yang kesian tu pada peserta yang menyertai program macam tu… terpedaya.
Rizal: 2 level tidak termasuk multilevel lagi jika ikut konsep affiliate marketing. Apabila lebih daripada 2 level, baru dikatakan MLM. Namun, bagi sesetengah pihak macam paypal, 2checkout, dorang akan anggap 2 level tu MLM. Jadi, penggunaan paypal atau 2checkout pada web - web yang mempunyai 2 level dan keatas untuk pemasaran affiliate adalah tidak dibenarkan sama sekali
Untuk program affiliate, gunakan sahaja 1 level sudah mencukupi.
Lagipun, tumpuan kita adalah pemasaran produk dan bukannya kepada recruitment.
neo
July 6th, 2008 at 3:04 pm
5Satu maklumat yang berguna.
Akan memberi pendapat mengenai buku yang sedang di download.
Semoga ramai netrepenuer tempatan yang berjuang dalam dunia cyber global terutamanya melaui program affiliate atau Private label rights (PLR) program
AdiProper
July 6th, 2008 at 4:49 pm
6Memang benar ramai yang terkeliru antara affiliate sebenar dengan tidak. Saya dahulupun hampir dikelirukan dengan affiliate palsu.
Biasanya nak jadi affiliate hanya percuma. Ada juga yang tawar affiliate two tier, iaitu beli produk & baru diberikan level ke2.
Yang jadi mangsanya kebanyakan yg tak tahu pasal IT, tidak dapat bezakan perniagaan internet sebenar dengan penipuan terancang.
p/s fikir dgn waras & logik dulu sebelum labur duit anda supaya duit anda tidak lebur
Abooain
July 6th, 2008 at 5:07 pm
7Saya setuju tu Amirol kerana akhir-akhir ini begitu banyak program yang nampak seakan-akan program Affiliate tetapi lebih dari 2 level malah bertingkat-tingkat la pulak….. program kalau dah pelik sangat akan mengelirukan orang ramai… ini akan memberikan imej yang tidak baik kepada Perniagaan Online.
Terima kasih, artikel menarik!
mohamad azriq
July 7th, 2008 at 4:08 am
8asalamualaikum Amirol
Saya nak tanya pendapat anda bagaimana dengan program affialate commision junction (cj) saya ada mendaftar untuk program affialate ini dan telah menggunakan iklan percuma untuk mengiklankan syarikat yang ada didalam cj tetapi sehingga sekarang belum ada keuntungan walaupun sudah lebih 100 lebih iklan yang diiklankan
terima kasih
Nizam
July 7th, 2008 at 8:04 am
9Bukan apa kadang kala sistem berbayar tu tunjukkan bukti kejayaan. kadang kala kalangan kenalan mereka sendiri. Tu yang mempengaruhi mereka. Sedangkan yang percuma ini tak ramai yang berjaya. Kita perlu meningkatkan kesedaran dan kempen lebih giat yang membantu mengurangkan mereka yang terlibat dengan perkara ini. Ini antara kempen yang membantu.
Man
July 7th, 2008 at 10:06 am
10Salam !
Terima kasih kerana memberikan info affiliate ini.
Saya sudah semakin memahami apakah affiliate.
En Dlie
July 7th, 2008 at 11:28 am
11Memang banyak sangat prgram buat duit kat internet ni.. rata-rata menggunakan script MLM.. yang sedihnya kebanyakkan produk yang di tawarkan boleh di dapati secara percuma di mana-mana lawan web. Nampak sangat terdapat unsur money game di situ..
Inilah yang akan menjejaskan kredibiliti perniagaan internet di Malaysia. Mungkin masih ramai lagi yang tidak cukup sedar dan masih ramai yang terlalu ikutkan nafsu untuk cepat kaya…
JefJD
July 7th, 2008 at 11:44 am
12ermm…saya di kategorikan yang terpedaya juga…sekadar cuba-cuba dan survey
tapi sekarang saya dah ikut jalan yang betul..tq amirol….
bard
July 7th, 2008 at 1:47 pm
13Memang terdapat pihak yg menggunakan provokasi utk menjayakan Program menjana keuntungan dengan segera namun itu tak ke mana kerana masih terdpt pelbagai lagi peluang-peluang biz didalam alam cyber boleh berkembang dgn cara baru nanti.. Usah dirisaukan hal-hal yg tidak menguntungkan itu.
Alternatif lain terlalu banyak namun masanya belum sampai lagi. Terdpt pelbagai program yg berbeza dari masa lalu dan kini akan tercipta dan pastinya kita perlu lebih berhati-hati dan lebih berilmu agar tidak terpengaruh dgn program yg tidak menguntungkan itu.
Saranan sy, buka mata dan minda anda, jadikan kegagalan sebagai satu pengajaran yg berguna dan lebih berdaya maju lagi. Bersaing adalah tidak elok utk menjadi cepat kaya sebaliknya mengeluarkan idea yg kreatif utk di nikmati oleh semua orang adalah perkara yg perlu diutamakan kerana kesannya ia akan kembali kepada impian anda utk menjadi jutawan yg kaya budi pekerti.
Sekian.
safiudinadvis
July 7th, 2008 at 3:20 pm
14terima kasih satu info yang terbaik.
mastermuzo
July 7th, 2008 at 4:57 pm
15macam-macam bisnes kat internet nie…yang ada pun kadang-kadang sampai boleh tersilap, ini pulak ditambah dengan ahli silap mata, apa-apa pun kepada pengguna2 Malaysia jadilah pengguna Bijak!! he3…
chmy
July 8th, 2008 at 9:56 am
16Satu maklumat yang berguna kepada mereka2 yang baru nak berjinak-jinak dgn business internet, pandangan aku menyertai program affiliate ini perlu usaha gigih untuk mempromosikan produk yang hendak dipasarkan, dan penggunaan ayat-ayat power dan asli (Bukan copy orang lain punya ayat dan paste semula) pasti menarik lagi minat prospek untuk membeli produk tersebut. Perlu diingatkan pastikan produk yang hendak dipasarkan mempunyai kualiti yang baik dan tiada unsur2 penipuan.
Dr Roslee Zolkafli
July 8th, 2008 at 12:06 pm
17Sekira dapat dibuat satu senarai hitam program-program affiliate sebagai panduan adalah amat di alu-alukan. Sekurang-kurangnya dapatlah menajadi petunjuk sebelum kita melanggani program-program tersebut. Dan rasanya ramai yang bersetuju dengan cadangan ini.
haslah
July 8th, 2008 at 12:18 pm
18Salam
Daasyaat!, memang kat US famous dengan skim 2 kaki(piramid) serta matrix ni. Perlu diingat, sekarang ni diorang dah tk pakai 2 kaki lagi untuk tujuan mengaut keuntungan, ada yang pakai 3 kaki, 6 kaki….tapi yang jelas menampakkan skim piramid itu ialah semasa pengiraan $$$ di mana sistem “pair” tu ada lagi. Saya merupakan senior staff di sebuah syarikat MLM dan hal segini memang banyak di pasaran di Malaysia. Anyway, yang penting kena lihat Marketing Plan betul2. Skim Piramid HARAM di Malaysia, even ustat zaharuddin pun cakap gitu pada UPt***d.
Abdul Rashid Basar
July 10th, 2008 at 11:23 am
19Terimakasih atas maklumat tersebut. Fenomena ini menunjukkan orang kita ni kretif tetapi disalahgunakan kekretifan itu.
Terima kasih juga menerima saya sebagai ahli affiliate saudara. Promosi telah saya lakukan di blog saya iaitu di http://www.informasi.arbdagan.com. Sekiranya ada apa yang tak kena sila maklumkan kepada saya.
Terima kasih….<ARB Dagang
Toman
July 18th, 2008 at 4:01 am
20Dulu saya pernah terlibat dalam program multilavel seperti tiu,janji dapat untung beratus ribu ringgit,tetapi ternyata hanya buang masa dan duit saja,bagus pandangan dan pendapat dari saudara,mungkin dapat memberi maklumat kepada mereka yang baru berjinak dengan dunia internet tidak mudah terjebak dalam program affiliate yang songsang
kotaro
July 21st, 2008 at 9:01 am
21Senang ckp affiliate tue kira agent jualan. Samalah dengan MLM. Bezanya, terma affiliate bagi Internet Marketer dengan Terma affiliate bagi syarikat MLM nie berbeza walaupun perkataannya sama.
Tak perlu pening pala. Cuma nyer kita kene pandai piliih produk yg mana kita nak sertai sebagai agen. Jangan terburu2 join sana-join sini hanya sebab produk tue ‘hot’ kat pasaran!!
Kat mana2 pun ada penipuan. Bezanya kat internet ni berganda-ganda sebab internet ni luas ‘komunitinya’ berbanding tempat tiggl kita. Jadi pendedahan tue berlebihan.
Apapun bagi saya MLM adalah bisnes jual mimpi. Dan mimpi tue boleh jadi kenyataan dan boleh jadi hanya sekadar mimpi. Bergantung kepada orang yang bermimpi tue. Nak realisasikan mimpi dia atau tak. Tentang halal haram, saya tak pasti dan belum terjumpa pun fatwa mengharamkannya sebab susah ustaz2 nak haramkan sebab ada pelbagai jenis berbeza.Kompeni nie lain schemenya, kompeni tue lain pulak schemenya. Jadi berbalik kepada ilmu dan penilaian kita sendiri.
Aku pun penah terlibat dengan MLM tp pastu aku berenti sebab: tak sampai hati nak biar org2 yg aku approach tue berangan-angan tuk kaya kerana hakikatnya MLM bukan semudah yang disangka.
So sekarang aku tumpukan pada blog dan affiliate marketing. Tolong jualkan produk org dan perbaiki blog sndiri. Rahsia nak berjaya dengan affiliate marketing?
Anggaplah blog kita tue umpama majalah…lagi byk pembaca, lagi byk iklan masuk. So ramaikan lah pembaca. Tak guna ada produk affiliate terhangat dipasaran sedangkan reader kita hanya 5 org itupun yang belum tentu nak klik iklan kita!!
Wallahualam
Abdul Rashid Basar
July 22nd, 2008 at 9:53 am
22Menjadi ahli Affiliate adalah merupakan cabang perniagaan internet yang mudah dah cepat untuk disertai kerana semua kemudahan seperti laman web, baner dan sebagainya telah disediakan oleh pengusaha web tersebut.
Kebiasaannya ahli yang dapat meraih komisyen tertinggi ialah ahli yang paling awal mendaftar dan belum ramai yang tahu. Sebagai contoh e-book Mentor Jutawan yang baru dilancarkan pada sabtu lepas oleh Irfan Khairi adalah produk yang membuka keahlian affiliate percuma. Ini peluang kepada peminat beliau utk mendaftar sebagai ahli affiliate percuma. Sehingga ketika saya menulis komen ini, beliau belum lagi mempromosi kepada senarai email beliu kerana utk memberi peluang kepada ahli affiliatenya mempromosikan dahulu dan mudah memperolehi komisyen.
Oleh kerana ‘orang kita’ kreatif, berbagai cara digunakan sehingga menyalahgunakan kemudahan affiliate. Seperti yang saudara Amirul katakan, affiliate telah dijadikan seolah-olah seperti MLM. Sebenarnya penyalahgunaan ini terhenti sekiranya tiada sambutan. Sambutan yang diterima pula menggalakkan kerana ingin kaya mendadak yang akhirnya merugikan dan membuang masa sahaja.
Fikir-fikirkanlah…..ARB Dagang
kotaro
July 22nd, 2008 at 12:07 pm
23Sy kurang skit setuju dgn ARB Dagang berkenaan “yang dapat meraih komisen tertinggi ialah yg paling awal mendaftar dan belum ramai yang tahu”.
Bagi sy yg paling senang dapat komisen tertinggi adalah orang yang paling establish blog @ websitenya. Maknanya jumlah pengunjung laman webnya tinggi, mailing-listnya bertimbun dan marketing plannya mmg cantik.
Kalu setakat mendaftar awal tp blog @ website kita hanya ada dua tiga kerat pengujung..reg lah sistem affiliate apapun…mmg susah nak jual!
So seblum anda fokus kepada affiliate apa yang nak di join..lebih baik anda tumpukan readership blog@website anda. Semak balik pagerank anda..stat anda..dan senarai mailing-list anda.
Wallahualam.
Amirol
July 23rd, 2008 at 2:56 am
24Nak sertai program affiliate adalah bergantung kepada niche yang ingin anda ceburi. Adakah niche tersebut mendapat permintaan atau tidak. Biasanya, untuk produk - produk “internet marketing”, “make money” ni, bagi mereka yang dah establish, memang senang je nak buat duit lebih2 lagi yang dah ada list prospek untuk niche ini.
Tapi kalau lain dari niche internet marketing, anda boleh jana wang komisyen dari program affiliate dengan cara pemasaran menerusi PCC atau Bum Marketing. Apa - apa pun, trafik yang berkualiti adalah tunjang utama kepada keuntungan anda.
titan
August 2nd, 2008 at 4:49 pm
25Secara mudahnya, kalau nak buat duit dari program affiliate, anda kene mahir dengan marketing. Kalau marketing hancur, tak perlu la marah-marah kalau tak dapat buat duit..
First step, iqra
2nd step, buat kerja.
Safuan
September 12th, 2008 at 8:39 pm
26Apa komen anda tentang MLM script di atas yg telah diaplikasi kepada produk D*L, adakah mereka terdedah kepada risiko disaman oleh syarikat D*L?
Sila lihat contoh website di bawah:
http://www.dclindonesia.com/index.php
http://dclsynergy.com/index.php?m=35
DIHARAP ADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN, TERIMA KASIH
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply