Apa khabar rakan - rakan sekalian? Lebih 10 hari saya tidak menulis artikel baru. Sebabnya? Saya terpaksa lebihkan masa kepada aktiviti marketing, develop products dan kurangkan masa untuk berbicara. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda masih merayau - rayau lagi di internet? Adakah anda masih lagi mencari - cari sesuatu dengan ayat “Apa aku nak buat nih???” berlegar - legar di minda anda ?

Sudahkah anda memantau apakah “permintaan” yang ada di internet ini? Maksud saya, sudahkah anda melakukan “survey” terhadap keperluan pasaran? Jika tempoh hari saudara SmartZul menghasilkan Sistem EZ Survey, hari ini, sudahkah anda menggunakan sistem tersebut untuk melakukan survey?

Baiklah, sebelum anda melakukan “survey”, anda perlu kenali dahulu apakah pasaran yang ingin anda ceburi… Adakah anda ingin menceburi pasaran Malaysia semata - mata atau anda ingin lebih melangkah jauh iaitu dengan memasuki pasaran antarabangsa? Semua ini bergantung kepada kehendak anda.

Hari ini saya akan menceritakan terlebih dahulu cara untuk mengenalpasti permintaan.

Yang pertamanya, lihat keadaan sekeliling anda. Apakah perkara yang menarik perhatian anda? Jika anda pergi berjalan - jalan di shopping complex, lihat apakah kedai atau perkara yang mendapat sambutan daripada pengunjung. Barangan apakah yang dibeli oleh pengunjung - pengunjung tersebut? Kenal pasti “niche” yang berada di shopping complex tersebut. Contohnya kedai gitar… Apakah barangan yang menjadi produk terlaris di kedai gitar tersebut. Adakah tali gitarnya? Jika Ya, mengapa tali gitar menjadi produk terlaris? Sembang - sembang dengan pemilik kedai tersebut untuk mendapat idea.

Keduanya, sudah semestinya anda perlu melakukan “research” di internet. Jika anda ingin menceburi pasaran Malaysia, cara terbaik untuk melakukan research adalah dengan memantau forum - forum yang ada di pasaran Malaysia. Contohnya di Cari.com.my. Apakah topik - topik HOT yang sering dibincangkan. Di lelong.com.my, apakah produk yang sering mendapat bidaan. Jika anda ingin menceburi pasaran antarabangsa, maka konsep yang sama juga perlu dilakukan. Cari forum - forum yang berkaitan dengan niche yang ingin anda ceburi sebagai contoh forum berkaitan kesihatan…  typekan tajuk yang specific contohnya diabetes+forum di Google.com

Sertai forum tersebut, ikuti perkembangan dan kenalpasti “hungry market” yang memerlukan penyelesaian terhadap masalah - masalah yang dihadapi. Lain - lain cara yang perlu anda lakukan adalah seperti lihat di answers.yahoo.com, keyword research (contoh: https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal) dan rujuk web - web popular seperti Amazon.com, ebay.com, google.com/trends dan sebagainya bagi mendapatkan informasi berkaitan niche yang ingin diceburi.

Apabila sudah kenal pasti niche yang mempunyai permintaan yang tinggi, maka tiba masa pula masanya untuk anda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna. Cari jalan penyelesaian untuk membantu mereka iaitu dengan membekalkan produk yang diperlukan.

Produk ini boleh anda perolehi sama ada mendapatkan supplier atau menjadi agen kepada pengusaha produk tersebut (pendek kata affiliate marketer). Pendek kata, anda perlu mengenalpasti terlebih dahulu pasaran anda. Tanpa mengenalpasti pasaran, anda tidak akan mampu untuk menjana pendapatan yang memuaskan. Hal ini bukan sahaja untuk aplikasi di perniagaan internet, malah ia juga penting untuk diaplikasikan di perniagaan di dunia offline.

Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu anda.

p.s - Untuk maklumat lanjut cara membuat kajian Niche dan panduan menjadi affiliate, anda boleh rujuk pada report percuma daripada saudara Din Beramboi dan Kento. Klik sini untuk download