Saya Nak Jual Apa?

Apa khabar rakan – rakan sekalian? Lebih 10 hari saya tidak menulis artikel baru. Sebabnya? Saya terpaksa lebihkan masa kepada aktiviti marketing, develop products dan kurangkan masa untuk berbicara. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda masih merayau – rayau lagi di internet? Adakah anda masih lagi mencari – cari sesuatu dengan ayat “Apa aku nak buat nih???” berlegar – legar di minda anda ?

Sudahkah anda memantau apakah “permintaan” yang ada di internet ini? Maksud saya, sudahkah anda melakukan “survey” terhadap keperluan pasaran? Jika tempoh hari saudara SmartZul menghasilkan Sistem EZ Survey, hari ini, sudahkah anda menggunakan sistem tersebut untuk melakukan survey?

Baiklah, sebelum anda melakukan “survey”, anda perlu kenali dahulu apakah pasaran yang ingin anda ceburi… Adakah anda ingin menceburi pasaran Malaysia semata – mata atau anda ingin lebih melangkah jauh iaitu dengan memasuki pasaran antarabangsa? Semua ini bergantung kepada kehendak anda.

Hari ini saya akan menceritakan terlebih dahulu cara untuk mengenalpasti permintaan.

Yang pertamanya, lihat keadaan sekeliling anda. Apakah perkara yang menarik perhatian anda? Jika anda pergi berjalan – jalan di shopping complex, lihat apakah kedai atau perkara yang mendapat sambutan daripada pengunjung. Barangan apakah yang dibeli oleh pengunjung – pengunjung tersebut? Kenal pasti “niche” yang berada di shopping complex tersebut. Contohnya kedai gitar… Apakah barangan yang menjadi produk terlaris di kedai gitar tersebut. Adakah tali gitarnya? Jika Ya, mengapa tali gitar menjadi produk terlaris? Sembang – sembang dengan pemilik kedai tersebut untuk mendapat idea.

Keduanya, sudah semestinya anda perlu melakukan “research” di internet. Jika anda ingin menceburi pasaran Malaysia, cara terbaik untuk melakukan research adalah dengan memantau forum – forum yang ada di pasaran Malaysia. Contohnya di Cari.com.my. Apakah topik – topik HOT yang sering dibincangkan. Di lelong.com.my, apakah produk yang sering mendapat bidaan. Jika anda ingin menceburi pasaran antarabangsa, maka konsep yang sama juga perlu dilakukan. Cari forum – forum yang berkaitan dengan niche yang ingin anda ceburi sebagai contoh forum berkaitan kesihatan…  typekan tajuk yang specific contohnya diabetes+forum di Google.com

Sertai forum tersebut, ikuti perkembangan dan kenalpasti “hungry market” yang memerlukan penyelesaian terhadap masalah – masalah yang dihadapi. Lain – lain cara yang perlu anda lakukan adalah seperti lihat di answers.yahoo.com, keyword research (contoh: https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal) dan rujuk web – web popular seperti Amazon.com, ebay.com, google.com/trends dan sebagainya bagi mendapatkan informasi berkaitan niche yang ingin diceburi.

Apabila sudah kenal pasti niche yang mempunyai permintaan yang tinggi, maka tiba masa pula masanya untuk anda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna. Cari jalan penyelesaian untuk membantu mereka iaitu dengan membekalkan produk yang diperlukan.

Produk ini boleh anda perolehi sama ada mendapatkan supplier atau menjadi agen kepada pengusaha produk tersebut (pendek kata affiliate marketer). Pendek kata, anda perlu mengenalpasti terlebih dahulu pasaran anda. Tanpa mengenalpasti pasaran, anda tidak akan mampu untuk menjana pendapatan yang memuaskan. Hal ini bukan sahaja untuk aplikasi di perniagaan internet, malah ia juga penting untuk diaplikasikan di perniagaan di dunia offline.

Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu anda.

p.s – Untuk maklumat lanjut cara membuat kajian Niche dan panduan menjadi affiliate, anda boleh rujuk pada report percuma daripada saudara Din Beramboi dan Kento. Klik sini untuk download

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



10 Responses to “Saya Nak Jual Apa?”

  1. Saya Nak Jual Apa? Ini adalah sesuatu yang selalu difikirkan oleh sesiapa sahaja yang baru hendak memulakan perniagaan internet. Seperti yang saudara katakan, kita perlu membuat research tentang produk apa yang hendak dijual. Proses ini ada kalanya memakan masa yang lama.

    Sebelum kita menjumpai produk yang sesuai adalah dicadangkan anda menjadi ahli affiliate (ajen jualan produk orang lain). Segala kemudahan seperti laman web telah disediakan dan anda hanya perlu mempromosikan sahaja. Setiap jualan hasil promosi anda, anda akan di bayar komisyen.

    Untuk melariskan jualan, anda juga perlu memilih siapa yang menghasilkan produk tersebut. Jika produk dihasilkan oleh orang ternama dan popular, maka sambutannya juga memuaskan.

    Contohnya seperti produk ebook Mentor Jutawan yang dihasilkan oleh jutawan muda internet iaitu Dr. Irfan Khairi yang baru dilancarkan pada hari sabtu lepas. Walaupun baru beberapa hari dilancarkan tetapi sambutannya di luar jangkaan. Beliau juga memberi peluang orang ramai menjadi ahli afffiliate utk mempromosikan produk ini.

    Saudara Amirul, pada pandangan saya adalah lebih baik jika produk niche yang kita jual adalah produk digital seperti ebook yang dihasilkan oleh kita sendiri. Produk seperti ebook tidak memerlukan stok dan tidak akan mengalami kerugian sekiranya sambutannya tidak menggalakan. Ini adalah kerana saya telah mencubanya dan keputusannya tidak mengecewakan.

    Sekian ulasan saya……ARB Dagang

  2. catzer says:

    Produk sudah ada, masalah untuk memarketnya..Ramai yg kurang arif cara untuk memarketkan produk secara efisyen..Next post :D

  3. ijamidayu says:

    Motivasi, produk, pemasaran.. Itu penting untuk memastikan kita mendapat keuntungan dari produk yang kita hasilkan..

  4. En Dlie says:

    Saya bary je buat survey seminggu yg lepas.. hasilnya, saya dah nampak apa yang client saya nak… skrng ni dalam proses penghasilan produk & lengkapkan bahan..

  5. kotaro says:

    Jika pemasaran, anda perlu memahami produk anda. Kenalpasti unique selling point produk anda…kemudian baru anda boleh rangka strategi pemasarannya.

    Sebabnya satu produk dengan satu produk yang lain adalah berbeza dan perlu kaedah pemasaran berbeza. Anda perlu kreatif.

    Contohnya, anda tidak boleh menjual kereta dengan kaedah pemasaran yang sama anda gunakan untuk menjual susu!

    Internet bukanlah segala-galanya. Internet sekadar medium. Sekali-sekala anda perlu switch off pc anda, dan pergilah “melancong”, buat sruvey atau tinjaun, dan cari idea yang sesuai untuk produk anda.

    Sekadar pendapat.
    Wallahualam!

  6. Amzani says:

    Huhuhu… produk dah banyak dalam komputer ni. Tapi bila masuk bab promosi dan marketing, alamak… macam ketar plak lutut ni. Pakar cakap, untuk mendapatkan pulangan yang lumayan, kos untuk promosi dan pemasaran sekurang-kurangnya 1/3 daripada modal produk. Jadi kesimpulannya, tambahkan 30% lagi wang ke dalam modal produk anda untuk promosi dan pemasaran.

  7. usri says:

    kajian merupakan aspek terpenting sebelum kita memulakan perniagaan di internet

  8. kotaro says:

    Orang barat akan buat survey dulu sebelum buat produk…tp orang jepun buat produk dulu, kemudian terus jual dan dapatkan feedback pelanggan kemudian improving produk td.

    Sebab tue orang jepun banyak produk2 dia lebih advance dari produk barat dan cepat ada dipasaran. So kalu korang berani, ada banyak duit..kamikaze jer cam org jepun..hehe.

  9. titan says:

    baca blog dan beforum. Nanti korang akan perasan apa yang korang berminat nak jual. Jika berani, jual aje apa2 yg korang rasa orang lain tak pernah wat. Test market dulu..

  10. debtrunner says:

    Jual apa yang orang nak beli. :)

Leave a Reply

Subscribe without commenting