Saya terpaksa menggunakan blog ini untuk berhubung dengan salah seorang pembeli PWJE yang mempunyai masalah untuk menerima email daripada saya daripada Gmail Provider
Saya telah membalas soalan / laporan beliau sejak 1 bulan lepas namun sehingga hari ini beliau mempunyai masalah mengatakan saya tidak mereply email yang beliau kirimkan.
Oleh itu, menerusi post ini, saya berharap saudara Azhar dapat melihat apakah masalah yang sebenarnya dihadapi iaitu kenapa setiap email saya tidak diterima oleh anda.

Saya tak pasti mengapa beliau tidak dapat menerima email saya sedangkan beliau menghantar email tersebut menggunakan alamat yang sama saya reply kepada beliau.
[Edited - Tambahan: Masalah dikesan iaitu alamat email reply yang ditetapkan oleh penghantar tidak wujud]
Buat saudara Azhar, sila berhubung dengan saya menerusi sistem support di http://support.usahaniaga.com dan SIMPAN nombor tiket support yang anda perolehi selepas menghantar soalan untuk merujuk kembali soalan yang anda kirimkan sama ada telah terjawab ataupun tidak.
Buat rakan - rakan yang lain, sekali lagi saya amat menyarankan jika anda ingin menghubungi saya, silalah hubungi saya menerusi http://support.usahaniaga.com kerana di sini anda boleh menyemak pesanan yang anda kirimkan telah saya jawab ataupun tidak.
Malah, ini juga dapat mengelakkan kes seperti diatas terjadi kerana anda tetap dapat menyemak butiran pesanan anda yang dijawab oleh pihak saya.
Jika ada kesilapan, kekurangan serta salah dan silap daripada pihak saya sendiri, saya mohon maaf untuk mana - mana pihak yang menghubungi saya.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas,
Amirol Zolkifli