
Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga saya untuk turut serta WangCyber.com Gathering pada 3 August 2008. Saya tiba agak lewat iaitu lebih kurang jam 3.30 p.m dan terus duduk disebelah Abooain (tak sempat kita nak sembang panjang ya abooain).
Majlis telahpun bermula sewaktu saya sampai iaitu perbincangan perniagaan internet diantara Sabri SaifulSham, Gobala Krishnan, Yusry (Jom Seminar) dan Osman. Tips - tips yang dikongsikan sungguh bermakna lebih - lebih lagi tips daripada Jutawan Internet Malaysia iaitu Irfan Khairi yang “mendedahkan” strategi bagaimana untuk menjadi jutawan internet hanya dari pasaran Malaysia sahaja. (Saya rasa lepas ni memang ramai yang akan menggunakan tips berguna ini.)
Perjumpaan warga WC ini sungguh menyeronokkan kerana kami semua dapat bersua muka antara satu sama lain kerana selama ini hanya bertemu secara online. Walaupun saya kurang aktif berforum di WC, namun saya sering juga meluangkan masa melayari forum WC ini untuk melihat apakah perkembangan berkaitan dunia IM Malaysia.
Namun, satu perkara yang agak menyedihkan adalah saya tidak sempat untuk berkenal - kenalan dengan kesemua yang hadir disebabkan masa yang begitu “jelous” dengan kami semua. Sedar - sedar aja kena “halau” keluar dari bilik seminar (Ingat nak makan 2nd round
)
Ternyata yang hadir semua ini adalah mereka yang hebat - hebat belaka. Alang yang selama ini sememangnya nampak serius secara online, namun di dunia offline adalah seorang yang mesra dan humor. (Sorry alang tak sempat nak beramah mesra dengan lebih lama…saya nak kena buat rebranding baru eh untuk memudahkan dikenali serta mengelakkan kekeliruan penggunaan nama Amirol ? :p )
Rakan - rakan lain yang biasa saya bertemu sebelum ini adalah Bitol, Catzer, Kak G, Hairi (the reds) dan Labanon. Rakan - rakan yang dikenali secara online yang baru bersua muka adalah saudara Maizul (Lain eh rupa berbanding gambar :p), Yus (Teruskan dengan projek yang nak dilaksanakan), saudara Hasrul, Abg Badruzamani (sorry bang sebab telah mencilok nama domain idaman mu
), Noorizam Shah (Nanti nak sembang lagi pasal Ebay… p.s - dah lulus exam jangan lupa bgtau!), Zamri Nanyan (Best juga nak take part menulis nih), Ahib (Nice to know you), En Zaki (Maaf tak sempat kita nak bersembang panjang), Ubi (Nanti saya kirim sample gambar yang ingin dikartunkan), Mawardee (Pendiam juga ya mawardee ni… jangan lupa kirimkan gambar
), En Syukri, Din Beramboi dan lain - lain rakan yang tak tersebut nama di sini…
Apa - apa pun, sememangnya gathering ini sungguh meriah walaupun kebanyakannya baru pertama kali bertemu. Apabila bertemu secara “live” ini, satu kepuasan yang terpapar disetiap wajah yang hadir.
Ya, kepuasan yang dimaksudkan adalah peluang untuk melihat mereka yang selama ini berselindung disebalik nick, email, website etc. Ada yang saya lihat di gambar macam garang, tinggi, namun di sana, lain pula gayanya. Pendek kata kesemua yang hadir amat bergembira dengan usaha Shuth (Founder WC) untuk menjayakan Gathering ini. Terima kasih shuth untuk usaha ini.. Semoga kita semua berjumpa lagi!
Resources :
Info Gathering & Gambar - http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/7695-info-wc-gathering-15.html
Links to other websites - http://www.wangcyber.com/umum/wc-gath-successfull/
Add-On Note: Buat mereka yang telah menghadiri Gathering WC ini, saya sebenarnya ada cenderahati kepada anda semua. (Buat mereka yang ada dapat bisnes kad instant yang saya buat tu, semak link yg diberikan). Kalau yang takde dapat tu, hubungi saya untuk dapatkan “GIFT” yang berharga USD97.00.






[...] (amirol) Kenangan Terindah Bersama WC This entry was posted on Sunday, August 3rd, 2008 and is filed under umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site. Post-post lain yang menarik untuk dibaca : + No related posts « Irfan Khairi, Mentor Jutawan [...]
[...] aaii, tingginya otai ni..hehe. Bersama Cikgu Maizul dan Nasrun Mkmal Cyber.. Bersama Hairi, Amirol (Pakej Lengkap) dan Mawardee…yang sorang lagi aku tak ingat lak nama dia..hehe. Abooin, [...]
Ya akhirnya tak sia-sia saya dapatkan PWJ coz dapat jumpa gak dengan empunya badan. Tengah semangat nak teruskan projek, tak kesah biarpun merangkak..banyak tips dan ilmu yang tak lokek di dada Amirol. Memang best kalau dapat sembang lama2, tapi apakan daya dah kena halau. Thanks a lot Amirol.
Dah 2 tahun x jumpe mirol.Kat gath ni jugak dapat jumpa balik.He he.kena buat rebranding gak ni,kalau x,berapa byk amirol yg alang sebut..
itulah amirol sy dah pesan gunakan nama yg lain dr yang lain.. :p Apapun gathering ni mmg best..next time kalau ada masa akan join lagi
Saya nak tercari-cari juga mana satu Amirol.. sebab dalam gambar lain.. kat luar nampak lain.. hehehe.. Well saya berbangga anak Negeri Sembilan dah ramai yang masuk ke dunia perniagaan internet.
InsyaAllah.. kalau kita jumpa lagi.. boleh sembang2 pasal eBay.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis yang bermakna ini…
Kepada Amirol dan yang hadir pada hari tu, jangan lupa projek buku yang saya maksudkan tu. Tulis artikel cepat-cepat dan hantar kat saya untuk langkah seterusnya…
[...] antara beberapa nama lain yang saya sempat temui Labanon, Najib, Badul Zamani, Mawardee, Alang, Amirol, Din, Nasrun, Deen, Sabri, Amanz, Irwan Dahnil, Syukri, Zamri Nanyan, Fauzul, Gobala Krishnan, [...]
Gembira dapat jumpa Amirol. Siap ada special gift dekat kad bisnes insyaallah saya nak download nanti terima kasih.
Salah satu perkara yang amat mem’frust’kan saya ialah tidak dapat berbual panjang dengan sifu Amirol padalah memang tu salah satu main objectif saya untuk menghadiri Gath ini. Namun rasa puas tu memang ada coz dapat dah bersua muka yang selama ni kenal melalui ‘alam ghaib’ je ….
Terima kasih di atas ‘gift’ tersebut!
bestnya dapat berjumpa IM secara beramai-ramai
(salam) buat IM amirol dan komentars..
saya memang tersangat-sangat sedih, tak dapat pergi dan tak dapat jumpa most wanted person in the siber - amirol
abooain dan maizul dapat jugak “cium bau” amirol, saya..hmm…tengok tarikh saja dah frust nonggeng..takpe, hope2 lain kali, dapat g sana…
[...] (amirol) Kenangan Terindah Bersama WC [...]
[...] rupanya… welcome to the club), Din Beramboi, Nasrun, AfzaiAfandi, Catzer, Azuwan, Hasrul, Amirol, Irwan Dahnil, Maizul, Fai dan banyak lagi la yang dah sampai tak tersebut namanya. [...]
[...] (amirol) Kenangan Terindah Bersama WC [...]
[...] Amirol, tak dapatlah kad bisnes tu. Tak sempat sembang [...]
amirol ramai nak cium bau awak tu..pastikan next time tak mandi before pi gath :p
[...] (amirol) Kenangan Terindah Bersama WC [...]
Thanks semua. Maaf juga sebab tak sempat nak bersembang panjang.. Memang terasa kejap aja masa berlalu.
Kelak jika ada lagi gathering, insyaAllah boleh kita bertemu lagi.
Saya sebenarnya terkilan sikit sebab daripada masa Amirol masuk dewan saya dah aim nak jumpa(nak tanya beberapa soalan) tapi apakan daya tidak sempat..
Harap dapat jumpa lagi pada masa akan datang..
tak kedekut ilmu!!! jumpa sekejap je pun mcm2 ilmu dpt. Moga bertambah2 lagi ilmu bro. Drpd ebook hingga ke sembang aritu sama je. Sopan santun aduhai. ni puji bukan mintak apa2 ni. hehehehe
Salam…
Abang sedih sebab kita sempat bersembang sekejap masa nak tangkap gambar. Masih dengan JVHosting ka? Kalau masih dengan JVH… tolong tengok hosting RahsiaNiaga.Com tu kena apa? :)Lepas tu, hubungi abang ya.
Abang tak salahkan Amirol pasal domain UsahaNiaga.Com sebab salah abang sebenarnya. Kalau tidak, tak ada la domain RahsiaNiaga.Com.
(tapi, lepas wujud Badruzamani.Org, macam anak tiri la pula domain tu. Agaknya tu la sebab ia asyik ‘merajuk’ aja)
Bila Allah beri satu idea pada kita, Allah beri juga idea yang sama pada 6 orang lain di muka Bumi ini. Jadi, mereka yang berjaya adalah mereka yang bertindak segera. Jadi, tak boleh kata juga, ‘Ooooih… hang ‘curi’ idea aku’. Pada hal idea yang Allah beri itu hanyalah ibarat ‘biji benih’.
Jadi, sama ada ia akan tumbuh menjadi sepohon pokok yang besar atau hanya menjadi ‘pekasam’ dalam ‘kotak emas’, bergantung pada kebijaksanaan akal yang dikurniaan oleh - NYA lah.
Jadi, ada ka manusia boleh claim ‘idea’ tu dia punya? Sedangkan yang boleh di claim adalah produk yang terhasil dari idea itu, bukan? Jadi, apabila wujud idea itu, terpulang sama ada kita nak simpan sorang - sorang (syok sendiri) atau pun berkongsi dengan lain supaya idea itu berkembang. Ibarat Linus yang tidak mempatenkan LINUX. Akhirnya, idea itu berkembang dalam pelbagai versi.
Tapi, ini hanya pendapat saya yang tidak seberapa. Itu yang best berforum ni, dari satu idea dikongsi dan diperbaiki oleh rakan yang lain. Akhirnya industri itu akan berkembang dan minda kita akan terbuka luas.
Jadi, nanti orang tidak boleh kata ibarat ‘katak di bawah tempurung…’ ya tak? Sebab katak sekarang dah pakai internet. Tak percaya? Cuba tanya Afdlin Shauki…
[...] Hasrul, Fai, Catzer, Galadriel, Bagak, Irwan Dahnil, Bitol, Kartunis UBI, Alang, Sabri, Amanz, Amirol, Noorizam, Mohd Zamri Nayan, Syed Ikhwan (terima kasih sebab buatkan kad bisnes) dan ramai [...]
[...] Amirol [...]
komen sikit, blog amirol ni jarang sgt update. kata orang, macam hidup segan mati tak mahu. Apa dah jadi ni amirol?
Saya berazam untuk menjadi sebahagian dari komuniti internet tidak lama lagi.
diam2 amirol berisi..so tunggulah dia update blog nanti..ada jerk benda yg nak di share kan..hehehe
Maaf rakan - rakan kerana lama tidak berposting.
Thanks for your support!