Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga saya untuk turut serta WangCyber.com Gathering pada 3 August 2008. Saya tiba agak lewat iaitu lebih kurang jam 3.30 p.m dan terus duduk disebelah Abooain (tak sempat kita nak sembang panjang ya abooain).

Majlis telahpun bermula sewaktu saya sampai iaitu perbincangan perniagaan internet diantara Sabri SaifulSham, Gobala Krishnan, Yusry (Jom Seminar) dan Osman. Tips - tips yang dikongsikan sungguh bermakna lebih - lebih lagi tips daripada Jutawan Internet Malaysia iaitu Irfan Khairi yang “mendedahkan” strategi bagaimana untuk menjadi jutawan internet hanya dari pasaran Malaysia sahaja. (Saya rasa lepas ni memang ramai yang akan menggunakan tips berguna ini.)

Perjumpaan warga WC ini sungguh menyeronokkan kerana kami semua dapat bersua muka antara satu sama lain kerana selama ini hanya bertemu secara online. Walaupun saya kurang aktif berforum di WC, namun saya sering juga meluangkan masa melayari forum WC ini untuk melihat apakah perkembangan berkaitan dunia IM Malaysia.

Namun, satu perkara yang agak menyedihkan adalah saya tidak sempat untuk berkenal - kenalan dengan kesemua yang hadir disebabkan masa yang begitu “jelous” dengan kami semua. Sedar - sedar aja kena “halau” keluar dari bilik seminar (Ingat nak makan 2nd round :) )

Ternyata yang hadir semua ini adalah mereka yang hebat - hebat belaka. Alang yang selama ini sememangnya nampak serius secara online, namun di dunia offline adalah seorang yang mesra dan humor. (Sorry alang tak sempat nak beramah mesra dengan lebih lama…saya nak kena buat rebranding baru eh untuk memudahkan dikenali serta mengelakkan kekeliruan penggunaan nama Amirol ? :p )

Rakan - rakan lain yang biasa saya bertemu sebelum ini adalah Bitol, Catzer, Kak G, Hairi (the reds) dan Labanon. Rakan - rakan yang dikenali secara online yang baru bersua muka adalah saudara Maizul (Lain eh rupa berbanding gambar :p), Yus (Teruskan dengan projek yang nak dilaksanakan), saudara Hasrul, Abg Badruzamani (sorry bang sebab telah mencilok nama domain idaman mu ;) ), Noorizam Shah (Nanti nak sembang lagi pasal Ebay… p.s - dah lulus exam jangan lupa bgtau!), Zamri Nanyan (Best juga nak take part menulis nih), Ahib (Nice to know you), En Zaki (Maaf tak sempat kita nak bersembang panjang), Ubi (Nanti saya kirim sample gambar yang ingin dikartunkan), Mawardee (Pendiam juga ya mawardee ni… jangan lupa kirimkan gambar ;) ), En Syukri, Din Beramboi dan lain - lain rakan yang tak tersebut nama di sini…

Apa - apa pun, sememangnya gathering ini sungguh meriah walaupun kebanyakannya baru pertama kali bertemu. Apabila bertemu secara “live” ini, satu kepuasan yang terpapar disetiap wajah yang hadir.

Ya, kepuasan yang dimaksudkan adalah peluang untuk melihat mereka yang selama ini berselindung disebalik nick, email, website etc. Ada yang saya lihat di gambar macam garang, tinggi, namun di sana, lain pula gayanya. Pendek kata kesemua yang hadir amat bergembira dengan usaha Shuth (Founder WC) untuk menjayakan Gathering ini. Terima kasih shuth untuk usaha ini.. Semoga kita semua berjumpa lagi!

Resources :

Info Gathering & Gambar - http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/7695-info-wc-gathering-15.html

Links to other websites - http://www.wangcyber.com/umum/wc-gath-successfull/

Add-On Note: Buat mereka yang telah menghadiri Gathering WC ini, saya sebenarnya ada cenderahati kepada anda semua. (Buat mereka yang ada dapat bisnes kad instant yang saya buat tu, semak link yg diberikan). Kalau yang takde dapat tu, hubungi saya untuk dapatkan “GIFT” yang berharga USD97.00. :)