Alhamdulillah, kini kita berpeluang kembali untuk menyambut Bulan Ramadhan setelah setahun berlalu. Mudah - mudahan bulan Ramadhan kali ini akan membawa banyak erti dan keberkatan kepada diri kita semua.

Dikesempatan ini juga, ingin saya ucapkan selamat Berpuasa kepada semua umat Islam tak kira di mana jua anda berada. Maaf dipohon sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa mahupun perkara - perkara yang tidak menyenangkan timbul diantara anda dan saya sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Moga di bulan Ramadhan ini, kita sama - sama mempertingkatkan lagi ketakwaan kita terhadap Allah SWT.

Baiklah… setelah hampir sebulan saya “tidak aktif” berblog, pada hari ini saya telah memberikan peluang kepada diri saya sendiri untuk berkongsikan informasi dan perkembangan baru yang saya telah/sedang lakukan.

Dalam tempoh sebulan ini, saya sememangnya agak sibuk menguruskan pelbagai perkara terutama sekali dengan “task - task” yang perlu saya lakukan setiap hari bagi memaksimakan potensi perniagaan yang saya jalankan. Sekarang sudahpun bulan 9… sudah hampir penghujung tahun 2008. Masih banyak perkara yang perlu saya capai dalam tahun ini dan ini “memaksa” saya untuk meletakkan lebih usaha terhadap perkara yang dilaksanakan.

Bagaimana pula dengan anda? Bagaimana dengan “target” yang anda letakkan pada awal tahun 2008 tempoh hari? Adakah kesemua target yang anda letakkan telah dicapai? atau 1 pun belum tercapai lagi? ;)

Jika anda belum memulakan atau mencapai apa - apa lagi tahun ini, saya rasa anda perlu memikirkan kembali apakah perkara yang perlu anda laksanakan dengan SEGERA. Satu perkara yang menjadi kelaziman buat mereka yang baru mahupun yang lama adalah “merayau” atau “meronda” dari satu web ke satu web yang lain. Saya juga begitu. Kadang kala masa terbuang tanpa disedari… dari 1 jam, masuk ke 2 jam dan seterusnya melarat kepada 4 - 5 jam.

Akhirnya kita hanya benar - benar bekerja untuk 1 - 2 jam sahaja. Waduh… mana boleh begini? Jadi, bagaimana kita boleh meningkatkan produktiviti kita dalam setiap urusan yang ingin dilaksanakan? Apa yang dimaksudkan dengan masa produktiviti kita adalah masa yang benar - benar kita manfaatkan untuk “menjana” pendapatan di internet tidak kira sama ada hasil daripada Google Adsense, Affiliate Program (Clickbank, PayDotCom etc), buat produk sendiri, Ebay, sediakan perkhidmatan dan sebagainya…

Sudahkah anda benar - benar memanfaatkan masa anda? Atau adakah anda sedang merayau dari 1 web ke web yang lain dengan harapan untuk menemui satu “RAHSIA” yang mampu mengubah diri anda, gaya hidup anda mahupun menambahkan “duit poket” anda? Tanya diri anda…

Kadang kala kita tidak perasan bahawa kita telahpun memiliki pelbagai macam jenis ilmu “perniagaan” dan “pemasaran” internet. Namun, mengapa golongan ini tidak lagi berhasil untuk melakukan sesuatu yang mampu memanfaatkan dirinya? Di sini mungkin beberapa sebab yang perlu kita fikirkan.

  1. Ingin mencari trik atau “RAHSIA” yang paling mudah semudah - mudahnya untuk menjana wang di internet.
  2. Tidak ada keyakinan dalam diri untuk memulakan sesuatu
  3. Sentiasa berasa was - was (ragu - ragu) terhadap perkara yang ingin dilaksanakan
  4. Dalam kepala sentiasa wujud persoalan “Boleh ke tak ni… nanti orang kata bla bla bla”
  5. Terlalu banyak berfikir sehinggakan satu “habuk” pun tidak bergerak
  6. Terpengaruh dan tersekat dengan pemikiran oleh lain sehingga menyebabkan hasrat atau idea tersebut terbantut.
  7. Terlalu mengharapkan “orang lain” akan membantu (suap) tanpa mahu berusaha sendiri
  8. Mudah jemu / bosan melakukan sesuatu tanpa menghabisinya
  9. Membuat sesuatu dengan sambil lewa serta tiada fokus.
  10. Tidak meletakkan usaha semaksima yang mungkin terhadap perkara yang dilaksanakan
  11. Tiada perancangan yang betul tetapi sebaliknya hentam keromo?
  12. Mengutamakan perkara yang tidak menguntungkan (hanging around, chatting, sembang merapu etc)

dan banyak lagi perkara yang boleh dihuraikan di sini. Anda boleh buat list down terhadap perkara - perkara yang sering anda lakukan di internet. Semak perkara tersebut adakah ia menguntungkan ataupun tidak menguntungkan.

Seterusnya anda perlu membuat jadual (re-schedule) masa anda. Apa yang perlu anda lakukan dan apa yang tidak perlu anda lakukan. Jika sebelum ini anda rajin berforum tanpa tujuan sehingga 3 - 5 jam sehari, berchatting sepanjang masa tanpa perkara yang “berisi”, apa kata anda kurangkan masa tersebut dan locatekan untuk aktiviti yang lebih menguntungkan. Try it.. saya percaya anda akan nampak kesannya terhadap aktiviti pemasaran anda di internet. :) income lebih masyuk, rangkaian perniagaan makin berkembang dan anda akan menjadi makin pakar.

Jadi, mulakan menguruskan masa anda sekarang. Usah bertangguh lagi. Lakukan perkara yang patut dilakukan. Tinggalkan perkara yang tidak menguntungkan.

Sebelum saya mengakhiri post ini, saya ingin menawarkan kepada anda produk “terbaru” yang saya hasilkan untuk anda miliki dengan Lesen Jualan Semula “Resell Rights”

Tawaran ini saya buka kepada 80 orang sahaja dan 33 lesen telahpun terjual. Jadi bakinya tinggal lagi 47 lesen sahaja lagi… Untuk 17 orang terawal, anda akan diberikan bonus Resell Rights terhadap membership milik John Delavera. Dengan membership ini, anda boleh caj sesiapa sahaja untuk pendapatan “recurring” mahupun pendapatan “one time fee”.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej ini, layari ke http://www.panduanminisite.com/reseller.shtml

Nota: Pakej Web Jualan telah ditutup penjualannya untuk sementara waktu bagi proses update dan perubahan konsep jualan. Agen affiliate boleh menurunkan banner promosi ATAU membiarkan sahaja. Ini adalah kerana saya sedang merancang satu promosi khas bagi agen affiliate. Untuk setiap client yang anda bawa menggunakan link affiliate anda, data affiliate anda disimpan ke dalam autoresponder. Untuk itu, saya akan melakukan laman OTO di dalam pakej web jualan dalam sedikit masa lagi. Jika mereka membuat pembelian terhadap OTO tersebut, saya akan berikan komisyen 50%. :)

Sebagai penutup kepada post saya kali ini, saya berikan anda BONUS produk MRR yang boleh anda gunakan untuk dijual mahupun diberikan percuma kepada sesiapa sahaja. Klik pada imej untuk download.