Alhamdulillah, kini sudah 2 minggu kita berpuasa di bulan Ramadhan. Jadi, bagaimana dengan puasa anda? Semoga sama - sama kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya.
Baiklah, hari ini saya ingin menyentuh isu berkaitan “mengawal” link pemasaran anda. Apa yang saya maksudkan dengan link pemasaran ini? Isu ini saya akan tekankan kepada pemasaran link “affiliate”.
Buat pengetahuan anda (bagi anda yang tidak tahu), setiap sistem affiliate akan menggunakan konsep tracking yang berbeza. Sebagai contoh seperti penggunaan Post Affiliate Percuma, kebiasaannya link affiliate daripada sistem ini adalah berupa seperti:
http://www.domain.com/index.php?ref=IDaffiliate
Jika dari clickbank pula, berupa seperti:
http://IDaffiliate.merchant.hop.clickbank.net/?tid=TRACKING
dan pelbagai macam lagi bentuk - bentuk link affiliate. Ada yang menggunakan username dan ada yang menggunakan nombor unik ID. Walau apa jua sekalipun bentuk link affiliate yang anda miliki, hanya 1 sahaja perkara yang akan menentukan keuntungan anda dalam pemasaran terhadap link affiliate tersebut. Perkara tersebut adalah “kawalan kekal” yang dihasilkan.
Sebelum anda mempromosikan sesuatu link affiliate, anda perlu merancang terlebih dahulu keadaan link tersebut. Anda amat tidak digalakkan untuk mempromosikan link affiliate anda secara terus sama ada diletakkan di dalam ebook, dimasukkan ke dalam artikel ataupun dipostkan ke mana - mana halaman web tanpa menggunakan konsep “redirection” terlebih dahulu daripada domain utama anda.
Mengapa? Ini adalah bertujuan untuk memastikan “USAHA” promosi anda tidak sia - sia dikemudian hari dan boleh berkekalan “sepanjang zaman”. Mungkin anda kurang jelas dengan apa yang saya sampaikan. Apa kata kita lihat situasi dibawah ini.
Anda ingin membuat promosi terhadap terhadap produk Rahsia10k.com milik Labanon. Link affiliate anda adalah seperti berikut: http://www.rahsia10k.com/index.php?ref=IDaffiliateanda
Mengapa saya katakan hari malang? Fikirkan kembali… Anda telah membina 10 report, 50 artikel yang disebarkan diserata pelusuk internet. Usaha yang anda jalankan selama ini telah memberikan pulangan yang cukup lumayan. Malah, report dan artikel yang dibina sentiasa terus tersebar setiap masa.
Namun, disebabkan sistem affiliate yang digunapakai oleh Labanon akan diubah, maka anda bakal kehilangan komisyen yang sepatutnya anda terima. Bagaimana anda boleh “mengupdate” report - report dan artikel - artikel yang telah tersebar kepada beribu - ribu pengguna? Bukankah ini satu perkara yang merugikan kerana anda melakukan pemasaran tanpa kawalan? Anda kehilangan komisyen, pengguna report atau artikel anda mendapati link yang anda syorkan tidak dapat digunapakai…
Hah… Inilah sebabnya mengapa anda perlu melakukan kawalan terhadap link pemasaran affiliate anda. Jadi… bagaimana pula untuk melakukan kawalan ini? Caranya mudah sahaja.
Secara ringkasnya merujuk kepada kes situasi diatas, apabila anda melakukan promosi terhadap link affiliate dengan kawalan daripada domain anda sendiri, maka apabila sesuatu terjadi terhadap laman web yang anda promosikan itu, anda boleh mengubah butirannya pada halaman redirect yang dibina. Pendek kata, anda tidak perlu risau jika pengusaha program affiliate mengubah sistem affiliate yang digunapakai. Anda hanya perlu update sahaja halaman redirect anda dan usaha anda akan terus kekal sampai bila - bila (selagi diizinkan)
Konsep ini telah lama saya “implement” kan pada promosi terhadap produk - produk yang saya rasakan berpotensi untuk dipromosikan pada satu jangka masa yang panjang. Anda boleh lihat konsep yang saya gunapakai pada ebook percuma saya di www.peluanginternet.com.
Jika anda mengikuti program affiliate daripada Monakas, anda sepatutnya sudah maklum bahawa sistem affiliate yang digunakan oleh saudara Najib telahpun berubah. Bayangkan jika saya menggunakan “direct link” terhadap promosi link affiliate saya. Sudah pastinya saya akan mengalami kerugian terhadap promosi yang dilakukan.
Namun, disebabkan saya sudahpun mengaplikasikan konsep yang saya katakan diatas, maka saya hanya mengubah saya halaman redirect saya kepada link affiliate yang baru.
Note: Saya sendiri mungkin turut akan melakukan update terhadap program affiliate yang saya tawarkan dan bakal tawarkan.
Oleh itu, pastikan jika anda ingin mempromosikan apa - apa bentuk program affiliate, sama ada produk tempatan, mahupun produk antarabangsa… amalkan konsep ini untuk keuntungan anda sepanjang masa. Anda perlu ingat bahawa, anda membina “rangkaian” perniagaan aka pendapatan. Oleh itu anda perlu memastikan setiap usaha yang dilakukan adalah berbaloi dilaksanakan.
Elakkan juga daripada menggunakan perkhidmatan percuma seperti dari tinyURL.com dan sebagainya. Jika promosi tersebut hanya bersifat sementara, tidak mengapa untuk digunakan. Namun jika promosi tersebut adalah bersifat “long term”, maka pastikan ianya adalah berbaloi.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Ikhlas daripada,
Amirol Zolkifli
p.s - Untuk membina halaman redirect dengan pantas, gunakan perisian percuma ini: Profit Protector (Nota: pandai - pandailah anda “godek” untuk menggunakannya)
p.p.s - Dengar kata, cik kak kita (catzer) akan menghasilkan ebook percuma khas untuk newbie. Saya telahpun meminta beliau memasukkan penerangan diatas ini ke dalam ebook beliau. Nantikan makluman daripada beliau untuk pelancaran ebook percuma tersebut.
p.p.p.s - Majalah IM telahpun dilancarkan. Jika belum download, segera download di Portal MajalahIM.
p.p.p.p.s - Sebelum ini banyak jemputan JV dan ada diantaranya saya accept tetapi tak sempat untuk saya promosikan. Buat rakan - rakan JV, maaf dipinta kerana saya belum sempat untuk meletakkan sepenuh masa terhadap promosi produk anda. InsyaAllah, produk tersebut akan dipromosikan dalam report, artikel yang akan saya publishkan dari semasa ke semasa. (Harapannya semoga program affiliate anda berkekalanlah ya?
)
p.p.p.p.p.s - Berapa banyak pppps daaa?
20 Responses
Rizal KomenEbook
September 17th, 2008 at 8:12 am
1salam bro Amirol. terima kasih atas informasi sangat berguna di atas. ini satu approach yang baru. dah download, pasni memang kena “godek-godek” la..
cuma nak tanya sikit,
pertama:
sebelum ini telah saya buat redirects melalui cpanel di salah sebuah hosting kepunyaan saya. pada pendapat Amirol, adakah redirects tersebut “tak selamat” berbanding dengan penggunaan software tersebut.
kedua:
dulu bro Amirol ada perkenalkan profit link shrinker, adakah ianya tak sama dengan Profit protector ini?
pakteh
September 17th, 2008 at 8:52 am
2Saya juga menjana income dgn affiliate. banyak link affiliate yg saya sertai di redirect dgn simurl.com dan cjb.net. Memang Bermasalah!! Harap artikel amirol ini dapat membantu serba sedikit masalah ini. Arikel yang Bagus. Terima Kasih.
Amirol
September 17th, 2008 at 9:06 am
3Jawapan Rizal:
…. saya hanya membina redirect page menerusi script ataupun software yg saya nyatakan diatas.
Pertama: Secara jujur saya katakan, saya tidak pernah menggunakan fungsi redirect dari hosting.
Kedua: Profit URL Shrinker adalah merupakan script seperti tinyURL. Profit Protector ini adalah software. Software ini akan generate page redirect dan kemudian kita perlu uploadkan ke dalam folder khas yang dibina.
Nota: make sure apabila ingin savekan fail, letakkan nama seperti index.html atau index.php (full file name)
Pakteh: Segera bertukar kepada yang lebih baik.
Labanon
September 17th, 2008 at 9:21 am
4Betul tu..
Nampaknya saya perlu mencari satu nama domain untuk mempromosikan link affiliate
Thanks di atas perkongsian berguna ini!
dr.oracle
September 18th, 2008 at 2:04 am
5waaaa, trime kasih atas perkongsian yang mantap nie.. Hehe, mungkin bleh buat duit sket kot melalui pay per lead…
Rahsia US$ 546.92
September 20th, 2008 at 10:20 pm
6Satu info yang cukup penting kepada agen2 affiliate.Saya juga pernah mengalami situasi seperti yang diceritakan diatas,cukup menyedihkan apabila usaha keras berkubur dalam sekelip mata.
Penggunaan redairect amatlah penting,jika ada sebarang perubahan sistem affiliate daripada pemilik program affilaite tersebut,link affiliate kita masih terselamat dan boleh diupdate setiap masa.
Abooain
September 21st, 2008 at 12:08 pm
7Yup, artikel yang amat bagus! ….. Saya lebih suka menggunakan JV Manager untuk tujuan mengawal link affiliate saya, mudah bagi saya untuk mengubahnya jika sekiranya terdapat perubahan mendadak pada link affiliate asal.
Namun saya juga masih menggunakan fungsi Profit URL Shrinker sebagai back-up jika terdapat masalah pada JV Manager saya.
Thanks Amirol!
amirol
September 22nd, 2008 at 4:25 pm
8Tomankulai: Yup.. amat penting kawal link pemasaran. Jika tidak, sendiri yang rugi.
Abooain: Yup, JVManager boleh digunakan.. Malah lebih mudah. Kalau nak lagi power, guna fantasos. hehe… Siapa2 berminat nak guna fantasos atau nak cuba guna? Boleh PM saya.
untungatasangin
September 23rd, 2008 at 1:44 pm
9Saya plak buat blog dan letak banner affiliate dalam blog saya tuh….camner amirol?

Abooain
September 23rd, 2008 at 3:49 pm
10Memang powerful punya Fantasos! Fuh, harga pun power gak ….
Thanks Amirol!
apiz
September 24th, 2008 at 12:27 am
11Memang info dan tips yang berharga ni,kalau jual laku ni.Labanon dan abooain pun bagi komen memang disyorkan ,so ACTION je lah
nadzal
September 26th, 2008 at 9:40 pm
12betul tu. kene kawal. kalau tak rugi aje memanjang.
kasimo
September 27th, 2008 at 6:20 pm
13susah juga ya nak promote link ni klu takde domain sendiri… nak harp clickaudit dan sebagainya pun tak ble. Untuk masa pendek ok lah tapi masa panjang kurang. lebih-lebih lagi klu ada kes macam amirol nyatakan..
adios..
olie
September 30th, 2008 at 9:49 am
14Satu info yang baru bagi saya. Tak terpikir lak nak kena kawal link affiliate. Kena buat cepat nih
nick
October 12th, 2008 at 5:04 pm
15Ada jugak eh pengawalan link affiliate ni….
En Dlie
October 13th, 2008 at 11:44 am
16Setuju tu.. saya sendiri pun mengawal link affiliate saya.. walaupun ada perubahan pada url link, kerja mengemaskini hanya di lakukan pada domain rediret jer.. sekejap jer dah siap..
Komen Ebook - Penat Tapi Berbaloi, Satu Perkongsian dan Produk Percuma
October 25th, 2008 at 6:53 pm
17[…] teknik ini memang berdasarkan dari post saudara amirol bertajuk “Kawal Link Pemasaran Anda”. Pada post tersebut, Amirol menceritakan kaedah yang beliau buat secara […]
catzer
October 27th, 2008 at 6:28 am
18Untuk makluman semua rakan2, ebook percuma sy boleh diperolehi sekarang, sempena Deepavali
http://manualnewbie.com
Thanks pada rakan2 yang byk membantu dlm merealisasikan pembikinan ebook ni.
(terutama sekali “adik bujang” )hahaha
Kawal Link Pemasaran Anda | IyasIlias.com
October 28th, 2008 at 8:31 am
19[…] Jika anda seorang pemasar internet, anda wajib baca artikel ini. (Artikel Amirol: Kawal Link Pemasaran Anda!) […]
mamza
December 20th, 2008 at 3:08 am
20Informasi yang diberikan ini memang sangat bagus. Terus terang saya mengatakan bahawa saya lagi selesa untuk klik pada mana-mana link sekiranya tiada perkataan ref-…. Saya ada membaca satu report peserta daripada clickbank dimana setelah menyembunyikan affiliate daripada clickbank, sale yang diperolhinya tiba2 melonjak.
So panduan ini memang mesti diaplikasikan.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply