Diam tak diam, hari ini sudahpun puasa yang ke 26 dan Ramadhan bakal berakhir tidak lama lagi. Entah ada atau tidak peluang untuk kita semua bertemu kembali Ramadhan di tahun hadapan.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri buat sahabat - sahabat sekalian tidak kira anda berada di mana jua. Dibawah ini adalah kad raya special daripada KadViral.com.
Saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang anda mengenali saya, ada yang tersalah saya tutur kata, penyampaian bahasa, terkecilkan hati dan sebagainya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri.
Raya kali ini, saya akan pulang ke kampung sebelah ayah saya di Penang (Seberang Prai, Kepala Batas)… Siapa - siapa yang duduk di area Pongsu Seribu dekat dengan area Taman Koskam, bolehlah saya pi beraya ke rumah anda kelak.
InsyaAllah, saya akan bertolak ke sana pada hari Selasa (30hb Sept) dan akan berada di sana sehingga hari Sabtu dan kemudian kembali semula ke Port Dickson.
Jadi dalam tempoh itu, mungkin saya tidak akan online dan jika anda ada menghubungi saya, saya mohon maaf sekiranya tiada reply. Biasanya, saya akan menjadi driver sepenuh masa untuk membawa keluarga berjalan sakan ke rumah saudara mara (Fuh!… bab ni paling letih selalu).
Akhir kata, selamat berhari raya…
p.s - Berhati - hati sewaktu memandu ya!







[...] Shuth, Dr. Irfan Khairi, Yusri, Labanon, Ammar Zahar, Abooain, Syed Ikhwan, Alang, Zhafran, Amirol, Catzer, Irwan Dahnill, Sifu Lan, Matzis, Shahraduan, Titanium Hijau, Farid, Sabri Saifulsham, [...]
Assalamualaikum. Terimakasih dan selamat hari raya kepada Amirol serta keluarga.Saya akan berada di Tiara Beach Resort pada 7/10/08 hingga 10/10/08. So, kalau nak jumpa saudara, sembang-sembang. boleh ?Saya juga memohon maaf kiranya sepanjang perkenalan kita cara maya ini menyinggung perasaan saudara. terima kasih segalanya.
Thanks semua…
Petang ni saya akan berangkat ke Penang. Jadi, selepas 6 hb baru saya dapat onlinekan diri semula insyaAllah.
Budiman: Boleh, tiada masalah. Email me your phone number ke support(at)usahaniaga.com
Salam, Amirol dan Keluarga.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, semoga perayaan ini membawa satu kenangan dan lebaran baru. Salam Kemaafan Dunia dan Akhirat. Memandu pulang, mesti sentiasa pandang ke depan.. maaf, zahir dan batin.
terima kasih kerana bersama-sama berkongsi kegembiraan menyambut syawal yang bakal menjelang.
semoga terus sukses dan cemerlang dalam bidang yang diceburi.
maaf zahir dan batin,
liza
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN.
Selamat hari raya… saya kagum dengan kesungguhan saudara yang tidak henti-henti menghantar email pada saya. saya juga berharap dapat menyertai pihak saudara di dalam biz internet ini dalam masa terdekat ini. terima kasih bebanyak saudara…
Selamt hari raya gak… Walaupun ni dah raya ke-6, yang masih beraya lg 2 slmt beraya sakan ye…
Thanks kerana sudi antor kad raya kat email sy. dan juga pelbagai email selama ni.
Maaf zahir batin.
Bersahur dgn tepong pelita,
Berbuka dengan roti kaya,
Salam dihulur maaf dipinta,
Diucapkan selamat hari raya..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari ARB Dagang.Com
Assalamualaikum….
Tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari maaf zahir batin pada semua rakan2
terutama pada en Amirol …
dari teakzone@gmail.com
Rasanya belom terlambat lagi kan untuk saya mengucapkan Salam Lebaran kat tuan tanah blog nie, saudara Amirol. Rayakan sebulan……
Bila nak buat post baru..
tak sabar nak tunggu artikel baru..
wah meriah betul. Saya pun nak tumpang sekaki leh? Selamat Hari Raya semua.
Lamanya tuan rumah beraya, nanti balik mesti banyak citer barukan…
Selamat hari raya juga untuk Amirol.maaf la mungkin sy org yang terakhir yang mengucapkab SELAMAT HARI RAYA.
Selamat Hari Raya dan Selamat Berkenalan..
selamat hari raya pada anda saudara amirol moga dapat lagi produk berkualaiti
Lamanya tak update blog