Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Diam tak diam, hari ini sudahpun puasa yang ke 26 dan Ramadhan bakal berakhir tidak lama lagi. Entah ada atau tidak peluang untuk kita semua bertemu kembali Ramadhan di tahun hadapan.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri buat sahabat – sahabat sekalian tidak kira anda berada di mana jua. Dibawah ini adalah kad raya special daripada KadViral.com.


Saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang anda mengenali saya, ada yang tersalah saya tutur kata, penyampaian bahasa, terkecilkan hati dan sebagainya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri.

Raya kali ini, saya akan pulang ke kampung sebelah ayah saya di Penang (Seberang Prai, Kepala Batas)… Siapa – siapa yang duduk di area Pongsu Seribu dekat dengan area Taman Koskam, bolehlah saya pi beraya ke rumah anda kelak. ;)

InsyaAllah, saya akan bertolak ke sana pada hari Selasa (30hb Sept) dan akan berada di sana sehingga hari Sabtu dan kemudian kembali semula ke Port Dickson.

Jadi dalam tempoh itu, mungkin saya tidak akan online dan jika anda ada menghubungi saya, saya mohon maaf sekiranya tiada reply. Biasanya, saya akan menjadi driver sepenuh masa untuk membawa keluarga berjalan sakan ke rumah saudara mara (Fuh!… bab ni paling letih selalu).

Akhir kata, selamat berhari raya… :)

p.s – Berhati – hati sewaktu memandu ya!

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



68 Responses to “Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin”

  1. Zaki says:

    Salam Amirol,

    Selamat Hari Raya juga saya ucapkan kepada Amirol.

    Semoga Raya ni raya yang paling best buat Mirol.

    Maaf Zahir & Batin kalau ada salah silap.

    Ikhlas dari,

    ZAKI

  2. (salam) amirol,

    Saya juga ingin memohon kemaafan selama saya mengenali saudara. sepanjang menjadi rakan online anda, memang banyak salah dan silap yang mungkin menyebabkan amirol ada terkecil hati atau ape sahaja yang tak disengajakan / disengajakan.

    Amirol pun sama, hati2 di musim perayaan ini ya!

    Salam Ramadhan, salam Aidlilfitri, Maaf zahir batin

  3. smartzul says:

    Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

    Semoga puasa sebulan ini menjadi daya pengangkat untuk kita terus berusaha dgn gigih dan tanpa rasa putus asa.

    Semoga selamat di perjalanan.

    ps. Saya dah pun kat kampung. 4 hari dah. :)

  4. Amirol says:

    Thanks En Zaki, Rizal and Smartzul. :)

    Semoga kalian juga akan bergumbira di hari raya kelak. InsyaAllah, mudah – mudahan kedatangan syawal kali ini akan turut membawa banyak kelebihan kepada kita.

    Salam lebaran sekali lagi buat semua.

  5. nazir says:

    Selamat Hari raya / Maaf Zahir Dan Batin

    Semoga tahun ini tahun yang baik untuk kita memulakan pekara
    yang baru , berjaya dan terus berjaya menempuh segala dugaan.
    Dihari dan bulan yang baik ini sama-sama kita tempuhi dengan
    sabar. agar perolehi rahmat.

    salam untuk semua. ESOK HARI RAYA…

  6. Abooain says:

    Selamat Hari Raya dan maaf zahir Batin …… salah dan silap harap dimaafkan.

    Selamat pulang ke kampung ya Amirol!

  7. Isman says:

    Salam Amirol,
    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Bathin juga ya.

    Jaga keselamatan diri dan keluarga .

    Otai-otai yang lain pun sama ya Selamat Hari Raya, semuga maju jaya.

  8. Khairul Firdauz says:

    Mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki… huhu..

    untuk saudara Amirol, otai-otai lain dan para sahabat Newbie semua…
    Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf Zahir dan Batin…

  9. pakteh says:

    jgn lupa bayar fitrah…

    maaf zahir dan batin

  10. Johari says:

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin…hati-hati d jalan raya semua…

  11. bazri says:

    Selamat Hari Raya dan maaf zahir Batin …… salah dan silap harap dimaafkan.

    Selamat pulang ke kampung ya Amirol!

  12. Nas says:

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin

  13. SY SULAIMAN ARIFFIN says:

    Terima kasih dan saya mengucapkan agar tuan terus berkreatif.
    Juga ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dam Maaf Zahir Bathin

    sysalq

  14. nadzal says:

    huu. selamat hari raya!

  15. azman says:

    saya juga mengucapkan selamat hari raya maaf ahir dan batin ,selama saya mengenali saudara amirul dan kaau ada salah dan silap harap di maafkan. semoga gembira di hari yang mulia ini bersama oang yang disayangi ……….. selamat sampai ke pangkuan keluarga semua.

  16. Reni says:

    Semoga lebaran ini lebih berkat ….

  17. Ekin_mawarku says:

    salam..
    selamat menyambut hari raya.. maaf zahir & batin :)

  18. Romani says:

    Selamat menyambut hari lebaran. Semoga anda gembira bersama keluarga dan andai taulan. Terima kasih atas budi baik anda selama ini. Syabas dan tahniah atas usaha anda dalam onlinebusiness. Semoga anda beroleh kejayaan. Kekadang saya terkeliru dengan Sdr. Amirol dari Shah Alam kerana beliau juga sering menghubungi saya.

    Maaf zahir batin.

  19. syedmansor says:

    Salam amirol..

    Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Idul Fitri – Maaf Zahir Batin. Moga tuan mendapat pencerahan dan petunjuk selalu dari Nya.

    Moga saya juga seperti tuan dalam IM ni nanti, insyaALlah.

  20. apiz says:

    Salam bro Amirol, Salam Aidilfitri dan Salam Kemaafan jika ada salah dan silap.Semoga Ramadhan mengajar kita segalanya.

  21. Selamat menyambut lebaran Amirol. Semoga berbahagia bersama keluarga tercinta. Makan rendang tu jangan lupa yer:D

  22. Dzul Fauzi says:

    Terima kasih atas ucapan Selamat Hari Raya itu. Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

  23. ghazali says:

    Trima kasih…hantaq kad ucapan HARI RAYA tu…Sya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk anda sekeluarga…Berhati -hati memandu di jalan raya.

  24. HAMZAH says:

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, semoga anda sekeluarga bergembira di hari yang mulia ini. Berhati-hati dijalan raya dan jumpa lagi di lain masa. Wasalam

  25. wanis311 says:

    Terima kasih sahabat cyber dan Akhu Fil Islam,

    Selamat hari raya , maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa, tersilap kata, tercakap yang tak sengaja, tersasul bicara , terkutuk yang tak semena-mena
    semoga berbahagia dihari raya disamping keluarga tercinta dan sanak saudara.
    Jangan lupa pada yang Esa, meskipun kau gembira dihari raya, sambutlah dengan penuh iman didada jangan diikut nafsu yang membara….moga kita semua sentiasa dirahmati dan dilindungi Illahi di Aidilfitri.

  26. siti says:

    selamat hari raya maaf zahir batin….

  27. dewimas says:

    SELAMAT HARI RAYA…MAAF ZAHIR & BATIN…
    SEMUGA BERBAHAGIA DISAMPING KELUARGA
    DAN BERHATI2 DI JALAN RAYA.

  28. opoiki says:

    semoga allah swt memberi kekuatan,ber istiqomah dgn amalan sepanjang Ramadhan ke bulan bulan seterusnya. InsyaAllah

    selamat menyambut syawal

    ilal iqo

  29. nik says:

    Salam…..
    selamat hari raya saya ucapkan,maaf zahir dan batin.Jika ada tersalah silap selama
    saya mengenali amirol saya minta maaf,sekali lagi saya minta maaf tidak dapat
    menghabis bacaan ttg laman web jualan,maybe cuti sem 6ti.SELAMAT HARI RAYA.

  30. zeidun says:

    Salam Amirol,
    Terima kasih kad raya .dan bantuan infomasi.
    Semoga lebih keatif di masa datang
    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

    Wasalam

  31. Luvlee says:

    Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir batin kepada Amirol :)

  32. Usop says:

    Salam
    Selamat menyambut Aidilfitri
    Maaf Zahir Batin
    wassalam

  33. Master Yus says:

    Salam Eidulfitr kepada semua. Maaf zahir dan batin.

    Kepada Amirol, saya pun beraya di Kulim tahun ni. Jemputlah datang umah mak mentua. Dan ada berita best yang saya nak share dengan Amirol tentang projek tuisyen saya. Sekarang tengah fokus perkara ini. Terima kasih kerana banyak membantu.

    Ikhlas,
    -MY-

  34. Sezali Md Isa says:

    Selamat hari Raya
    Maaf Zahir Batin
    Bersama memeriahkan suasana hari yang mulia

  35. halim says:

    Salam, saya pun ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidul Fitri & Maaf zahir je tau, batin takde ye.

    Selamat bergembira disamping keluarga tercinta…

  36. Labanon says:

    Selamat hari raya bro :) Semoga raya thn ni lebih meriah :D

    p/s: Bila nak kahwin bro.. orang dah kahwin best raya :D

  37. Bannie says:

    Selamat Hari Raya dan maaf zahir Batin …… salah dan silap harap dimaafkan.

    Selamat pulang ke kampung halaman ya Amirol!

  38. amirol says:

    Thanks everybody!… Semoga kalian juga berbahagia di hari raya aidilfitri kelak. :D

    p.s – Labanon- Calon takde lagi.. hehe.. ada akak tak? leh kenal2. :p

  39. faizal says:

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    Jangan Lupa Bersedekah Pada Fakir Miskin Dan Menyumbang Pada Anak Anak Yatim.

  40. shah0268 says:

    Selamat hari Raya
    Maaf Zahir Batin
    Di hari yang mulia

  41. catzer says:

    Selamat hari raya mirol..dan kepada semua kengkawan yang lain. Semoga selamat pulang dan kembali.

  42. selamat hariraya maaf zahir dan batin,semuga kekal abadi persahabatan
    saupe kelantan ,jemput datang ke kelantan

  43. Saudara Amirol,

    Selamat Hari Raya juga. Maaf Zahir batin.

    Kepada semua pembaca blog ini. Selamat Hari Raya juga kepada kalian.

  44. Bb says:

    Assalamualaikum…

    Saudara Amirol,
    Terima kasih di atas ucapan raya menerusi emel. Seperti muslimin dan muslimah yang lain, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khususnya kepada saudara dan keluarga tersayang juga semua yang setia bersama ‘Amirol & Dunia Internet’.

    Ikhlas Berinspirasi,
    Bb@Wilmi

  45. kita says:

    salam aidilfitri dari kita …maaf zahir dan batin

  46. yazid says:

    assalammualaikum,

    selamat hari raya aidil fitri dari saya sekuarga.

    Terima kasih

  47. Norasni Kasim says:

    Salam Amirol…di kesempatan ini saya juga menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang tak terduga terjadi selama ini….SELAMAT HARI RAYA…MAAF ZAHIR DAN BATIN….

  48. SAPARDI BIN SUMARDI says:

    Sdra Amirol dan keluarga. Dikesempatan ini ingin saya ucapkan Selamat Hari Lebaran muga selamat dalam perjalanan Balik Kampung. Kepada anda yang membaca paparan ini tidak lupa saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri mohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan yang tidak saya sedari.
    Saya tinggal di Kota Kinabalu tetapi lebaran ini akan balik ke kampung di Beaufort menemui sanak saudara.
    SAPARDI SUMARDI
    KOTA KINABALU

  49. Master Durin B @ Shahrin says:

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri,,, Salam Kemaafan Dunia Akhirat. Terima kasih kerna adakan blog ini…. Selamat HariRaya buat Amirol

Leave a Reply

Subscribe without commenting