Post Terbaru Kini Datang Lagi!

Tajuk diatas mengingatkan saya kepada iklan TORA. Waktu dulu saya rajin membeli cokelat DING DANG dan TORA. :) Setiap kali ada permainan baru, pastinya tidak terlepas untuk mencuba!

Back to the main story… Waduh! Sememangnya telah menjadi satu rekod yang paling lama saya tidak mengemaskini blog ini. Umpama pepatah hidup tak mahu, mati tak segan ? (betul ka).

Apa yang saya buat selama sebulan lebih tak berblog? Adakah saya tak online selama ini? Well, sebenarnya saya ada online cuma tugasan saya lebih tertumpu kepada kerja – kerja underground. Almaklumlah dah nak penghujung bulan 2008. Banyak benda yang perlu diselesaikan.

Salah satu tugas yang saya lakukan adalah melakukan update hampir keseluruhan laman web – laman web saya yang wujud di muka internet ini kecuali blog ini dan beberapa laman web jualan.

Saya juga sedang mengaplikasikan pengurusan laman web jualan saya bagi market tempatan dalam satu sistem sahaja yang akan merangkumi dari segi penjualan, pengurusan pelanggan, penghantaran produk, program affiliate, JV dan sebagainya.

Satu kerja yang agak membosankan apabila terpaksa melakukan update terhadap laman web sedia ada. Lebih mudah dan menyeronokkan jika ingin melakukan pembinaan laman web baru!

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, kali ini jika anda berurusan dengan saya sama ada membeli mana – mana produk saya, atau menjadi agen affiliate saya, atau menjadi rakan JV saya… anda boleh menggunakan satu MASTER KEY yang akan menguruskan segala akaun anda. Maksud MASTER KEY ini adalah butiran login anda.

Dengan hanya 1 username dan 1 password, anda boleh login ke akaun perniagaan anda untuk menyemak rekod pembelian, rekod affiliate dan lain – lain rekod. Tak perlu lagi nak ingat lebih daripada 1 butiran login. :)

Jika kita perhatikan senario usahawan internet negara kita, setiap kali ada produk baru, setiap itulah kena “setup” sistem pembayaran, sistem penghantaran produk… apatah lagi bila nak pasang sistem affiliate.

Ini bererti jika seseorang usahawan internet tu ada 10 produk, maka beliau terpaksa membina 10 form borang tempahan, 10 jenis sistem penghantaran produk, 10 sistem affiliate dan sebagainya. Pendek kata, beliau terpaksa membazir masa di sini sahaja.

Bayangkan jika anda terpaksa melihat 10 arah dalam satu masa… boleh ke buat dengan mudah?

Kita pula sebagai pembeli, terpaksa ingat 10 jenis benda untuk berurusan dengan usahawan tersebut. Maknanya mungkin akan ada 10 login ID untuk ruangan download (jika produk digital), 10 login ID untuk sistem affiliate dan sebagainya.

Jadi di sini saya cuba untuk mengaplikasikan konsep “CENTRALIZATION” bagi pasaran tempatan. Jika anda menumpukan pasaran antarabangsa, agak mudah untuk melaksanakan tugasan ini lebih – lebih lagi pada bab pembayaran.

Ini adalah kerana kita kebiasaannya akan menggunakan sistem pemprosesan seperti PayPal atau 2checkout untuk menerima bayaran. Setiap transaksi dapat dibiarkan berlangsung secara automatik tanpa perlu kita pening kepala nak urus transaksi pelanggan.

Berbeza pula dengan konsep pembayaran bagi pasaran tempatan, majoriti pengguna akan menggunakan kaedah perbankan sama ada cash deposit mahupun fund transfer. Ini bererti kita terpaksa membina borang terlebih dahulu untuk menerima butiran pengesahan pembayaran, kemudian kita perlu semak data pembayaran… seterusnya kita perlu menghantar produk kepada pelanggan… dan jika ada affiliate, kita perlu semak ID, data dan approvekan pula komisyen affiliate.

Kalau ada 10 produk macam yang diceritakan tadi, maknanya anda perlu semak satu persatu butiran dan uruskan semua… hohoho… jenuh la lagu tu!

Jadi apa yang saya lakukan saya cuba menyesuaikan perisian JVM2 atau lebih dikenali sebagai FANTASOS untuk pasaran tempatan. Jika yang tak tau apa tu fantasos,… ianya adalah merupakan salah satu sistem ecommerce yang canggih dan berkuasa untuk menguruskan perniagaan dan pemasaran internet anda. Maklumat lanjut tentang fantasos, layari ke www.fantasos.com

Saya telah bereksperimentasikan penggunaan sistem ini untuk penjualan Tawaran Resell Rights PanduanMinisite.com yang lalu. Daripada pengalaman tersebut saya merasakan begitu mudah untuk saya menguruskan penghantaran produk. Hanya dengan 1 klik sahaja, produk terkirim. Jika ada sistem affiliate, maka secara automatiknya komisyen akan diapprove dan notifikasi akan dihantar kepada agen.

(Mode Akaun Merchant)

(Feature penetapan produk, payment gate dan sebagainya)

(Pengurusan Pelanggan dan Pembelian)

(Pengurusan Affiliate)

(Pengurusan Data Transaksi)

Pendek kata, sistem fantasos ini dapat memudahkan urusniaga anda di internet dari segi mengendalikan laman web jualan, pembeli, rakan affiliate, joint venture, membership dan sebagainya!

Kalau anda ada modal, beli terus sistem fantasos ini. Harganya boleh tahan iaitu USD3K dan setiap tahun anda akan dikenakan caj sebanyak usd247. Jika tidak mampu, anda boleh dapatkan hosted akaun dengan yuran usd27 setiap bulan.

Maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di www.fantasos.com

Saya perasan team SaifulSham ada menyediakan tawaran hosted akaun ini pada ecommercemastery.com namun belum nampak ia digunakan secara meluas.

Jadi, di sini saya ingin melakukan tawaran kepada anda.

Saya Ingin Berikan AKSES AKAUN HOSTED FANTASOS Selama 12 BULAN (1 Tahun PERCUMA!)

Yup… tawaran ini HANYA SAH untuk anda yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pembinaan laman web shopping cart daripada Niaga Kit yang diuruskan dibawah pengurusan Team Flarebiz.

Kedai Online

Saya rasa tak perlu untuk saya cerita panjang lebar tentang Niaga Kit ini kerana telah ramai IM tempatan melakukan promosi.

Yang pastinya, Niaga Kit ini adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Team Flarebiz untuk membangunkan laman web shopping cart bagi memasarkan produk – produk anda di internet.

Harganya adalah RM500.00 untuk 50 orang yang pertama dan RM640 untuk 150 orang yang terakhir. Khabarnya mereka hanya membuka tawaran kepada 200 orang sahaja.

Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah JANGAN TEMPAH NIAGAKIT jika anda tiada sebarang perancangan atau tiada sebarang produk untuk dipasarkan.

Mungkin juga ada yang merasakan harga mereka terlalu mahal… Tapi yang sebenarnya harga tersebut adalah MURAH. Ini adalah kerana saya dan partner saya pernah mengambil tempahan membangunkan laman shopping cart menggunakan oscommerce dengan harga RM1K ++.

Walaubagaimanapun, yang tak ada modal nak tempah perkhidmatan mereka ini, anda perlulah belajar sendiri untuk pasang sistem shopping cart ini. :) Ia akan mengambil masa yang agak lama jika anda seorang yang kurang mahir. Ada tutorial cara pemasangan sistem shopping cart yang disediakan seperti SistemKedaiOnline.com atau daripada saya sendiri di KedaiJualan.com.

Walaubagaimanapun, jika anda malas untuk mempelajari kesemuanya dan ingin segera memasarkan produk anda, maka dapatkan perkhidmatan dari Niaga Kit yang ditawarkan.

Disyorkan dapatkan menerusi link:

http://www.niagakit.com/index.php?ref=usahaniaga

untuk anda mendapat bonus akaun FANTASOS yang saya nyatakan diatas!

Secara ringkasnya kegunaan akaun hosted fantasos yang saya tawarkan ini adalah merangkumi:

  • Pengurusan penjualan produk digital atau fizikal (Max produk yang ditetapkan adalah 10 produk. Boleh upgrade jika mahu)
  • Pengurusan sistem affiliate
  • Pengurusan tempahan produk
  • Pengurusan penyediaan produk digital (download, link protection dan membership)
  • Pengurusan Joint Venture

Akaun hosted ini bermaksud sistem ini anda hanya mendapat akses menggunakan fungsinya sahaja. Selepas tempoh 12 bulan, anda perlu renew jika mahu.

Kesimpulannya, 2 Sistem E-Commerce boleh menjadi milik anda iaitu NiagaKit dan Akaun Fantasos ini!

p.s – Jika anda telah berminat untuk mendapatkan tawaran daripada Niaga Kit ini, pastikan anda menempah Niaga Kit menerusi link diatas dan apabila telah melakukan pembayaran kepada team Flarebiz, kirimkan salinan pembayaran anda kepada saya di support @ usahaniaga.com. Saya akan double check dengan team flarebiz dan jika tepat, maka akaun anda akan diberikan.

p.p.s – Tawaran ini terhad kepada ______ orang sahaja ?

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



14 Responses to “Post Terbaru Kini Datang Lagi!”

  1. mymotivasi says:

    Wah.. Amirol..sekian lama blog ni sunyi sepi..hari ini ada pula post yg panjang berjela-jela…tak lenguh menaip kerr…:) Fantasos…tak kenal pun! nampaknya banyak lagi yg perlu dipelajari.. terima kasih amirol

  2. Budakboy says:

    Em menarik jugak kan, so after setahun, berapa ringgit ken renew? Thanks

  3. apek says:

    Huhu…Lama menyepi akhirnya Amirol keluar semula dgn post yg pnjg ni…Lama juga saya tunggu post terbaru dari Amirol untuk tip-tip berguna. Thanks ya untuk perkongsian ini.

  4. Ana says:

    Tora datang lagi!! Memang saya ingat iklan tu dengan intonasinya sekali :D

    Pembetulan untuk pepatah Amirol tu…”Hidup segan mati tak mahu” :-)

    * Tengah intai-intai produk KedaiJualan.com ;-)

  5. amirol says:

    mymotivasi: lenuh juga menaip. Tapi semua tu keluar dari otak spontan. Itu yang menaip tanpa henti. :)

    budakboy: untuk renew, boleh pilih either nak monthly atau tahunan. email ke support @ usahaniaga.com untuk info lanjut.

    apek: ya.. agak lama saya menyepi. bertapa sebentar. :D .. insyaAllah akan ada info – info yang akan saya share dari semasa ke semasa.

    Ana: wah.. biasa beli TORA ke? :) Thanks untuk pembetulan pepatah. ;)

  6. smartzul says:

    Saya juga sebelum ni ada terfikir mengenai “centralization” dan fikir boleh tak buat sistem sebegini. Tapi ia sedikit kompleks.

    Pendek kata, gunakan sahaja Fantosos yg memang diakui kehebatannya oleh kebanyakan IM. Siap sedia untuk digunakan.

    ps. Amirol, ada apa2 customization tak yg perlu dibuat kalau guna sistem ni utk pasaran tempatan?

  7. Abooain says:

    Wah, berita yang memang saya dok tunggu selama ini dari Amirol! Fantasos! Memang satu sistem yang memudahkan kerja kita. Saya menggunakan JVM biasa pun dah kira canggih inikan pula Fantasos yang sememangnya diakui oleh semua IM antarbangsa sebagai satu sistem yang power dan canggih!

    Bila nak dibuka kepada umum Akaun Hosted tu Amirol?

    Rasa-rasa kat Malaysia ni Amirol sorang je guna Fantasos ni! Mungkin disebabkan harganya, yang menyamai down payment Innova tu! :D

  8. amirol says:

    smartzul: Customization sistem apa yang perlu dilakukan hanyalah “intergrate”kan borang pengesahan bukti bayaran sahaja untuk method payment offline/banking. Contoh flow dia smartzul boleh tengok di http://www.usahaniaga.com/tutorials/pengesahanbayaran/tutorial-pembelian-jvm2.html

    Saya juga masih dalam mengenalpasti lain – lain fungsi yang bersesuaian. Tengah nak figure out juga bagaimana kita boleh intergratekan dengan sistem bayaran daripada netbuilder.

    Cuma satu je la perkara yang tak mampu dilakukan. Jika kita set currency dalam sistem fantasos tu untuk guna RM, maka hanya dapat accept payment dalam bentuk RM sahaja yakni method pembayaran offline. Maknanya, bila kita on kan concept payment dalam bentuk PayPal, harga produk dalam RM tak dapat nak convert ke USD. Melainkan PayPal nanti ada provide penerimaan currency dari RM dalam sistem mereka, so tak ada masalah.

    Kalau tidak, kita gunakan aja currency USD untuk memudahkan penerimaan wang dalam method banking ataupun paypal, 2checkout etc. Cuma bagi penerimaan wang dalam RM, kita kena state penerangan cara order pada page tempahan. Kalau tak boleh confuse juga pembeli.

    Abooain: Untuk buka umum, saya belum pasti lagi kerana saya sedang memastikan saya dapat menguasai konsep yang boleh digunapakai untuk pasaran tempatan. Kalau untuk pasaran international, senang aja.

    So, nak kena sediakan juga tutorial dan juga script dari saya sendiri seperti order form yang bersesuaian. :D

    Kat Malaysia ni, ramai juga yang pakai fantasos sebenarnya. Tapi dorang pakai untuk market luar aja. Contoh macam Gobala ada, Saifulsham ada, Patric Chan semua tu sure ada. IM Malay yang lain yang saya tau guna fantasos adalah seperti Yuzairy (otai nih.. salah sorang team JD yang create manual fantasos).. lain – lain IM Malay pun ada.. tp biasalah.. underground.. banyak otai – otai lagi :D .

    Cuma penggunaan Fantasos ni tak meluas (or maybe tak ada digunakan langsung) untuk pasaran tempatan. :D , So, saya yang memulakan experimennya. Tujuan saya adalah untuk memberi pengalaman kepada pengguna tempatan berurusan dengan sistem – sistem seperti ini. So that bila mereka pergi ke luar, mereka akan biasa dengan sistem macam ni. :)

  9. catzer says:

    Sy pun berharap dengan pendedahan terhadap sistem Fantasos ni maka makin majulah market local kita.

    Masih ada yang tertanya-tanya tentang Fantasos, apa kata amik kesempatan ini dengan mencuba fantasos dan niaga kit. Setakat ini, inilah tawaran niagakit paling top yg pernah sy tgk :D

  10. Abdul Rashid says:

    Satu perkembangan yang baik dan diharap akan dapat dikongsikan idea ini dengan rakan rakan IM yang lain………ARB Dagang

  11. Superb says:

    Fantasos? First time dengar nih.. thanx for the info bro..

  12. En Dlie says:

    Wah.. bagus juga ni… boleh integrate dengan akaun2 lain ek.. sistem yang memudahkan pengurusan ebiz

  13. MIJI says:

    Salam,saya Miji dan saya newbies kat sini :) harap2 sudilah berilah tunjuk ajar yer
    Oh kalau nak pergi blog saya pun boleh,pergi jer ke-

    http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com

  14. farid says:

    sape2 ada tip untuk maju bisnes….http://www.farid.sharimi.com

Leave a Reply

Subscribe without commenting