Salam Maal Hijrah 1430 & Tahun Baru 2009

Hari ini sudah 1 Januari 2009…. ini bererti pada hari ini kita telahpun berada di tahun baru Masihi yang ke 2009 bersamaan hari yang ke 4 dalam tahun baru Islam, iaitu 4 Muharram 1430 Hijrah.

Saya percaya rata – rata daripada kita semua mempunyai semangat baru, azam baru, cita – cita baru serta impian baru yang ingin dicapai dalam tahun baru ini. Tahniah saya ucapkan!

Buat mereka yang masih tercari – cari apakah azam baru anda, segeralah bertindak dengan memikirkan apakah impian serta perkara yang ingin anda capai dalam tahun baru ini.

Saya ingin berkongsikan beberapa TIPS yang mungkin boleh anda aplikasikan dalam kehidupan anda terutama sekali dalam meniti perjalanan di dunia perniagaan secara online. Tips ini adalah perkara yang saya laksanakan bermula 2 tahun lepas dan kesannya positifnya begitu banyak mempengaruhi saya.

Tips Pertama: Amalkan penggunaan diari

Saya sebelum ini tak pandai menggunakan diari untuk mencatat perkara – perkara penting yang berlaku dalam kehidupan sehari harian.

Bermula 2 tahun lepas, saya mula mengamalkan penggunaan diari untuk merancang segala tindak tanduk saya dalam menguruskan kehidupan saya seharian. Dalam tempoh 2 tahun ini, lebih kurang 70% perubahan dapat saya rasakan.

Jadi, bagaimana cara nak menggunakan Diari ini? Adakah anda perlu menulis peristiwa – peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian atau segala luahan permainan perasaan di dalam diari tersebut? :)

Gunakan diari tersebut untuk:

  1. Mencatatkan aktiviti – aktiviti penting atau penemuan penting dalam kehidupan seharian anda
  2. Merancang / Membuat jadual perkara – perkara yang harus dilaksanakan
  3. Menyediakan time frame untuk anda menyiapkan sesuatu aktiviti

Untuk pengetahuan anda, saya memiliki 2 Diari untuk tahun 2009 ini dan 1 buku catatan yang saya akan gunakan bagi menguruskan aktiviti yang saya lakukan.

Diari yang pertama saya gunakan untuk merancang langkah – langkah yang akan saya lakukan. Pendek kata, dijadikan sebagai jadual (time frame).

Diari yang kedua pula, saya gunakan untuk mencatatkan perkara – perkara yang saya lakukan pada setiap hari. Sebagai contoh catatan, katakan hari ini saya membeli script A, maka saya akan catatkan berapakah jumlah harga yang saya laburkan untuk script tersebut, link downloadnya, nama pengusaha serta lain – lain perkara berkaitan script tersebut.

Kemudian saya akan membuat jadual pada diari yang pertama tentang perkara bilakah script tersebut akan dipasang ke dalam server, target saya untuk penggunaan script tersebut serta mencatatkan tempoh masa untuk melihat hasil daripada script tersebut.

Pendek kata, setiap informasi daripada kedua – dua diari tersebut akan saling berkait rapat supaya kita dapat melihat progress yang kita lakukan. Ini dapat membuatkan anda lebih berdisiplin untuk melakukan kerja… Bagi anda yang bekerja sendiri, masalah disiplin adalah merupakan masalah yang paling utama yang harus diatasi!

Untuk buku catatan pula, saya akan gunakan untuk merangka projek – projek yang boleh dilaksanakan dalam tahun ini. Di sini jugalah saya akan catatkan segala idea yang timbul sepanjang tahun untuk saya rekodkan dan rujuk kembali di masa hadapan.

HINT: Segala catatan anda amat berharga dan boleh menjadi produk terulung anda di masa hadapan! (tukarkan kepada buku atau ebook) :)

Tips Kedua: Terus Bertindak Untuk Melakukan Sesuatu.

Masalah yang sering melanda kita semua adalah sikap suka “bertangguh”…

Ayat – ayat seperti “erm, nantilah aku buat…“, “aku tak reti lah nak buat ni… esok lah try balik“, “aarh, jap lagi la aku settlekan” dan sebagainya sering terpancul di mulut mahupun dihati kita… Mula – mula berniat nak tangguhkan 5 minit, tapi datang pula kawan ajak keluar… makin tertangguh jadi 4 jam… seterusnya balik rumah dah penat, tido dan tertangguh lagi 8 jam… akhirnya kerja tak terbuat.

Saya acapkali diperingatkan oleh ibu saya dari dulu lagi agar buangkan sikap suka bertangguh supaya perkara – perkara yang sepatutnya kita boleh selesaikan dalam tempoh 5 minit tidak ditangguhkan sehingga hari lain lantas akan bertambah – tambah beban yang kita perlu tanggung dan akhirnya tidak terbuat langsung.

Aku mana ada masa nak buat semua!” Ini adalah alasan yang paling popular yang sering digunapakai oleh kita semua. Yang sebenarnya kita ini memang kuat dikuasai sikap malas. Nak kata tak cukup masa, semua orang mempunyai masa yang sama iaitu 24 jam. Tapi mengapa ada orang boleh buat banyak perkara dan ada pula orang yang hanya mampu buat 1 perkara sahaja.. atau yang paling teruk adalah tidak terbuat apa – apa pun.

Di sini lah pentingnya pengurusan masa dan perancangan terhadap perkara yang ingin dilaksanakan. Tanpa ada jadual perancangan, maka banyak perkara tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Quiz: Bagaimana anda boleh memiliki lebih daripada 24 jam waktu bekerja dalam sehari?

Sebagai kesimpulan, cukup 2 tips diatas sebagai permulaan dan mula bertindak sekarang. Jika anda belum memiliki diari lagi, segera beli diari 2009 pada hari ini juga. Masih belum terlambat untuk anda mula menggunakan diari. Bertindak sekarang! ;)

Ikhlas,
Amirol Zolkifli

p.s – Kehadiran tahun baru ini, sama – sama lah kita “BERHIJRAH” kepada yang lebih baik daripada sebelum ini.

p.p.s – Majalah IM 9 telahpun keluar… dapatkan segera di www.majalahim.com.

p.p.p.s – Anda mempunyai tips tersendiri? Kongsikan tips tersebut bersama saya dan rakan – rakan pembaca yang lain.

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



43 Responses to “Salam Maal Hijrah 1430 & Tahun Baru 2009”

  1. Luqman says:

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Untuk pastikan projek atau bisnes kita sentiasa berjalan lancar, pastikan anda tulis matlamat atau objektif anda untuk hari itu. Objektif yg anda nak lakukan tu tak perlu banyak tetapi pastikan objektif tu tercapai. Contohnya:

    Isnin: 1. Update blog-Topik: Hikmat 3D warehouse.
    2. Upload freebies untuk pelawat.

    Selasa: 1. Buat satu page download untuk freebies.

    Semoga apa yang saya kongsi ini bermanfaat buat anda.=)

  2. mfadhlan says:

    salam…
    bagus jgk beli dairi,da lme xpki dairi.thn lps just bt pengurusan kewangan dlm excel.tgk brape byk perbelanjaan,income,hutang.
    bila da calculate, bru kte sedar brape byk kte spent untuk stu2 item…kdg2 pelik jgk…
    thn ni harap dpt kurangkn perbelanjaan,tingkatkn simpanan…
    thn 2009 thn ekonomi gawat…tgh tahun aku nk graduate ni…aduh…nk mkn gaji?
    jom bt bisnes jela…online dgn offline.

  3. (salam) bro Amirol dan komentars. Salam Maal Hijrah 1430 dan selamat tahun baru juga. umor masing2 dah naik lagi satu tangga..hehehe Lama betol bro “menghilangkan” diri ya :-) .

    saya sejujurnya tak pernah rajin menulis dalam diari. segala plan, budget (bulanan dan tahunan) dan target yang bakal hendak dibuat hanya dalam Excel atau Word (walaupun ada yang bagi planner free kat saya – membazir betol kan). pendek kata, sume “diari” harian dan tahunan saya dalam komputer…in case kalo urgent sangat saya akan tampal “planner buatan sendiri” elok-elok kat dinding. sekarang ni tengah belajar guna software yang canggih skit..hehehe

    But guys, betol cakap amirol, dengan memiliki diari, bakal berlaku perubahan dari segi mentaliti dan pengurusan masa sehingga 80%!

    Saya sependapat dengan anda, 24 jam masa yang diberikan Allah ni, kadang2 rasa macam membazir dan disalahgunakan pulak. nak ubah sikap suke bertangguh ni agak sukar. saya sendiri pun selalu “dikuliah” oleh mak saya – pentingnya pengurusan masa ni. Harap-harap tahun ni saya lebih berdisiplin lagi :-)

    Nice article bro!

    p/s: jawapan tkateki anda mungkin gini kot-apa yang tak mampu dilakukan, cepat2 outsource pada yang berkebolehan, dan tahu maksimaskan penggunaan masa :-)

  4. aaroff says:

    Tahun baru semua azam dan tekad mestilah baru. Akidah janganlah akidah yang baru kekalkan akidah kita yang sedia ada (Islam) cuma tingkat amal untuk kita memantapkan akidah.

  5. Master Yus says:

    Salam Maal Hijrah 1430H & Selamat Azam Baru 2009 kepada semua pembaca. Saya setuju dengan Saudara Amirol. Saya juga ada 1 diari dan 1 buku log. Fungsi diari dicatat segala apa perancangan dan pelaksanaan perjalanan kehidupan harian. Saya mesti letak 3 column utama ‘ Perancangan | Pelaksanaan | Keputusan ‘. JAdi kita boleh lihat pencapaian semasa kita sama ada berjaya atau sebaliknya.

    Fungsi buku log pula hal perancangan kewangan. Ini sangat penting kerana kita kena tahu duit keluar dan masuk. Saya belajar benda ni daripada Pakar Azizi Ali. Memang sangat berkesan. Kita wajib tahu aliran bulanan kita positif atau sebaliknya. Perkara ini sangat penting untuk merancang kewangan terutamanya orang-orang yang berkerja sendiri (macam saya), dan saya percaya ramai lagi IM yang berdisiplin dalam urusan ini.

    Jom kongsi lagi tips-tips anda! Terima kasih.

  6. mie says:

    bwat blog sama ke nge diari, huhu, i berblog je

  7. anuarahamad says:

    a’kum semua, tahun 2009 ni saya dah bersedia untuk niaga guna online.
    tahun 2008 tahun belajar jeee.

    saya setuju kita rancang kerja, mudah dan tersusun

  8. ady says:

    thanks,..utk tip…..kita ada buat …tapi satu aje…
    itu pun note book utk ingatan.

    Selamat tahun baru & maal hijrah 1430.

  9. rosli says:

    bagus juga idea tu, sememangnya nak buat sesuatu mesti ada perancangan dan matlamat, kalau tak ianya tak akan berjaya.

  10. saya new human dalam dunia ni, apa2 infomasi yang berguna bleh sen ke genet_3373@yaho.com…tq

  11. nuraz says:

    Mmm…menarik tips ini …saya pun kerap bertangguh dan kemudian terlupa, tapi lately finally recover dari masalah ni dengan buat sticky note sebelum tido, rancangan dan plan untuk hari esok selain menulis diary . Dengan cara ni saya tak lupa lagi…Jika malas nak beli diary apa kata install microsoft office 2007, dalam tu ada microsoft one note, ia adalah perisian buku nota digital, anda boleh catat apa saja nota anda dan save. Anda boleh print dan buat filing kalau suka. Cara ini lebih sesuai bagi anda yang terasa too bulky nak bawa diary kemana-mana..he..he.Untuk trial version boleh pergi ke link disini :

    http://office.microsoft.com/en-us/onenote/HA101650251033.aspx

    Kalau sesiapa yang free-free time jenguk-jenguk la ya ke kedai online saya http://www.kreatifaktif.com untuk mencari cenderahati …thanks amiroll

  12. Salam bro Amirol.
    Akak tak pernah guna diari sebelum ni walaupun saban tahun dapat diari percuma. Apa yang akak lakukan sebagai pengganti diari ialah akak tulis aktiviti & matlamat dalam handphone. Kemudian akak setkan alarm pada time frame yang telah akak tetapkan.
    Alarm ini akan berbunyi setelah time frame saya tamat. Dengan cara itu akak tidak akan lupa matlamat tadi. Akak setkan semula alarm tadi jika project masih tergantung. Hu hu..
    Tapi rasanya tahun ni akak nak cuba ikut saranan Amirol la…dalam diari tu boleh tulis lebih terperinci skit.
    Salam Maal Hijrah 1430 dan selamat tahun baru

  13. amar says:

    Subject:

    Salam sejahtera,

    Saban hari kita melihat semakin ramai yang ingin mencuba nasib untuk memperolehi pendapatan di alam maya. Pelbagai cabang boleh kita ceburi dan antaranya adalah melalui blog.

    Saban hari juga, kita dapat lihat puluhan ribu blog dibina. Ini menandakan blog telah menjadi platform yang sememangnya efektif dan efisien samada untuk perniagaan, politik, perihal peribadi, dan pelbagai lagi

    Timbulnya niat untuk membina blog sendiri kadang-kala membawa kepada masalah. Antaranya bagaimana hendak membina blog? Apakah langkah-langkahnya? . Dan adakah anda juga mengalami masalah sedemikian?trafik

    Perkara ini sebenarnya sudah menjadi normal bagi pencebur terbaru. Yang penting, anda perlu mencari panduan yang memberikan anda langkah demi langkah supaya anda tidak akan menghadapi sebarang kesilapan yang mungkin memudaratkan.

    Ketahuilah blogging mampu memberikan anda keseronokan yang teramat tinggi dan jika dibuat dengan betul mampu menjana duit untuk anda.

    [Link deleted by admin]

    [amar_johor@yahoo.com]
    Salam blogging dari saya.

  14. Tuntun says:

    Hallo…
    Salam kenal dari aku panggil aja nama aku Tuntun…
    Selamat Tahun Baru kepada Bang Amirol dan semua pembaca di sini,Ya setelah baca artikel ini dan ingatkan aku buat sesuatu.aku hanya suka belajar buat blog dan hanya sekedar hobby buat isi luangku,aku coba belajar dari mana-mana blogger yang senior.
    Aku juga dah dapat manfaat dari pada baca kandungan blog ini.
    HE HE….
    maaf kalo ga k paham aku gak panadi cakap/tulis melayu aku orang Indonesia .
    Makasih atas TIP nya
    Sealamat 2009

    TUNTUN

  15. Amirol says:

    @Tuntun: Welcome to my blog Tuntun. Sama – sama kita berkongsikan pengetahuan ya.

    @Rizal: Ya, guna excel pun ada, treepad pun ada untuk catat note – note segera. but gunakan diari dengan menulis, ada rasa lebih feel.

    @MasterYus: Ya, buku log juga penting utnuk merekod financial kita. Thank for the reminder!

    @Nuraz: Thanks for the info!

    @Latifah: Pakai hp salah satu cara untuk reminder yang baik juga. Saya pun ada menggunakan fungsi tersebut. :D

    @Luqman, Mfadlan, aaroff, mie, adi, rosli.. thanks for your comment. :)

  16. ADIEBA says:

    x pening ker guna dua diari??huhuhu

  17. ZaidiRazali says:

    hohoho…tak terfikir pulak yer nak guna diari untuk uruskan masa sendiri. apa yang saya tau, just nak rekod memori lepas jer…patut kena buat ni…duplicate je apa yang terbaik dari orang lain :)

  18. Shukor says:

    Yup, betul kata bro Amirol…guna diari lebih feel dari guna benda lain.

  19. roslan says:

    Seumur idup tak pernah ada diari ..orang bagi tu ada la ..tapi tak rekod pun ..
    nanti ..i try ..

  20. Benar sebenar benarnya. Saya pun dah mula gunakan diari, tapi tak sepenuhnya. Tahun ini kena tingkatkan penggunaannya terutama dalam merancang aktiviti samada untuk perniagaan online ataupun offline. tapi tips berkaitan pembelian dan penggunaan script yang amirul, tak pernah saya fikirkan. kena ikut ni. betul gak.

  21. Asharudin says:

    Kerja bertangguh ni memang perlu untuk kita atasi. Bro Amirol tepat dalam hal ini. Kebayakkan orang pun macam ni juga termasuk saya. Misalnya kalau ada hadapi masalah tentang sesuatu perkara teknikal seperti install script. Sbb berasa bosan dengan script yang tak boleh nak install. Saya mula memberi alasan sekadar untuk menyedapkan hati saja. Last2 kerja terbengkalai. Kat sinilah pentingnya kerja mempunyai jadual dan penggunaan diari untuk kita lebih berdisiplin. Thanks bro untuk tips2 ni. Salam sukses:)

  22. sherry says:

    Hii semua,

    Salam . Selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijarah dan tahun 2009.

    Nampaknya masing-masing dah meletup-letup mencipta azam dan iktikad untuk merealisasikan impian dan cita-cita yg diinginkan.

    Sya amat setuju dgn pendapat Amirol :
    1) Diari harian dan perancangan
    2) Buat kerja tanpa bertangguh

    Sya nak tambah sikit, sikap adalah penentu hala tuju seseorang. So, tgalkan sikap yg merugikan diri gantikan dgn sikap yg memberi manfaat kpd diri. Klu rajin sapa yg senang sendiri juga bukan org lain, betul !!!!!!!!!!!!!!!!!

    Sherry

  23. che-mie says:

    selamat tahun baru 2009

    semoga sukses suskses

  24. olie says:

    Selamat Tahun Baru 2009 & Salam Ma’al Hijrah 1430.

    Saya juga mempunyai sedikit masalah dengan pengurusan masa. Rasanya macam tak cukup je 24 jam sehari :)

    Saya selalu gunakan handphone saya untuk mencatat ‘task’ yang saya perlu buat dari semasa ke semasa, dan saya setkan ‘alarm’ untuk setiap ‘task’ tersebut. ‘Alarm’ handphone saya kan berbunyi apabila sampai waktunya dan lantas mengingatkan saya tentang ‘task’ yang saya perlu siapkan. Nampaknya cara itu berhasil untuk mengingatkan saya akan sesuatu perkara yang saya kena buat.

    Gunakan handphone anda sebaik mungkin bagi pengurusan masa anda.

  25. Lena Khalid says:

    Selamat Tahun Baru 2009 & Salam Ma’al Hijrah 1430

    Saya hendak kongsikan sama tips utk menjana pendapatan di Online.

    [URL Deleted]

    Salam

    Lena Khalid
    http://twitter.com/lenakhalid

  26. ibrahim says:

    Salam buat bro Amirol,

    Saya sangat besetuju dengan anda yang kita perlu rekodkan peristiwa kehidupan
    seharian kita dalam diari, dan boleh dijadikan panduan atau ingatan untuk rujukan
    dimasa hadapan

    Diari juga boleh dijadikan jadual perancangan kerja, jika ada temujanji, atau kerja yang perlu segera disiapkan diari boleh kita gunakan sebagai peringatan untuk kita .

  27. che-mie says:

    thanks bro

    slmt tahun baru buat bro

  28. Biar aq jawab quiz tuh. Aku tau camne nak dapatkan lebih dari 24 jam dalam sehari.

    Senang sahaja. Bro duduk kat Jepon pada waktu pagi, kemudian cepat2 naik kapal terbang dan terbanglah ke arah barat.

    Jadi, ini bermakna, kita akan ikut pergerakan matahari dan masa sehari kita akan menjadi lebih panjang.

    Betul tak he3.

    Aq dapat idea tuh lepas aq pi ingat semula buku teks tingkatan 2. He3

  29. cherrylove says:

    kesimpulannya tulis apa yg anda mahu lakukan dan merancanglah dengan baik…tulis juga setiap keputusan diatas setiap perancangan dan bandingkan rancangan yg memberikan peratusan terbaik…ulangi langkah yg terbaik dan sentiasa memperbainya utk menjd lebih baik..

  30. Abooain says:

    Tip menarik,

    Saya hanya mempunyai Diari Online je, segala urusan online dicatatkan kat dalam tu termasuk debit & kredit kewangan.

    Saya juga ada penyakit tip ke-2 tu, kerja asyik bertangguh – 2009 ni azam nak perbaiki lagi kelemahan diri tu.

    Saya perhatikan dalam perniagaan Online kalau saya bertangguh, pasti produk MRR/PLR saya akan dilancar oleh orang lain…… kan rugi tu!

    Moral : Jangan bertangguh nanti kita yang rugi ….. :D

  31. Shahrin Bin Abdullah says:

    Selamat Tahun Baru…. terima kasih yang tak terhingga atas ingatan dan ucapan yang saudara titipkan buat saya.
    Saya memang ada penyakit malas, kurang yakin, bertangguh etc.
    Tunjukkan dimana dan bagaimana saya bermula kerana saya memang tak berkemahiran dalam bidang perniagaan internet ini.
    Allah pasti menggandakan rezeki buat Amirol dan keluarga. Amin

  32. Md Yakub says:

    Salam Bro

    Saya sangat gembira topik ini diajukan kepada semua. Sebenarnya penggunaan diari ni amat penting kerana kita takut sesuatu yang amat penting kita tak ingat.

    Bila kita memiliki diari, banyak faedah yang kita akan perolehi darinya. Saya dah lama menggunakan diari. Kebanyakan diari yang telah penuh akan disimpan sebagai langkah saya baca kembali apabila ada sesuatu yang saya rasakan amat penting.

    Jadi, apa yang saudara ajukan topik ini amatlah sesuai pada masanya. So, teruskan kalaau ada lagi topik yang menarik dari anda.

    Md Yakub
    http://doctor-adsense.blogspot.com

  33. catzer says:

    Erm siapa yg takde diari lagi sempat lagi ni nak beli… :D

  34. che-mie says:

    nasihat yang baik untuk di ikuti

  35. Blog ni lah salah satu blog yang banyak memberi saya semangat dan motivasi dalam menjalankan perniagaan internet ni dari dulu lagi Tima kasih bebanyak

  36. XploR says:

    Saya tak minat tulis diari. Tapi blog saya domainnya diarixplor.com hehe. Masalah saya sekarang point no 2 tu. Bertangguh. Dah lama up takda post apa lagi. huhu

  37. KampungBoy says:

    Dalam semua bnda perlukan plan dan setkan masanya supaya kita tak hanyut dan leka ketika memulakan sesatu kerja mahupun projek

  38. MNizam says:

    En Amirol, kebelakangan ini nampak agak sibuk. banyak masyuk ke?

  39. amirol says:

    Thanks all for the great comments!

    MNizam: buat – buat “sibuk” jer. :D ….

  40. firadila says:

    Assalammualaikum dan salam ceria…

    Selamat menyambut tahun baru di bulan yang baru..dengan azam yang baru..

    Senyum dan ceria selalu..
    firadila
    http://firadilamotivasi.blogspot.com

  41. belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru

  42. Noor says:

    sgt menarik tip2 yg saudara amirol coretkan..
    thnks..

Leave a Reply

Subscribe without commenting