3 Perisian Pembantu Anda

1 Februari 2009 kini menjelang tiba. Berakhir sudah Januari 2009. Apa khabar dengan perkembangan anda? Sudah berada di tahap mana?

Alhamdulillah, perkembangan saya adalah, saya telah pun berjaya melancarkan Pakej Tutorial Sistem Affiliate (Resell Rights) pada minggu lepas. Buat anda yang tak tau, segera dapatkan lesen Jual Semula produk ini di http://www.sistemaffiliate.com/reseller.php

Ini adalah produk “pertama” saya untuk pasaran tempatan bagi tahun 2009 ini.

Sebanyak 80 Lesen sahaja akan terjual dan selepas itu tawaran tamat selama – lamanya.

Pada bulan Februari ini, dijangkakan Pakej Web Jualan Evolusi akan dibuka kembali penjualannya. Kali ini dengan pembaharuan baru serta konsep akses yang baru. Mudah – mudahan ini dapat membantu para pengguna yang sedia ada serta pengguna baru mempelajari konsep – konsep pembangunan laman web jualan.

Hari ini saya ingin berkongsikan 3 perisian yang boleh membantu memudahkan urusan / aktiviti online anda iaitu:

1. Perisian memudahkan urusan “menaip” ayat ulangan.

Perisian yang dimaksudkan adalah Shortkeys. Perisian ini dapat membantu anda menaip ayat – ayat yang sering anda gunakan secara automatik dengan menetapkan kekunci ringkas.

Sebagai contoh adalah ayat seperti:

  • Assalamua’laikum W.B.T => asm1
  • Salam sejahtera => slm1
  • Sekian, terima kasih => tk1

atau apa – apa jua ayat yang sering anda taipkan, anda boleh memudahkan tugas anda menggunakan perisian ini kerana ia mampu menjimatkan masa anda.

Jika anda ada “budget” terlebih, dapatkan perisian Push Button Marketer.

2. Perisian Pengurusan Login / Form Filler

Perisian kedua yang mampu membantu anda urusan anda adalah RoboForm. Perisian ini mampu menyimpan butiran “login” anda untuk apa jua jenis laman web yang memerlukan data login.

Sekiranya anda mempunyai banyak butiran login (ID dan Password), saya amat menggalakkan anda menggunakan perisian ini.

Saya sendiri mempunyai berpuluh laman web yang memerlukan login dan perisian ini telah banyak memudahkan kerja – kerja saya untuk “login” ke ruangan yang diperlukan dengan mudah.

3. Free Download Manager

Jika anda kerap memuat turun produk – produk digital, gunakan perisian Free Download Manager untuk membantu proses muat turun anda lebih – lebih lagi sambungan internet kita pada hari ini yang kurang stabil serta sering terganggu.

Kelebihan penggunaan perisian ini adalah ia mampu membantu proses download yang terhenti, mendownload produk yang berada di dalam ruangan ahli (kita boleh tetapkan username dan password) serta mampu meningkatkan sedikit kelajuan download.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu meningkatkan “produktiviti” anda serta meringankan kerja – kerja online anda.

ikhlas,

Amirol Zolkifli

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



3 Responses to “3 Perisian Pembantu Anda”

  1. (salam) bro Amirol

    Penat jugak kalo buat manually untuk sepuluh-doploh untuk mengisi laman web ni.samala jugak dengan taip perkataan yang sama berulang kali.. – tu la yang saya wat dari dulu lagi..huhuhu

    Terima kasih atas sharing-caring ni..

    p/s: Tahniah atas pelancaran produk sistem affiliate. Ia “konsep baru dan memudahkan”, ia benar2 banyak membantu meningkatkan produktiviti jualan produk saya dan pemasangannya cukup mudah!

    p/p/s: saya terima 3-4 email dari IM luar tentang push button tu..amirol rekemen jugak ya? Nampak gaya kena tengok semula produk push button ni :-)

  2. KampungBoy says:

    Yaya…ini antara kemudahan yang biasa digunakan…

  3. baloot says:

    aku nak tambah lagi boleh tak amirol?
    ni antara perisian yg aku selalu guna.

    blogjet – utk wat blog post (blogspot, wordpress, joomla)
    IDM – mempercepatkan proses donlod
    digsby – IM utk yahoo, msn, google, facebook, twitter, myspace

    :D

Leave a Reply

Subscribe without commenting