Harga Tinggi VS Rendah?

Hari ni saya mem”free”kan diri untuk menulis sedikit artikel di blog ini setelah agak lama menyepikan diri daripada berkongsi cerita.

Post kali ini saya ingin sentuh sedikit bab – bab harga produk – produk “digital” yang dijual oleh para usahawan internet dan juga peniaga internet di negara kita mahupun di luar negara.

Pada mula – mula dulu, saya juga berasa hairan kenapalah harga produk digital ni mahal berbanding produk fizikal. Dalam kes ini, saya merujuk kepada produk digital berbentuk “ebook”.

Kebiasaannya, buku – buku yang dijual di kedai – kedai buku seperti Popular mahupun MPH adalah sekitar RM20 – RM40 sahaja. Sebaliknya produk – produk digital pula dijual dengan harga sekitar RM40 – RM100! Malah yang terbaru adalah Produk Rahsia Clickbank yang berharga RM240!

Kenapa usahawan internet / peniaga internet meletakkan harga – harga produk digital ni mahal – mahal?

Saya tak pasti “sebab” yang sebenar tetapi ini adalah alasan yang datangnya daripada padangan saya sendiri:

  • Khidmat Bantuan (Support)

Kebiasaannya bagi penjual ataupun usahawan produk digital ini, mereka akan menyediakan ruangan bantuan / forum untuk membantu pembeli produk – produk digital mereka. Jadi disebabkan oleh tawaran support ini diberikan, maka harga produk digital tersebut diletakkan dengan lebih tinggi.

Berbeza dengan produk fizikal, agak sukar untuk anda menghubungi si penulis.

Quick Note: Ada juga sesetengah penjual produk digital yang tidak memberikan support yang sepatutnya…

  • Kemaskini Percuma

Apabila sesuatu produk digital itu dikemaskini, anda kebiasaannya boleh mendapatkan “kemaskini” produk tersebut secara percuma. Ada yang tawarkan percuma seumur hidup dan ada juga yang tawarkan mengikut tempoh masa seperti setahun, 2 tahun dan sebagainya.

Berbeza dengan produk fizikal seperti buku, jika ada kemaskini buku tersebut dilakukan, maka terpaksalah anda beli semula. Mana ada kedai buku nak bagi buku “free” update kepada anda. :) Bankrup la tauke kedai bang!

  • Target Keuntungan Yang Ingin Di Capai

Apabila anda ingin menjual sesuatu, anda haruslah menetapkan “target” berapakah jumlah keuntungan dan jualan yang ingin anda capai.

Dengan meletakkan harga yang agak tinggi, sebenarnya si penjual / pengusaha telahpun menetapkan satu “target jualan / keuntungan” yang beliau ingin diperolehi.

Sebagai contoh, anda ingin mencapai jualan sebanyak 200 unit dan keuntungan RM20,000, maka anda perlulah menjual produk tersebut dengan harga RM100 per unit. Itu jika anda ingin menjual sendiri tetapi jika anda ingin menjemput rakan joint venture, affiliate dan sebagainya, maka anda perlu meletakkan harga yang lebih tinggi seperti RM200. Maka dengan itu keuntungan anda tetap sama.

Target ini anda letakkan mungkin kerana anda ingin menggunakan keuntungan tersebut untuk “menyara” projek – projek anda yang lain atau sebagainya.

  • Usaha dan Masa Yang Anda Luangkan

Ini adalah penting untuk diambil kira. Kebiasaannya “PENCIPTA” produk mengambil masa untuk menyiapkan produk – produknya.

Katakan anda adalah seorang penulis dan anda menghasilkan 1 ebook yang mengancam yang telah mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan.

Persoalannya, adakah berbaloi jika anda menjual produk tersebut dengan harga RM10 sahaja? Berapa banyak keuntungan yang boleh anda perolehi dengan RM10.00? Katakan anda mampu jual kepada 200 orang sahaja dalam tempoh sebulan pelancarannya.

Maka anda hanya baru untung RM2000.00 sahaja! Saya yakin dan pasti bulan yang seterusnya anda akan kesukaran untuk mendapat jumlah pembeli yang sama banyak lebih – lebih lagi jika ianya adalah di pasaran Malaysia.

Mengapa?

  1. Pasarannya adalah kecil jadi informasi berkenaan produk anda cepat diketahui.
  2. Penyebaran ebook anda PASTI akan berlaku. Jadi akan ada pengguna yang dah dapatkan ebook anda tanpa bayar.

Berbaloikah usaha anda selama 3 bulan tersebut semata – mata untuk RM2000 sahaja?…

Jadi, adakah anda sudah menilai “harga” produk anda? adakah anda selama ini main bedal / belasah sahaja menjual produk? Sesetengah orang kata, “janji aku dapat jual” sudah…. atau “Janji dah cover expenses XXX sudah”…

Hmm… fikirkan kembali… adakah anda hanya semata – mata “nak buat duit” sahaja iaitu mengamalkan konsep “janji dapat jual sudah” dengan menjual produk berharga RM10, RM15 dan akhirnya keuntungan income anda sekadar “cukup makan” atau……

Anda ingin memiliki rangkaian produk yang mana setiap satu jualannya mampu menyara dan menampung impian anda untuk menjadi seorang yang berjaya dalam industri pemasaran dan perniagaan di internet ini? (Ala, pendek kata jadi Jutawan Internet macam Irfan Khairi…;) )

AddOn : Walaubagaimanapun, terdapat juga “taktik” menggunakan harga jualan yang rendah yang bertindak untuk mengumpul senarai “prospek yang berkualiti”.

Apa jua sekalipun harga yang ditetapkan, ia bergantung kepada “matlamat” anda.

Berikan pandangan anda pada ruangan komen dibawah ini

Topik yang seterusnya pada post yang akan datang adalah berkenaan mana lebih penting… penjualan yang banyak atau keuntungan yang tinggi… Nantikan kemunculannya…

p.s – Jom hadir ke SeminarEbook anjuran Shuth kerana saya juga akan turut hadir ke sana. Sesiapa yang hadir, saya akan sediakan “free gift” buat anda.

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



51 Responses to “Harga Tinggi VS Rendah?”

  1. [...] p/p/s: Jika anda masih kabur dengan isu produk mahal atau produk murah, saya sarankan anda ke satu post menarik yang telah ditulis oleh seorang usahawan internet yang feymes, Mohd Amirol. Anda boleh klik di sini. [...]

Leave a Reply

Subscribe without commenting