Harga Tinggi VS Rendah?

Hari ni saya mem”free”kan diri untuk menulis sedikit artikel di blog ini setelah agak lama menyepikan diri daripada berkongsi cerita.

Post kali ini saya ingin sentuh sedikit bab – bab harga produk – produk “digital” yang dijual oleh para usahawan internet dan juga peniaga internet di negara kita mahupun di luar negara.

Pada mula – mula dulu, saya juga berasa hairan kenapalah harga produk digital ni mahal berbanding produk fizikal. Dalam kes ini, saya merujuk kepada produk digital berbentuk “ebook”.

Kebiasaannya, buku – buku yang dijual di kedai – kedai buku seperti Popular mahupun MPH adalah sekitar RM20 – RM40 sahaja. Sebaliknya produk – produk digital pula dijual dengan harga sekitar RM40 – RM100! Malah yang terbaru adalah Produk Rahsia Clickbank yang berharga RM240!

Kenapa usahawan internet / peniaga internet meletakkan harga – harga produk digital ni mahal – mahal?

Saya tak pasti “sebab” yang sebenar tetapi ini adalah alasan yang datangnya daripada padangan saya sendiri:

  • Khidmat Bantuan (Support)

Kebiasaannya bagi penjual ataupun usahawan produk digital ini, mereka akan menyediakan ruangan bantuan / forum untuk membantu pembeli produk – produk digital mereka. Jadi disebabkan oleh tawaran support ini diberikan, maka harga produk digital tersebut diletakkan dengan lebih tinggi.

Berbeza dengan produk fizikal, agak sukar untuk anda menghubungi si penulis.

Quick Note: Ada juga sesetengah penjual produk digital yang tidak memberikan support yang sepatutnya…

  • Kemaskini Percuma

Apabila sesuatu produk digital itu dikemaskini, anda kebiasaannya boleh mendapatkan “kemaskini” produk tersebut secara percuma. Ada yang tawarkan percuma seumur hidup dan ada juga yang tawarkan mengikut tempoh masa seperti setahun, 2 tahun dan sebagainya.

Berbeza dengan produk fizikal seperti buku, jika ada kemaskini buku tersebut dilakukan, maka terpaksalah anda beli semula. Mana ada kedai buku nak bagi buku “free” update kepada anda. :) Bankrup la tauke kedai bang!

  • Target Keuntungan Yang Ingin Di Capai

Apabila anda ingin menjual sesuatu, anda haruslah menetapkan “target” berapakah jumlah keuntungan dan jualan yang ingin anda capai.

Dengan meletakkan harga yang agak tinggi, sebenarnya si penjual / pengusaha telahpun menetapkan satu “target jualan / keuntungan” yang beliau ingin diperolehi.

Sebagai contoh, anda ingin mencapai jualan sebanyak 200 unit dan keuntungan RM20,000, maka anda perlulah menjual produk tersebut dengan harga RM100 per unit. Itu jika anda ingin menjual sendiri tetapi jika anda ingin menjemput rakan joint venture, affiliate dan sebagainya, maka anda perlu meletakkan harga yang lebih tinggi seperti RM200. Maka dengan itu keuntungan anda tetap sama.

Target ini anda letakkan mungkin kerana anda ingin menggunakan keuntungan tersebut untuk “menyara” projek – projek anda yang lain atau sebagainya.

  • Usaha dan Masa Yang Anda Luangkan

Ini adalah penting untuk diambil kira. Kebiasaannya “PENCIPTA” produk mengambil masa untuk menyiapkan produk – produknya.

Katakan anda adalah seorang penulis dan anda menghasilkan 1 ebook yang mengancam yang telah mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan.

Persoalannya, adakah berbaloi jika anda menjual produk tersebut dengan harga RM10 sahaja? Berapa banyak keuntungan yang boleh anda perolehi dengan RM10.00? Katakan anda mampu jual kepada 200 orang sahaja dalam tempoh sebulan pelancarannya.

Maka anda hanya baru untung RM2000.00 sahaja! Saya yakin dan pasti bulan yang seterusnya anda akan kesukaran untuk mendapat jumlah pembeli yang sama banyak lebih – lebih lagi jika ianya adalah di pasaran Malaysia.

Mengapa?

  1. Pasarannya adalah kecil jadi informasi berkenaan produk anda cepat diketahui.
  2. Penyebaran ebook anda PASTI akan berlaku. Jadi akan ada pengguna yang dah dapatkan ebook anda tanpa bayar.

Berbaloikah usaha anda selama 3 bulan tersebut semata – mata untuk RM2000 sahaja?…

Jadi, adakah anda sudah menilai “harga” produk anda? adakah anda selama ini main bedal / belasah sahaja menjual produk? Sesetengah orang kata, “janji aku dapat jual” sudah…. atau “Janji dah cover expenses XXX sudah”…

Hmm… fikirkan kembali… adakah anda hanya semata – mata “nak buat duit” sahaja iaitu mengamalkan konsep “janji dapat jual sudah” dengan menjual produk berharga RM10, RM15 dan akhirnya keuntungan income anda sekadar “cukup makan” atau……

Anda ingin memiliki rangkaian produk yang mana setiap satu jualannya mampu menyara dan menampung impian anda untuk menjadi seorang yang berjaya dalam industri pemasaran dan perniagaan di internet ini? (Ala, pendek kata jadi Jutawan Internet macam Irfan Khairi…;) )

AddOn : Walaubagaimanapun, terdapat juga “taktik” menggunakan harga jualan yang rendah yang bertindak untuk mengumpul senarai “prospek yang berkualiti”.

Apa jua sekalipun harga yang ditetapkan, ia bergantung kepada “matlamat” anda.

Berikan pandangan anda pada ruangan komen dibawah ini

Topik yang seterusnya pada post yang akan datang adalah berkenaan mana lebih penting… penjualan yang banyak atau keuntungan yang tinggi… Nantikan kemunculannya…

p.s – Jom hadir ke SeminarEbook anjuran Shuth kerana saya juga akan turut hadir ke sana. Sesiapa yang hadir, saya akan sediakan “free gift” buat anda.

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



51 Responses to “Harga Tinggi VS Rendah?”

  1. catzer says:

    Mereka yang tidak mencipta produk tidak akan memahami bagaimana untuk “membayar” bg mendapatkan produk tersebut. Ada juga yg sesuke hati jual pada harga yg lebih rendah takpun bg free..orang sebegini merupakan peniaga yang tak beretika dan tak menghormati hak cipta intelek orang lain.

  2. Pembeli Ebook says:

    Saya tidak pasti sama ada ilmu yang disampaikan menerusi medium ebook mampu memberi impak yang besar kepada pembeli dalam membantu kehidupan mereka. Apa pun rakyat Malaysia sebenarnya suka membeli, jadi tidak timbul soal harga tinggi atau rendah.

  3. Abooain says:

    Yup, saya sependapat dengan Amirol, kalau dulu-dulu saya beranggapan membuat ebook memang menguntungkan kerana modal yang dikeluarkan adalah terlalu rendah dan harga pun mungkin boleh letak murah je ……. tetapi apabila saya sendiri menulis ebook Rahsia PLR (berdasarkan pengalaman) maka barulah saya mengetahui bahawa nilaian sebenar ebook kita tersebut ……. tak berbaloi letak sekitar RM20 – RM35! Usaha yang dilakukan selama hampir sebulan untuk menulis, memikir, mencari, mengkaji dan sebagainya memerlukan usaha dan pengorbanan yang bukan sedikit!

  4. XploR says:

    Ada yang jual murah tp cover dengan up-selling dan cross-selling. Pendapat saya kalau produk tu bagus, nak buat tu makan masa, contoh macam video jgn la jual murah sgt yer Amirol… ;-)
    Tapi kalau yang jual mahal-mahal tu support kena la bagus, baru berbaloi kita beli. Tak gitu?

  5. mezain says:

    Walaupun saya belum mencipta produk sendiri tetapi saya dapat rasakan memang sepatutnya produk ebook dijual dengan harga yang tinggi mengikut nilai ilmu dan idea yang terdapat di ebook yang dihasilkan. Lihat saja pengorbanan masa yang telah dihabiskan untuk menghasilkan sesuatu ebook dari bermulanya projek hingga terjualnya produk tersebut. So.. tak salah kalau nak letak harga mahalpun jika ia sepadan dengan usaha yang telah mereka lakukan. Jika ramai yang meletakkan harga yang rendah mungkin akan menyebabkan nilai ebook itu sendiri akan menjadi rendah dtambah pula oleh pemberian percuma yang boleh diperolehi dengan mudah dari mereka yang tak beretika sebagaimana kata catzer.

  6. Md Yakub says:

    Banyak yang kita dapat simpulkan daripada “Harga Tinggi VS Rendah”. Kebanyakan ebook yang dijual memang mempunyai harga tersendiri, ini berdasarkan dari penilaian dan tinjauan saya selama ini. Setiap ebook yang dipasarkan biarlah diletakkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan pembeli. Saya juga suka membeli ebook, tetapi harga yang berpatutan dan tidak membebankan.

    Memang kesukaran kepada penulis ebook untuk menghasilkan sesuatu produk, memerlukan tempoh yang lama untuk disiapkan. Tetapi, harga yang diletakkan nanti biarlah tidak membebankan pembeli kerana produk yang dihasilkan itu akan kekal berterusan dibeli oleh pembeli lama dan baru.

    Apapun, saya berbangga dengan Mohd Amirol kerana menjadikan tajuk “Harga Tinggi VS Rendah” sebagai berkongsi pendapat dengan kawan-kawan. Terima kasih

    Md Yakub
    http://www.hotnusantara.com
    http://dr-yakub.blogspot.com

  7. MY says:

    Saya setuju dengan Amirol. Saya sendiri telah merasakan pengalaman menghasilkan dan memasarkan produk digital sendiri. Harga? Sebagai orang baru dalam bidang ini, saya minta pendapat orang berpengalaman untuk tetapkan harga. Antara kata mereka ” Cuba je dulu, baru lihat hasilnya nanti”. Daripada situ baru kita sedar banyak perkara yang perlu diperbaiki dan dipelajari lagi. Bukan senang seperti yang difikirkan oleh ramai orang.

  8. Fauzi says:

    Hai Sdr. Amirol,
    Fokus sdr. adalah pandangan harga ebook yg tinggi dibandingkan dengan yang rendah.
    Pada saya pasaran tempatan ni, janganlah terlalu mahal. Janganlah melebihi RM100. Kadang-kadang bergantung kepada source yang kita beli. Berbaloi atau tidak.
    Yang pentingnya kita dapat meyakinkan para pembeli tentang produk kita. Kalau promosinya hebat,tapi apabila sudah beli tak tau apa hendak dibuat atau tak berbaloi katakan, nanti orang akan persoal tentang kredibili kita. Orang akan menjengok sekali seumur hidup, dan akan tinggal untuk selama-lamanya.

    Saya kira di pasaran tempatan, kita berniaga harus ikhlas dan perlu jujur kepada pembeli. Promosi kita janganlah terlalu mega, hanya semata-mata untuk menarik para pembeli. Contoh ‘Pendapatan lumayan dalam sehari, jika anda memilikki ebook ini!’. Harap maaf, ini bukan promosi saudara. Saya cuma buat terjemahan dari promosi orang-orang Barat, yang saya perolehi dari sales page mereka.

    Bagi orang yang benar-benar nak kepada pendapatan segera, sudah pasti dia akan beli. Dan mungkin juga bagi orang yang ada duit dia akan beli juga.Nak tengok bukti sejauh mana ebook itu dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan. Lepas itu habok pun tarak.

    Apa yang saya lihat, kebanyakan di kalangan kita terlalu terikut-ikut cara Mat Salleh membuat promosi. Cakap tak serupa bikin. Saya dah pengalaman kes seperti ini. Pernah membeli buku Mat Salleh. Itu pengalaman pertama saya.

    Yang penting bina kredibiliti, kepercayaan dan prestasi kepada pembeli. Ini adalah satu aspek yang dikatakan ‘viral marketing’. Pembeli dan rakan-rakan pembeli akan terus menjengok kita, kalau kita dapat membina aspek-aspek yang saya sebutkan tadi.

    Itu adalah pandangan saya, dari kaca mata seorang pembeli beberapa ebook sebelum ini.

    Lagi satu, orang kita masih takut-takut untuk berniaga di Internet. Mengapa! Jawapan saya ialah kerana kurang pengetahuan untuk berinteraksi melalui internet. Saya adalah orang baru di Internet. Ingin sangat untuk belajar bagaimana orang berniaga di Internet.
    Dan tak banyak saya berjumpa dengan orang kita berniaga seperti saudara. Kalau ada pun mungkin dalam ratusan sahaja. Pendek kata boleh di bilang dengan jari. Mereka yang lain ke mana arah tuju…Berjuta juta berlegar-legar di Internet. Saya rasa mereka ini perlu dibimbing asas-asas perniagaan di Internet, bagi membina keyakinan serta semangat untuk melibatkan diri.

    Sekian dulu. Mohon maaf jika ada kekasaran bahasa dan terlajak kata.

    Fauzi

  9. olie says:

    Pada pandangan saya, harga sesuatu ebook haruslah berdasarkan kepada kualiti ebook tersebut dan penat lelah penulis dalam menghasilkannya. Harga jangan terlalu rendah dan terlalu tinggi.

    Kalau letak harga rendah sangat, nanti nampak macam ebook tersebut tidak berapa ‘bernilai’, dan kalau tinggi sangat plak, nanti pelanggan keberatan nak beli.

    Lagi satu yang saya perhatikan, kebanyakkan penjual hanya memaparkan cover ebook beserta tajuknya sahaja. Mungkin pembeli nak tahu juga serba sedikit akan kandungannya. Rasanya, adalah lebih baik jika disertakan dulu sedikit preview tentang topik-topik yang dibincangkan dalam ebook tersebut.

    Macam kalau kita beli buku di kedai, kita boleh belek-belek dulu buku tu untuk lihat isi kandungannya. Kalau rasa macam berpuas hati, baru kita beli.

  10. Fardaus says:

    Assalamualaikum,
    Persoalan tersebut adalah berguna utk pencipta dan penjual produk digital. Malah, ia juga berguna utk pembeli.

    Saya sedang dlm usaha menerbitkan sesuatu…tetapi sekadar FREE REPORT yang saya kira berguna utk ramai org…tetapi utk menjual produk digital sendiri pada masa ini, belum lagi menjadi keutamaan lah…sebab saya rasa, produk2 affiliate bnyk yg berguna utk dijual di pasaran kita skrg ni…

    Persoalan harga tinggi atau rendah, pada saya terpulang pada si penjual. Sekiranya penjual mahukan keuntungan yg tinggi, dan percaya produk beliau adalah bermutu, mengapa tidak dia letakkan harga yg tinggi? Sebab seperti kata Amirol, harga itu mungkin akan berlegar dari segi support, future update dan sebagainya.

    TAPI, kalau penjual nak keuntungan yang sedikit pun, takde masalah juga, sebab mungkin beliau mahu mewujudkan kredibiliti beliau sebagai pencipta produk dan tak mustahil pada masa akan datang, beliau dapat mencipta produk yg lebih baik dah bermutu, dan, diberikan harga lebih tinggi. Pada masa itu, pembeli sudah semestinya merasakan produk beliau cukup berguna!

    Sekadar pandangan dari saya.

    Terima kasih.

  11. Fauzi Ahmad says:

    Rasanya kebanyakan ebook yg dijual oleh usahawan di Malaysia tidak terlalu tinggi.

    Bagi saya jika harga RM50 dan kebawah adalah harga yang murah, manakala RM51 hingga RM100 adalah sederhana tinggi, manakala lebih RM101 di kira tinggi.

    Namun begitu jika nilai ebook tu penuh dengan ciri teknikal dan banyak ilmu terbaru, wajar jual lebih.

    Fauzi

  12. Munib says:

    Saya setuju kalau ebook lebih mahal dari buku biasa kalau alasannya ada support n ada update untuk versi seterusnya

    Tapi kalu jual mahal kerana nak kejar target untung n masa yang dibahagikan utk hasilkan ebook, saya memang xsetuju. Ingat penerbit n penulis buku biasa pon xde elemen ni ke.contoh, buku2 yang menjadi rujukan di universiti juga melalui proses sama di mana penulisnya buat research bertahun2 sebelum terbitkan buku, kualiti kertasnya baik n gambar colourful, hard cover lagi, tapi dijual sekitar RM 70-100 jer. tidak timbul soal mahal kerana ilmu itu bernilai, buku buku di universiti pun bernilai tinggi tapi harganya xmahal banding ebook

    Kebanyakan penulis buku banyak buat research n ambil rujukan dari banyak buku lain, berbanding sebilangan (bukan semua) penulis ebook menulis berdasarkan pengalaman semata2, baru 2-3 bulan join 1 program internet, da tulis ebook “Rahsia XXX”, padahal pagenya xsmpai pun 20, hrga smpai RM70.ceritanya so simple…xke nak amik untung je ni.aiyoo

    p/s-suka baca buku penulis beretika spt SmartZul n teman seangkatannya

  13. aizatkamal says:

    bagi saya, harga biar berpatutan dengan ilmu, informasi dan sevis yang diberikan…
    =)

  14. Zairi Zaidi says:

    Terjawab juga persoalan diriku ini…

  15. Shahrin Abdullah says:

    Terharu dengan pendapat2 bersemangat teman2. Bangga dengan usaha Amirol. Pada saya mari kita usulkan pada Kementerian Multimedia untuk mengawal dan menilai mutu ebook yang diniagakan. Cara ini lebih mengukuhkan Teknologi negara kita.

    Saya sangat setuju jika yang Amirol maksudkan ‘Clickbank’ sebagi terlalu mahal dalam suasana ekonomi global terkini yang semakin merunsingkan. Clickbank sepatutnya diniagakan RM99 sahaja.

    Shahrin

  16. Rez says:

    Bagi saya selaku seorang internet marketer, kitaorang mempunyai pandangan yang tersendiri dalam menentukan antara harga tinggi atau harga rendah bagi sesuatu produk.

    Jika harga tinggi produk hampeh. Wat ape kan. Tapi ada juga yang harga rendah produk tip top punya.

    Sebab tuh la, kita kalau nak membeli kenalah berhati-hati.

    Rez
    http://blog.inwordpress.com

  17. amirol says:

    Alhamdulillah dan terima kasih dengan jawapan yang rakan – rakan berikan.

    Sememangnya jawapan sebegini yang saya nantikan. :)

    => Fauzi: Jawapan anda sangat menarik dan memberangsangkan! Thanks!

    => Munib: Ya.. betul kata saudara tu. Biasanya ebook hype ni ebook berasaskan “panduan buat duit”. Memang kadang kala hampeh juga isinya.

    => Rakan – rakan lain, komen – komen anda amat saya hargai kerana setiap komen daripada anda mempunyai intipatinya yang tersendiri. InsyaAllah dengan sokongan dan juga maklumbalas daripada kalian semua, sudah pasti industri pemasaran dan perniagaan internet di negara akan berkembang maju. :)

  18. Watchy says:

    Tak boleh lah nak bandingkan rahsiaclickbank.com dengan ebook2 yg lain..
    Sebab tu bukan ebook..tapi tu review page lengkap yang korang boleh jadikan landing page… jadi tak kisah lah mahalkan…tak payah nak susah2 mengarang salescopy kat landing page kan…

  19. Mohd. Noor says:

    …ringkas nya sahaja dan bagi saya ia nya adalah bergantung pada kualiti dan kuantiti nya…

  20. Saya memang terfikir juga nak tahu kenapa produk digital lebih mahal dari produk fizikal. Sekarang baru terjawab. Terima kasih Amirol…

    Nazri Aziz
    http://www.NazriAziz.com

  21. amirol says:

    Hi Wathcy,

    Perbincangan kita adalah tentang mengapa harga produk digital diletakkan tinggi oleh usahawan internet.

    Rahsia Clickbank hanya dijadikan sebagai contoh perbincangan kita sahaja. Sebenarnya harganya RahsiaClickbank tu murah jika ditukar kepada harga USD. USD27 – USD67 memang harga standard pasaran antarabangsa.

    Cuma bila kita tukar kepada RM, itu yang nampak besar.

    Kalau ikutkan, produk – produk berkualiti di pasaran tempatan seperti Pakej Kit Blogger, harganya patut sekitar RM100 dan keatas. Kalau kita lakukan convertion harga sekarang iaitu RM50 kepada USD, harganya baru USD13 begitu…

    Memang SUPER Murah kalau bagi pembeli international. :)

    Saya rasa kalau SmartZul jual di pasaran antarabangsa, insyaAllah dia boleh dapat lebih jualan dan keuntungan.

    Apa – apa pun, saya yakin dan pasti semua harga yang diletakkan, si pemilik dan pengusaha mempunyai matlamat dan tujuannya yang tersendiri. :)

    p.s – Sesiapa yang ada pergi ke GATH WC tahun lepas, sudah tentu dah mendapat tips perletakan harga daripada Irfan Khairi.

  22. ambo says:

    Salam !
    Juallah produk e-book seperti harga buku-buku di kedai…

  23. Kayamakalang says:

    A’kum Saudara Amirol,

    Bagi saya harga yang tinggi tidak menjadi masalah kepada pembeli jika kandungannya menepati kehendak judul ebook itu sendiri. Saya berpengalaman membeli puluhan ebook untuk mendapatkan ilmu perniagaan di internet sehingga kepada ebook yang berkaitan penjualan produk fizikal di internet. Tanggapan bahawa jika harga tinggi melambangkan kualiti tinggi dan harga rendah sebagai kualiti kelas dua perlu ditafsir semula.
    Memang benar, bukan mudah menulis samada ebook atau buku fizikal, ia perlukan masa, kajian dan teknik yang sesuai dgn judul ebook itu sendiri.
    Namun bagi saya, jika penulis itu pakar dalam bidangnya, menulis ebook berkaitan dgn kemahirannya bukan satu bebaban. Jadi tidak timbul masalah kesukaran menulis ebook itu sebagai satu ciri penentuan harga.

    Contohnhya, ada seorang mekanik kereta yang mahir membaiki enjin dan pada masa yang sama juga mempunyai pengetahuan teknikal mengenai aircond kereta tetapi ilmunya dibidang aircond hanyalah sekadar peringkat pertengahan. Jika beliau diserahkan untuk membaiki kenderaan yang menghadapi masalah aircond yang kritikal, beliau mungkin masih boleh membaikinya,dengan mencuba, try n error atau menelefon orang yang pakar dan berusaha membaikinya bersungguh-sungguh.

    Setelah siap, pd pandangan anda berapa agaknya caj akan dikenakan kepada pelanggan? Jika dia memikirkan kesukarannya dlm usahanya, tentu sekali dia mahu supaya penat lelahnya berbaloi dgn kesusahannya.

    Begitulah jika bukan orang yang pakar atau sekurang-kurangnya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidangnya, apabila melakukan tugasan akan merasakan kesukaran yang amat sangat, walhal ia bukanlah begitu.

    Oleh itu saya berpandangan, jika kita mahu menulis ebook yang berkualti dan menjualnya pada harga yang mahal, kita kena juga muhasabah diri sendiri. Apakah ilmu yang kita curahkan itu berpadanan dengan hasil yang akan dinikmati oleh pembelinya kelak. Sebagai manusia Muslim, kita wajib memahami hadis Rasulullah yang bermaksud: “Jika sesuatu pekerjaan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kejatuhan”.

    Sekian utk renungan bersama. Maaf jika ada perkataan yang menyinggung perasaan, terima kasih.

  24. Ada pro & contra tentang topic ni..namun saya amat bersetuju dengan beberapa pendapat..komen saya..ebook seperti Rahsia Clickbank dijuala dengan harga RM2++ tu adalah berbaloi serta berpatutan dengan isi serta bagaimana ebook tersebut boleh mendatangkan pulangan yang lebih berbanding harganya..jadi, buat semua internet surfer yang baru seperti saya ni, hendaklah menyelidik terlebih dahulu sebelum membeli..kalau ebook sedemikian diberi percuma,saya pun akan protes..kalau harga tu rendah sangat berbanding isi kandungannya yang boleh mendatangkan income berlipat kali ganda, tidak adil kepada penulis ebook yang telah bertungkus lumus menyiapkan ebook tersebut dan disertakan dengan pengalaman yang ada. Saya rasa, buku-buku yang terdapat di mana-man kedai buku biasa yang berharga RM20-40 tu tidak semuanya boleh mendatangkan hasil yang lumayan dan kalau nak update, kena tunggu & beli cetakan terbaru..
    Kesimpulannya, pembeli mestilah tahu bagaimana nak menilai harga ebook yang mana satu mahal atau murah berpandukan isi, penulis dan setakat mana harga ebook yang hendak dibeli boleh mendatangkan pulangan yang lumayan (boleh cover balik harga yang anda bayar sekiranya isi ebook dipraktikkan).

    p/s: nampak gayanya semua otai internet atau bloggers boleh mula membuat ebook percuma tentang pendidikan internet khasnya “perbezaan ebook dari segi harga,isi serta penulisnya”

    Terima kasih kepada saudara Amirol kerana mengetengahkan topik ini.

  25. Amirol says:

    @Kayamakalang: Terima kasih untuk komen bernas saudara. Memang komen seperti ini yang dinantikan untuk kami semua di sini mendapat pandangan dan nasihat membina.

  26. firadila says:

    Assalammualaikum dan salam ceria saudara Amirol,

    Pendapat firadila pula ialah selagi harga ebook ini tidak dipantau oleh kementerian dalam negeri dan hal ehwal pengguna macam harga barang keperluan tu…selagi tu harga ini boleh ditentukan oleh penulis itu sendiri. Takkan penulis nak meletakkan harga itu sewenang-wenangnya tanpa membuat penyelidikan dahulu..Betul tak?

    Mengenai harga tinggi atau rendah tu…penulis boleh menentukannya sendiri dan yang pasti membezakannya ialah bilangan pembeli itu sendiri yang rendah atau tinggi bilangannya..kalau harga tinggi tetapi ramai pembeli bermakna harga ebook itu berpatutan tetapi kalau harga rendah tetapi pembeli sedikit tandanya ebook itu tidak berkualiti..

    senyum dan ceria selalu,
    firadila
    http://firadilamotivasi.blogspot.com

  27. zaki says:

    Harga tinggi atau rendah ni memang subjektif. Kalau harga tinggi memang berbaloi kalau content dan supportnya bagus. Harga murah pun ok.. jika kita faham apa matlamat kita yg sebenar. senang cerita Kalau mahu untung cepat.. kita letakkan harga tinggi utk product digital kita…tapi kalau kita nak buat sales yg banyak atau viral lebih mudah jual dgn harga murah. Tapi mentaliti kebanyakan rakyat malaysia ni .. dia nak dapatkan product digital percuma je atau bayar RM10 je.. lepas tu nak support melampau macam product RM2000. Ada ke patut?

  28. Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Saya baru terbaca emel dari saudara amirol pasal update ni..hoho.. da berjela komen! Hoho :D

    Berkaitan Rahsia ClickBank tu, saya tidak kesah harganya, bg saya, harga nya sesuai dengan apa yang kita panggil sebagai “Pakej Lengkap” bukan E-book Lengkap :) Paham terusla senag :)

    Besenye produk fizikal ni ade 2 spesis..

    1- Sesuatu yg kita panggil “RAHSIA”
    2-Berkaitan Teknikal (p/s: Produk Saudara Amirol banyak kpd teknikal :) )

    +Bila sebut pasal “Rahsia”, bg saya ianya tidak patut dijual pada harga melebihi RM50-RM60.. krn ianya RAHSIA yg kadang kala bukanlah rahsia :) ..mengapa? krn Zaman sekarang dgn Zaman sekarang adalah berbeza.. Klo zaman dulu, bila sebut “Rahsia” maka rahsia lah die..jd valuenye juga tinggi..zaman skrg sudah hmpir tiada rahsia lg berikutan perkembangan IT, Television, School, Library dan bnyk lg lah..

    +Bila sebut pasal “Teknikal” bg saya ianya harus & patut dijual dgn harga MAHAL..ya patut krn TEKNIKAL merupakan sesuatu yg bukan rahsia, well known tp x semua pandai bila sebut pasal teknikal..

    Rasia ClickBank,merupakan produk yg Rahsia + Teknikal + Bonus + Usefull Stuff) exmple: Landing page, e-copy writter n so on.. jd harga bukan persoalan bg saya :)

    Tp bg saya, saya sentiasa tertanya2, mengapa produk2 teknikal saudara Amirol msih punye range hrge yg bg saya sederhana jika dibandingkan dgn quality dan Ilmu teknikal tu :) nape ek? :)

    Sekadar pandangan.. :)

    p/s: TQ amirol krn produk2 saudara amat saya puas hati..x pernah kecewa pun saya beli ;)

  29. Watchy says:

    pakej review website macam rahsiaclickbank.com tu memang mahal dalam RM…tapi sebenarnya masih murah kalu dikira dari kos pembuatan suma2 benda tue…nak design website jer dah mahall….kalu nak buat sendiri plak memang susah…
    kalu tak caya…tak yah guna dreamwaever…try guna NVU jer…

    website design $10 <—scriptlance.com ..nak murah kan..
    tapi tu satu website…darab dengan 5 website dah jadi $50…
    pastu design dorang mesti hampeh sebab murah..hehhee
    review lagik…nak kena wat sendiri…kalu rajin…boleh karang review sendiri..buat analisis kat clickbank produk mana yg hot untuk pasaran malaysia..
    erm…ada lagi…webhosting…hostgator ada ler $10 sebulan….atau pakai sempoi hosting jer…lagi murah…

    kira murah ler tue…pakai google adwords skit..boleh lah cover balik kos beli rahsiaclickbank.com…

  30. zaiddi says:

    Salam semua,
    Bagi saya harga terbaik untuk sesuatu ebook itu adalah dalam range RM50-60, bermaksud harga yang mampu dan setanding dengan isikandungannya. Janganlah harapkan cover saja cantik tapi isinya biasa-biasa je atau sale letter yang membunuh tapi isi kurang. kalau macam ni harga RM50-60 tu memang tak berbaloi kalau dibeli.
    Tapi bagi saya produk Amirol memang mantap dan supportnya juga klass.

  31. Watchy says:

    saudara amirol…kalau bubuh komen kat sini, letaklah nama tu admin ker…
    kita tak tau sapa yg letak komen kat sini kalu saudara tak buat macam tu..
    saya pun boleh letak komen nama ‘amirol’…

  32. [Watchy] a’ah le sedara Amirol..ye x ye jugak :) ade relevenye ape yag WATCHY Ckpkan tu :) tp sye rse WP detect klo nama sama ngan admin :)

  33. admin says:

    @Zaki: Ayat “Tapi mentaliti kebanyakan rakyat malaysia ni .. dia nak dapatkan product digital percuma je atau bayar RM10 je.. lepas tu nak support melampau macam product RM2000. Ada ke patut?” <— ayat ini ini buat saya tersenyum sendiri. :)

    @Watchy: Saya pun baru terperasan pasal hal nama tu. Thanks for the reminder.

    @Syafiq: “mengapa produk2 teknikal saudara Amirol msih punye range hrge yg bg saya sederhana jika”… <– Masih ada juga orang kata harga produk saya ni mahal. :D … Apa – apa pun, itu harga yang termampu saya tawarkan untuk pengguna sekalian.

    @Para komentar yang lain, thanks untuk semua pandangan bernas anda!

  34. Sebaiknya kepada pembeli dapatkan review yang secukupnya sebelum beli sesuatu ebook.Pandangan saya pulak….harga itu adalah hak individu yang menjual.Yang penting beli ebook yang benar-benar kita boleh fokus dan praktikkan…..

    p/s : Saya dah daftar jadi peserta Seminar ebook….nanti kita jumpa

  35. saudara amirol :) apa kata saudara aktifkan fungsi “reply” di blog sedara ni sbb saya rse da mcm WangCyber da kat sini :p

    sgt banyak komen :) fuh! jelousnyee :p

  36. lanchini says:

    Salam Amirol,

    Mula2 nak ucapkan terima kasih kerana sudi membalas email saya haritu..

    Pasal topik yang dibincangkan ni, bagi saya yang baru nak belajar mengenai IM ni, harga untuk ebook tidak sepatutnya diletakkan harga yang terlalu tinggi. Ini kerana kandungan ebook yang berkualiti pasti akan mendapat sambutan hangat. Senang cerita, produk berkualiti pasti akan disusuli dengan `kuantiti`. Kehebatan kandungan ebook itu akan diakui ramai orang dan seterusnya mempromosinya dan menaikkan jualan. Penat lelah penulis pasti akan berbaloi. Saya tak nafikan banyak lagi faktor lain yang akan pengaruhi kuantiti tu seperti kaedah promosi dan sebagainya. Dari pemerhatian saya setakat ni, ebook tersebut juga akan berevolusi. Akan terbit versi 1,2 dan seterusnya. Biasanya versi evolusi ni tidak memerlukan daya usaha penulisnya sama seperti versi pertama. Namun penulisnya boleh menaikkan sedikit harga untuk versi evolusi tu dan saya pasti pembeli tidak akan mempertikaikannya.

    Secara rumusannya, harga biarla berpatutan dan tidak membebankan pengguna terutamanya utk mereka yg desperate mencari pendapatan alternatif melalui internet.

    Sekadar pandangan saya, terima kasih.

  37. anuarahamad says:

    ilmu yang diterjemahkan melalui ebook sebenarnya tak ternilai dek harga yang dijual.
    bak kata pepatah melayu: hanya jauhari yang mengenal manikam.
    bagi pengemar ilmu, letaklah berapapun harga,bagi dia masih murah berbanding dengan segala macam cubaan dan rintangan untuk mendapatkan ilmu, jatuh bangun, untung rugi telah dikecapi sebelum menghasilkan satu-satu ebook.
    sekian, jumpa lagi.

  38. titan says:

    bagi aku, kalau letak harga 1 juta pun, mesti ada orang beli kalau diorang nak. Benda ni simple. Nak, beli. Tak nak. Tak yah beli. Itu aje. Murah atau mahal bukan batu pengukur sangat..

  39. wan says:

    salam..pertama sekali sy ingin memohon maaf kerana komen sy ni mmg tiada kaitan lansung dgn tajuk post. sy sebenarnya da tak tau kt mana lg nk bertanyakan masalah ini..:-)

    sy sebenarnya btol2 berminat nk beli produk bro Amirol (Pakej Web Jualan Evolusi)
    sy da baca ebook free yg diberi,tp xtau mcm mana nk masuk page utk wt tempahan.

    adakah bro mmg x terima sebarang tempahan buat masa ini?

    maaf sekali lg andai sy ni bertanya di tempat yg xsepatutnya..klu rakan2 kt sni dpt membantu,sy amat mengalu2kan :-)

  40. Fahmi Sulaiman says:

    Assalamualaikum…saya pun agak pening juga mencari cara nak dptkan Pakej Web Jualan Evolusi ni..akhirnya saya pun beli dulu Panduan Minisite.

    Malangnya,saya dah buat pembayaran tapi bila nak submit bukti pembayaran, tak boleh…

    Mungkin ada masalah pd web bro amirol kot? Tp saya harap bro amirol terbaca la post saya ni dan melakukan langkah drastik meng’repair’ apa yg patut supaya modal saya tu tak melayang begitu saja…

  41. admin says:

    Pakej Web Jualan Evolusi ditutup penjualannya untuk sementara. Pembukaan penjualannya akan dimaklumkan kelak.

    Fahmi: Link download telah dikirimkan ke email anda. Silalah semak email yang berkaitan.

  42. kimizo says:

    pada pendapat aku, e book patut dijual dalam harga rm10 je. sebab kos penghasilannya taklah tinggi sgt. cuma kos memikirkannya jela yang payah skit. hehe.
    sekadar pendapat.

  43. khadijah says:

    Salam. Pada pendapat saya ebook adalah satu hasil kerja yang dibuat oleh seseorang, dan memang patut menerima imbalan dari hasil penat lelah mereka. Harga terserah pada mereka, kerana ianya hasil usaha mereka sendiri. Kita tidak nampak macam mana kesusahan mereka menyediakan ebook tersebut. Lagipun setiap apa yang kita inginkan mempunyai nilaiannya dan harga tersendiri.

  44. Julius says:

    Harga sepatutnya berdasarkan kualiti, sama juga seperti perniagaan offline…pada pemerhatian saya, perniagaan online ni menawarkan khidmat pelanggan yg lebih advance spt Skype, YM takpun email. Manakala, perniagaan offline kita kena hantar surat…hanya beberapa penerbit je yg letak email diorang. Yg penting, kita kena ikhlas menjual dan bukan ambil kesempatan…jika kita ikhlas, org akan ingat dan setia sampai bila – bila…renung-renungkan…

  45. XploR says:

    mane encik amirol kiter ni…. lame takde post :)

  46. baloot says:

    erm… camane pulak dengan harga produk fizikal?
    aku bercadang nak jual DVD. penuh dengan grafik2 vector/icon/fonts/stockphoto khas utk webdesigner/graphic designer/webmaster..

    berapa cadangan harga tu?

  47. Hidet says:

    Salam.

    Kenali dulu pasaran kita. Kalau nak market kepada kawan2 sahaja, tengok paras kemampuan kawan2.
    Kalau pasaran kita market luar, harga akan mainkan peranan.
    Ada org berpendapat, harga rendah tak bermutu.
    Ada org berpendapat, harga tinggi terlalu mahal.
    Jadi kena pandai memilih situasi.

    Regard.

  48. aizat kamal says:

    salam,

    info yang sangat berguna…
    terima kasih…

    -AK-

  49. bg sy mudah jea…
    sbelum membeli sesuatu produk..
    review dahulu produk tersebut.
    sebelum beli.

  50. Fazli says:

    salam.
    saya baru je perasan artikel ni dan ianya menarik minat saya.
    saya perasan bukan semua IM berfikiran sama. ada yang berminat menjual informasi untuk membantu dengan meletakkan harga mampu milik.
    bg sesetengah IM yang pentingkan keuntungan, meletakkan harga tinggi bukanlah cara terbaik.
    malah saya pernah terbaca di forum ada beberapa IM tempatan yang dimaki kerana ebook yg dijual tak sama dengan harga.
    jual informasi perlu ikhlas. ilmu tu milik Tuhan. cukuplah sekadar mengenakan upah tertentu kerana menyiapkan ebook tersebut. maaf ye panjang sgt komen.

Leave a Reply

Subscribe without commenting