Minggu lepas saya ada melakukan sedikit survey ringkas berkaitan dengan konsep program affiliate yang diminati oleh para subscribers dan pelanggan saya.
Saya bertanyakan kepada mereka apakah mereka mahu saya membuka program affiliate berkonsepkan 1-tier atau 2-tier untuk mereka mempromosikan produk – produk affiliate yang akan saya tawarkan.
Saya mendapat respon yang agak memberangsangkan. Lebih daripada 200 orang yang membalas pendapat mereka dan hasilnya keputusannya secara kasar adalah:
Kesimpulannya yang dapat saya buat berdasarkan pandangan yang diberikan oleh sesetengah pengirim yang berminat dengan 2-tier ini adalah:
Sebaliknya bagi pengirim yang memilih untuk 1-tier pula, mereka berpendapat bahawa:
Jika anda perhatikan, komen dan pendapat daripada mereka yang memilih 1-Tier adalah lebih banyak.
Ada juga pengirim yang turut mengatakan, lebih banyak tier lagi bagus! Oh tidak… kalau dah lebih dari 2-tier ni, pendek kata ni dah boleh masuk kategori MLM… atau tidak pun, ia akan jadi pula macam program skim – skim level pulak kan? Tak kan para “usahawan internet” sekalian berminat konsep macam ni? ; – )
Daripada saya menghasilkan program sebegitu, lebih baik kita cari syarikat MLM atau Direct Selling yang lebih bertauliah dan berlesen untuk disertai ye tak?
Buat mereka yang masih tidak tahu apa itu program affiliate, secara ringkasnya ia adalah satu bentuk perjanjian usaha sama yang dijalankan di antara seorang pengusaha produk dengan seseorang yang berminat untuk menjadi agen pemasaran buat produk pengusaha itu. Agen tersebut ditawarkan untuk menerima komisyen bagi setiap jualan atau tindakan yang terhasil menerusi usaha promosi yang beliau jalankan.
Kebiasaannya, untuk menjadi agen affiliate adalah PERCUMA sahaja. Tak ada yuran yang diperlukan. Berbeda dengan program skim – skim berlevel (atau lebih suka saya cakapkan, skim pusing duit), anda perlu bayar yuran tertentu untuk sertai mereka. Kemudian perlu pula taja orang lain untuk terima komisyen…
Program affiliate tak perlu taja orang tetapi sebaliknya agen harus memastikan produk atau perkhidmatan yang dipromosikan harus mendapat jualan untuk menerima komisyen.
Terdapat banyak konsep pembayaran komisyen Program Affiliate seperti Pay Per Sale, Pay Per Action, Pay Per Lead… tetapi saya tak akan ceritakan dengan lebih lanjut di sini. Anda boleh dapatkan maklumat di www.sistemaffiliate.com. ; – )
Berbalik kepada cerita asal kita, berdasarkan survey tersebut, akhirnya saya ingin membuat keputusan untuk melaksanakan 2 konsep ini sekaligus tetapi dengan dengan beberapa peraturan dan syarat iaitu:
Ertinya adalah jika super affiliate memilih untuk ke 2-tier, mereka akan menerima komisyen daripada hasil promosi mereka kekal 10% – 50% maksimum tetapi turut akan menerima 10% komisyen tambahan untuk setiap jualan yang terhasil daripada agen affiliate yang mendaftar menerusi mereka.
Sebaliknya jika mereka memilih untuk kekal dengan 1-Tier sahaja, komisyen mereka akan dinaikkan sehingga ke 20% komisyen.
Pada pandangan saya, mungkin ini adalah pilihan yang terbaik yang mampu saya tawarkan memandangkan keputusan daripada survey tersebut adalah hampir sama balance.
Pendek kata, mereka yang berusaha akan mendapat manfaatnya dan habuan yang setimpal dengan usaha mereka tetapi buat mereka yang tidak berusaha, maka kuranglah manfaatnya. Jadi, adil lah begitu ya?
Saya sediakan produk, system, uruskan pelanggan dan anda hanya lakukan promosi serta raih komisyen yang sepatutnya…
Bagaimana dengan pandangan anda? Berikan komen dibawah…
Saya pernah belajar dari seorang guru, “jika diberi hanya dua pintu, pilihlah pintu ke-3 (kena buat pintu baru)”. so dalam kes ni, saudara amirol dah buat satu solusi yang pada pandangan ikhlas saya, dah adil dengan tawarkan bonus yang berpatutan menerusi “sistem-tier-bersyarat”; meskipun ada satu fahaman yang berpendapat, sekiranya dah wujud 2-tier dah tergolong dalam sistem MLM! Malah, produk webjualan lain seperti monakas telah menggunakan sistem 2nd tier ini.
Minimum jualan 15? Itu satu cabaran yang menarik..sesiapa yang hit, boleh kita belajar teknik atau kaedah yang diamalkan..bagus jugak tu
p/s:
“Saya sediakan produk, system, uruskan pelanggan dan anda hanya lakukan promosi serta raih komisyen yang sepatutnya…”..Jika amirol dah siapkan sistem / skrip yang berkaitan, saya akan menjadi salah seorang pelanggan tetap anda.
Erm yg penting jgn sampai 3 tiers sbb dah mcm MLM plak..2 tiers pada sy masih boleh diterima.
ada cons dan kontra utk affiliate 2 tiers ni.
kalu 2 tiers, kerja promosi sekali tapi komisen sentiasa masyuk berbanding 1 tiers ada promosi ada duit tak der promosi tak der duit. Kerja perlu smart baru dapat duit lebih.
Wah lame menyepi. Pekabor? Nak keluarkan produk baru ye. Mana2 konsep pun saya sokong jer kalau Amirol punya produk. Kualiti & servis kelas pertama
@Rizal: min 15 jualan adalah untuk kita lihat sapa yang benar – benar berusaha.
@Catzer: Yes catzer… dah lebih 2-tier jadilah MLM..
@AyuAhmad: Ya, memang ada pro and contra. Kerana itu ditawarkan 2 – 2 pilihan ini sekaligus!
@XploR: Belum ada produk baru lagi. Just sekarang nak open affiliate untuk promosi produk sedia ada dan akan datang.
Pada survey tu saya cadangkan 2-tier..dan sekarang saya lebih bersetuju dengan apa yang Amirol akan laksanakan. Lebih adil kepada semua pihak..sama ada yang suka 1-tier atau 2-tier. So, tak akan timbul isu ‘orang atas’ jerk dapat untung! Hmm, memang betul tu kalau dah 3-tier atau lebih tiernya..dah jadik program buat duit pulak, sama jerk ler dengan program yang lain ala-ala piramid tu! Dan takdek istimewanya program affiliate yang akan Amirol laksanakan. Agak2nya bila yer Amirol akan lancarkan prgram ni? Tak sabar nak joint pasal produk Amirol power!
Untuk longterm…..
bgs gak 2 tier
masyuk sket
tapi tula…kalau kita yang menguruskannya
ada sakit sket r
betul tu kalau kita guna 2-Tier,org yg produce tu dpt untung lebih la.ala-ala MLM gak la.Baik kita kekalkan 1-Tier.Saya sokong 1-Tier.
salam kenal dari aku, baloot (wc & sifoo.com)
aku sekarang ni tgh mencari sistem affiliate 2nd tier.
sistemaffiliate.com tu 1 tier kan?
sistem affiliate 2nd tier ni bagus jugak sbnrnya. boleh dapatkan komisen lebih banyak. bagi IM pulak, lebih banyak sales dapat…
p/s: bro, buat la subscribe to comments. senang sket nak tgk komen2 selepas aku ni.. sbb aku mmg minat baca komen kat post2 yg aku berminat..
Salam ziarah. Blog dan posting yang menarik.
View Profile: Rantong™