Adakah Anda Lebih Baik?

Sudah lebih 2 bulan saya meninggalkan blog ini tanpa khabar berita dan berkongsikan perkembangan terbaru. Apa yang dapat saya berikan “alasan” adalah, saya banyak melaksanakan kerja – kerja luar dan agak jarang online lama.

Dalam tempoh ini, saya lihat banyak perkembangan mendadak dalam industri perniagaan internet di pasaran tempatan. Pelbagai produk baru dilancarkan dari semasa ke semasa. Boleh jadi rambang mata dibuatnya!

Saya juga menerima banyak jemputan JV. Ada jemputan yang terpaksa saya tolak kerana produk yang kurang sesuai dengan niche saya dan tempoh masa promosi yang ditetapkan sama dengan tempoh masa promosi bagi produk JV lain yang saya terima.

Jemputan JV yang telah saya terima pula masih tidak berkesempatan untuk saya promosikan. Saya memohon maaf kepada semua JV Inviter yang telah saya terima. Walaubagaimanapun, anda jangan risau kerana saya tetap akan melakukan promosi secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Cukup tentang sedikit khabar berita daripada saya.

Hari ini saya ingin berkongsikan sedikit tips bagaimana anda boleh menjadi lebih baik daripada pesaing – pesaing anda dalam perniagaan internet ini.

Rahsia (kononnya) untuk menjadi lebih baik daripada pesaing – pesaing anda adalah, anda haruslah mencari keunikan dalam pemasaran anda.

Katakan anda menjual produk Resell Rights yang turut dijual bersama 100 orang pengedar yang lain. Jadi, bagaimana anda boleh menjadi LEBIH MENONJOL daripada 99 orang tersebut? Di sinilah pentingnya untuk mencari keunikan dalam pemasaran yang bakal anda lakukan.

Sebagai contoh beberapa orang pengedar produk Sistem Affiliate saya telah melakukan tambahan beberapa item seperti menyediakan report tambahan, menyediakan servis pemasangan sistem dan sebagainya. Antara pengedar yang saya lihat menonjol melakukan extra add on adalah seperti saudara Maser. Lihat tawaran beliau di forum WangCyber. Klik sini.

Keunikan beliau dalam melakukan pemasaran berbanding dengan pengedar – pengedar lain inilah yang dapat membantu meningkatkan hasil yang bakal beliau perolehi.

Jadi, bermula dari sekarang, jangan jadi orang – orang biasa tetapi sebaliknya jadilah sedikit luar biasa daripada mereka yang biasa – biasa. Barulah anda akan lebih menonjol. :)

Keduanya adalah, anda harus membandingkan diri anda dengan mereka – mereka yang masih berada sama level dengan anda. Ya, ini adalah perkara yang penting.

Jangan anda bandingkan diri anda dengan mereka yang sudah pakar kerana sudah tentu anda akan merasakan diri “aku ni newbie… dia dah otai“…

Akhirnya, satu kerja pun anda tak buat dan cita – cita yang anda inginkan tidak akan tercapai. Anda akan senantiasa berada di takuk “newbie” selama – lamanya.

Jadi, untuk membuang perkataan “newbie” tersebut, cari pesaing yang berada sama level dengan anda dan jadi lebih baik daripada pesaing anda. Aplikasikan Tips pertama yang diterangkan sebelum ini.

Secara tidak langsung anda akhirnya akan berjaya menaikkan “level diri anda” langkah demi langkah. Bandingkan saja seperti kita bermain “game” tetris. Setiap permainan ada stage/level nya sendiri. Anda tak mungkin akan terus pergi ke peringkat lebih tinggi jika baru mula bermain game tersebut. Konsep yang sama turut diaplikasikan dalam industri pemasaran dan perniagaan internet ini.

Akhir kata, semoga tips ringkas ini sedikit sebanyak telah membantu anda.

ikhlas,
Amirol Zolkifli


Review Ringkas


Jika anda berminat untuk mempelajari cara – cara menghasilkan “design” web minisite menggunaka Adobe Photoshop, ada dua pilihan menarik yang boleh anda miliki iaitu:

Pakej Video Minisite daripada Bearnerd. Pakej video ini Bearnerd akan kirimkan DVD kepada anda. Saya sudah melihat tutorial yang dibekalkan dan ianya sangat baik kerana Bearnerd menerangkan langkah – langkah menghasilkan template minisite menggunakan perisian Adobe Photoshop.

Pakej ini adalah sesuai untuk anda yang ingin belajar design minisite dari “scratch”. Jika anda berminat, jangan lupa dapatkan tutorial beliau. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Jika anda inginkan rangka template segera, anda boleh dapatkan Pakej Minisite Jualan daripada Hamid Salim. Beliau telah menghasilkan sejumlah template plug n play yang mana anda boleh gunakan template tersebut untuk tujuan pemasaran anda. Malah, video tutorial turut disediakan yang menerangkan bagaimana untuk mengubahsuai template yang dibekalkan. Maklumat lanjut, klik disini.

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



24 Responses to “Adakah Anda Lebih Baik?”

  1. smartzul says:

    Wah, sibuknya Amirol ya. :)

    Dalam pemasaran, sebenarnya banyak penyebab kejayaan. Dan salah satunya yang Amirol nyatakan di atas lah: UNIK.

    Kepakaran dalam sesuatu bidang hanyalah satu ‘alat’ atau keperluan, tapi yang menentukan kejayaan adalah sejauh mana keunikan kita (USP).

    Saya juga ada tulis artikel yang lebih kurang sama di blog saya, berbicara mengenai USP.

    PS. Banyak betul product launching sekarang. Saya pilih satu dua saja untuk JV. Market Malaysia ni bukan besar sangat pun untuk promote produk yg lebih kurang sama. :D

  2. Fahmi Sulaiman says:

    Memang ada kebenarannya apa yg saudara Amirol katakn.Saya pun seorg ‘newbie’ dlm industri ni & masih byk tercari-cari sesuatu utk menjadikan apa yg saya lakukan lebih unik berbanding org lain. Mudah2an semua usaha saya akan berhasil….& mudah2an anda yg lain juga akan sukses….

  3. MY says:

    Setuju dengan pandangan semua. Lihat kekuatan dan kelebihan diri. Bak kata ‘ukur baju di badan sendiri’. Tapi kadang-kadang saya terfikir, bagaimana nak bezakan title seseorang tu ‘newbie or otai’? Sebab kita lihat hari ini, ada beberapa nama-nama baru dalam dunia internet merketer terus orang claim dia otai. Ada pandangan?

  4. omecool20 says:

    Memang benar kata2 Amirol tu. Sebagai seorang yang telah bergiat dalam bisnes internet sejak 2007, setelah saya fokus pada dua faktor yang disebut di atas, baru ada perubahan positif dalam bisnes.

    Ingin saya tambah, fokus pada cabang bisnes internet yg anda komited dan have a passion for :-)

  5. aizat kamal says:

    saya sgt setuju ngan saudara Amirol…
    atas keunikan tu la org akan terlihat kepada kita…
    :S

  6. redha says:

    Salam ceria sihat kaya bahagia,

    Tq Amirol,
    Keunikan, perbezaan, keperluan, sentimen emosi(kepercayaan), kemampuan dan ketahanan(jangka panjang). Supaya menjadi Aset hingga ke anak cucu dan sampai bila-bila?….
    - Buat satu perkara yg dpt memenuhi banyak perkara keperluan berterusan dlm hidup.

  7. ayuAhmad says:

    tip yg kedua sy suka..bandingkan diri dgn org yg sama level dgn kita.
    Maka kita akn mencari jln utk menjadi lebih baik.

  8. abrablog says:

    setuju. Keunikan itu yang membuatkan kita berbeza.

  9. anuarahamad says:

    betul,betul,betul kata upin dan ipin dalam katun nya.

  10. Munib Ahmad says:

    Mas Dino pesan walaupun betul kita ni newbie,tapi jangan anggap diri ni newbie, mesti berfikir cara seorang otai

  11. farid says:

    hmm..
    Rasanya kalau kita menjual produk yang sama
    dan mahu lebih menonjol dari yang lain..

    Kita perlu membuat teknik pemasaran lain dari yang lain…
    Gunakan teknik terbaru dan berkesan..

    Contohnya videomarketing…..

    http://videopemasaran.blogspot.com
    ~info Perniagaan terkini~

  12. Didalam pemasaran perniagaan internet, keunikan serta kreatif adalah perlu. Tidak susah sebenarnya untuk kita mendapat “Return Of Investment” (ROI).. Yang penting adalah strategi yang betul ;-)

    P/S: Sedang menanti produk resell right terbaru Amirol.. Dah ada customer dah bayar nie ;-)

  13. Mohammad Zafifi says:

    Salam Muhibah,

    Nama saya mohd zafifi. Saya merupakan org baru dalam dunia internet marketing. Boleh kah sedara memberikan saya tips bagaimana saya ingin menjalankan perniagaan di internet dengan kaedah yang betul. Banyak buku ebook yang telah saya beli akan tetapi banyak memberikan information yang berbeza menyebabkan saya pening bagaimana membuat dengan cara yang betul.. Bolehkah sedara memperkenalkan kpd saya coach yang terbaik yang boleh membantu saya dalam menjalankan perniagaan dalam internet? Terima Kasih

    Zafifi
    -phone number removed-

  14. AdiProper says:

    Betul tu … untuk jual produk yg sama dengan penjual lain ,produk kita mestilah dilihat unik.

    Unik disini bermakna serupa tapi tidak sama.

  15. admin says:

    Thanks semua untuk komentar yang diberikan.

    Yup, memang keunikan tu amat penting bak kata saudara SmartZul. Be Unique. Stand out from the crowd. ;)

    @Smartzul : Busy dengan kerja sampingan saja. :D Memang byk products lauching sana sini. Sampai dah tak tahu mana satu nak jenguk dulu…

    @MasterYus : Pada padangan saya, title newbie tu slalunya diberi oleh diri kita sendiri. Mungkin sebab rasa masih rendah diri dan tak cukup ilmu. Title si otai pula diberi oleh mereka – mereka yang merasakan diri masih newbie terhadap seseorang yang mahir/pakar/sudah lama dalam satu – satu bidang yang ingin diceburi. Malah mungkin ini adalah satu caranya untuk “menghormati” golongan “veteran” dalam bidang tersebut. :)

    Tapi bagi yang claim diri sendiri tu “otai”… hal tu saya tak tau nak kata apa. Bagi saya kalau memang dah terror sangat, tak perlulah nak claim. Biarlah komuniti yang recognize seseorang tu daripada angkat bakul sendiri. Bak pepatah, biarlah diam – diam ubi berisi. Atau ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

    @Munib: Betul tu… sebenarnya diri sendiri yang menyekat diri sendiri untuk tidak terus berkembang. Berfikir dengan professional dan positive untuk lebih maju, perbaiki kesilapan dan kelemahan yang ada dari semasa ke semasa…

    @Safuan: Aik, dah terima pembayaran awal2? Nampaknya saya kena lebih bersemangat nak finalize.

    @Zafifi: Coach yang diperlukan adalah bergantung kepada minat saudara. Pertama sekali fahamkan dulu apa yang saudara nak buat dan apa yang saudara nak kuasai? Adakah berminat nak jual produk fizikal? atau produk digital? atau ebay? Affiliate? Ini adalah kerana saudara perlu kenal pasti dulu minat/kecenderungan saudara, barulah dapat menjumpai coach yang sesuai. Kemudian, ambil masa untuk belajar bidang tersebut. Jika dah kenal pasti minat dan kecenderungan tersebut, hubungi saya di email support[at]usahaniaga.com untuk saya syorkan guru perniagaan internet yang bersesuaian.

  16. Leeza says:

    … INFO OVERLOADED … bagi newbie mcm saya mmg konfius mana satu nak pilih, lebih tepat tidak pasti apa yg tepat utk diri sendiri. Lebih mengusutkan bila nak cuba mcm2 pada satu masa kerana tiada kesabaran. Yang pasti tiada kejayaan tanpa usaha dan sesuatu keputusan itu tidak terjadi dlm sekelip masa.

  17. wanis311 says:

    Kesibukan memang sesuatu menjadi penghalang untuk menceburi perniagaan internet ini, pelbagai maklumat yang berbayar dan yang free telah ada dalam koleksi saya cuma masa saja kadang tidak mengizinkan, dan mungkin perkara yang paling penting kena ada guru dalam bidang ni, kalau setakat beli dan baca rasanya agak sukar untuk berjaya dalam bidang ini. kadang baca email ada saja produk baru yang dihasilkan dengan pelbagai gimik , bagi newbie mereka akan terkena trik ini…tapi bagi saya kalau nak buat tu kena tumpukan kepada satu2 perkara sebagai contoh clickbank ke atau adsense ke, tapi yang pilunya….belum terima apa2 bayaran lagi dari clickbank walaupun dah beli produk dr mawardee….

  18. makuteh says:

    makuteh no komen mirol sbb mmg ni bkn bidang makuteh lagi tp ada keinginan
    n semangat nak mgetahui n mdlami cuma masa je tak penah yg cukup2nya. tp bila sbut pasal unik ia mmg diperlukan bagi stiap kehidupan trutama bidang niaga. unik dlm ertikata lain adalah sesuatu yg lain dr lain. tak reti nak terang cemana g tp yg pasti makuteh mmg newbie dlm dunia internet ni namun gelaran tu bkn halangan tuk makuteh trus berusaha mendalaminya selagi di izinkan. tabik spring kat mirol as my sifu wlupun jau lebih muda dr makuteh n tak jemu beri info n semangat kat makuteh. Adeii mirol pakej kit blog tu tak smpat gak makuteh baca g. thx jmpt makuteh kesini

  19. Romani says:

    Syabas! Diucapkan, semoga anda akan lebih berjaya dan memperoleh apa yang dicita.

  20. Hehehe.. Betul tue Amirol.. Dah ada orang bayar pun.. Seperti biasa saya cabar diri untuk mendapat ROI dalam masa sehari or seminggu untuk setiap Resell Right License yang saya beli.. Saya beli pun berdasarkan permintaan orang juga

  21. harlina says:

    sebagai seorang newbie yg belum ada hala tuju lagi dlm busines internet saya ingin mencuba tetapi tak tahu macam mana nak mula.teringin juga pergi workshop internet by IK.InsyaAllah suatu masa yang sesuai saya akan hadirkan diri juga.terima kasih banyak2 di atas perkongsian saudara.

  22. Zairi Zaidi says:

    Bila agaknya dapat JV ngan bro

  23. KSB says:

    Apa kabar bro..

    Napa x teruskan kerjaya sbgai civil engineer??

  24. Amirol says:

    @KSB: Tak ada jodoh dengan civil engineering. :)

    @Zaidi: Ada rezekinya, dapatlah kita JV.

Leave a Reply

Subscribe without commenting