Hari ni saya baru nak mencipta 1 lagi akaun email menggunakan Gmail. Sudah menjadi kebiasaan saya untuk mendaftar akaun Gmail untuk setiap nama domain yang akan saya gunakan dalam projek utama saya.
Lepas mengisikan butiran pada pendaftaran dan tekan NEXT, tiba – tiba saya diminta melakukan pengesahan menerusi SMS.
Tak taulah saya sorang je ke yang special dapat page macam ni atau Google baru apply rules ni sebab minggu lepas tak ada lagi activation ni masa saya register account Gmail.

Saya pun mengisikan no telefon dan tak sampai beberapa saat, saya dapat SMS “cinta” dari Google yang mengandungi pin pengesahan.

Saya masukkan code pin pengesahan dan kemudian saya tekan Verify

Barulah saya berjaya melakukan proses pendaftaran email baru ni.
Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, ini merupakan langkah pencegahan Google daripada geng – geng SPAMMER.
Nampaknya lepas ni susah la sikit freelancer yang amik upah create akaun email ni nak buat duit… Geng – geng penyepam pun mungkin berfikir dua kali juga nak menyepam since ada fungsi ini.
Maklumat lanjut tentang ini boleh diperolehi di:
http://mail.google.com/support/bin/answer.py?answer=114129
saya baru daftar satu akaun gmail minggu lepas, tapi takde lagi Google minta no hp.. Nt nak try reg satu lagi akaun gmail…
Bagus juga la Google buat mcm ni, takde la org nk wat spamm…
Pertanyaan:
Google boleh detect ke kalo kita reg banyak akaun gmail, dan guna no hp yg sama setiap kali reg…?
Boleh rasanya, sebab ada terms yang dia nyatakan, dia limitkan pendaftaran untuk 1 – 1 no. hp.
rasanya google limitkan antara 5-10 akaun gmail untuk satu handphone
sbb saya yang baru verified dengan 5 akaun dah kena guna no hp laen
terima kasih atas respons tersebut…
Assalamualaikum Amirol. Setiap kali saya singgah sini mesti dapat info baru. Terima kasih & sangat membantu untuk newbie seperti saya.
Ada satu entry baru di blog saya. Jika ada kelapangan singgah ye dan sangat dihargai bilamana Amirol dapat berkongsi cerita inspirasi “keluar dari lembah kesukaran” khususnya dalam perniagaan internet.
Tentu ramai pembaca yang ingin tahu, malah saya sendiri sangat teruja untuk mendengarnya.
Moga bermanfaat dan memberi inspirasi pada yang berkenaan.
Salam ceria dari saya & selamat menyambut Ramadhan (3 hari lagi)
Assalamualaikum
Aha..samala kita ya Amirol. Khamis petang (20hb), saya ada apply satu email baru, so..dapatla juga “sms cinta” dari pakcik Google, terkejut jugakla..tak sampai 5 saat pun..canggih betol teknologi sekarang
@KampungBoy: Thanks untuk info tu.
@Fathuri: InsyaAllah, nanti saya akan kongsikan info berkaitan.
@Rizal: Yup, memang cepat system dia pakai tu. Ingat nak guna konsep yang sama la nanti untuk certain urusan online ni..
Tq for sharing..
Saya baru tau pasal tu..
(^_^)
da penah kene sebelum ni..huhu.. tapi rasenye ia adalah secara rawak kot.. waAllahualam..
apasal setiap kali sy anto no hp tapi tetap tak ade sms dr google pun? confuse la… ade sape2 bleh tolong?