Antara “quotes” yang menjadi kegemaran saya adalah dari cerita Meet The Robinsons…
Around here, however, we don’t look backwards for very long. We keep moving forward, opening up new doors and doing new things because we’re curious…… and curiosity keeps leading us down new paths…
Cerita ini dah lama ditayangkan iaitu pada tahun 2007. Namun minggu lepas saya “tertonton” cerita ini di Disney Channel (kalau tak salah saya) untuk kali yang ketiga…
Jika anda belum pernah menontonnya, saya syorkan anda dapatkan DVD dan tonton cerita ini.
Ringkasnya apa yang saya nak sampaikan adalah, kita kena sentiasa terus bergerak untuk mara dan maju ke hadapan. Jangan terus menerus meratapi perkara yang sudah terjadi kerana ia telahpun menjadi sejarah…
Hari ini seharusnya menjadi lebih baik daripada semalam, dan hari esok seharusnya bertambah lebih baik daripada hari ini… dan begitulah seterusnya sehinggalah ke hembusan nafas kita yang terakhir…
Kita sebagai manusia sering melakukan kesilapan, sama ada langsung atau secara tidak langsung… Kadang kala kita mungkin pernah melakukan sesuatu perkara yang membuatkan kita rasa menyesal atau kecewa…
Tetapi semua itu menjadi sejarah yang tak dapat di ubah. Tiada “time machine” yang boleh kita gunakan untuk mengubah sejarah… Apa yang pasti, sejarah itu sudahpun menjadi pengalaman buat kita untuk kita ambil iktibar supaya kita menjadi lebih baik daripada hari sebelum…
Apa yang perlu kita lakukan, teruskan melangkah ke hadapan untuk mencapai kemajuan demi kemajuan yang diidamkan…
Apa yang orang perkatakan tentang diri kita buat masa ini, ambil yang positif, buangkan yang keruh,.. Baru teguh peribadi (umpama lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee).
Dalam kehidupan seharian kita ini, sememangnya kadang kala kita akan mengecewakan seseorang… kadang kala kita juga tidak semestinya akan sentiasa dapat memenuhi kehendak seseorang… akan tetapi kita haruslah sentiasa untuk cuba memberikan yang terbaik dan termampu pada ketika ini untuk mereka…
Untuk mencapai impian kita sama ada nak berjaya dalam pemasaran dan perniagaan internet, berniaga secara offline, nak jadi pekerja cemerlang… tak kira apa jua impian yang ingin anda capai,… segala halangan yang mendatang, tempuhi dengan tabah…
Salam sukses untuk semua sahabat onlineku dan Salam Ramadhan buat semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini, kita berjaya tingkatkan lagi amal ibadat kita dan mudah – mudahan ibadah puasa yang kita jalankan sentiasa diredhai, diberkati dan diterima oleh Allah SWT.
p.s – Puasa tau, jangan tak puasa! ![]()
“..Hari ini seharusnya menjadi lebih baik daripada semalam, dan hari esok seharusnya bertambah lebih baik daripada hari ini..”
Sempena Ramadhan yg baru ditempuhi ini menjadi lebih baik daripada Ramadhan yang sebelumnya..
ye2..
setuju..
Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak..
(^_^)
ya mmg betul kata amirol
saya mula2 dulu berjink mmbuat perniagaan Internet
agak kecewa bila earning adsense sikit je
lama kelamaan saya tawakal
tnya otai2
aktif di wc
alhamdulillah
makin meningkat prestasi
even baru 2 bulan dlm prmulaan
so,post ini amat berguna sebagai persediann mentaliti newbie seperti saya
wah,terkejut tgk post title nih.
aku mmg minat dgn quote “KEEP MOVING FORWARD” pas layan katon ni dlu.hebat saintis kecik ni.hehe.
jgn pndg blakang dah.jalan trus je.
Salam amirol..wah..bagus jugak info kat sini erk..i like…lepas nie nak kene datang lagi la nie…selamat maju jaya untuk amirol..keep moving forward k…