Buat pengetahuan anda, saya baru sahaja melancarkan produk berkaitan Sistem Autoresponder pada minggu lepas.
Saya tak akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang “Apa Itu Autoresponder” kerana anda boleh mendapatkan maklumat lanjut secara terus di laman web saya iaitu di www.sistemautoresponder.com atau download ebook percuma tentang penerangan sistem autoresponder yang telah saya sediakan.
Saya menerima beberapa soalan daripada pelanggan – pelanggan saya yang soalannya rata – rata hampir sama sahaja. Oleh kerana saya nak memudahkan kerja – kerja saya, maka saya siapkan post ini untuk tatapan anda.
Apa yang akan saya terangkan di sini adalah, MENGAPA saya hasilkan produk ini dan APAKAH sebenarnya kandungan produk ini?
MENGAPA PRODUK INI DIHASILKAN?
Baiklah, saya menghasilkan produk ini adalah kerana terdapatnya permintaan daripada pengguna internet itu sendiri terutamanya daripada golongan “bakal” usahawan atau pemasar internet.
Kalau tak ada permintaan, untuk apa saya hasilkan produk ini bukan?
1. Apakah sistem autoresponder yang terbaik untuk digunakan?
Sudah terang lagi bersuluh, ramai “experience marketer” atau “otai” atau “guru” pemasaran internet menyarankan kita untuk menggunakan perkhidmatan sistem autoresponder daripada Aweber.com ataupun daripada Getresponse.com.
Mengapa?
Sebabnya mereka (Aweber dan Getresponse) adalah golongan professional yang sememangnya kerja mereka menguruskan sistem autoresponder untuk kegunaan pelanggan – pelanggan mereka.
Jadi, sudah tentulah mereka akan bekerja SETIAP HARI untuk memastikan sistem mereka berada di tahap yang paling bagus dan memenuhi kehendak pelanggan mereka.
2. Habis tu kenapa Amirol buat Produk Sistem Autoresponder pula?
Sudah menjadi lumrah manusia agaknya, walaupun sesuatu yang telah ditunjukkan di depan mata adalah jelas dan terbukti baik, masih ramai lagi yang tak mahu mengikut jalan tersebut… Masing – masing nak cari jalan sendiri atau nak teroka jalan sendiri…
Kerana itulah masih ada pihak yang mencari alternatif lain untuk memiliki sistem autoresponder selain daripada Aweber.com ataupun Getresponse.com
Alasannya: “Saya baru nak mula cuba – cuba dan belum ada modal cukup lagi nak melanggan sistem autoresponder berbayar macam Aweber atau Getresponse”
Jadi, pelbagai soalan timbul, apa script autoresponder percuma yang terbaik, apa sistem autoresponder yang mudah nak digunakan selain aweber atau getresponse dan sebagainya…
Pelbagai script dicuba dan yang menjadi masalahnya pula adalah TAK TAHU nak pasang script dan guna script yang di muat turun.
Jadi, kerana itulah terbitnya produk Sistem Autoresponder tersebut.
APAKAH SEBENARNYA KANDUNGAN PRODUK INI?
Kandungan produk ini adalah tidak lain dan tidak bukan, ianya merupakan satu produk berbentuk INFORMASI yang menerangkan dengan sejelas – jelasnya apakah sebenarnya sistem autoresponder dan bagaimana untuk menggunakan sistem autoresponder dengan efektif.
Di dalam ebook (manual startup) yang dibekalkan, saya terangkan BAIK BURUK kesemua sistem autoresponder yang ada di internet sama ada dari Aweber atau Getresponse ataupun penggunaan pasang Script Sendiri yang percuma mahupun berbayar.
Jujur katakan, sudah semestinya amat disarankan kepada pengguna untuk menggunakan sistem autoresponder daripada Aweber ataupun Getresponse.
“Kenapa Amirol? Tak OK ker pakai script yang dipasang sendiri?”
Saya bagi penerangan ringkas dan padat sahaja.
Pakai script yang dipasang sendiri, anda kena pandai perihal teknikal dalam pengurusan SCRIPT dan juga SERVER. Berbeza dengan Aweber atau Getresponse, masalah teknikal yang timbul sudah tentulah mereka uruskan.
Jadi, anda tak perlu pening kepala fikir masalah tersebut. Yang penting, guna saja sistem mereka. Kalau ada masalah, buat complaint
Seterusnya, script sistem autoresponder yang dipasang sendiri pada server biasa (SHARED SERVER) mungkin kadang kala tidak dapat beroperasi dengan baik. Al-maklumlah bila dah nama pun Shared Server, pihak penyedia hosting sudah tentu akan menyekat beberapa fungsi dalam server.
Malah mereka juga akan menyekat apa – apa saja aktiviti yang boleh menggugat keharmonian server tersebut sebagai contoh menghadkan penghantaran email dalam satu – satu masa.
Jadi, kalau ada ada 1000 list pada sistem autoresponder yang dipasang pada server anda, mungkin pihak hosting akan suspend akaun anda sebab proses penghantaran tersebut telah “makan” resource server.
Jadi, cara terbaik, anda perlulah gunakan Virtual Private Server (VPS) atau Dedicated Server (silalah google maksud – maksud ini)
Atau kalau tak, gunakan terus Aweber @ Getresponse.
“Tapi Amirol, Saya memang takde duit nak pakai Aweber @ Getresponse?”
Hah… Sebab tu la terhasilnya produk Sistem Autoresponder ni. Saya sediakan T UTORIAL cara PEMASANGAN dan PENGGUNAAN script sistem autoresponder daripada Parabots.com.
Oopss… mungkin ada orang ingat saya yang hasilkan script sistem autoresponder… Oh tidak… Saya hanya sediakan tutorial cara pasang dan cara guna sahaja… Script kena download DIRECT dari Parabots.com.
Kalau anda memang mahir dalam pemasangan script dan senang faham cara guna sebarang sistem, saya syorkan anda download dan pasang terus script tu. Tetapi kalau masih terkial – kial dan nak jimat masa, maka dapatkanlah Tutorial Sistem Autoresponder untuk memendekkan tempoh masa anda belajar cara pasang script.
Sama sahaja seperti panduan – panduan yang lain yang ada di pasaran. Kebanyakkannya adalah TUTORIAL yang mengajar anda cara guna sistem seperti cara pasang wordpress, forum atau sebagainya. Begitulah konsep Pakej Sistem Autoresponder ini.
Ringkasnya, produk Pakej Tutorial Sistem Autoresponder ini adalah merupakan PANDUAN pemahaman tentang sistem autoresponder, tips dan triknya serta disertakan TUTORIAL bervideo cara penggunaan sistem autoresponder dari Parabots.com
“Apa Beza Produk Amirol Dengan EasyAutores Bearnerd? Mana Lebih Baik?”
Produk rakan saya, Bearnerd, adalah panduan tentang pemasangan sistem autoresponder yang beliau ubah suai daripada Awake dan ditambah dengan beberapa fungsi beliau sendiri. Jadi sudah tentu ia ada keunikannya yang tersendiri.
Manakala produk saya pula adalah menjurus kepada penerangan informasi berkaitan sistem autoresponder, tips dan trik pemasangan menerusi sistem autoresponder.
Untuk melengkapkan lagi panduan ini, saya sediakan video tutorial yang menerangkan cara pemasangan script sistem autoresponder dari Parabots.com
Untuk makluman anda, saya telah lama bermain dengan pelbagai jenis sistem autoresponder dan SCRIPT PERCUMA.
Dan script percuma yang terbaik pada masa ini bagi sistem autoresponder adalah daripada Parabots.com. Mengapa? Dahulunya script ini adalah script berbayar, tetapi hari ini diberikan percuma oleh pemiliknya disebabkan ramai pengguna telah mengedarkan script beliau secara illegal. Oleh kerana “fed-up” dengan masalah tersebut, beliau tawarkan percuma sahaja.
Fungsi script tersebut sudah semestinya canggih berbanding script – script percuma yang lain. Jadi, daripada anda gunakan script percuma yang lain, maka gunakan script Parabots ini.
Antara fungsi script ini adalah:
Saya harap penerangan yang disampaikan ini sekurang – kurangnya dapat membantu anda memahami tentang apakah sebenarnya produk Tutorial Sistem Autoresponder yang telah dihasilkan.
p.s – Nak jadi pengedar pada pakej ini? Segera dapatkan lesen Resell Rights yang saya tawarkan.
Good job Amirol.Produk yg sgt bermanfaat ni. =)
salam amirol
boleh syorkan sy mana hosting yg benarkan
sy gunakan sistem autoresponder yg sdr amirol pasarkan kerana bila sy lihat T&C
pd web hosting ada yg tidak benarkan autoresponder yg percuma ni.
harap dpt membantu.
TQ
Tuan Dzulkiffly,
Sebaik – baiknya, dapatkan server VPS untuk memasang script tersebut.
Jika ingin menggunakan server *Shared*, memang banyak penyedia tak benarkan penggunaan script autoresponder, namun jika dipasang, saya galakkan list haruslah tidak melebihi 500 orang. Dan apabila dah lebih, segeralah berpindah ke VPS.
Kalau ada modal, saya memang menggalakkan Tuan Dzul mendapatkan Aweber atau Getresponse.
Tak perlu risau fikir pasal hal teknikal sistem
Teringat plak emel yg saya hantar kat Bro Amirol tempoh hari tanya tentang autoresponder ni..
Jawapan melalui emel hari tu juga sgt2 jelas dan mudah difahami..
ditambah lagi dgn penerangan di atas, semakin bertambah faham dgn autoresponder ni..
Terima kasih bro atas penerangn yg diberikan..
Alhamdulillah jika penerangan yang diberikan dapat membantu Rahman
terima kasih saudara amirol. penerangan yang cukup jelas dan mantap. memang saya tengah cari info tentang autoresponder ni.Good job!.tq banyak membantu
Sama – sama
Good job.. But ThunderAr already nice one
Adney pengguna ThunderAR yer?
Ada apa – apa problem dalam penggunaannya, just maklumkan saja pada saya ya.
Oooo.. sekarang baru saya faham.
Saya ada baca dari wc, script norabots sama dgn ni.
mula2 saya fikir parabots guna script norabots.
rupa2nya yang sebaliknya.
dan saya telahpun guna script parabot ni.
tapi tak beli produk ni lagi
Bagus juga produk autoresponder ni,mungkin ini yang julung-julung kali ci bina dan dilancarkan oleh anak melayu.Terapkan semangat 1 Malysia.
TQ
shawari/niaga
…
Memang benda percuma(autoresponder) ada serba kurang lah..
(^_^)
Yup, sy pun nak kena beli ni. heee. Mmg perlukan anak muda tempatan yg menghasilkan ebook yang manfat, disamping tu menolong orang lain jana ekonomi… Syukran bro..
Terus terang saya cakap autoresponder parabots by kavi is the best .
Berfungsi dengan baik cuma ada 1 jer kekurangan (semer kod di encrypt) hahaha.
Dan untuk text x baper ok kalau hantar kat email , mesej ada 6 perenggan tau2 sampai kat email jadi 3 perenggan , 1 baris ada 60 huruf sampai kat email jadi 100 huruf.
Untuk selesaikan masalah nih saya guna html email , semer ok .
Thanks muaz untuk info ini.
Tahniah dan TQ di atas penerangan di atas. Saya baru jer semalam melanggan Norabots, tapi masih blur camane nak setting.
Saya nak cadangkan supaya Amirol tawarkan service macam norabots tu, pasang script Parabots tu kat VPS server sendiri.Apa pendapat Amirol??
Tuan Safuan,
Saya memang ada service tu. dah lama ada tapi di tawarkan kepada customer membership saya dan juga customer tertentu. Tawaran tertutup.
Salam saudara amirol.info yang saudara kongsi memang banyak membantu terutama para newbe macam saya.tq.
salam bro amirol, script autoresponder ini boleh dipasang di facebook ker?
saya ada lihat ade borang op-tion di bhgn wall IM tempatan..