Sistem Pengurusan Jualan Internet?

NOTA: Informasi ini disediakan KHAS kepada usahawan yang mempunyai produk untuk dipasarkan di internet… Sila BACA dan FAHAM kan dengan teliti sekiranya anda ingin mengembangkan perniagaan dan pemasaran internet anda ke tahap yang lebih baik…

Memiliki strategi dan sistem yang “terbaik” untuk pengoperasian perniagaan internet anda pasti akan dapat membawa anda kepada satu tahap yang lebih kehadapan berbanding pesaing – pesaing anda yang tidak menggunakan sebarang bentuk strategi dan sistem yang berkesan.

Dengan memiliki sistem yang hebat untuk menguruskan segala aktiviti perniagaan internet anda, ianya adalah boleh diumpamakan anda memandu sebuah kereta Ferrari manakala pesaing – pesaing anda hanya menggunakan kenderaan biasa…

(psstt.. dalam kes ini, kita abaikan segala hal negatif seperti traffic jam, kemalangan etc ;) )

Cuba bayangkan jika anda berlumba dengan pesaing – pesaing anda yang hanya menggunakan kereta – kereta biasa… Sudah tentu anda mempunyai potensi yang lebih cerah untuk tiba ke destinasi dengan lebih awal berbanding mereka.

Sama juga dalam kes kita menjalankan aktiviti perniagaan internet. Memiliki satu sistem yang terbaik dan berkesan dapat membawa kita mencapai matlamat yang diidamkan dengan lebih cepat dan mudah. (of course ianya mesti turut disertakan dengan strategi pemasaran yang berkesan juga)

Perhatikan perniagaan – perniagaan offline yang besar seperti KFC, McDonald, Pizza dan sebagainya… Mereka mempunyai “sistem” mereka sendiri untuk menguruskan perniagaan mereka.

Anda pergilah ke mana – mana cawangan mereka, konsep dan sistem yang sama mereka gunakan untuk mengoperasikan perniagaan mereka bermula dari proses “mengambil tempahannya”, “upsellnya” dan “proses penghantaran produk”nya…

Dengan adanya sistem pengoperasian dan strategi perniagaan yang berkesanlah menyebabkan perniagaan syarikat – syarikat gergasi tersebut begitu berjaya dan bertahan sekian lama.

Sekarang, kita lihat pula bagaimana “konsep, sistem dan strategi” mereka dapat kita aplikasikan dalam aktiviti perniagaan internet yang kita jalankan.

Sebagai usahawan internet, kita sudah tentu mempunyai pelbagai produk yang ingin dipasarkan (sama ada produk digital, produk fizikal, atau perkhidmatan).

Untuk aktiviti pemasaran ini, kita memerlukan beberapa “peralatan” yang akan digunakan bagi memudahkan kerja – kerja pemasaran dan penjualan secara online.

Antara contoh “alatan” asas yang sering digunakan oleh usahawan internet adalah seperti:

  1. Sistem Script Affiliate – Untuk mendapatkan agen pemasaran bagi produk yang dipasarkan
  2. Sistem Autoresponder – Untuk mendapatkan dan menyimpan senarai pelanggan
  3. Sistem Borang - Untuk memudahkan kerja – kerja pengambilan data seperti data tempahan dan sebagainya.

Rata – rata usahawan internet baru seboleh – bolehnya akan menggunakan sumber atau peralatan percuma kerana mereka:

  1. Kekurangan modal untuk membeli alatan yang lebih canggih
  2. Masih belum berkeyakinan untuk melakukan pemasaran secara serius
  3. Masih bersikap atau mempunyai minda “ingin cuba – cuba dulu“.
  4. Kurang pendedahan tentang penggunaan sistem yang berkesan untuk perniagaan mereka.

Semasa awal penglibatan saya dalam aktiviti pemasaran dan perniagaan di internet, keadaan saya juga sama seperti usahawan internet baru yang lain… (dalam erti kata lain, sama seperti newbie lain)

Saya juga pernah menggunakan pelbagai macam script dan sumber percuma untuk mengoperasikan aktiviti perniagaan dan pemasaran saya.

Ini adalah kerana pada ketika itu, perniagaan saya masih diperingkat permulaan dan masih belum berkembang. Jadi, saya tidak terfikir dan tidak menghiraukan tentang “cabaran” masa depan yang bakal saya tempuhi.

Alhamdulillah hari demi hari, perniagaan yang saya jalankan makin berkembang. Pelanggan pula makin hari makin ramai. Dan saya telah mempunyai serangkaian produk yang dipasarkan…

Namun, saya dapati diri saya makin tertekan dan segala kerja – kerja saya semakin “berterabur” terutama sekali dalam bab menguruskan penjualan produk yang saya pasarkan di internet.

Saya acap kali terlepas pandang tempahan yang dikirimkan ke email saya sehingga menyebabkan kadang kala produk dikirimkan agak lewat 2 – 3 hari.

Malah saya juga banyak membuang masa untuk menyemak email, menyemak transaksi pembayaran dan mengirimkan butiran download secara manual kepada pelanggan – pelanggan saya yang datangnya daripada pasaran tempatan.

Anda sendiri sudah sedia maklum bahawa pembayaran menerusi online banking atau deposit menerusi ATM, kita perlu semak secara manual terlebih dahulu sebelum mengesahkan transaksi adalah tepat dan kemudiannya barulah menghantar produk kepada pelanggan.

Dahulu, sistem online transfer bank masih belum ada notifikasi email yang menyatakan siapakah pengirim dan jumlah wang yang dikirimkan kepada kita.

Jadi, usahawan internet terdahulu terpaksa sentiasa login ke dalam akaun Maybank / CIMB terlebih dahulu untuk menyemak transaksi dan kemudian “double check” dengan borang pengesahan yang dikirimkan mereka.

Jika data disahkan betul, barulah butiran produk dikirimkan kepada pelanggan yang terlibat. Terdapat banyak juga kes – kes penipuan butiran pembayaran yang dilakukan pada ketika itu.

Proses penghantaran produk juga terpaksa dijalankan secara manual terutama sekali bagi produk digital.

Usahawan terpaksa “copy & paste” ayat pengiriman butiran download produk atau notifikasi penghantaran produk kepada setiap pelanggan yang telah membeli produk mereka.

Bayangkan jika anda terpaksa “copy & paste” ayat – ayat tersebut untuk setiap satu email pelanggan anda. Dan katakan ada 30 email yang anda perlu buka satu persatu dan pastekan ayat tersebut. Berapa lama masa sudah terbuang di situ selain daripada masa – masa untuk menyemak butiran pembayaran, semak kesahihan data dan sebagainya.

Masalah lain pula yang sering timbul adalah apabila sudah 3  – 4 bulan, pelanggan lama datang meminta kembali butiran akses ke ruangan download (memandangkan saya banyak menjual produk digital), maka saya terpaksa login ke dalam akaun email, dan mengambil masa untuk mencari serta  mengesahkan data mereka.

Ada yang mereka sendiri tak ingat apa email yang digunakan atau nama yang digunakan sewaktu pembelian. Jadi pelbagai kesukaran yang timbul dalam proses mencari data pembeli lama.

Saya percaya pada ketika ini masih ramai lagi usahawan internet tempatan yang mengamalkan kaedah ini dan menghadapi masalah yang sama.

Jika penjualan produk di pasaran antarabangsa, penghantaran produk digital boleh dilakukan secara automatik sahaja selepas pembeli membuat pembayaran di PayPal atau 2Checkout. Malah rekod mereka juga boleh diperolehi daripada sistem PayPal atau 2Checkout tersebut memandangkan data mereka di simpan di dalam database sistem tersebut.

Sebaliknya untuk pasaran tempatan yang menggunakan pembayaran offline, semuanya terpaksa melalui proses manual. Kita hanya berharapkan pada “sistem autoresponder” sahaja untuk menyimpan data pembeli. Apabila pembeli secara tidak sengaja un-subscribe, maka data mereka pun hilang dari database autoresponder.

Kemudian apabila mereka kembali meminta produk yang mereka beli, kita tak dapat nak detect sama ada mereka benar – benar pernah membeli daripada kita ataupun tidak melainkan mereka dapat membekalkan bukti – bukti pengiriman email lama yang pernah dikirimkan.

(Masalah ini mungkin boleh diselesaikan dengan penggunaan sistem daripada NetBuilder.. Saya kurang pasti.. Jika ada kesempatan saya akan cuba gunakan perkhidmatan mereka)

Kes lain pula adalah berkenaan dengan program affiliate yang dibangunkan oleh usahawan – usahawan internet tempatan.

Seperti yang sering kita lihat, pelancaran – pelancaran produk oleh usahawan internet tempatan sering menggunakan script sistem affiliate daripada post affiliate free atau daripada script sistem affiliate pakej web jualan yang saya sendiri bekalkan.

Saya sendiri pernah menggunakan script tersebut satu ketika dahulu…

Sekarang kita lihat, apakah script ini benar – benar sesuai untuk digunakan sebagai “alatan eksklusif” buat perniagaan internet anda?

Jawapannya, jika anda baru ingin melancarkan 1 jenis produk untuk dipasarkan di internet, script ini mungkin mampu menyempurnakan hasrat anda dengan baik.

Alasan yang menyebabkan saya menghasilkan panduan sistem affiliate adalah supaya pengusaha baru (usahawan internet baru) yang kekurangan modal untuk mendapatkan script canggih mampu memasarkan produk mereka dengan kos yang paling rendah pada peringkat awal dan kaut keuntungan semaksima yang mungkin.

Seterusnya, hasil daripada keuntungan tersebut haruslah digunakan untuk mendapatkan “alatan” yang lebih baik yang akan membawa pengusaha tersebut ke tahap yang lebih tinggi dan maju.

Itu “intention” utama saya dalam penghasilan produk tersebut…

Jadi, apa masalahnya yang akan timbul dalam penggunaan script ini untuk jangka masa panjang?

Saya yakin bahawa usahawan internet pasti akan mempunyai produk demi produk dari semasa ke semasa.

Ok, katakan anda kini mempunyai 10 jenis produk yang ingin dipasarkan.

Tanya pada diri anda sekarang… apakah anda berasa mudah untuk memasang dan menguruskan 10 program affiliate yang berada di berlainan tempat?

Saya amat yakin ia akan menjadi satu kesukaran buat anda.

Itu belum lagi kesukaran untuk menguruskan penjualan produk, menyemak butiran pembelian, menguruskan pelanggan, menguruskan JV Partner dan sebagainya…

Ringkasnya, apa yang saya cuba dan ingin tanyakan kepada anda adalah tentang SEJAUH MANAKAH keberkesanan anda dalam menguruskan penjualan produk – produk anda di internet pada ketika ini?

Apakah proses – proses penjualan tersebut berlaku dengan penuh sistematik dan lancar tanpa menghadapi sebarang kesukaran seperti yang dinyatakan diatas?

Apakah anda ketika ini benar – benar enjoy melakukan perniagaan internet anda atau sebenarnya sedang tertekan dengan pengurusan perniagaan internet anda?

Pernahkah anda terfikir untuk memiliki satu sistem pengurusan yang mampu memudahkan semua kerja – kerja pemasaran internet anda dengan hanya beberapa klik sahaja?

Itu adalah soalan – soalan yang bermain di fikiran saya 2 tahun yang lepas…

Saya sentiasa terfikir tiadakah cara yang paling baik untuk saya uruskan perniagaan saya ini dengan lebih mudah tetapi professional…

Pelbagai macam sistem yang saya pernah cuba untuk memudahkan kerja – kerja pemasaran dan perniagaan internet saya. Dalam hardisk saya ini penuh dengan pelbagai sistem dan script berbayar. Nilai harga script – script ini sudah mencecah puluhan ribu!

Jika rosak hardisk ini, memang menangis lah saya. (^_^)

Setelah mencuba sistem itu ini, akhirnya saya “landing” pada satu sistem sahaja yang akhirnya dapat memenuhi kehendak dan “nafsu” saya.

Sebelum saya terangkan lebih lanjut tentang sistem yang saya pakai sekarang ini, saya akan berikan “point – point” yang boleh menjadi masalah kepada usahawan internet tempatan:

1. Kesukaran menguruskan REKOD JUALAN.

Bayangkan jika anda mempunyai 10 jenis produk yang dijual. Adalah sukar untuk menguruskan rekod penjualannya jika tiada 1 sistem pengurusan khas.

Sudah tentu berterabur rekodnya tanpa tersusun dan sistematik. Ingin mencari kembali data – data lama juga sudah tentu menjadi satu bebanan…

2. Kesukaran menguruskan kumpulan JV Partner dan kumpulan agen affiliate biasa

Setiap pelancaran produk baru, sudah tentu usahawan tersebut akan mencari JV Partner untuk membantu dalam aktiviti promosi. Biasanya JV Partner ini akan diberikan komisyen yang agak tinggi berbanding agen affiliate biasa

Malah ada sesetengah strategi yang digunakan, tawaran hanya dibuka untuk JV Partner terlebih dahulu sebelum dibuka kepada umum.

Hal ini adalah kerana sistem affiliate biasa yang digunakan tiada kemampuan untuk menguruskan lebih daripada 1 operasi kumpulan agen pemasaran. Jika mahu urus lebih daripada 1 kumpulan agen pemasaran, maka perlu pasang 2 kali pemasangan script. Huh… leceh bukan?

3. Pemasangan script yang berulang – ulang kali.

Tentu anda kenal rakan – rakan usahawan internet kita yang aktif menghasilkan dan memasarkan produk di internet.

Tidak dinafikan produk mereka hebat – hebat belaka namun yang menjadi masalahnya, setiap kali produk mereka dilancarkan, maka setiap kali itulah kita perlu mendaftar pada sistem yang berada pada setiap laman web jualan mereka.

Kadang kala sampai kita sendiri terlupa apakah kita pernah mendaftar pada sistem tersebut ataupun tidak…

4. Kerja penghantaran produk secara Manual

Biasanya, usahawan internet tempatan kita akan menghantar produk secara manual iaitu seperti “copy & paste” template ayat pengiriman produk kepada email pelanggan..

Yang kepalanya agak “tricky” sikit, mereka mungkin akan mendaftarkan sendiri data pelanggan pada sistem autoresponder  yang digunakan dan sistem autoresponder akan mengirimkan butiran produk secara automatik kepada pelanggan. Ringkasnya, mereka menjadikan sistem autoresponder umpama sistem membership.

(psstt… saya menggunakan kaedah tersebut masa awal – awal dahulu :p )

Sekarang anda sudah nampak betapa sukarnya untuk menguruskan perniagaan internet anda sekiranya anda tidak memiliki satu sistem khas / khusus untuk mengawal perniagaan anda.

Disebabkan kesukaran tersebutlah membuatkan saya akhirnya memilih DELAVO™ sebagai sistem muktamad yang akan saya gunakan bagi mengurus kesemua aktiviti perniagaan internet saya.

Saya bukan mahu  mempromosikan produk ini tetapi sebaliknya saya ingin anda lihat betapa pentingnya anda mengawal aktiviti – aktiviti pemasaran dan perniagaan internet anda bermula hari ini

Sedikit penerangan tentang DELAVO™ yang saya gunakan. DELAVO™ sistem e-Commerce yang merupakan cucu kepada sistem pertama e-commerce terbitan John Delavera iaitu JVManager.

Pada permulaan Sistem JVManager diperkenalkan, pada waktu itu ia tiada kemampuan untuk menguruskan penerimaan pembayaran secara offline (manual). Namun ciri – ciri sistem ini amatlah berkuasa kerana ia berkemampuan untuk menguruskan segala urusan penjualan secara online, affiliate, jv partner, membership, download dan sebagainya…

Kemudian, John Delavera menerbitkan evolusi sistem e-Commerce terbaru iaitu merupakan “anak” kepada JVManager dan dikenali sebagai JVManager 2 atau Fantasos™.

Harga ketika itu untuk memiliki sistem Fantasos ini adalah sekitar USD2997. Hal ini adalah kerana fungsinya yang amat canggih dan berkuasa berbanding JVManager 1.

Menariknya, ia telah berkemampuan untuk menguruskan penjualan dan penerimaan pembayaran secara offline. Hal ini telah memberikan saya satu titik tolak untuk “menaik taraf” diri saya kepada satu tahap yang lebih baik.

Bermula dari Fantasoslah saya mula mengawal dan menguruskan perniagaan internet saya untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dalam 1 sistem yang sama tanpa ada lagi “pengurusan yang berterabur”.

Suka saya kongsikan, segala kerja – kerja pengurusan jualan produk saya menjadi amat mudah dan kini sememangnya saya perlu “bergantung” sepenuhnya kepada sistem ini untuk “survive” dalam aktiviti penjualan produk saya di internet.

Dengan hanya 1 Sistem sahaja saya boleh mengawal kesemua penjualan produk – produk saya, agen affiliate, ruangan download / akses membership dan sebagainya.

Tak perlu lagi nak install berulang – ulang kali sistem script yang pelbagai untuk setiap laman web jualan saya. Semuanya boleh di integrasikan dalam satu sistem pengurusan sahaja.

Untuk memberikan anda lebih keterujaan, jom kita lihat antara ciri – ciri yang telah menyelamatkan banyak masa saya dan mempermudahkan kerja – kerja saya sehingga ke hari ini….

Pengurusan Produk – Produk Dalam 1 Sistem (Product Manager)

Saya memiliki banyak laman web yang menjual produk dan perkhidmatan. Walaupun penjualan produk tersebut berlangsung di domain dan laman yang berbeza serta server yang berlainan, namun apabila proses pembelian berlaku, pembeli perlu melalui sistem DELAVO™ yang merupakan sebagai PUSAT yang menguruskan proses – proses pembelian dan penghantaran produk.

Ringkasnya, DELAVO™ bertindak sebagai tempat Centralization (PUSAT) dan merekod semua aktiviti penjualan yang berlaku.

Hal ini dapat memudahkan kita sebagai pengusaha untuk memantau setiap aktiviti penjualan kita.

Rekod Jualan Dalam 1 Sistem (Sales Manager)

Proses untuk memantau segala transaksi pembelian produk – produk saya juga menjadi lebih mudah. Saya dengan mudah dapat melihat apakah produk yang telah terjual hanya dalam satu sistem sahaja. Tak perlu lagi nak buka email satu persatu untuk semak rekod jualan saya.

Jika ada tempahan dan setelah saya menerima BUKTI transaksi pembayaran, saya hanya perlu cari tempahan tersebut dan seterusnya TICK pada MARK as PAID untuk membolehkan sistem merekodkan data pembelian daripada pelanggan – pelanggan tertentu dan sekaligus menghantar butiran produk (seperti download link atau invoice) kepada pelanggan secara automatik!

Tak perlu lagi ada kaedah “copy & paste” ayat penghantaran produk pada setiap email. :)

Rekod Jualan & Komisyen Affiliate (Sales Manager)

Setiap kali selepas anda MARK as PAID, jika ada agen affiliate yang terlibat, sistem secara automatik akan kreditkan komisyen kepada agen affiliate tersebut.

Untuk makluman, pada sistem ini anda boleh setkan seberapa banyak kumpulan agen affiliate dengan nilai komisyen yang berbeza mengikut kehendak anda.

Anda boleh tetapkan siapa yang dibenarkan mendaftar sebagai agen affiliate dan siapa tidak.

Semuanya mengikut cita rasa anda sendiri bagaimana ingin mengoperasikan program affiliate anda. :)

1 Pendaftaran Affiliate & Promosi Semua (Affiliate Program)

Agen affiliate hanya perlu mendaftar SEKALI sahaja pada sistem saya dan mereka boleh mempromosikan produk – produk saya dengan 1 username sahaja.

Tak perlu lagi mendaftar berulang – ulang kali pada laman web jualan yang berbeza hanya semata – mata untuk menyertai program affiliate saya.

Malah, saya juga boleh tetapkan nilai komisyen yang berbeza mengikut kumpulan affiliate yang saya bina.

Saya boleh pilih sesiapa sahaja untuk mempromosikan produk affiliate saya  atau menghalang sesetengah pihak daripada mempromosikan produk tertentu.

Sebagai contoh, mungkin agen affiliate A dapat mempromosikan produk A tetapi agen affiliate B tidak.

Semuanya mampu ditetapkan dengan mudah.

Pengurusan Penghantaran Produk (Delivery Manager)

Oleh kerana saya banyak menjual produk digital, maka saya sering menggunakan fungsi Download dan Membership yang disediakan. Jika anda pernah membeli mana – mana produk keluaran saya, anda pasti akan menerima email tentang ruangan akses mengikut username dan password yang dikirimkan kepada anda.

Semuanya saya gunakan fungsi yang terdapat di sini. :)

Jika penjualan produk fizikal kita boleh setkan invoice / receipt dikirimkan kepada pelanggan. Jadi, tugas kita nanti hanya perlu download / cetak alamat penghantaran pelanggan dan hantarkan produk kepada mereka.

Terlalu banyak fungsi yang terdapat di dalam sistem DELAVO™ ini. Saya rasa cukup setakat ini sahaja terlebih dahulu cerita saya tentang sistem ini. :)

Sebagai kesimpulannya, berdasarkan daripada apa yang telah saya kongsikan di sini, saya berharap anda sudah mula nampak “jalan” bagaimana untuk mempertingkatkan lagi hasil dan potensi penjualan produk – produk anda di internet dengan mengamalkan dan mengaplikasikan konsep pengurusan perniagaan internet yang lebih efektif.

Jika selama ini anda dalam keserabutan menguruskan aktiviti perniagaan internet anda, maka anda PATUT mencari penyelesaiannya dengan segera.

Gunakan sistem yang sama seperti saya atau dapatkan apa – apa sistem yang mampu menguruskan perniagaan anda daripada 1 PUSAT pengurusan sahaja.

Permudahkan aktiviti anda dengan konsep CENTRALIZATION…

Jika anda bermula dengan script, sistem atau sumber percuma, manfaatkan kegunaan mereka sehabis – habisnya dan hasil keuntungan yang anda perlolehi, asingkan beberapa bahagian untuk anda LABURKAN kembali kepada sistem yang lebih baik dan baru.

Umpama anda bermain permainan komputer “Age of Empires atau WarCraft” (jika ada), anda akan bermula dengan beberapa sumber percuma yang telah disediakan… Anda akan menggunakan sumber – sumber percuma tersebut untuk mengumpul “income” yang diperlukan.

Seterusnya anda perlu “upgrade” sumber yang sedia ada kepada yang lebih baik dan baru seperti membina bangunan baru, menambah lagi pekerja – pekerja baru dan seterusnya berusaha untuk memenangi permainan tersebut.

Aplikasikan konsep permainan tersebut ke dalam aktiviti perniagaan dan pemasaran internet anda.

Download ebook ini untuk rujukan anda:

http://www.jvcommerce.com/BigYellowBook

Semoga perkongsian saya yang panjang lebar ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda input yang berguna…

ikhlas,
Amirol Zolkifli
Authorized Producer & Seller
DELAVO™ Informational Digital Products
Club DELAVO Card Holder

DELAVO™ is a trademark of The Internet Company. All Rights Reserved.
Unauthorized usage of the trademark will result to legal proceedings.

THIS INFO IS NOT PART OF THE OFFICIAL DOCUMENTATION OF DELAVO NEITHER IS IT DELIVERED AS SUCH.

The INFO has been created by Amirol Zolkifli, authorized owner of the DELAVO software (URL: JVCommerce.com) and owner of the CLUB DELAVO CARD. Only authorized owners of the software and card holders can produce instructional DIGITAL materials and/or run online services related to DELAVO.

The creator of this INFO is not associated with The Internet Company, neither does The Internet Company approves or validates the accuracy of this INFO’s contents, advices and/or suggestions.

The CONTENT of this INFO to you does not imply or verifies in any way any right of yours to the DELAVO software, unless you are an authorized DELAVO user. DELAVO can be obtained only by The Internet Company at www.Delavo.com

Please report all abuses to legal AT TheInternetCompany.net – replace AT with @

All online and off-line materials of The Internet Company – including, without limitation, text, software, names, logos, trademarks, service marks, trade names, images, photos, illustrations, audio clips, video clips, and music – are copyrighted intellectual property and as such are protected by international and US Laws. All usage rights are owned and controlled by The Internet Company or are licensed by The Internet Company from the appropriate owner.

You may use this INFO for non-commercial, personal use only provided you 1) respect all copyright, trademark and propriety notices, 2) make no modifications, and 3) do not use the content in a manner that suggests an association with any of The Internet Company’s products, services, events or brands. You may not copy, reproduce, republish, upload, post, transmit or distribute the content of this INFO  in any way or for any other purpose unless you get the creator’s written permission first. Neither may you add, delete, distort or misrepresent any content related to this INFO.

awal
 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



58 Responses to “Sistem Pengurusan Jualan Internet?”

  1. MuhdSyukri says:

    Dah install dah delavo ni.
    masalahnya nak pakai tak tahulah pulak. hehe

  2. Amirol says:

    Nak pakai dia memang agak complicated juga pada peringkat awal.

    Apa yang Syukri perlu buat, fahamkan LOGIK penggunaan sistem tersebut dan saya yakin bila Syukri dah faham logiknya, maka mudah sahaja Syukri ingin menguasai penggunaan DELAVO™ . :D

    • Komen Ebook says:

      Yup, bagi saya, di awalnya memang complicated. Namun, Alhamdulillah, makin lama makin faham logik sistem Delavo ni. Kini, dah lebih 50% minisite sendiri (dan reseller) telah saya integrate dengan Delavo. Memang banyak menjimatkan masa!

      Jika tak faham flow logik tu, for sure akan hadapi masalah.

      Saya dah nak masuk 3bulan lebih belajar Delavo secara part-time, average dalam 2-3 jam sehari.

      Syukur, Alhamdulillah, Guru Online yang ajar saya pakai Delavo tu sangat penyabar orangnya.

      Siapakah orangnya? Dia adalah yang menulis artikel terpanjang neh :-D

  3. smartzul says:

    Fuh.. Rasanya ini adalah artikel terpanjang amirol. Terima kasih.

    Bagi yang baru bermula, saya rasa mereka sudah boleh gunakan sistem ni. Tak perlu cuba-cuba cara manual/biasa. Nanti susah pula nak manage. Rugi masa dan tenaga.

    Saya ada cadangan. Mungkin Amirol boleh buat bengkel khas untuk penggunaan sistem Delavo ni. Mungkin target dahulu usahawan-usahawan internet yang sudah ‘berpengalaman’ sebelum membuka peluang kepada umum. Bila ‘otai2′ ni dah guna, maka dengan sendirinya benda ni akan merebak sedikit demi sedikit.

    Mengapa usahawan yg berpengalaman dulu? Sebab mudah sikit amirol nak explain sebab basic IM tu mereka dah ada selain boleh dapat feedback / cadangan untuk next workshop.

    Selain itu, ada perkara berkaitan jika mahu upgrage ke pengunaan sistem seperti bagaimana menguruskan (export) data2 sedia ada.

    Saya yakin, ramai yang mahu guna konsep pemusatan pengurusan ni. Cuma mungkin ia nampak kompleks, teknikal dan sudah sebati dengan kaedah biasa. Namun ini bukan alasan untuk tidak ke tahap yang lebih terurus. Saya sendiri pun mahu juga ke tahap itu, cuma buat masa ini belum kesempatan lagi.

    Sekali lagi, saya amat syorkan amirol adakan bengkel penggunaan sistem ini dan juga konsep centralization. Saya rasa, di Malaysia ni hanya amirol yang lebih berpengalaman dgn sistem ni, malah lebih banyak terdedah dengan ‘metodologi’ John Delavera.

    Saya rasa, bengkel lebih praktikal berbanding hanya menerangkan melalui video atau ebook. Sebab sistem ni amat kompleks.

    Jangan lupa bagitahu saya kalau jadi buat bengkel ni. :)

    Tahniah.

    -smartzul

    • Amirol says:

      Terima kasih Zul untuk sokongan yang diberikan.

      Yup, memang ini artikel yang terpanjang yang saya coretkan. :D

      InsyaAllah ada rezeki dan peluangnya, akan saya usahakan bengkel tersebut untuk memberikan lebih kefahaman kepada usahawan – usahawan internet tempatan betapa pentingnya penggunaan sistem berkuasa seperti DELAVO™ ini dalam pengurusan perniagaan internet mereka.

      Sure, saya memang akan menjemput Zul sekiranya “cadangan” yang Zul berikan kepada saya tersebut menjadi kenyataan. :D

  4. sukri says:

    Terima kasih sdr Amirol,

    Saya amat berterima kasih kepada saudara kerana produk yang PWJ tu memang berbaloi saya beli . Bermula dengan tunjuk ajar dari saudara , saya kini sudah boleh membina web perniagaan sendiri. alhamdulillah perniagaan semakin berkembang.

  5. che wan ruzil says:

    Assalamualaikum,

    Rasanya ini kali pertama saya pernah beri respond dalam website/blog internet marketer yang pernah saya beli produk2 mereka dulu.
    Takde apa nak cakap cuma saya rasa seronok tengok ramai di sini yng dah ada bisnes internet. Kalau saya nak baca balik semua ebook yg dibeli sejak 2007 (tahun saya mula ghairah dgn idea bisnes internet)tak terbaca agaknya apatah lagi nak implement apa yang diajar. Akhirnya terpaksa surrender juga kepada rutin kerja harian yg juga menghasilkan pendapatan (tapi tak sebanyak internet bisnesman agaknya heheh). Sekarang saya hanya terima dan baca saja email dari internet marketer.

    • Amirol says:

      Terima kasih Tuan Che Wan kerana akhirnya berkesudian memberikan respon di blog saya.

      InsyaAllah ada peluangnya nanti, Tuan boleh usahakan kembali perniagaan menerusi internet. :D

  6. rahmanbasri says:

    Panjangnya artikel..nak semput juga nak habiskan post ni :-)

    Sistem ini pastinya lebih memudahkan pengurusan perniagaan..

    Insyaallah saya akan cuba mendalami sedikit demi sedikit untuk menguasai Sistem Delavo ini..

    Kut2 nanti boleh menyumbang sedikit info dalam dunia IM ini.. :-)

  7. MY says:

    Tahniah Amirol dengan info yang panjang dan padat ini (selalu orang tulis ringkas & padat). Saya setuju dengan cadangan Saudara Zul untuk dibengkelkan ilmu praktikal ini. Selamat maju jaya & Selamat Berbuka Amirol!

  8. AJ says:

    Sistem Delavo ini mempunyai fungsi yang cukup mengujakan. :-)

    Nak develop sistem camni, fuh…. biler r leh siap.. hehehe
    Promosi dapat free sistem ni dah tamat pun. Tahniah kepada IM2x yang berjaya merebut peluang untuk memiliki sistem advance ini.

    terima kasih juga kepada En. Amirol kerana berkongsi sedikit sebanyak tentang Sistem jualan berpusat Delavo & berkongsi pandangan dari E-Mel saya yang lepas.

    :-)

    P/S: Jika tidak keberatan jemputlah seketika melawat preview sistem minisite bekas anak murid En. Amirol ini. :-)
    http://wawwi.com

    • Amirol says:

      Nak develop sistem macam tu, kurang – kurang kena kerja berkumpulan baru dapat siap. Kalau sorang – sorang, mau giveup akhirnya. :D

      Apa – apapun, sistem affiliate yang AJ develop tu pun dah menarik. Banyak features boleh add lagi.

      Dah ready jangan lupa bgtau saya ya!

  9. ejat says:

    Untuk Delavo nih, macam mana nak daftar and macam mana monthly fees dia (kalau ada)?

    • Amirol says:

      Tuan Ejat,

      Ada 2 Cara nak dapatkan Delavo

      1. Daftar sebagai pengguna / pembeli DelavarianMarketing.com atau TurboMembership.com.

      Dengan pendaftaran tersebut, Tuan akan dibekalkan dengan script DELAVO™ versi BASIC. Namun sudah mencukupi untuk digunakan bagi aktiviti penjualan pelbagai produk, pengurusan affiliate, pengurusan download dan pengurusan keahlian.

      2. Cara kedua adalah, Tuan gunakan akaun HOSTED yang ditawarkan oleh pengguna – pengguna ENTREPRISE DELAVO™. Fees yang ditetapkan oleh John Delavera kepada semua pembekal adalah seperti berikut:

      http://jvcommerce.com/salespage/DELAVO_hostedaccounts.html

      Namun setiap pembekal ada tawaran tersendiri seperti memberi akses ke membership tertentu dan sebagainya. Tuan boleh buat research di internet untuk mencari tawaran yang ada, atau gunakan saja sistem HOSTED dari John Delavera yang dibekalkan apabila menjadi ahli TurboMembership.com.

      Atau Tuan juga boleh hubungi saya untuk mendapatkan akaun di JVCommerce.com dengan tawaran istimewa. :)

  10. Fiza says:

    uiks.. nang panjang artikel ktk tok eh.. hahaha… informasi yang berguna! trimas owh.. slamat berpuasa poK! jgn ponteng posa~ hehe

  11. Delavo memang satu sistem pusat yang memudahkan kerja.

    Saya rasa setiap IM harus memiliki sistem ini.

    Saya sendiri pakai Delavo.

  12. code7 says:

    Terima kasih bro Amirol di atas artikel yang cukup bermanfaat ini. Sy ada juga dgr pasal Delavo sblm ni, sehinggalah bro posting artikel ni baru nampak dgn jelas sekali pengunaannya.. Ia cukup strategik bg mereka yang ada kumpulan affiliate product yang banyak. Sy rs ia merupakan tools IM yang cukup baik untuk jangka masa panjang..

    • Amirol says:

      Sama – sama.

      Yup, memang ia merupakan Tools yang cukup baik untuk internet marketers.

      Ia bukan saja untuk untuk manage affiliate, tetapi pelbagai lagi fungsi lain yang ada.

      Kalau Code7 mau cuba sistemnya, email saya dan saya berikan free access untuk percubaan. :D

  13. Assalamualaikum bro,

    Tidak boleh dinafikan dan disangkal lagi, Pakej Web Jualan bro memang memberi keuntungan 1000% kepada saya.

    Hasil dari ilmu yang dikongsikan kat dalam pakej tu, saya telah berjaya membina lebih 20 laman web jualan, dan mengaut keuntungan lebih RM5,000 hasil jualan produk dari laman-laman web jualan tersebut.

    Well done bro… memang saya sangat-sangat puashati dengan Pakej Web Jualan.

    Memang saya dah bertukar kepada tool yang lebih advance… tetapi semua asas yang saya belajar dari Pakej Web Jualan memang boleh dipraktikkan dimana-mana.

    Pasal DELAVO plak, aritu saya dah download free, tapi tak reti macam mana nak install. Saya cuba tanya bro Zamri Nanyan, tapi dia pon pening2 lalat juga so saya pon give-up jelah… hohoho…!!!

    • Amirol says:

      Tahniah Bro Amzani dengan kejayaan yang diperolehi.

      Yup, dalam PWJ, ia hanya membekalkan TOOLS asas yang diperlukan…

      Pendek kata, kita beri sumber awal, dan lepas tu pengguna perlulah “upgrade” diri mereka kepada yang lebih baik…

      InsyaAllah, pengguna PWJ versi terkini kelak, akan diberikan akses ke akaun hosted DELAVO. :D

  14. AdiProper says:

    Salam hormat Amirol,

    Bg sy artikel anda amat berguna kerana menceritakan perjalanan menjalankan bisnes internet sejak 3 tahun lepas tanpa berselindung buat panduan bg yg mula berjinak2 dgn IM atau dah lama.

    Sy antara yg terawal memiliki PWJ versi Resell Rights.

    Tahniah kerana telah gunakan sistem yg canggih ni (Delavo)semoga bisnes anda semakin sukses.

    • Amirol says:

      Salam Tuan Adi,

      Terima kasih atas sokongan Tuan.

      Saya telah menggunakan sistem ini sejak zaman JVManager 1 lagi seterusnya berpindah ke Fantasos dan akhirnya kini versi DELAVO.

      Memang banyak kerja – kerja telah dapat dipermudahkan sepanjang penggunaan sistem ini.

  15. amzari says:

    Salam bro amirul…
    saya kagum dengan penerangan yang diberikan, walaupun penerangan hanyalah di peringkat basic tetapi susunan ayat mengasyikan…
    terima kasih di atas info yang diberikan…

  16. baem says:

    panjang dan berinformasi…artikel yang sangat bagus.Amirul..boleh tak saya letak artikel anda di blog saya..he..he..

    • Amirol says:

      Salam Baem,

      Terima kasih kerana berminat dengan artikel ini.

      Baem boleh memasukkan kandungan artikel yang diterangkan namun untuk segala imej tentang DELAVO, saya mohon maaf tak dapat benarkan kerana ianya under copyright dan dibawah terms & condition The Internet Company yang hanya membenarkan authorized user sahaja menyebarkan informasi ini.

      :)

  17. Fazli says:

    saya dah lama dengar pasal delavo ni melalui subsription saya dgn IM oversea. tapi tak larat nak paham kan dalam bahasa inggeris. saya rasa selain amirol, zamri nanyan juga gunakan sistem yang sama. saya rasa panduan menggunakan delavo ni perlu dikeluarkan supaya dapat membantu usahawan lain dalam meng’automatik’kan perniagaan mereka.
    tahniah dan terima kasih atas penerangan yg pjg lebar. mcm dah boleh buat ebook baru je. hehehe…

    • Amirol says:

      Sebenarnya banyak lagi yang pakai sistem ini dan IM – IM Popular tempatan yang pakai adalah seperti Patric Chan, Edmund Loh (JVManager1), Gobala Krishan, Yuzairy (otai ni siap involve dalam team fantasos manual development).

      Lain – lain IM macam Abooain, Rammel (komen diatas).

      InsyaAllah, ada masanya nanti akan saya keluarkan ebook percuma yang akan terangkan tentang fungsi DELAVO. :)

  18. reez says:

    Salam En.Amirol,
    thanks for the very informative write-up. Even I’m still not achieve any sell thru the net, i luv to know n get the system that help us in managing our current an future biz.
    Still struggling to generate income.At moment my focus to get some RM is thru adsense, but a bit hard to get traffic to the site, anyway “learn to crawl before to walk.”

  19. Abooain says:

    Satu artikel yang memang berguna dan paling panjang pernah saya baca….

    DELAVO memang power dan memudahkan urusan jual beli yang kita lakukan. Mula tertarik dengan kehebatan ayannya JVM kemudian FANTASOS dan sekarang cucunya, DELAVO.

    Amat berkenan dengan cadangan Zul di atas, Amirol boleh pertimbangkan cadangan tersebut dan keluarkan satu panduan untuk sesiapa yang berminat dengan DELAVO tersebut.

  20. wanwma says:

    Dah lama saya tengok mindmap DELAVO yang Amirol berikan dulu, tapi tak faham pun apakah benda itu sebenarnya. Sekarang barulah saya faham apa itu DELAVO.

    Produk pertama saya beli dalam internet ni adalah produk keluaran Amirol. Itulah kali pertama saya beli produk secara online- tahun 2007. Dan sebab Amirol la saya mula percaya dgn pembelian di internet. Thanks!

    Dengan PWJ pula saya tahu menghasilkan web jualan dan confident utk mula berniaga di internet. Dan saya amat yakin ramai orang bermula seperti saya.

    Saya harap Amirol boleh menghasilkan panduan menggunakan DELAVO supaya dapat membantu usahawan internet yg sememangnya 0 dalam hal-hal macam ni. Macam saya ni la..

    Jika berbayar sekali pun saya tetap mahu memilikinya. Bukan senang nak dapat ilmu ni…harap Amirol dapat merealisasikan projek ini dan terus mendidik anak murid PWJ ke tahap yang lebih baik dari masa ke semasa.

    • Amirol says:

      Salam WanWma,

      Terima kasih atas sokongan wanwma terhadap saya selama ini.

      Sekarang saya lihat wanwma pun sudah semakin aktif + kencang. :D

      Mudah – mudahan wanwma akan terus sukses!

  21. cyza says:

    Apa yang boleh saya katakan? Terima kasih atas penjelasan yang compact dan padat. Walaupun saya belum menjadi IM, tapi saya rasakan tips dan pengalaman yang telah sdr lalui itu memungkin jalan yang lebih sistematik, profesional dan mudah bagi IM sedia ada dan bakal2 IM.

    Saya memang berhasrat untuk mendalami semua ilmu yang berkaitan dengan segala benda yang related dengan IM.

  22. Saya pun rasa berminat dengan DELAVO nie.. Hari tue ada install softwarenya tapi mcm x paham nak gunakannya.. Mungkin bro Amirol blh keluarkan dari cara dapatkannya hingga penggunaannya.. Sememangnya produk RR keluaran bro Amirol bagus dan permintaan hangat.. Thanks bro

  23. KampungBoy says:

    kalau amirol keluarkan panduan ini,
    apa yang boleh saya katakan, saya mesti pilih
    ramai gak yang dahagakan….panduan cmni
    termasuk juga saya
    untuk long term investment mmg berbaloi
    kerja-kerja teknikal pun jadik mudah

    P/S : macam baca novel pulak artikel kali ini. Panjang but great

  24. Fahmy says:

    Salam Amirol,

    thanks utk info yg padat….utk newbie spt saya, ianya amat berguna utk long term investment spt yg kpg boy ckap….apa yg dpt dr artikel mirol ini, kita guna habis2an script yg free2 tu then tarik sikit dr untung untuk melabur kedalam sistem yg akan memudahkan segala kerja2 kita didlm internet bizz…

    mmg betul apa yg mirol kata, klu ada 10 produk, jenoh juga nk pasang script affiliate tu…huhu

    anyway, thanks mirol di atas perkongsian yg tiada tolok bandingannya…insyaAllah, kita berjumpa di mercu kejayaan hakiki.. amin….

    ps: klu sesiapa perasan atau yg pernah beli produk mirol ni, anda akan perasan kelainan sistem yg di pakai a.k.a. Delavo ini antaranya invoice untuk setiap pembelian… pengesahan bayaran & link download….sbg newbie ni, sy mmg cari lain dari yg lain untuk copy & paste sistem2 yg top IM Malaysia pakai….senang bak kata “Follow leader blindly” tp yg elok2 jelah hehe
    pps: tetiba plak nk tulis comment pjg plak hehe “Selamat Menunai Ibadah Puasa semua”

  25. rotijala says:

    Assalamualaikum Bro,
    Tahniah! Anda seorang hebat juga.
    Tapi, saya nak pendapat sikit,
    apa pendapat Bro yg dah pro ni ttg GDI?

    • Amirol says:

      GDI adalah online MLM.

      Based on dari apa yang saya lihat, ia dah lama establish dan produk mereka adalah hosting dan domain .ws

      Komen lanjut saya tak dapat berikan kerana saya tak involve dalam GDI tersebut.

      Mungkin boleh bertanya lebih lanjut pada saudara Zamri Nanyan atau lain2 I.M yang involve.

  26. Terima kasih atas penjelasan yang padat. Saya dalam peringkat belajar menjadi IM dan saya rasakan panduan dan pengalaman yang telah saudara kongsikan itu adalah jalan yang lebih di tunggu-tunggu oleh n bakal2 IM seluruh negara
    Saya memang berhasrat untuk mendalami semua ilmu yang berkaitan dengan segala benda yang berkaitan dengan IM.

  27. Adney says:

    Wah. panjangnye artikel ni. tapi ok sgt. kdg2 saye pun kelam kabut nak reply 1 email pembelian.. ni kan klo da beriban2 mcm Amirol. lgi la.. hoho

  28. sistem delavo
    pening nak aplikasikannya
    kalau amirol ada panduannya
    ok gak….
    takyah buang masa saya nak hadap benda ini
    hehe

  29. masih lagi blurr dgn sistem delavo..

  30. wanmus says:

    delavo ni memang pening skit, guna chrome pun ada error skit nak guna..
    tapi apa pun, sistem macam ni memang sgt diperlukan penjual online

  31. Shaiful Azhan says:

    Huhu bes gile bace artikel nh. Padat dgn penerangan Delavo. Klo sy dah expert nati nak la guna sistem nh. Skrg merangkak2 lg,amek tau je dulu.

    Thanx soo much bro,info yg sgt2 berguna. Dah tulis dlm buku hehe..

  32. [...] Sistemasikan perniagaan internet semaksima mungkin. Artikel oleh saudara Amirol di sini amat membantu kefahaman asas mengenai pentingnya pengurusan [...]

  33. [...] Sistemasikan perniagaan internet semaksima mungkin. Artikel oleh saudara Amirol di sini amat membantu kefahaman asas mengenai pentingnya pengurusan [...]

Leave a Reply

Subscribe without commenting