Cerita Menjelang Tahun Baru

Apa khabar para pengunjung blog yang dihormati…

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak melakukan sebarang kemaskini (update) terhadap blog ini. Saya cuba… tetapi tidak terdaya. :)

Saya juga terpaksa mengaku bahawasanya saya bukan seorang blogger yang tegar dan sekaligus tidak dapat menandingi blogger – blogger hebat seperti SmartZul, Rohaizad dan sebagainya.

Namun ia bukanlah satu sebab untuk saya jadikan alasan kerana tidak mengemaskini blog ini, tetapi sebaliknya saya cuma “berehat” seketika dan memberi ruang kepada diri sendiri untuk mempelajari bidang baru.

Diam tak diam, sekali lagi kita akan melangkah ke tahun baru beberapa hari sahaja lagi dimana Awal Muharam yang bakal menjelma pada Jumaat ini dan begitu juga dengan kehadiran tahun 2010.

Apakah segala perancangan yang dibuat oleh saudara/ri pada awal tahun 2009 tempoh hari telah tercapai?

Saya sendiri hanya berjaya melaksanakan 50% perancangan sahaja. Lagi 50%, ia telah tertangguh dan mungkin akan dibatalkan saja perancangannya.

Dapat dirasakan tahun 2009 ini, aktiviti online saya agak perlahan dan tidak begitu aktif seperti lain – lain usahawan internet tempatan.

Hadirnya tahun baru ini kelak, mudah – mudahan kita semua akan berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik dan mencapai kejayaan demi kejayaan yang diingini.

Baiklah, hari ini saya kongsikan sedikit berita terkini yang berlangsung 2 hari lepas iaitu pada 11 December 2009.

Saya telah mendapat kesempatan dan peluang untuk menghadirkan diri ke PayPal Power Up Party yang diadakan di Neo Restaurant & Luxe Lounge, Kuala Lumpur.

Berita yang seharusnya rakyat Malaysia ketika ini tahu adalah, PayPal kini telah bekerjasama dengan Bank tempatan dimana wang kita yang berada di dalam akaun PayPal sudah boleh dikeluarkan secara terus ke dalam akaun bank pilihan (Maybank, CIMB, Public Bank etc).

Jadi saya percaya selepas ini lebih ramai usahawan & peniaga akan mula melebarkan sayap perniagaan mereka di internet kerana peluang kini semakin terbuka luas untuk perkembangan perniagaan yang dijalankan.

Ternyata kehadiran di majlis ini memberikan “pulangan” yang lumayan dimana saya dikurniakan rezeki memenangi hadiah Notebook Lenovo (IdeaPad S10-2) dan Microsoft Office Ultimate yang bernilai lebih daripada RM3,500.00 ! Syukur dan alhamdulillah… (Jimat duit nak beli notebook) :D

Antara hadiah lain yang saya terima adalah wang berjumlah RM16.00 yang dikreditkan ke akaun PayPal kerana menyertai “game” yang dianjurkan oleh PayPal.

Hadiah sampingan yang diberikan kepada semua hadirin adalah satu kotak esklusif yang mengandungi T-Shirt, Mouse, USB Port, Ear-Phone dan USB Cable berjenama PayPal.

Saudara MAS Ron, Kayrule, Mr. K berjaya membawa pulang 2 kotak eksklusif tersebut dengan menggunakan teknik “sembunyi dan jalan“. :D

Saudara Noorizam (sifu ebay) pula banyak berkongsikan tips – tips ebay beliau walaupun sedikit kekecewaan memenangi RM3.00 dalam game “Grab a Grand“. (Sabar Bro, duit ebay lagi masyuk tu!)

Sebagai penutup, berikut adalah gambar – gambar yang sempat kami rakamkan sewaktu majlis tersebut.

Paypal Power Up Party

Game Wheel Of Fortune PayPal… Saya hanya menang PayPal Decal sahaja.

Paypal Power Up Party

Inilah jejaka – jejaka yang ter”macho” di PayPal Power Up Party

Paypal Power Up Party

2 Designer International iaitu saudara Azhar – GraphicsAlien.com dan sahabat / partner saya, saudara Bashar TheLimeDesign.com

Paypal Power Up Party

Sewaktu proses “Teka Harga” yang akhirnya memberikan kemenangan kepada diriku.

Paypal Power Up Party

Geng – geng yang kelaparan akhirnya mendarat di restoran KFC.

PayPal Power Up Party Won Lenovo

Kredit Gambar kepada saudara ShahRaduan.

Aktiviti yang berlangsung ini sememangnya satu aktiviti yang menarik kerana saya dapat berjumpa dengan rakan – rakan usahawan Ebay dan juga saudara Azhar ( GraphicsAlien.com) buat pertama kali.

Buat rakan – rakan yang berminat untuk mendapatkan khidmat professional designer, boleh hubungi beliau di GraphicsAlien.com. Saudara Azhar (aka Zaizen) sememangnya seorang designer yang begitu professional. Beliau pernah bekerjasama dengan usahawan – usahawan internet antarabangsa yang popular dalam menghasilkan rekabentuk laman web jualan mereka.

Kata saudara Azhar “Saya pentingkan kualiti produk dan khidmat pelanggan dalam servis yang saya berikan”. Jadi, saya amat menyarankan saudara/ri mendapatkan khidmat beliau sekiranya ingin memiliki designer yang mampu membuat laman web jualan anda memukau. :)

ikhlas,
Amirol Zolkifli

p.s – Download 16 Koleksi Ebook Berbahasa Melayu anjuran GempakNewbie.com

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



38 Responses to “Cerita Menjelang Tahun Baru”

  1. cyza says:

    Tahniah…
    Rezeki anda sungguh murah…Alhamdulillah…

    Mungkin satu indikasi yang 2010 bakal menjanjikan 1001 rezeki baru buat anda…

  2. JimieRay says:

    Wahh…Tahniah bro!
    Rezeki tahun baru & rezeki Maal Hijrah tuu.

    Memang saya sering menantikan post terkini dari blog ini. :)

  3. naim says:

    tahniah amirol hehe
    rezeki nak masuk tahun baru tuuu

  4. Zulkifili says:

    Salam.

    Tahniah…Memang betul2 rezeki tu, minta2 tahun depan kawan ingat kalau ada Program macam tu nak jugak join…amacam boleh ke?

    Selamat Awal Muharam And Selamat Tahun Baru U all.

    Semuga Succes U Bro!

  5. Tahniah Amirol…. by the way, macam mana boleh menang notebook tu? Bro tak cerita detail aktiviti apa yang bro join sampai boleh menang… curious nak tau ni :D

    • rahmanbasri says:

      Betul tu, saya pun tertanya-tanya apakah pertandingan yang bro Amirol sertai sehingga memenangi hadiah hebat itu…

      • Amirol says:

        Actually konsep dia umpama lucky draw.

        Waktu sign up (register) di event tu, kita letak business card untuk lucky draw ni.

        So, ada 3 game lucky draw yang diorang buat:

        1. Hadiah camera panasonic + accessories (Total kos sekitar RM3K)

        2. Hadiah Notebook Lenovo + Microsof Office 2007 Ultimate.

        3. Briefcase mengandungi cash RM10,000.

        Untuk kamera dan lenovo, diorang akan randomly pilih 8 business card yang dah disubmit (4 untuk teka harga kamera dan 4 lagi untuk teka harga notebook)… dan alhamdulillah saya salah seorang yang terpilih untuk meneka harga keseluruhan Notebook Lenovo dan Microsoft Office 2007 Ultimate tu. :D

        4 orang dipilih untuk teka harga notebook tu, 3 orang letak harga sekitar RM2,300 RM2,600. Hanya saya seorang letak harga RM3,200.

        Harga kos sebenar yang dinyatakan, RM3,966 (kalau tak salah saya)…

        Jadi, tekaan yang terhampir dengan nilai sebenar adalah tekaan saya lah. Itu yang boleh menang. Rezeki Allah bagi. :D

  6. tahniah, saudara amirul..teruja nak dapatkan laptop gak..tngh run projek untuk beli laptop nih..doakan berjaya

  7. Salam,

    Saudara Amirol,

    Insyaallah tahun2 akan datang lebih berdaya saing lagi.. dan terus maju.. sediakan segala rancangan dan tindakan seterusnya..pasti BOLEH!

    Dah dapat lenovo sebijik, boleh let go laptop lama kat ebay… :)

  8. zahir says:

    Salam..tahniah…& terima kasih krn byk membantu sy…

  9. shafiq says:

    Tahniah Bro Amirol… Bukan ramai yang ada notebook LENOVO setahu sy la..coz harga nye agak mahal berbanding jenama lain spt acer, and lain2.. mcmna bro boleh tau pasal party tu? sy x dijemput pun..

  10. iliyas.net says:

    Tahniah daripada saya..mmm berbaloi

    Admin
    iliyas.net

  11. MY says:

    Tahniah bro Amirol.

    Alangkah ruginya orang KL sendiri pun tak tahu ada event seperti ini. Siap dapat NoteBook tu. Mesti simpan sampai bila-bila kenangan terindah yang tak dapek nak lupo tu kan? :-)

  12. paklong says:

    tahniah bro, rezeki masing-masing…. siapa tahu.

  13. oH! VideoTv says:

    tahniah bro,hadiah dr paypal lagi tu,susah nak dpt….

  14. zaki says:

    Tahniah amirol. best la dapat Laptob baru.

  15. komenebook says:

    (Salam)..Fuuyoh…Laptop baru nampak, bau baru tak ilang lagi tu!!!Tukar dengan HP DV4 saya boleh tak bos :-D

    Memang betul apa yang dicakapkan, rezeki Allah tu tetibe je boleh datang dalam keadaan yang tak disangka2

    kredit kepada paypal kerana dah bukak peluang pada kita. so, lagi bertambah2lah opsyen kat Delavo tu ye, abis kem nanti saya kena studi jugak la ni :-D

    p/s: skali publish post, haa…setambun kuar komen…nampak sangat ramai yang rindukan si amirol neh…hehehe

    • Amirol says:

      Bau dia memang bau kilang.. :D

      Opsyen guna PayPal untuk accept payment katanya memang dah ada, tapi tak taulah dah betul – betul berfungsi atau tidak kerana sebelum ini saya dah cuba tapi tersangkut ditengah jalan. Dia tak dapat process dan keluar error kad kredit tak verify…

  16. faizal ehsan says:

    tahniah tuan Amirol. Semoga terus bersemangat dan tabah dalam menempuh cabaran dunia bisness :)

    lame tak jengok ke sini..dah update dah rupanya…hehe

  17. ehm. kira menang juga tu. hehe..

  18. Sunbeam says:

    tahniah, saudara ni fulltime kerja melalui internet ke?

  19. MrNiz says:

    rehat mmg perlu.rehat bukan bererti berundur..tetapi untuk mencari inspirasi,idea,fresh mindset dah tu teruskn usaha anda….kami follow jee kat blkang awk

Leave a Reply

Subscribe without commenting