Perancangan Tahun Baru 1431H & 2010

Alhamdulillah kini kita sudahpun berada di tahun baru Islam iaitu 1431-H dan manakala beberapa hari sahaja lagi, kita akan masuk pula ke tahun 2010.

Sudahkah saudara/ri membuat perancangan untuk perjalanan di tahun baru ini? Jika sudi, kongsikan perancangan (misi & visi)  yang telah dibuat bersama – sama saya dan para pengunjung blog ini agar sama – sama kita mendapat manfaatnya.

Malah, jika perancangan tersebut dikongsikan di sini, ia mungkin dapat memberikan sedikit semangat kepada saudara/ri untuk merealisasikan perancangan tersebut. Almaklumlah, dah kongsikan kepada umum ye tak? :)

Baiklah, sebagai pembuka acara, biar saya senaraikan antara perancangan saya untuk tahun baru ini:

  • Mengurangkan 10 – 15kg berat badan.

Selama 4 tahun saya menjalankan aktiviti “pemasaran online” ini, berat badan saya telah naik 20 kg! Satu pencapaian yang memberangsangkan!

2 minggu kebelakangan ini, ada 3 – 4 kenduri kahwin sanak saudara yang saya hadiri. Semuanya apabila bertemu dengan saya, “Amirol! Terkejut tengok hang… awat besaq sangat nih!“, “Hang makin sihat no?” etc…

Saya hanya senyum sambil menyatakan “Ye ke?” tetapi dalam hati turut mengakui apa yang mereka nyatakan. Yang pasti, saya akan mendaftar sebagai ahli gymnasium minggu hadapan dan akan merealisasikan penurunan berat badan yang diidamkan. :D

Jika nak tengok gambar – gambar saya, add saya di Facebook.

  • Aktif bersosial dan berkomuniti (di internet dan juga offline)

Jujur saya katakan, saya seorang yang lebih bersikap pemerhati (observer). Saya kurang mengambil bahagian dalam aktiviti – aktiviti sosial di internet (berforum, berfacebook etc) dan juga secara offline (berjumpa orang).

InsyaAllah mudah – mudahan saya dapat memperbaiki kekurangan ini dan mempertingkatkan lagi aktiviti sosial saya dengan komuniti internet selain menambah kenalan – kenalan baru.

  • Pelancaran kembali Pakej Web Jualan

Ini adalah produk utama yang memperkenalkan saya ke dunia keusahawan internet tempatan.

Saya telah tutup penjualannya agak lama sekali. Kenapa saya tutup dan tidak membuka penjualannya selama hampir 2 tahun ini? Sebabnya adalah kerana saya memberi fokus kepada perkara lain sehingga produk terabai di dalam jagaan saya. (Ini adalah satu kesilapan yang telah saya lakukan…)

Sehingga ke hari ini, ramai yang masih menghantar email bertanyakan bilakah Pakej ini akan kembali di pasarkan… Berita baiknya, ia akan kembali ke pasaran dengan evolusi yang lebih baik dan seterusnya merangkumi pelbagai tutorial terbaru dan sistem yang professional untuk para pengguna.

Saya menetapkan tempoh produk ini dilancarkan pada selewat – lewatnya pertengahan Januari 2010.

  • Pelancaran Produk Strategi Bisnes Internet

Produk ini turut akan dilancarkan seiring dengan Pakej Web Jualan yang mana di dalam produk ini, saya akan berkongsikan semua trik, tips, teknik dan sistem yang saya gunakan dalam aktiviti – aktiviti penjualan dan pemasaran produk di internet.

Produk ini disasarkan kepada golongan yang sudah ada asas dan pengetahuan pemasaran internet serta mempunyai produk untuk dipasarkan.

Tujuan penghasilan produk ini adalah untuk meningkatkan lagi tahap professional, kemampuan dan kualiti usahawan – usahawan internet tempatan dalam menjalankan perniagaan di internet.

Yang pastinya, produk ini akan menjadi produk utama saya yang kedua selepas Pakej Web Jualan.

  • Penghasilan produk – produk sampingan “on-demand

Seperti biasa, saya akan terus menghasilkan produk – produk Resell Rights berdasarkan permintaan pelanggan / pasaran. Produk –  produk sampingan ini akan dibangunkan dengan tujuan untuk membantu pengguna serta memberi peluang kepada usahawan internet baru mempunyai produk untuk dipasarkan di internet.

Antara produk yang telah saya lancarkan sebelum ini yang mempunyai lesen Resell Rights adalah Panduan Minisite, Panduan Sistem Affiliate dan Panduan Sistem Autoresponder. InsyaAllah dalam masa terdekat akan ada produk Resell Rights terbaru.

  • Perkongsian produk / panduan percuma

Saya akan berkongsikan produk / panduan percuma dengan lebih kerap lagi. Jadi, jangan lupa untuk menjadi subscriber saya di www.peluanginternet.com.

  • Produk di peringkat global.

Jika selama ini saya hanya melakukan kerja – kerja di belakang tabir (services & affiliate), bermula tahun 2010 ini, insyaAllah saya akan mula untuk memperkuat dan membesarkan branding saya di pasaran antarabangsa dengan mula membangunkan produk – produk ciptaan saya sendiri.

  • Ebay

Saya juga tertarik untuk mencuba Ebay pada tahun 2010. Namun ia mungkin akan dijalankan secara Part-Time. Sekarang sudah dalam proses membuat research tentang produk yang berpotensi untuk dipasarkan.

  • Cari teman (awek).

Haaa… ini perancangan tahun 2009 yang tak tercapai… Terpaksa saya carry forward ke tahun 2010. :p

Dengan itu, setakat ini sahaja perancangan “sah” yang akan dan MESTI saya laksanakan. Terdapat juga beberapa perancangan lain namun tidak dapat saya kongsikan kerana ia masih di dalam kategori “akan dibuat” atau “dalam pertimbangan“.

Jadi, kongsikan pula apakah perancangan “utama” yang ingin saudara/ri laksanakan pada tahun baru ini. Pastikan perancangan tersebut akan dan MESTI dilaksanakan. Berkenaan dengan hasilnya, kita tolak tepi. Yang penting adalah pelaksanaannya.

Jangan segan, jangan malu… kongsikan bersama kami di blog ini. :)

ikhlas,
Amirol Zolkifli

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



40 Responses to “Perancangan Tahun Baru 1431H & 2010”

  1. XploR says:

    Salam Mirol,

    Selamat tahun baru. Semoga perancangan 2010 berjalan lancar. Terima kasih kerana byk hasilkan produk2 berkualiti tahun 2009. Tahun 2010 mesti lagi mantap nih! Semoga cepat juga bertemu jodoh hehe. Btw, Mirol ni full time IM ke?

  2. zaki says:

    Antara semua perancangan yg amirol rancangankan. Pada saya amirol tumpukan pada perancangan yg terakhir tu.. cari..oh ye.. saya betulkan “carik calon isteri”. Terus terang saya katakan rezeki dan kebahgian semakin bertambah selepas kita mendirikan rumah tangga. Mungkin masa utk online akan berkurang.. tapi tuhan akan kurniakan rezeki di tempat yg tak terduga.
    Org Hansome mcm Amirol (berdasarkan perjumpaan di singapore 2007) insyaallah akan jumpa jodoh… kalau berani n kena approachnyer.!

  3. nadia says:

    Sallam..
    Bagus! Perancangan yg berterusan atau sambungan dari azam2 yg terdahulu..
    Semoga azam di tahun baru dapat meraih hasilnya yang pasti :)
    Borang application untuk mengisi tempat kosong —>>> Cari teman (awek) ada ka ?
    hehehe :)
    ..Anyway all the best..

  4. zakaria says:

    saya doakan semoga perancangan mirol 2010 ni akan lebih berjaya lagi, ribuan terima kasih kerana telah banyak berkungsikan ilmu dan maklumat kepada rakan rakan internet yang lain. soal jodoh tu, insha allah, akan ketemu jua..

  5. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Saya suka dengan posting di atas,

    di bawah ini pula adalah impian ambo yang telah tersemat sekian lama dan terus diburu dari tahun ke tahun.

    http://fathuri.com/kurus/

    Oh ya, ambo baru sahaja memulakan satu kembara “memburu impian mencipta sejuta dalam tempoh 24 bulan”

    Mohon nasihat dan pesan dari tuan selaku seorang “otai” dalam alam cyber ini.

    Mohon singgah ye tuan (bila ada kelapangan) dan tuliskan nasihat dan pesanan tuan pada siri 1 pada link di bawan ini (jika tidak keberatan)

    http://fathuri.com/keluarga/kisah-motivasi-pemburu-impian-mencipta-sejutasiri-1nasihat-dan-pesanan-dari-sahabat-sahabatku/

    Mudah-mudahan memberi manfaat dalam kembara ambo dan kepada semua pemburu impan lainnya.

    Salam ceria & inspirasi

    Singgah ye tuan bila ada kelapangan

    Assalamualaikum

    Pemburu Impian

    • Amirol says:

      Wa’alaikumsalam W.B.T Tuan,

      Mengambil petikan impian Tuan “memburu impian mencipta sejuta dalam tempoh 24 bulan”…

      Saya yakin Tuan mampu melaksanakannya. Malah bukan Tuan seorang dalam misi tersebut,… Saya juga akan turut menyertai misi ini. Sama – sama kita berusaha ke arahnya…

  6. Wah bro ada produk resell right terbaru? Tentang apa yer? Hehehe.. Teruskan hasil produk-produk yang mantap.. Terima Kasih

  7. adrenal says:

    salam saudara amirol..

    salam maal hijrah kepada bro..

    bro punya misi dan visi utk tahun baru ni sgt menarik..hohohoho..

    keep it up bro!

  8. happysus says:

    Perancangan nak kurang berat badan. Menarik. banyak info dalam laman web saya dapat membantu. Kalau ada product baru jangan lupa email saya.

  9. Salam,

    Saudara, perancangan yang menarik.. saya pulak nak usahakan lebih trafik ke blog dan website saya.. ebay pun teringin gak.. tapi better focus pada satu2 program pada satu2 masa… takut tak tercapai nanti.. :)

    Good luck utk semua! Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah & Selamat Tahun Baru 2010.

  10. Tengku Fariz says:

    Salam..
    Bro Amirol, Good Luck!
    Sy pOn mcam Bro gak, byk gler ‘planning 2010′ ni..
    Se,oga kte semua dpat jdikan tahun 2010 tahun y pling best k!Huuhu..

    “Salam Perkenalan & Salam Persahabatan”

  11. sukri says:

    Salam maal hijrah..

    Terima kasih kerana sentiasa mengirimkan emil. Banyak juga nampaknya azam yang digarap…perlukan lebih komitment dan masa…terutama bab cari teman tu…apa2 pun semoga apa yang telah dirancang akan membuahkan hasil dan kejayaan.

  12. Lypo says:

    goal saya tahun depan ialah nk buat duit melalui squidoo, biar sampai RM1000 sebulan, doakan saya ye..

  13. Shukor says:

    Salam buat bro Amirol,

    Misi saya yang paling utama tahun 2010 ialah menghasilkan produk pertama saya sendiri..insyaallah produk dalam bentuk ebook :)

  14. mohd farid says:

    Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru..

    Terima kasih sebab berkongsi perancangan untuk menjejaki tahun baru 2010.. mungkin kita terlupa bahawa kita sudah pun memasuki tahun baru.. (lepas dah 1 muharam) hehehe.. semoga sentiasa sukses dalam perancangan yang ingin dilakukan..

    • Amirol says:

      Ya, betul Tuan… Dengan tahun baru ini, mudahan – mudahan kita berhijrah kepada gaya hidup yang lebih baik untuk kehidupan di dunia dan diakhirat. InsyaAllah

  15. Tahniah Amirol, semoga semua azam tu tercapai pada tahun 2010 ni. Menarik azam yang last sekali tu.

    (pssstttt, den ado calon nak rekemenkan kat ekau ni. den serius ni… kalau nak, den boleh bagi gambaaaaa kat email…. :D )

  16. rozek says:

    harapan nk dpt pointer 3.2 utk sem terakhir neh..hahaha..dalam masa yg sama menuntut ilmu berkaitan internet marketting neh sbb ilmu masih kurang..InsyaAllah

  17. titan says:

    aah. aku pun kena renew gak bab cari awek tu uuntuk tahun 2010. nenek aku dah tahap paksa dah ni..adeh..adeh..

  18. catzer says:

    ahahhaha..bab pencarian calon tu yg ditunggu2..keh keh keh

  19. MY says:

    Mula-mula baca post ini saya senyum dulu. Jika kawan-kawan saya yang se’team’(bujang) dengan Bro Amirol, azam 2010 mereka adalah nak naik pangkat, namun bro baru nak bermula mencari.

    Cadangan saya, tak perlu mencari, tetapi buat sahaja satu minisite/ruangan di blog ‘ciri-ciri wanita idaman saya’, pastinya mudah untuk naik pangkat. :-)

  20. bina badan says:

    selamat tahun baru…moga ceria selalu..dan dikurniakan badan yang sihat dan cergas…

Leave a Reply

Subscribe without commenting