1 Januari, 2010… Kini kita sudahpun melangkah masuk ke tahun 2010. Jadi sudahkah saudara/ri sekalian mula mengorak langkah yang telah dirancang? Atau masih lagi dalam proses perancangan?
MOTTO saya untuk tahun ini adalah “BERTINDAK dan BERHASIL”. Tahun 2010 ini kita perlu memperlihatkan apakah tindakan yang mesti kita laksanakan bagi mencapai apa yang telah dirancang.
Dengan BERTINDAK, kita pasti akan mendapat hasilnya. Sama ada hasil yang memuaskan atau tidak, sekurang – kurangnya tindakan tersebut dapat menunjukkan keputusan berdasarkan usaha yang kita berikan.
Tidak kira apa dan seberapa banyak yang telah kita rancangkan, kita mesti menyediakan jadual pelaksanaannya.
Buat saudara/ri yang ingin menjana pendapatan menerusi internet, sama ada secara sepenuh masa mahupun separuh masa, inilah masanya untuk saudara/ri laksanakan apa yang telah dipelajari pada tahun 2009.
Berikut adalah antara perkara – perkara yang perlu saudara/ri HENTIKAN bermula tahun 2010 ini:
Jangan lagi terpengaruh dengan rahsia buat duit di internet dengan cara mudah dan sebagainya. TIDAK ADA rahsia untuk buat duit mudah di internet. Jika benar mudah, sudah tentu ramai yang sudah menjadi jutawan internet sekarang ini.
Saya acap kali menerangkan tentang perihal ini. Lupakan apa saja laman web yang menjanjikan keuntungan BERIBU – RIBU dengan PROGRAM BUAT DUIT di internet terutama sekali yang yang memaksa saudara/ri melabur jumlah wang tertentu dan kemudiannya perlu “merekrut downline” untuk menjana pendapatan.
SELIDIK latar belakang satu – satu web yang dilihat. Jika tiada latar belakang syarikat atau pemilik web, sila jauhi.
Biar saya ceritakan satu “FORMULA” yang dapat membongkar bagaimana saudara/ri dapat menjana wang di internet.
Formula ini amat berharga! Ramai orang sanggup mendaki gunung, merentas lautan dalam dan berhabisan beribu – ribu hanya semata – mata untuk mendapatkan formula ini daripada SIFU – SIFU buat duit di internet.
Rahsianya adalah, FOKUS + TINDAKAN = KEPUTUSAN!
Aha! formula yang begitu mudah tetapi hanya sebilangan sahaja yang mampu menguasi formula ini.
Mereka yang berjaya mendapat pendapatan menerusi internet adalah mereka yang sanggup meluangkan masanya sekurang – kurangnya 1 jam sehari untuk “fokus” dan “bertindak” melakukan sesuatu bagi aktiviti pemasaran internet yang dijalankan.
Tidak kisah apa yang saudara/ri rancangkan, mulakan tindakan tersebut. Sebagai contoh jika saudara/ri merancang untuk mengumpul 3000 prospek dalam masa 3 bulan, maka segera bertindak untuk mencapai keputusan tersebut seperti membina laman squeeze page dan menarik trafik ke laman web yang dibina. Usaha dengan bersungguh, elakkan pembaziran masa dan saya percaya kita semua mampu mencapai apa yang diingini.
Jadi bersempena dengan kehadiran tahun baru ini, saya berharap kita semua dapat fokus dengan apa yang ingin dilaksanakan, melaksanakan tindakan yang diperlukan untuk perkara tersebut dan akhirnya mendapatkan keputusan yang diingini.
Kekalkan minda yang positif, usaha yang positif dan dapatkan keputusan yang positif.
Mudah – mudahan tahun 2010 (1431H) ini adalah lebih baik daripada yang sebelum – sebelum ini.
BERTINDAK dan BERHASIL!
Selamat tahun baru bro Amirol
Selamat tahun baru juga buat Safuan… Tentang “projek” tu, nanti saya hantar email bila dah ready ya.
selamat tahun baru.moga sukses
Selamat Tahun baru kepada saudara amirol..
Terima kasih Tuan Farid.
selamat tahun baru,muge tahun baru membuka era kegemilangan kita hendaknya
Terima kasih Tuan Ishamzana. Mudah – mudahan sama – sama kita sukses ya?
Selamat tahun baru boss
Semoga lebih kayo thn 2010 ni
Amin wahai akak catzer. Mudah – mudahan sama – sama catzer kayo juga dan cepat bernikah :p
selamat tahun baru,mudah-mudah tahun 2010 ramai insan berilmu dilahirkan.
Terima kasih Puan Hashim Habibah. InsyaAllah akan wujud lebih ramai generasi – generasi yang berilmu untuk tahun ini.
Happy New Year & All The Best!
Happy new year to you too my great brother!
happy new year
Thanks!
Selamat Tahun Baru 2010… Semoga mirul sukses selalu…
Semoga Tuan Shahrul juga sukses dengan aktiviti yang diusahakan.
….kurang pandai sikit lah untuk beri komen.
Saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2010
buat Amirol.
Terima kasih Tuan Noor kerana sudi meninggalkan komen Tuan di sini.
Satu peringatan dan info yang berguna dan menarik untuk semua bagi lembaran tahun baru 2010 ini.
Selamat Tahun Baru 2010 buat saudara Amirol sekeluarga:)
Selamat tahun baru buat Asyraf dan keluarga juga. Mudah – mudahan segala aktiviti yang Asyraf rancangkan untuk tahun 2010 ini akan dapat dilaksanakan.
Teruskan usaha dan perjuangan dalam pemasaran internet yang dijalankan.
Salam sifu Amirol
selamat Tahun Baru 2010 saya ucapkan
saya sangt2 bersetuju dgn saudara
MATLAMAT JELAS+PERANCANGAN RAPI+FOKUS LUAR BIASA dan yang penting TINDAKAN
emm dlm proses menyiapkan ebook
“KUASA FOKUS” harap2 ianya nanti
boleh membantu raka2 diluar sana
Wa’alaikumsalam Tuan Zul,
InsyaAllah saya percaya ebook tersebut pasti dapat membantu para pembaca. All the best !
Saya sedang cuba FOKUS & telah BERTINDAK tapi belum mendapat KEPUTUSAN sebab terlalu ‘muda’ di arena bisnes internet. Diharapkan agar tahun Hijrah 1431 & Masehi 2010 ini bakal memberi lembaran baru buat saya. Doakan saya berjaya.
Cikpuan Syurina, Jangan risau tentang keputusannya… Yang penting teruskan usaha yang dilaksanakan mengikut kaedah dan strategi yang betul. InsyaAllah keputusan / hasilnya akan diperolehi dalam sedikit masa sahaja lagi.
All da best for 2010!
Terima kasih Tuan Wanz!
Selamat Tahun Baru 2010.Semoga apa yg dirancangkan mendapat hasil yg membanggakan buat saudara Amirol.
Selamat Tahun Baru 2010 Tuan Hj Sofian. Lama tidak berkirim khabar. Saya harap Tuan sihat dan turut sukses dengan perniagaan yang Tuan jalankan.
Terima kasih atas email sdr amirol. Saya amat bersetuju dengan kata-kata anda tahun 2009 banyak duit terbang dek cara dan teknik menjana pendapatan dari internet…5 sen pun tak dapat. Tahun 2010 ni aku nak jual semula buat penuhkan external disk je. Selamat Tahun Baru moga tahun ini akan lebih memebrikan kejayaan untuk kita semua
InsyaAllah Tuan… yang penting Tuan kena mulakan langkah. Saya percaya kelengkapan telahpun Tuan miliki… hanya tinggal untuk melangkah sahaja.
Nice share…mudah2an tahun ini adalah moment saya untuk lebih fokus ke bisnis online!
Terima kasih!
Selamat tahun baru buat amirol juga. Tahun 2010 insyaallah saya pun aku melakukan sesuatu nanti
Saya doakan mudahan Tuan sukses dengan pelaksanaan rancangan tersebut!
Selamat Tahun Baru 2010.
Saya tak tahu apa nak buat selain promosikan program buat duit ni..
Boleh saudara Amirol bagi cadangan?
Saya bukan tahu teknikal2 semua ni..
Cadangan saya?
Saya ingin kemukakan sedikit soalan iaitu:
Apa perkara yang Tuan mahir?
Apa pengalaman Tuan?
Apakah kepakaran Tuan?
InsyaAllah saya dapat memberikan cadangan berdasarkan jawapan Tuan.
Salam Untuk Amirol Dan Salam Se Malaysia
Terima kasih dan Selamat Menyambut Kedatangan 2010.
Saya amat bersetuju dengan pandangan dan ingatan Amirol. Setiap kali menjelmanya tahun baru, kita sering berkata azam dan harapan yang serba baru. Namun begitu, azam dan harapan kita di tahun yang telah berlalu juga harus kita tidak boleh lupakan juga. Maksud saya sebelum kita beralih kepada azam yang baru, azam yang lama juga harus kita reflek dan analisis serta kaji semula adakah kita telah mencapainya.
Seandainya kita belum mencapainya atau separuh mencapainya, tidak salah seandainya kita memperbaharui azam dan iktikat serta harapan lama tersebut dengan membuat penyesuaian yang perlu dan jadikan semula sebagai azam tahun bar kita.
Tidak guna apabila setiap menjelangnya tahun baru, kita pun buat azam baru sedangkan azam lama kita masih tinggal azam dan harapan semata-mata tanpa menampakkan pencapaiannya.
Begitu jugalah dalam dunia pemasaran online atau internet ini. Biarlah kita letakkan diri kita pada landasan yang betul. Seperti ingatan Amirol, jangan cepat terpedaya dengan “Rahsia Buat Duit Mudah Di Internet..” atau “Hanya klik sahaja dapat duit” dan sebagainya.
Semua itu program ’sampah’ yang satu masa dahulu, saya juga terpengaruh dengannya. Semua program seperti itu sebenarnya tidak tulin dan berbentuk sementara sahaja.
Ikutilah landasan yang betul seperti yang diikuti oleh Saudara Amirol, Mawardee, Smartzul, Zamri Nayan dan banyak lagi nama-nama yang terkenal dalam dunia pemasaran online tulin di negara kita.
Bagi diri saya, saya sebenarnya masih baru dalam bidang ini. Saya masih belajar dan akan terus belajar. Saya pernah belajar dengan Amirol (Terima kasih) Saya juga pernah belajar dengan beberapa orang IM yang lain.
Azam saya pada tahun 2009 ialah untuk mempunyai sebuah web jualan yang menghasilkan jualan. Alhamduillah. Telah berjaya.
Manakala azam saya pada tahun 2010 ini, saya ingin mendapatkan sebanyak list yang mungkin. “Fokus dan tindakan” sememangnya antara formula terbaik yang saya amalkan.
Terima kasih. Sekali lagi, Selamat Tahun Baru 2010 untuk Amirol dan rakan pembaca yang lain.
Norman Zainal
Terima kasih Tuan untuk komen yang diberikan.
Apa yang Tuan perkatakan tersebut memang benar. Ada azam yang kita perlu carry forward ke tahun baru ini untuk kita realisasikannya.
Saya juga ada beberapa azam / perancangan tahun 2009 yang tidak terlaksana dan mesti dilaksanakan pada tahun 2010 ini.
Sesungguhnya perancangan yang disusuli pelaksanaannya pasti akan membawa kepada hasil yang diingini.
Saya doakan azam Tuan untuk membina list pada tahun 2010 ini akan berjaya. Saya pasti dan yakin Tuan mampu.
salam tahun baru bro…
Terima kasih saudara Bashah
Selamat Menyambut tahun baru semoga Allah melimpah ruah kan rezeki dan panjangkan umur dan kekalkan keimanan semoga rezeki yang Allah beri itu dapat dimanafaatkan semasa didunia dan akhirat amin
Terima kasih Tuan. Mudah – mudahan kita semua mendapat rahmat yang berpanjangan daripada Allah SWT dan kemurahan rezeki daripada-NYA.
Mudah – mudahan kita juga menjadi lebih baik daripada hari – hari sebelum ini.
Selamat Tahun Baru 2010 Bro Amirol..
Berikut kata-kata motivasi saya
“JANGAN Mencari dan membeli apa – apa produk atau program yang berkaitan “Rahsia Buat Duit Mudah Di Internet SEBALIKNYA Dapatkan produk KEWANGAN yang mampu MENDIDIK Minda kita..”
Salam kekayaan
THINKERICH
Aha! menarik tu Tuan. Kepentingan penjagaan dan kawalan kewangan yang baik sememangnya amat diperlukan untuk memberikan kehidupan yang bebas hutang (financial freedom).
Baru merangkak…dalam dunia internet.
InsyaAllah Tuan akan mula berjalan dan berlari selepas ini.
Selamat menyambut taun baru untuk semua moga sukses bro…
Semoga sukses untuk Bro juga.
salam dan selamat tahun baru 2010 semoga berazam baru dan murah rezeki….
Diharap semoga Tuan juga begitu.
selamat tahun baru 2010… terima kasih kerana pernah membimbing saya membina perniagaan internet
Sama – sama saudara Hafiz. Mudah – mudahan 2010 ini, perjalanan perniagaan internet saudara Hafiz akan semakin rancak!
Ebook Kuasai Bahasa Inggeris dah lancarkan? InsyaAllah saya akan bantu promosikan walau sedikut lambat daripada affiliates yang lain.
Happy New Year!!!!
Satu perkongsian yang baik.
Terima kasih Tuan Edward.
selamat tahun baru boss, saya akan ikut cakap boss. Saya nak jadi orang baik tahun ini.
Sama – sama lah kita jadi orang baik tahun ini Tuan.
Nasihat yang bagus untuk newbies yang ingin menjana pendapatan melalui internet. Diharapkan pada tahun baru ini, kita mulakan dengan azam yang baru dan teruskan memburu azam yang belum tercapai pada tahun 2009. Selamat Berjuang dan Semoga Berjaya.
Terima kasih Tuan untuk komen yang diberikan.
Salam awal tahun 2010 buat Sdr amirol dan semua..
Terima kasih atas peringatan buat kita semua.. Bunyi artikel ni macam boleh buat ebook gak ni.. hehe.
Wah, macam mana boleh “berbunyi” seperti ebook tu Tuan?
Selamat Tahun Baru saudara Amirol.
Satu perkongsian yang baik.
SALAM UNTUK AMIROL dan SALAM SATU MALAYSIA
Selamat Melangkah Ke Tahun 2010, tambah 10 tahun lagi 2020. Itu wawasan negara kita. Wawasan kita apa pula?.
He….he…. banyak kejayaan yang telah kita capai sepanjang tahun lepas (2009) namun begitu mungkin ada sedikit kegagalan ( kejayaan tertangguh) pada tahun sudah.
Ayuh kita gagahi dan tempuhi tahun 2010 dengan BERTEKAD BERJAYA. Kejayaan yang tertunda pada tahun sudah kita jadikan pengajaran dan kita capai dengan seribu cara tanpa putus asa. he….he…
KEJAYAAN TERAKHIR 2009 pasti ada pada setiap insan. Setidak-tidaknya kejayaan menyambut detik 2010.
Kejayaan bersama rakan-rakan merayakan tahun baru pasti menyeronokkan dan telah menjadi satu sejarah.
AYUH KITA SEMUA KKAWAN JADIKAN TAHUN 2010 sebagai TAHUN KEJAYAAN DAN KEGEMILANGAN.
Tahun ini saya nak mula BELAJAR DENGAN FOKUS A. Ada nota bersuara dan interaktif yang menarik sambil belajar cari duit melalui internet.Paling menarik pelan pemasarannya, walaupun satu kaki TATAP ada habuannya. He..he…
Tambah lagi interducer dapat DUA ratus lebih dan bonus pasangan lebih LAPAN puluh(RM)
Tentu banyak yang perlu dipelajari dan hadapi pada tahun ini. Tanpa BELAJAR tentu kita akan meraba-raba tak keruan dan ketinggalan.
KITA TINGGALKAN TAHUN 2009. KITA GEGARKAN TAHUN 2010. PECAHKAN REKOD PERIBADI SENDIRI.
( Aku nak baca apa yang saudara Amirol tulis tu…pula….He..he…)
Salam IT salam internet
Panjang dan berisi komen Tuan. Mudah – mudahan sukses dengan program “A” yang Tuan bakal jalankan.
Selamat menyambut tahun baru saudara amirul.
Semoga tahun 2010 akan menjanjikan perubahan untuk kita semua.Terima kasih.
Kamaruddin
Terima kasih Tuan Kamaruddin kerana sudi singgah sebentar di blog ini.
Selamat tahun baru 2010 tuk En. Amirol.
Semoga tahun ini lebih baik dan lebih masyuk
Sama-samalah bertindak meningkatkan kredibiliti & perspektif yang baik untuk perniagaan online agar kita semua mendapat manfaatnya.
Jom niaga online. Bertindak mengecap peluang yang ada sebelum orang lain bertindak.
AJ, semoga saudara juga sukses dengan plan yang dibuat. Macam mana dengan script affiliate yang dibuat? Dah ready untuk ke pasaran?
salam, tahun baru ini kena bekerja dengan lebih berdisiplin dan teratur. maklumlah partime jer buat internet biz dan sedikit livestok biz. tq amirol atas artikel yg menarik.. nak copy bolh letak kat blog than letak nama amirol…
Boleh Tuan, tak ada masalah.
dear amirol,
thanks for your support & assistance. you r among the best & very helpful IM ever known.
appreciate it, thanks a lot..
SALAM THN BARU 2010
Terima kasih Cikpuan Faranez. I’ll give my very best in what ever I do for all my clients.
Selamat tahun baru saudara Amirul.
Selamat tahun baru juga untuk Tuan
Salam sifu Amirul. Selamat Tahun Baru.. Semoga dgn azam baru beserta dgn tips2 yg bertindak dan berhasil…
Jangan panggil saya sifu. Saya hanyalah insan biasa.. (Chewah)
.
InsyaAllah, mudah – mudahan tahun baru ini (1431H dan 2010) ini akan banyak memberi perubahan kepada kita semua.
Salam…selamat tahun baru buat sdr Amirol & family.
Semoga tahun baru ini sdr akan lebih byk memberikan informasi,motivasi dlm blog sdr.
p/s: sy dah subscribe blog sdr
Terima kasih Tuan Zahir. InsyaAllah, saya akan cuba untuk berkongsikan seberapa kerap yang boleh untuk tahun ini.
Terima kasih juga kerana telah mempercayai saya dan “subscribe” blog saya ini.
mungkin boleh tambah lagi satu – ILMU. dgn ilmu baru kita boleh berjaya. bak kata hadis, nk berjaya di dunia kena ada ilmu, nk berjaya di akhirat pun kena ada ilmu..
Benar apa yang Tuan katakan. Ilmu sememangnya amat penting untuk setiap umat manusia. Hanya bekalan ilmu sahaja yang mampu membawa kita kepada jalan yang lebih baik untuk kehidupan di dunia dan akhirat.
Namun segala ilmu yang dipelajari haruslah disusuli dengan tindakan. Ilmu yang tidak diamalkan akan pudar dari seseorang itu.
Salam tahun baru dan semoga berjaya dengan azam yang disematkan!..:)
Terima kasih saudari!
selamat tahun 1431/2010,tahun baru ni perancangan dan tindakan biarlah sealiran dengan niat dan hajat.semuga amirol dpat berkongsi pelan perancangan yg.lebih baik
[...] AJ baru sahaja sebentar tadi membaca artikel yang menarik dari En. Amirol Zolkifli yang bertajuk 2010 Untuk Bertindak Dan Berhasil. Menarik artikel ini dan jika saudara/i kelapangan bolehlah membaca artikel [...]