Janji Pada Diri

Hari ini sudahpun 3 Januari 2010… Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja hari berganti hari. Saya masih teringat lagi, sewaktu saya berada di zaman universiti. Kehidupan yang begitu “enjoy” dengan rakan – rakan se-universiti, umpama tiada apa yang bakal mendatang menjelma.

Tup tap tup tap… Hari ini, sudah genap 4 tahun saya menamatkan pengajian dan bergelar graduan.

Rakan – rakan lain kebanyakannya sudah menjadi jurutera, ada yang bekerja dengan syarikat konsultant, ada yang menjadi pegawai imigresen, pegawai polis, laywer dan sebagainya.

Sedar tak sedar juga, adik – adik saya semuanya sudah bergelar mahasiswa. Salah seorang adik saya telahpun turut bergelar graduan. Saya masih teringat lagi saya sering kali membuli mereka (saya anak sulung) dan kini masing – masing sudah ada kehidupan masing – masing.

Masa berlalu begitu pantas… dan ia TIDAK akan kembali lagi.

Jadi kembali kepada topik kita hari ini, Apakah JANJI yang telah saudara/ri buat pada diri saudara/ri sendiri?

Salah satu kunci kejayaan adalah dengan MENGAWAL MASA. Setiap manusia mempunyai 24 jam setiap hari. Tidak lebih, tidak kurang. Begitu adil Allah SWT memberikan masa kepada kita.

Namun, hanya sebilangan kecil sahaja yang berkeupayaan mengawal masa mereka. Maksudnya bukanlah kita mengawal kelajuan masa tersebut tetapi sebaliknya mengawal segala aktiviti yang kita jalankan agar masa tidak terbuang begitu sahaja.

Pendek kata, dengan mengawal “perbelanjaan” masa kita, kita dapat mengawal masa depan yang kita idamkan.

Pada hari pertama (1 Januari) setiap tahun, saya percaya ramai orang begitu berkobar – kobar semangatnya untuk memulakan azam baru.

Namun apabila masuk hari kedua, boleh dikatakan separuh akan mula terlupa dengan “azam / janji” yang dibuat…

Hari ketiga, 10% lagi akan mengabaikan segala azam… Dan akhirnya apabila telah sebulan berlalu, saya percaya ramai akan tetap kekal berada dalam kondisi yang sama seperti terdahulu… Hanya sekitar 4% – 5% sahaja yang benar – benar mampu melaksanakan apa yang dirancang.

Ada pendapat mengatakan, 30 hari pertama sewaktu azam dibuat adalah penentu titik tolak sama ada ia akan berjaya atau tidak dilaksanakan. Jika selepas tempoh 30 hari tersebut, sekiranya tiada usaha atau tindakan yang diambil, maka seseorang itu akan terus kekal dalam keadaan lama sehinggalah dia berusaha untuk mengambil tindakan selepas dia menetapkan “azam baru” yang seterusnya.

Tindakan untuk merealisasikan azam saya bermula sewaktu 1 Muharram 1431-H tempoh hari. Alhamdulillah salah satu perkara yang telah saya hajatkan (self improvement) telah tercapai dan akan saya kekalkan pencapaiannya.

Sekarang saya sedang melaksanakan satu demi satu perancangan yang telah saya buat terutama sekali untuk aktiviti pemasaran internet yang saya lakukan.

Antaranya adalah membina akaun twitter baru dan memulakan proses “tweeting” sekurang – kurangnya 1 kali sehari. Saya telah membuka akaun twitter ini pada 30 December dan sehingga ke hari ini (3 Januari 2010) saya telah memiliki lebih daripada 350 orang followers. (Untuk makluman, saya tidak menggunakan sebarang software atau sistem “add followers”… Saya hanya menggunakan kaedah manual)

Matlamat saya adalah ingin mencapai sekurang – kurangnya 10,000 followers pada peringkat global menerusi twitter pada penghujung tahun 2010. Kita lihat sama ada saya akan berjaya atau tidak. (Sebab saya nak ada banyak followers di twitter adalah untuk tujuan BRANDING, Back-Link dan Marketing…)

QUIZ TINDAKAN: Sila cari akaun twitter saya untuk tersebut (Tips: Akaun twitter saya mempunyai nama amirolzolkifli) . :D

Sebagai kesimpulannya, saudara/ri perlulah segera melaksanakan 1 persatu perancangan yang dibuat. Menghurai petikan daripada Tuan SmartZul, laksanakan perancangan yang mudah dan kecil terlebih dahulu sebelum melaksanakan perancangan yang besar. Apabila kita berjaya melaksanakan satu – satu perancangan walaupun ia kecil sahaja, ia akan meningkatkan motivasi kita untuk menyempurnakan pula perancangan yang lebih besar.

Sebagai contoh untuk aktiviti pemasaran internet, antara perkara yang boleh saudara/ri lakukan adalah:

  1. Membuka akaun Twitter.com
  2. Membina blog menerusi blogspot.com dan wordpress.com
  3. Membuka akaun Facebook.com
  4. Mendaftar di forum – forum keusahawanan seperti WangCyber.com
  5. Menulis 3 – 5 artikel sehari
  6. Membina laman web squeeze page untuk mengumpul prospek (list)
  7. dan sebagainya.

Lakukan perkara – perkara ini satu persatu agar saudara/ri tidak tertekan untuk melaksanakannya. Tetapkan “date line” jika perlu.

Saya percaya rata – rata pembaca termasuk saudara/ri adalah merupakan orang – orang yang berilmu dan juga mempunyai pelbagai kemahiran serta kebolehan. Jadi manfaatkan apa yang ada untuk membangunkan “empayar perniagaan internet” atau apa jua cita – cita yang diimpikan.

Artikel ini turut menjadi peringatan kepada diri saya untuk mengekalkan momentum produktiviti dan usaha yang saya laksanakan. Mudah – mudahan dengan perkongsian ini dapat memotivasikan kita semua untuk terus berusaha mengotakan JANJI yang telah kita buat pada diri kita sendiri.

Akhir kata, BERTINDAK dan BERHASIL!

p.s – Sila download template file EXCEL yang saya sendiri gunakan untuk mencatat segala perancangan yang saya ingin laksanakan. Saudara/ri boleh ubahsuai template ini mengikut cita rasa sendiri. Yang penting adalah, senaraikan SEMUA perancangan / TO-DO list, impian dan azam, kemudian letakkan tarikh apabila ia disempurnakan.

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



71 Responses to “Janji Pada Diri”

  1. Amir says:

    Wow!suatu perkongsian ilmu yg menarik drpd sdr Amirol.terima kasih di atas tip-tip yg diberikan.semoga berjaya dlm setiap usaha yg dilaksanakan.

    Selamat Tahun Baru 2010 sdr Amirol… :-)

  2. AsYraF says:

    Saya sokong pandangan Tuan Amirol tentang kebanyakan daripada kita hanya bersemangat untuk ‘melaksanakan’ azam 100% pada 1hb Januari setiap tahun, kemudian peratus tersebut beransur kurang. Tidak istiqamah. Semoga saya tidak tergolong di dalam spesies begitu. Insyaallah:)

  3. Pagi yang ceria mendambakan ketenangan kepada mereka yang bersyukur (solat tahajud dan subuh)memberikan suatu kekuatan kepada mukmin.Perkara asas ini turut diakui oleh pakar pakar perubatan dari Eropah.Bermula di awal pagi kalau anda memasang niat untuk laksanakannya nescaya di waktu petang kita sudah mencapai kejayaannya….Jadi fikir-fikirkanlah mereka yang selalu bangun lewat tu.

  4. rj says:

    Mudah-mudahan kita semua terus dirahmati dan walau apapun sentiasa muhasabah diri. Semuga hari ini lebih baik dari semalam dan esoknya lebih baik dari hari ini.

  5. kakeru says:

    Thanks for da adviice Amirol, dah download dah jadual tu. Whatever pun plan kita, act as it couldn’t fail (Pesanan Jack Canfield). Berusaha, berusaha dan berusaha sehingga berjaya!! ;)

  6. maizul.com says:

    Selamat tahun baru Amirol. Semoga apa yang dirancangan pada tahun lalu telah pun tercapai. Sangat bersetuju mengenai MENGAWAL MASA. Matlamat perlukan matlamat masa juga bila ianya ingin dicapai.

  7. Rahsia MENGAWAL MASA. Kekayaan, kemewahan dan jutawan itu telah ada pada semua orang. Cuma siapa cepat, dia dapat.

  8. ryar says:

    Sebenarnya, ia senang di mulakan bila sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan…

    1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
    2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
    3. Elak Emosi Negatif.
    4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
    5. Play More, More and More. Have Fun!.
    Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan.

    Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri.

    Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

    6. Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.
    Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas.

    7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.

    Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

    Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up.

    Tekadkan keazaman Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda!

    • Amirol says:

      Terima kasih Tuan untuk komen yang panjang dan bernas.

      Saya amat bersetuju dengan pendapat Tuan tentang kesemua diatas terutama sekali bab jangan menyalahkan orang lain atau keadaan.

      Kita adalah pemandu kepada kehidupan kita. Segala perkara yang terjadi adalah terkesan daripada tindakan kita sendiri.

      Jadi apa yang kita perlu buat jika menghadapi kesukaran atau permasalahan adalah kita perlu muhasabah diri serta mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Dengan cara itu baru kita dapat memperbaiki diri ke tahap yang lebih baik.

      Terima kasih sekali lagi untuk komentar yang Tuan berikan.

  9. Terima kasih,

    Semoga beroleh manfaat.

    Kemaskan perancangan, gandakan usaha, tambahkan doa.

  10. mantop says:

    mulakan tindakan hari ini untuk esok!!

  11. Jaws says:

    thanxs bro…
    artikel ini banyak membantu saya…

  12. NMD says:

    Tahniah satu planning yang baik sekali Tuan Amirol.

  13. samdaddycool says:

    Pesanan yang sangat ringkas tetapi padat serta mempunyai isi yang sangat-sangat perlu diberi perhatian. Memang manusia mudah alpa dan leka. Kita bukannya sempurna untuk mengingati semua benda, tapi mencatat adalah satu kaedah menyelesaikannya.

    Thanks bro

  14. zakaria yusof says:

    Masya’Allah,,,setelah membaca artikel tuan amirol ni, saya pun ada naik semangat nak teruskan mencapai impian saya, semoga Allah mempermudahkan segala
    yang kita cita citakan selama ini. amin.

    • Amirol says:

      Alhamdulillah sekiranya artikel ini dapat memberi manfaat kepada Tuan. Mudah – mudahan tercapai hasrat dan impian yang Tuan impikan tersebut. :)

  15. fadli says:

    satu janji yang perlu dibuat pada tahun 2010 bkn sekadar janji..saya pun berharap bende yang yang sama seperti bro..sy hrp lebih cemerlang dalam 2010 ini..semoga kita bersama-sama berjaya..amin..

  16. cyza says:

    Salam,

    Thanks for excel attachment. Rasanya banyak orang terbantu dengan panduan dari checklist tu….

  17. Thanks amirol.. Macam pakar motivasi plak tuan amirol ni yer.. anyway, artikel ini banyak input yang saya dapat.. semoga tahun 2010 adalah tahun sukses untuk semua IM.. Good luck!!

  18. omecool20 says:

    satu artikel yang menarik .. esp konsep kejayaan kecil membina kejayaan besar ;-)

  19. Norman Zainal says:

    Salam Saudara Amirol dan rakan pembaca sekalian.

    Masa memang bergerak terlalu pastas. Hari ini telah masuk hari ke tiga tahun 2010. Esok hari ke empat dan seterusnya, hari ke lima, ke enam dan alih-alih tanpa sedar, dah sampai semula ke penghujungnya.

    Alangkah ruginya seandainya kita membiarkan masa itu berlalu tanpa kita merialisaikan azam dan janji kita dalam melalui tindakan. Dan tindakan kita pula adalah semestinya TINDAKAN SEGERA.

    Kita tidak boleh berlengah-lengah. Kalau berlengah, itulah jadinya sehinggakan hari ketiga sahaja, 10% dari mereka yang membuat pelbagai azam dan janji di tahun baru akan melupakannya. Itu belum lagi sebulan..Saya amat percaya dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Amirol itu.

    Sebenarnya, apa sahaja yang kita mahu dan hendak ia menjelma menjadi realiti perlu tindakan segera kita berusaha ke arah merialisasikannya.

    Setiap orang sebenarnya mempunyai komitmen yang berbeza dalam kehidupan sehariannya. Cita-cita, azam dan kemahuan adalah resepi yang perlu ada untuk menjadikan kehidupan kita lebih berkualiti. Resepi ini perlu kita rencanakan atau kita cipta sendiri. Bila kita telah ada resepi atau plan strategik, kita perlu lakukan mengikut resepi atau plan tersebut. Kita juga perlu mendisiplinkan diri mengikut segala perancangan yang telah kita buat. Untuk memastikan segala impian di tahun baru ini menjadi kenyataan, kita tidak boleh bertolak ansur dengan disiplin mengikut segala perancangan yang telah dibuat.

    Namun begitu, seperti yang saya katakan tadi, komitmen masing-masing adalah berbeza dan kadangkala berlaku sesuatu di luar jangkaan kita.

    Bila berlaku sesuatu yang diluar jangkaan kita, kita mesti ada plan kedua. Ada kalanya, resepi kedua atau plan kedua ini amat membantu untuk merialisasikan cita-cita dan impian kita. Di samping itu, seandainya kita tidak mempunyai plan kedua, isilah segala ruang-ruang yang ada sebaik yang mungkin.

    Sebagai contohnya kelmarin,hari kedua tahun 2010, saya terpaksa menghantar dua orang anak saya untuk menyambung pengajian di semester baru. Sebenarnya saya sangat sibuk pada masa ini untuk menyiapkan Sebuah E-Book Percuma untuk tujuan mengutip email.

    Tetapi oleh kerana komitmen terhadap keluarga juga adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan, saya terpaksa menggunakan segala ruang yang ada demi memastikan segala impian dan cita-cita tahun 2010 ini direalisasikan. Saya tidak mahu bertangguh. tindakan mesti SEGERA!

    Sementara menunggu anak saya mendaftar di kolej kediaman, saya sempat menyiapkan 4 muka surat E-book percuma saya.

    Oleh itu, saudara/saudari sekalian, untuk memastikan azam tahun 2010 ini dicapai sebelum berakhirnya tahun 2010, pastikan saudara tidak bertangguh. Mulalah dari sekarang. Buatlah perancangan sendiri. Setelah ada perancangan, disiplinkan diri mengikut segala perancangan yang dibuat. Saudara boleh gunakan template File Excell yang dikongsikan oleh Amirol tersebut.

    Pastikan kita yang mengawal masa, bukan masa yang mengawal kita.. Bersama berjaya dalam pemasaran melalui internet tulin!

    Terima kasih.

    • Amirol says:

      Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan kerana sanggup berkongsikan pengalaman dan amalan yang Tuan laksanakan.

      Saya percaya kami semua disini turut mendapat inspirasi daripada apa yang telah Tuan kongsikan.

  20. Saya tertarik dengan contoh aktiviti yang tuan berikan ini..

    1.Membuka akaun Twitter.com
    2.Membina blog menerusi blogspot.com dan wordpress.com
    3.Membuka akaun Facebook.com
    4.Mendaftar di forum – forum keusahawanan seperti WangCyber.com
    5.Menulis 3 – 5 artikel sehari
    6.Membina laman web squeeze page untuk mengumpul prospek (list)

    Kebetulan urutan ini benar-benar seperti yang saya lalui di awal-awal penglibatan dalam dunia perniagaan online.

    Terima kasih untuk artikel peringatan ini.. Semoga tuan bertambah sukses.

  21. Cikgu Niezam says:

    Salam..Thank bro..bila baca artikel ni..semangat betul jadinya.

  22. YusopRejab says:

    Salam Tuan Amirol,

    Memang setiap orang ada azam masing-masing. Tetapi seorang rakan saya ni mempunyai pandangan yang berlainan tentang azam ni. Katanya kita tak perlu ada azam dan hanya perlu ikut peredaran masa. saya ada tulis siarkannya di blog saya. http://tinyurl.com/AzamTahunBaru. Minta pandangan Tuan Amirol tentangnya.

    • smartzul says:

      Salam Tuan Yusop.

      Ia bergantung kepada keperluan seseorang itu. Ada yang perlu re-charge balik baterinya. Ada yang perlu re-plan semula. Kiranya, tahun baru itu dijadikan satu titik tolak kepada hidup barunya.

      Tetapi saya bersetuju, jangan terlalu menjadikan azam baru sebagai ritual tahunan. Perubahan diri adalah berterusan dan dinamik.

      Tidak kisahlah ada azam baru atau tidak, yang penting adalah TINDAKAN. Ini yang membezakan orang yang berjaya dengan yang gagal.

      Tahun hanyalah masa. Ada 12 bulan. Jadi, apakah azam, perancangan atau matlamat kita pada satu tahun ini? Inilah pokok asasnya iaitu PERANCANGAN (panggilan yang lebih sesuai selain perkataan AZAM).

      • YusopRejab says:

        Terima kasih Saudara Smartzul.
        Pandangan yang bernas.
        Kita perlu ada time frame untuk melakukan sesuatu PERANCANGAN. Setiap PERANCANGAN perlu ada TINDAKAN, barulah boleh capai MATLAMAT.
        Thank Tuan Zul

    • Amirol says:

      Terima kasih Tuan Smartzul untuk pandangan yang diberikan kepada Tuan Yusop. Saya tidak ada apa yang ingin ditambah lagi. Apa yang dapat saya lakukan adalah mendoakan kejayaan Tuan – Tuan sekalian. :)

  23. azmi says:

    saya pun sokong komen anda,kerana satu pengkongsiaan yang bagus.

  24. Master Yus says:

    Perancangan yang jelas dan praktikal. Semua pembaca perlu mengaplikasikannya. Tahniah Bro Amirol. Artikel yang amat membantu.

  25. Hafiz Lidin says:

    artikel yang menarik. perancangan tanpa tindakan adalah sia-sia…

  26. abusahlan says:

    lu memang best!!!thumbs up

  27. safiudin.com says:

    pandangan berguna untuk semua.

    terima kasih Template TO-DO List.

  28. bashah says:

    thanks bro…dengan artikal ini

  29. meh says:

    artikal utk kesedaran diri

    • Amirol says:

      Ya Tuan, untuk kesedaran kita semua bersama. Mudah – mudahan ia bermanfaat kepada semua pengunjung blog dan menjadi peringatan kepada diri saya dan juga kepada sahabat – sahabat yang lain. :)

  30. reez says:

    ilmu tu penting dan terima kasih kerana membina motivasi untuk dirisendiri dan kawan2. Sentiasalah mengingatkan dan bercakap pada diri supaya mulakan hari dengan bismillah dan sudahi dengan alhamdullilah.

  31. HASLAH says:

    salam bro

    Saya ada 2 produk in hands, need your opinionlah. 1st step dah buat blog(pakai blogspot jee). Sila bagi komen:
    www. kolamikanhiasan.blogspot.com
    Thanks in advance.

  32. lanchini says:

    Masa memang berlalu pantas bila kita menoleh ke belakang. Tapi bila melihat sesuatu di hadapan, lambat je rasa kan..

    Thanks amirol atas tips dalam artikel ni. Sy sangat setuju dengan kata2 ‘bertindak dan berhasil’ tu. Kalau asyik berazam tanpa apa2 tindakan, azam tinggal azam je la kan. Orang lain dah kedepan, kita masih duk bercerita pasal azam.. Sekadar peringatan utk diri sendiri.

  33. NayanMohd says:

    Azam mestilah disertai dengan sikap bersungguh-sungguh untuk merealisasikan azam yang telah dibuat.

  34. dzulkifliamin says:

    salam,

    perkongsian en amirol sungguh baik dan berfaedah. saya pasti akan menjadikannya satu panduan yang hebat bagi meneruskan azam dan tindakan saya pada tahun ini. Azam saya untuk menikmati kehidupan yang lebih baik daris egala segi terutamanya kewangan dan kebahagiaan serta dapat membantu org lain utk hidup yang lebih baik.

Leave a Reply

Subscribe without commenting