Pada artikel sebelum ini iaitu Janji Pada Diri, saya ada mengatakan bahawa pada hari pertama setiap tahun baru, ramai orang berkobar – kobar untuk memulakan langkah baru dengan azam baru. Kononnya pada tahun baru ini, diharap dapat merubah kehidupan kepada arah yang lebih baik.
Namun apabila hari bersilih ganti, semangat tersebut semakin lama semakin pudar. Azam yang dibuat makin hilang jauh tenggelam di “dasar lautan”. Jadi, bagaimana untuk kita mengekalkan semangat yang berkobar – kobar pada awal tahun tempoh hari untuk setiap hari sepanjang tahun ini?
Pertamanya, buat jadual kerja atau jadual pelaksanaan. Adalah lebih baik jika kita gunakan “Planner” kerana dengan adanya planner ini, kita dapat menetapkan tempoh masa yang diperlukan untuk melaksanakan perancangan yang dibuat.
Keduanya, gunakan diari untuk mencatat aktiviti – aktiviti yang ingin dilakukan pada hari esok. Saya seringkali sebelum tidur malam, saya akan mencatat apakah perkara – perkara yang ingin dilaksanakan pada hari keesokkannya. Secara tidak langsung, kita dapat mengatur masa kita untuk melaksanakan aktiviti tersebut pada keesokan harinya.
Walaubagaimanapun, terdapat tips yang saya amalkan untuk mencatat aktiviti tersebut. Tipsnya adalah jangan mencatat terlalu banyak aktiviti yang ingin dilaksanakan. Sebabnya? Jika kita catat terlalu banyak perkara yang ingin dibuat, akhirnya kita sendiri akan “tertekan” untuk melaksanakan perkara tersebut. Dan hasilnya, kita tak akan berjaya menyempurnakan kerja – kerja yang dirancang.
Selama dua minggu ini, sudah 2 perkara besar yang saya “impikan” telah tercapai iaitu:
Antara aktiviti – aktiviti yang sedang saya jalankan untuk pemasaran internet saya pula adalah seperti:
Antara aktiviti yang bakal saya jalankan dalam masa terdekat untuk perniagaan/pemasaran internet adalah:
Jadi bagaimana pula dengan saudara/ri? Apakah semua yang dirancang sebelum ini “sedang” berjalan atau masih menantikan masa yang sesuai? Bilakah masa yang sesuai itu akan tiba?
Baiklah, buat saudara/ri yang masih tercari – cari “macam mana nak buat duit di internet“, saya ada khabar baik yang ingin disampaikan.
Saya bercadang untuk memberikan kelas percuma berkaitan bagaimana untuk menjana pendapatan di internet kepada 15 orang yang terpilih sahaja.
Mengapa 15 orang sahaja? Tujuannya adalah supaya saya dapat memantau perkembangan 15 orang ini dalam tempoh 3 bulan. Untuk menjana pendapatan di internet, tempoh 3 bulan ini boleh menjadi penentu kepada seseorang itu tentang kemampuan beliau untuk fokus dalam “pencarian” wang menerusi internet.
Mengapa saya tawarkan percuma dan tidak mengenakan caj? Tujuannya adalah kerana saya ingin “membantu” mereka menjana pendapatan menerusi internet. Salah satu sebab lain adalah, dalam tempoh kelas ini mereka turut mungkin terpaksa mengeluarkan wang untuk kos – kos yang terlibat seperti hosting dan sebagainya. Jadi, saya tidak mahu mereka mengeluarkan kos diperingkat permulaan (fee pembelajaran).
Apakah keuntungan yang saya dapat dengan menawarkan kelas percuma ini? Jujur katakan, saya mungkin tidak akan untung dari segi wang, tetapi saya akan mendapat keuntungan dari:
Jadi, bagaimana untuk menjadi 15 orang yang terpilih ini?
Terdapat “syarat – syarat ketat” yang akan saya kenakan untuk pemilihan ini. Hal ini adalah kerana saya berikan bimbingan PERCUMA dan kerana itu saya mahukan mereka yang benar – benar berminat serta mampu memberikan komitmen yang penuh untuk tempoh 3 bulan akan datang.
Kelas ini BUKAN kelas yang akan saya berikan tunjuk ajar satu persatu, tetapi sebaliknya lebih menekankan kepada “assignment” MESTI buat yang mana saya akan berikan tugas – tugas tertentu dan pelajar pula perlu melaksanakan tugas tersebut.
Umpama “kerja sekolah” / “assignment” yang diberikan oleh guru atau pensyarah, pelajar adalah bertanggungjawab untuk mencari penyelesaiannya. Walaubagaimanapun, tutorial – tutorial sampingan mungkin akan dibekalkan untuk membantu pelajar.
Jika saudara/ri mempunyai ciri – ciri seperti:
Maka, saudara/ri boleh melakukan PRA-PENDAFTARAN menerusi link berikut:
http://mohdamirol.com/kelas-percuma
Maklumat lanjut tentang pemilihan dan syarat – syarat penyertaan akan diberikan dalam masa terdekat.
“BERTINDAK dan BERHASIL!”
hmm..murni sungguh hati sdr Amirol hingga sanggup berikan kelas secara percuma.
semoga bantuan sdr Amirol kpd peserta yg terpilih nanti diberkati Allah.
Terima kasih Tuan Amir.
Tahniah bro.. dah ade SDN BHD sendiri.. saye sangat kagum…
Terima kasih Adney. Adney bila pula?
Wah… Kelas free…
selamat tahun baru amirol..wahh sukanya saya dengar amirol nak launch produk baru sebab saya tak pernah terlepas beli produk amirol ni..semoga kita sama2 berjaya untuk tahun2 mendatang..insyallah
Terima kasih saudara Wanmus. InsyaAllah, sama – sama kita berusaha mencapai pencapaian yang lebih baik dalam bisnes yang dijalankan.
Wahhh!! Respect la dengan saudara Amirol ni!!
Terima kasih Tuan. Saya hanya melakukan apa yang saya mahukan.
Tahniah..
Saya dah daftar untuk mengikuti kelas..
Adakah kelas ini perlu berjumpa dengan saudara?
Atau sekadar hanya buat dirumah?
Tuan Farid, kelas ini adalah secara online (buat dari rumah sahaja). Saya akan berikan assignment kepada calon untuk dilaksanakan.
Setiap assignment yang diberi, haruslah disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Calon yang berjaya, akan masuk ke level seterusnya untuk mendapat assignment yang seterusnya.
Mungkin sampai satu tahap, akan tinggal 2 – 3 calon sahaja yang berjaya “survive”
Woaahh… Bunyi macam program apprentice pun ada..hoho.. Sounds good, Amirol. Saya kena join gak nih
salam .. Oh macam tuu…
Tahniah! Twitter tu dah berapa ramai agaknye.. ?
Sudah 1040 (pada ketika ini). Saya hanya menggunakan kaedah manual sahaja. InsyaAllah ada masa baru configure system automatik.
Tahniah Saudara Amirul sebab pelbagai perancangan yang akan dilakukan pada tahun ni moga saya dapat serba sedikit ilum daripada tuan.
Terima kasih Tuan Ryar
Tahniah Encik Amirol, awal tahun lagi dah dapat SDN Berhad sendiri.
Mengenai kelas percuma tu, kalau encik Amirol sudi terima saya nanti, 100% saya akan ikut kerana peluang seperti inilah yang saya tunggu.
Terima kasih
Nantikan email selanjutnya daripada saya jika telah mendaftar.
kelas percuma….sesiapa yang betul betul nak belajar dengan Amirol boleh ambil kelas ni. Aku pasti banyak benda dapat belajar.
Terima kasih saudara Taukey.
p.s – lama tak dengar khabar?
tahniah en.Amirol..Sememangnya usaha dan semangat kita perlu diperbaiki dari hari ke hari untuk menjamin semangat tahun baru tu sentiasa kekal..Moga saya terpilih dalam kelas ni dan berjaya menjadi usahawan internet yg berjaya 1 hari nanti.
InsyaAllah, nantikan email lanjut daripada saya jika telah mendaftar.
Kelas free? betul ke?
saya memang mengharap benar untuk memperolehi pendapatan tambahan untuk tahun 2010. Bantulah saya
Ya, free. tetapi mungkin ada tugasan yang memerlukan kewangan sedikit seperti pembelian nama domain.
Walaubagaimanapun, saya akan cuba berikan assignment yang tidak memerlukan sebarang kos kewangan.
Tahniah Bro,kerana telah berjaya memulakan azam dan perancangan untuk tahun 2010/1431.Bekernaan kelas percuma saya telah pun mendaftar dan mengharapkan terpilih untuk mengikutinya.
Terima Kasih
Terima kasih Tuan Hamdan. Nantikan email lanjut daripada saya jika telah mendaftar.
satu perkembangan yang baik…
Kelas Percuma : Satu peluang yang baik…saya nak apply juga..
Boleh aja Tuan apply.
Tahniah Amirol. Bagusnya sbb dah berjaya meletakkan taraf hidup ke satu fasa yang lebih baik. Insyallah I followwww
Terima kasih Puan Zalifah.
best..
tapi sayang nya takde sambungan internet..
ni pun tumpang kat kolej…
diharap kelas macam ni akan dibuat lagi…
^_^
tapi nak try daftar gak..
InsyaAllah, akan ada lagi selepas tamatnya kelas pertama ini.
tahniah satu perkembangan yg bagus utk tahun 2010,bolehlah saya mencuba
Silakan untuk mendaftar.
sistemborang.com akan dilancarkan
tgh tunggu jugak ni
moga berjaya lauch
kelas percuma try nak ngeteh jugak
InsyaAllah, dalam 3 – 4 hari ini akan dilancarkan.
memang berminat …sedihnya saya tiada komputer dan internet.. ni pun tumpang kat office.. harap kelas ini akan ada lagi di masa akan datang…
InsyaAllah, akan ada lagi kelas seterusnya apabila tamat kelas pertama ini.
Internet dan komputer (atau laptop) amat diperlukan oleh seorang peniaga internet.
wah…!!
peluang terbaik ni.
saya dah pre-register
Terima kasih Tuan Aizat. nantikan email lanjut daripada saya.
Baru-baru 2 – 3 ari lepas dah dapat duit dari PPL ‘ secretdotcom ‘. X banyak just 89USD tapi berbaloi juga.Dekat 300 hinggit tu..hehe..Nanti ada PPL terbaru khabar-khabarkan.Thanks all.
Tahniah Tuan!
semoga di kurniakan rezeki yang banyak untuk saudara
Terima kasih Tuan. Moga Tuan juga begitu hendaknya.
Salam,
Tahniah utk Amirol… dah ada sdn bhd sendiri.. saya pun belum pasti..setakat ni cuma enterprise je..
Anyway, sesiapa berminat utk kelas percuma Amirol, baik teruskan dan dapatkan bantuan/idea dari Amirol. Pasti anda tak kering idea nanti dan dapat guna untuk perniagaan internet anda.
Thanks.
Setuju sangat2 dengan pendapat anda,
asal usaha dengan bersungguh2, sure ilmu2 berkaitan dapat ‘diturunkan’ oleh Guru
diturunkan = download yer?
Terima kasih Tuan. InsyaAllah, jika Tuan ada impikan untuk membuka sdn. bhd… Saya yakin akan tercapai juga nanti. Yang penting perancangan mesti dilaksanakan.
tahniah bro, teringin nak join kelas percuma tu.
Jangan lupa buat pra – pendaftaran ya.
Baru je daftar tadi..Tak sabar menunggu e-mel seterusnya dari Amirol =)
InsyaAllah, dalam beberapa hari lagi saya akan kirimkan. Saya sedang menyiapkan panduan yang diperlukan.
wah..tahniah bro amirul
Terima kasih Tuan Ismall
Salam Amirol…tahniah dah ada sykt sdn bhd.
Semoga Allah memberkati usaha murni sdr dgn mengadakan kelas percuma…
Terima kasih Tuan Zahir
Terima kasih Bro Amirol
Saya dah daftar.
Cuma saya tidak ada komputer sendiri.
Saya cuma dapat gunakan komputer di cybercafe.
Terima kasih Tuan Edward. Nantikan email selanjutnya ya.
thanks saya ucap pada En Amirol..
Sama – sama Tuan Shahrull
A’kum Amirol….
Tahniah dan syabas di atas kemajuan yang dicapai.Saya dah buat pendaftaran utk Kelas Percuma.Moga2 terpilih nanti…
Wa’alaikumsalam W.B.T Tuan Hj Sofian,
Agak lama tidak mendengar khabar. Terima kasih dan insyaAllah nanti saya akan kirimkan maklumat lanjut tentang kelas ini.
Tahniah bro Amirol atas pencapaian tahun 2010 ni..
Rasa mcm berminat dgn kelas online tu..
Terima kasih saudara Rahman.
Daftar aja. Nanti saya akan kirimkan email lanjut.
tahniah Amiral. pertama kerana berjaya dalam cita-cita menubuhkan syarikat. kedua kerana sanggup mengadakan kelas secara percuma. saya berhajat untuk ikuti kelas tersebut.
Jangan lupa mendaftar pada ruangan pra pendaftaran ya Tuan?
Wah! Semakin banyak pencapaian dan semakin banyak projek untuk dibuat.
Bagaimanapun tahniah kerana telah berjaya membuka syarikat sdn. bhd. sendiri.
Siapa kata internet marketer Malaysia tak boleh berjaya?
Ini satu lagi bukti bahawa perniagaan internet mampu memberikan hasil yang lumayan jika diusahakan dengan minat dan kesungguhan.
Diharap selepas ini akan lahir lebih ramai lagi yang lebih hebat dari saudara Amirol.
Perniagaan Internet masih terbuka luas jika kita membuka mata dan melihat dengan ilmu dan kesungguhan.
Tahniah sekali lagi…
p.s Baru hendak mulakan kembali aktiviti yang tertangguh tahun lepas kerana kesibukkan tugas utama ( kerja makan gaji ).
Terima kasih Tuan,
Sebenarnya ramai lagi yang lebih sukses daripada saya dan akan ada lebih ramai lagi yang akan turut mencapai apa yang diimpikan.
Seperti yang Tuan katakan, yang penting adalah memiliki “sedikit ilmu”, praktikan dan kembangkan lagi ilmu tersebut, usaha, usaha dan usaha sehingga mencapai apa yang diimpikan.
Salam Amirol,
Tahniah atas pencapaian dalam tempoh sesingkat 2 minggu pertama! Sesetengah orang (spt saya, : ) ) masih lagi duk memikirkan apa azam untuk tahun ni, hehe..
Tahniah juga atas inisiatif untuk memberi tunjuk ajar percuma tu. Bagi saya ianya satu projek yang murni sekali. Moga projek sebegini akan diteruskan lagi untuk tahun2 mendatang..
TQ
Terima kasih Tuan Lanchini.
Rasanya Tuan pun dalam proses menyempurnakan projek Tuan terutama sekali produk keychain tersebut. Mudah – mudahan projek tersebut akan terus sukses!
Salam. Tahniah di atas kejayaan yang dicapai. Semoga kelas percuma sdara, berjalan dengan lancar. Bertuah sesiapa yang terpilih.
Terima kasih Cik Puan Rina.
terima kasih dengan tawaran kelas percuma.. dah daftar .. Harap-harp terpilih lah..amin.
Jarang yang nak tawarkannya secara percuma..hehehe
salam.
saya dah buat pendaftaran untuk kelas percuma. saya mula berjinak dlm blogging sejak sept 09. sekarang tengah mencari cari kaedah buat duit dengan internet. harap saudara sudi memilih saya sebagai salah seorang student terpilih.
saya dah selesaikan pra pendaftaran dan telah sahkan email.
semoga berjaya saya ucapkan.
en. amirol, atas kriteria apa bakal2 pelajar akan dipilih.bilakah bermulanya kelas tersebut. tq.
Macam ni la anak melayu… tunjuk kan kehebatan mu…seantero dunia!!!!keikhlasan mu mengajor free Allah Taalla Yang Membalasnya….InshaAllah.
bolehlah try apply ni. harap dapatlah… terima kasih
Wow, baru 2 minggu dah macam-macam program. Orang lain masih bercuti awak dah all out. Kudos!
Saya pulak untuk tahun ni saya dah siapkan ecommerce saya menggunakan platform e-commerce percuma yang di Lot.my.
Matlamat saya 2010 ni perniagaan kain saya makin berkembang pesat. Sekurang-kurangnya 100 tempahan setiap bulan.
tq
wow..dah tamat rupanya..sape yg terpilih agaknya?