Kenali Amirol

Laman web ini www.mohdamirol.com telah dibangunkan pada 25 April 2007.

Pemilik website ini iaitu Mohd Amirol atau nama penuhnya Mohd Amirol Zolkifli adalah berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau adalah seorang usahawan kecil yang menjalankan perniagaan secara Offline dan Online secara serius bermula dari awal tahun 2006 setelah menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Awam dari UiTM.

Tujuan utama blog ini dibina adalah untuk berkongsi cerita, pengalaman, idea serta untuk mengeratkan lagi hubungan antara Mohd Amirol dan rakan – rakan onlinenya. Mohd Amirol telah berurusan dengan ramai rakan online dari segi pembangunan laman web, jual beli produk dan lain – lain perkhidmatan online yang ditawarkan.

Pada peringkat awal penglibatan Dunia “Bisnes Online” secara serius, Amirol telah menjalankan pelbagai jenis perniagaan MLM sehingga pernah juga menjadi salah seorang orang penting dalam sebuah syarikat MLM yang kini telahpun menghentikan operasinya.

Amirol juga pernah terlibat dengan Autosurf, HYIP, Forex dan skim jana wang di internet pada sekitar tahun 2005 – 2006. Namun, setelah menyedari hal – hal ini tidak mendatangkan “Keuntungan Sebenar” malah ada yang “Merugikan Semula”, maka Amirol mula mempelajari selok belok Dunia Perniagaan Internet.

Tahun 2006 adalah merupakan titik tolak permulaan Mohd Amirol sebagai peniaga + usahawan Online. Bermula dengan memberi khidmat membina laman web, pemasangan sistem dan akhirnya telah berjaya menghasilkan produk sendiri.

Sehingga ke hari ini, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh Amirol yang telah membantu ramai usahawan – usahawan internet Malaysia sama ada yang mereka yang masih baru mahupun yang telah lama berada dalam industri ini.

Kemahiran dan kepakaran utama Amirol adalah dalam penghasilan produk – produk digital seperti ebook, video tutorial, scripting dan juga pengendalian sistem e-commerce.

Amirol kini aktif dalam aktiviti pemasaran affiliate, mencipta produk digital dan juga menguruskan beberapa laman web e-commerce yang beliau miliki di peringkat antarabangsa.

Antara produk – produk beliau yang dihasilkan untuk pasaran tempatan yang telah membantu ramai usahawan internet tempatan adalah seperti:

Amirol juga turut menguruskan “working team” nya dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti penyediaan web hosting, sistem e-commerce, konsultansi pemasaran internet dan perkhidmatan pembinaan laman web untuk bakal usahawan internet tempatan menerusi:

Dengan hasrat untuk menambah kenalan serta membina kumpulan rakan niaga online yang padu, maka akhirnya blog ini dibangunkan untuk menjadi tempat rujukan serta tempat berkumpulnya kenalan – kenalan online di serata – tempat.

Semoga blog ini dapat memberi satu keunikan serta kelebihan kepada pelawat – pelawatnya.

======================================
Aktiviti Amirol Bersama Rakan Usahawan Internet
======================================

Seminar World Internet Mega Summit Mei 2007 Di Singapore

(Dari Kiri : Najmi, Me, SmartZul, Hafiz)

Seminar World Internet Mega Summit Mei 2007 Di Singapore

(Bersama Jutawan Internet Armand Morin)

Seminar World Internet Mega Summit Mei 2007 Di Singapore

(Bersama Jutawan Internet Singapore Ewen Chia)

Perjumpaan WarriorForum Di Singapore

(Dari Kiri : Me, Frank Bauer, Najmi, SmartZul)

Perjumpaan WarriorForum Di Singapore

(Bersama Internet Marketer Dari Australia, Aurelius Tjin)

======================================
Profil Ringkas Pemilik Blog
======================================

Nama : Mohd Amirol

D.O.B : 5 Sept 19XX

P.O.B : Ulu Kinta, Perak

Pendidikan : Graduate From UiTM, Kejuruteraan Awam

Alamat : Port Dickson, N.Sembilan

Hubungi : Klik Di Sini

Social Network : Facebook

======================================
Laman Web Urusan
======================================

Di laman web ini, pengguna akan mendapat informasi – informasi berkaitan industri pemasaran dan perniagaan internet bagi pasaran tempatan.

Ini adalah merupakan laman web newsletter yang mana pengguna akan menerima maklumat – maklumat berkaitan perniagaan dan pemasaran internet yang dikirimkan oleh Amirol secara personal ke email pengguna.

Laman web ini adalah merupakan laman web newsletter yang mana pengguna akan menerima maklumat – maklumat berkaitan perniagaan dan pemasaran internet dalam Bahasa Inggeris dan juga untuk peringkat antarabangsa.

======================================
Pesanan Daripada Mohd Amirol
======================================

Terima kasih kerana telah melayari ke blog ini. Saya harap anda “enjoy” ketika berada di blog ini

Semoga segala informasi yang saya telah dan bakal saya kongsikan di blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Akhir kata, selalu – selalu lah datang ke sini ya ;)

ikhlas,
Amirol

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace