Aktiviti 2011
Jan 28
Syukur! Hampir setahun saya tidak menyentuh blog ni (update), akhirnya pada hari ini saya telah berpeluang untuk menerbitkan informasi terbaru tentang diri saya dan juga aktiviti – aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang tahun 2010 dan yang bakal dilakukan pada tahun 2011 ini.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat – sahabat online yang sering memberi sokongan kepada saya sepanjang saya menjalankan perniagaan menerusi internet. Tanpa sokongan daripada sahabat – sahabat ini, saya tidak mampu untuk terus mengekalkan momentum saya dalam menyediakan bahan – bahan informasi berkaitan perniagaan dan pemasaran internet seperti yang saya lakukan sehingga hari ini.
Buat anda yang sedang membaca penulisan saya ini, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kerana sudi untuk meluangkan sedikit daripada masa anda. Saya berharap semoga perkongsian saya dalam penulisan kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda input, pengalaman dan juga informasi yang berguna sebagai rujukan anda.
Sepanjang tahun 2010 tempoh hari, banyak perkara telah berlaku dalam kehidupan peribadi dan juga aktiviti perniagaan yang saya jalankan. Tahun 2010 saya agak kurang aktif dalam sebarang aktiviti perniagaan internet tempatan kerana saya lebih menumpukan kepada kerja – kerja “underground” yang saya lakukan seperti menguruskan perihal sistem web (teknikal, khidmat sokongan dan konsultansi) dan beberapa kerja luar.
Tatkala ramai “IM” yang keluar dari pengajian kerana ingin beri tumpuan kepada aktiviti online mereka, saya kini sedang menyambungkan pengajian saya dalam bidang pemasaran sebagai pelajar part-time. Kini sudah masuk semester 2 saya mengambil pengajian ini. Setelah 5 tahun bergelar graduan, kini saya gembira kerana dapat bergelar sebagai seorang pelajar semula walaupun sedikit “berkarat” untuk belajar secara formal. Ia memang merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan kerana dapat menimba ilmu baru, bertemu sahabat – sahabat baru (dan aweks).
Tidak dinafikan bahawa pada peringkat permulaan, saya agak kelam kabut dalam mengatur masa saya antara menguruskan tugasan kerja dan ulangkaji. Walaubagaimanapun, ia tidak menjadi halangan untuk sukses dalam ke dalam kedua – dua hal ini. Doakan saya dapat menamatkan pengajian ini dengan cemerlang dan juga menguruskan perniagaan yang saya lakukan dengan baik ya?.
Pada tahun 2010, banyak juga perkara dan projek yang saya rancang namun kebanyakannya tergendala sehingga ke hari ini. Antara salah satu sebabnya adalah kerana kekurangan fokus akibat terlalu banyak perkara yang dilakukan dalam satu masa.
Berbekalkan pengalaman lepas, tahun 2011 ini saya telah lebih jelas dalam menetapkan perancangan dan perjalanan untuk aktiviti perniagaan yang saya jalankan terutama sekali untuk aktiviti perniagaan internet.
Pada tahun ini, antara perkara yang akan saya laksanakan yang telah dimasukkan ke dalam time frame projek adalah:
- Menerbitkan produk – produk tutorial teknikal yang diperlukan oleh usahawan internet.
- Menerbitkan panduan / laporan percuma untuk perkongsian maklumat.
- Menyediakan perkhidmatan dan konsultansi tentang aspek perancangan pemasaran di internet bagi pembinaan web dan pemasaran.
Nampak gayanya, permulaan untuk tahun 2011 adalah baik kerana projek berjalan mengikut time-frame. Jika anda telah subscribe sebagai pelanggan newsletter saya, pada 2 minggu lepas saya telahpun melancarkan produk terbaru teknikal iaitu berkaitan pembinaan laman web shopping cart menerusi platform WordPress™. Produk ini saya tawarkan 99 unit lesen Private Label. Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://www.kedaijualan.com/privatelabel.html

( Klik Di Sini Untuk Mendapatkan Tawaran Private Label )
InsyaAllah jika tiada aral melintang, selepas Tahun Baru Cina ini, saya akan menerbitkan pula laporan percuma berkaitan perniagaan internet. Saya mungkin akan menemuramah sahabat – sahabat yang saya kenali dalam industri ini. Harapan saya dengan terbitnya laporan percuma seperti ini, ia dapat membantu pengguna – pengguna internet untuk mendapat info jelas tentang bagaimana untuk menjalankan perniagaan dan pemasaran secara online bagi apa jua jenis produk / perkhidmatan (yang legal).
Kelmarin (27 Januari 2010), saya telah menghadiri peperiksaan Pesuruhjaya Sumpah di Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya.
“Eh, Amirol nak jadi Pesuruhjaya Sumpah???“, mungkin anda tertanya tentang hal ini…
Ya… benar… Saya dalam proses memohon untuk menjadi Pesuruhjaya Sumpah. Tujuannya? Nak mengembangkan skop / bidang perniagaan yang boleh dilakukan.
Anda pun berminat nak jadi Pesuruhjaya Sumpah? Email saya.
Pada 17 Januari 2011 yang lepas, saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan sahabat – sahabat hebat seperti SmartZul, Mohd Rozmie, Razif Yusof dan juga Ammar Zahar di Port Dickson. Mereka dalam proses pencarian lokasi terbaik untuk Cuti Santai 2011 yang mungkin bakal diadakan pada November – Disember kelak.
Banyak juga perkara yang dibincangkan sewaktu pertemuan santai tempoh hari. Malah, saudara Rozmie juga berkesempatan untuk menemuramah Ammar Zahar yang membincangkan tentang perkara bagaimana Ammar Zahar membangunkan empayar perniagaan internetnya. Anda boleh dapatkan temuramah tersebut di http://www.panduanperniagaaninternet.com/temuramah/
(Dari kiri: SmartZul, Rozmie a.k.aJimieRay, Amirol, Razif Yusof dan Ammar Zahar)
(Temuramah dan Rakaman diuruskan oleh SmartZul)
InsyaAllah, lokasi terbaik Cuti Santai di Port Dickson telah pun dipilih dan saya yakin bahawa Cuti Santai 2011 kali ini akan menjadi satu acara / majlis yang gemilang kerana berdasarkan apa yang dirancang oleh pihak Team Penang, pelbagai perkara dan acara menarik akan dianjurkan. Jadi, mungkin anda boleh mula menabung untuk menyertai Cuti Santai ini kelak.
Banyak lagi perkara yang ingin saya kongsikan, namun sekian dahulu perkongsian untuk hari ini. Saya sedikit kekok untuk menulis panjang kerana sudah lama tidak melakukan “karangan” artikel. InsyaAllah, saya akan cuba mengekalkan momentum penulisan saya di blog ini paling kurang sebulan sekali. Semoga dengan apa yang telah saya kongsikan di atas, dapat memberikan anda informasi tentang aktiviti yang saya lakukan (jika anda tertanya – tanya apa perkembangan saya ketika ini) dan juga pengetahuan baru kepada anda (sekiranya ada).
Jika anda mempunyai sebarang pandangan, cadangan, komen atau apa jua pesanan, jangan lupa tinggalkan pesanan tersebut pada ruangan komentar dibawah atau hubungi saya di http://support.usahaniaga.com untuk personal message.
Berjumpa lagi kita di artikel yang akan datang!
Ikhlas,
Amirol
p.s – Selepas tahun baru Cina kelak, team saya akan menawarkan perkhidmatan pembinaan web menerusi ProjekNiaga.com. Stay Tune!
p.p.s – Jangan lupa dapatkan Private Label WP Shop di http://www.kedaijualan.com/privatelabel.html jika anda berminat untuk membangunkan empayar bisnes produk digital di internet.




Salam Tuan Amirol, anda sudah kembali online
Tahniah sekali lagi kerana masih mempunyai azam yang tinggi untuk menyambung kembali pengajian di peringkat Ijazah. Ini telah membuktikan yang anda telah lakukan proses ‘diversify’ dengan cara yang betul dan source yang betul. Tak semestinya berjaya dalam IM atau online marketing bermakna kena berhenti belajar (in case kalo yang tengah belajar). Itu satu persepsi yang bertentangan dengan Hadith dari Rasullullah SAW sebenarnya. Menuntut ilmu adalah satu kewajipan pada kita, dan ia merupakan satu kaedah untuk kita dekatkan diri pada Allah jua.
semoga segala aktiviti yang dijalankan oleh Tuan Amirol (projek online, projek offline, study) berjalan lancar dan sentiasa sukses. Tengah sambung belakar tu, tentu ada terserempak dengan idaman hati. Jika dah kowtim jangan lupa kirim kad ya
Terima kasih. Ya, amat bersetuju bahawa menuntut ilmu adalah merupakan kewajiban kita. Mudah – mudahan apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dengan baik disamping dikongsikan dengan sahabat – sahabat sekalian.
Idaman di hati belum lagi terserempak. InsyaAllah, jika ada, bukan sahaja kad, facebook tag, sms turut akan digunakan.
Assalamualaikum Tuan Amirol. Saya sebagai salah seorang subscriber Tuan sentiasa mengikuti perkembangan Tuan. Agak menarik juga jalan ceritanya ya
Produk Private Label Right terbaru ni juga agak menarik perhatian saya memandangkan ia panduan Teknikal yang jarang dikeluarkan oleh orang lain terutamanya di Malaysia.
Saya doakan yang terbaik untuk Tuan Amirol & keluarga.
Ikhlas dari
Syafiq…
Terima kasih Tuan Syafiq.
Lama tak nampak keaktifan online. Sudah masuk group “underground” ?
Very good and very informative . . . keep it up . . .
)
Thank you very much Sir.
Salam Tuan Amirol…
Wah… Dah lama sangat rasanya tak dengar khabar dari Tuan. Rupanya kini menjadi pelajar rupanya dan bakal pesuruhjaya sumpah. Semoga tahun ini memberikan seribu keberkatan kepada Tuan
.
p.s : Nak cari siapa untuk temuramah ek?
Terima kasih Tuan untuk doa daripada Tuan.
Untuk temuramah tu, tiada limit. Sesiapa sahaja yang berminat asalkan ada pengalaman, kemahiran dan juga memang ada proof melakukan perkara yang ingin dikongsikan dalam temuramah dalam apa juga bidang perniagaan.
Saya rasa Tuan boleh juga untuk ditemuramah oleh saya. Kalau berminat, nanti saya akan kirimkan info lanjut.
Salam bro Amirol.
Tahniah atas artikel ni, dah lama kami menanti tulisan bro.
Terimakasih atas pertolongan bro Amirol & Ammar yang bawa saya & Team Penang meninjau lokasi Cuti Santai 2011. Alhamdulillah, kami telah buat keputusan yang tepat untuk memilih lokasi Port Dickson sebagai destinasi Cuti Santai kali ini memandangkan hotel & kawasannya cukup menarik & eksklusif serta bertaraf 5 bintang.
Wa’alaikum assalam wrt. wbt. bro Jimie.
No problem. InsyaAllah, kita akan ketemu di Cuti Santai kelak.
Lama tak update blog ya tuan Amirol
Sebab nak buat rekod tak upgrade blog setahun.
Wah dahsyat tu…. setahun tak update blog…..
saya amat berminat dengan kedai online berasaskan wordpress ini kerana ia mudah. jika dapat themes yang sesuai lagi best. Terima kasih amirol
Theme yang sesuai biasanya theme berbayar. Antara theme yang murah adalah seperti eStore hasil daripada elegantthemes.com
Salam Tuan Amirol semoga segala yang
dirancang selari dengan perancangan
yang maha esa
Saya doakan semoga Tuan sukses sentiasa
secara jujurnya saya sentiasa mengikuti
perkembangan tuan bermula awal 2008 hingga
kini dan tuan adalah salah seorang
daripada idola saya dalam bidang IM
p/s: niat dihati ingin berJV dengan tuan satu
hari nanti (tapi masih belum ada kepakaran dan kemahiran tertentu)
Terima kasih Tuan untuk doa Tuan dan juga sokongan yang Tuan berikan.
Semoga Tuan juga sukses dalam apa yang Tuan laksanakan. InsyaAllah, tiada masalah untuk JV jika ada rezeki kita bekerjasama.
Syabas Saudara Amirol
Syukran ya Sahabat.
tahniah, semoga berjaya dalam segala bidang yang diceburi
Terima kasih saudara Madlut.
Anda pun berminat nak jadi Pesuruhjaya Sumpah? Email saya…
salam amirol, sy berminat utk memohon untuk menjadi pesuruhjaya sumpah tp sy xpasti mcmane prosedur untuk memohon, if amirol x keberatan untuk berkongsi maklumat, terima kasih la banyak2.
Salam tuan Amirol
Berminat gak nak dptkan versi PLR kedaionline wordpress tersebut, tapi abg takde mailing list lagi…