Langkah Pertama Persediaan

Nov 15

Beberapa hari lepas, saya telah menyediakan satu artikel berkaitan email. Tetapi waktu tu ada masalah dengan server agaknya dan menyebabkan post saya telah pun hilang dari database. Hilang entah ke mana. Agak – agaknya telah diculik oleh seseorang… hehe :D

Baiklah, pada topik yang lepas yang mana saya meminta pandangan rakan – rakan berkenaan apa yang dicari menerusi internet, apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah :

  1. Rata -rata (98%) berminat untuk menjalankan perniagaan menerusi internet kerana telah didedahkan bahawa internet boleh memberi sumber pendapatan.
  2. Ada yang dah tahu apa itu perniagaan internet, tetapi tersangkut atau tak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama disebabkan terlalu banyak peluang di depan mata.
  3. Ada yang tak tahu tentang konsep sebenar perniagaan internet dan terlibat dengan program – program jana wang mengarut seperti perigiduit dan sekutunya. Mereka ini masih tercari – cari bagaimana cara untuk menjana wang.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang telah memberikan pandangan, komen serta pendapat pada post saya yang lepas.

Hari ini saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana untuk anda bermula. Tapi sebelum itu, saya ingin berterus terang bahawa saya bukanlah seorang yang benar – benar pakar. Saya cuma ingin kongsikan perkara – perkara penting untuk anda bermula seperti mana yang telah saya lakukan.

Sediakan minda anda terlebih dahulu dengan perkara – perkara berikut :


1. Tanya pada diri anda

Sebelum anda memulakan sesuatu perkara, tanya pada diri anda soalan – soalan berikut.

  • Tahap apakah yang ingin anda kecapi dalam bidang tersebut?
  • Adakah anda sanggup berusaha serta melabur ke atas ilmu yang ingin diperolehi?
  • Adakah anda sanggup mengambil risiko untuk mencapai kejayaan yang ingin diperolehi?

Mengapa anda perlu bertanya kepada diri anda? Ini kerana anda perlu menilai kesungguhan anda. Anda perlu menetapkan matlamat yang ingin diperolehi dalam bidang tersebut. Anda perlu berani untuk mencuba serta merancang perjalanan usaha anda.

2. Bunuh perasaan anda

Ya… bunuh perasaan anda! Maksud saya disini adalah kita perlu singkirkan perasaan – perasaan negatif seperti tamak, dengki dan malas.

Bunuh “Tamak”

Sikap ingin bolot semua perkara. Nampak income orang lain besar di Adsense, terus nak buat adsense… kemudian nampak pula orang lain dapat ribu – ribu dengan dropshipping, tukar pula haluan… jadi, akhirnya kita tak akan ke mana dan “stuck” di tengah – tengah.

Fokus dengan satu perkara terlebih dahulu jika anda baru sahaja nak bermula. Abaikan tentang hal – hal lain. Perkara ini selalu diterangkan… Tetapi adakah anda mengambil berat tentangnya?

Jangan peningkan kepala anda dengan perkara – perkara yang baru. Cuba dalami apa yang anda telah tahu. Cari perkara termudah untuk anda laksanakan dan apabila selesai baru melangkah ke perkara baru.

Bunuh “Dengki”

Sikap dengki ini paling teruk. Sebabnya? Ia bukan sahaja boleh merosakkan diri seseorang tu tetapi sebaliknya boleh merosakkan orang – orang yang didengkinya. Jadi, sudah tentu tiada keberkatan dalam diri si pendengki.

Kenapa ada orang suka berdengki? Mungkin kerana mereka ini tidak mencapai tahap seperti yang orang yang didengki itu capai. Sebabnya? Golongan pendengki ini MALAS untuk berusaha.

Namun ada juga yang tidak suka melihat kejayaan orang lain dan menyebabkan mereka ini melakukan perkara – perkara yang menjatuhkan pihak yang didengki itu.

Sebagai yang ingin berjaya, kita haruslah menjauhi sifat dengki ini. Mengapa tidak kita gunakan kejayaan orang lain sebagai sumber inspirasi serta menjadikan kejayaan mereka sebagai pembakar semangat untuk kita menjadi lebih berjaya?

Cuba kita perhatikan, rata – rata mereka yang berjaya tidak menghiraukan apa yang dilakukan oleh pihak lain tetapi sebaliknya bersaing serta berusaha untuk menjadi lebih baik daripada pihak tersebut.

Bunuh “MALAS”

Hah! Ini sebenarnya perkara yang paling – paling – paling (3 kali paling tuh!) susah nak diatasi. Macam mana nak jana wang kalau malas nak usaha, malas nak study, malas nak survey… etc?

Kadang – kala bila kita dah tak capai sesuatu, kita akan menjadi malas nak hadapi perkara tu lagi… Ini menyebabkan kita tak akan berjaya dalam perkara tersebut. Pendek kata, jangan Give Up!

Kerana itulah anda perlu bermula dengan perkara yang mudah terlebih dahulu. Kalau dari awal sudah start dengan susah, maka semangat anda akan terus mendadak jatuh. Jika anda bermula dengan mudah, dan mencapai hasilnya… maka semangat anda untuk terus mendapatkan perkara baru akan meningkat.

3. Bersedia untuk berjuang

Adakah anda telah benar – benar bersedia untuk berjuang dalam perkara yang ingin dilaksanakan? Adakah anda telah mempunyai perancangan terhadap perkara tersebut?

Dalam hal NAK BUAT DUIT DI INTERNET, sebenarnya BUKAN SENANG. Jangan percaya dengan mana – mana pihak yang mengaku dan mengatakan bahawa senang nak buat duit di internet.

Orang yang senang nak buat duit adalah mereka yang telah mempunyai senarai list yang besar, network yang ramai serta kenalan – kenalan yang turut mempunyai list yang besar. Dengan menghantar “seketul” email pada list mereka sahaja, dalam masa beberapa minit pun dah boleh menjana wang.

Tetapi adakah mereka terus bermula sebegitu? Sudah pasti tidak! Mereka bermula dari bawah dan mengambil masa beberapa bulan malah bertahun – tahun untuk berjaya! Mereka fokus dan terus menerus berusaha siang dan malam untuk mencapai kejayaan.

Adakah anda sanggup begitu?

Membangunkan perniagaan di internet adalah sama sahaja seperti membuka perniagaan di alam nyata. Hakikatnya, internet sebenarnya adalah medium pemasaran sahaja. Perniagaan yang ingin dilakukan haruslah bermula dengan perancangan yang tepat dan mempunyai strategi yang betul.

Contoh ; Adakah anda terus membuka ladang kambing untuk menjalankan bisnes ternak kambing tanpa mengetahui bagaimana nak ternak, mana nak dapat supply, apa keperluan menternak dan sebagainya? Sudah pasti tidak bukan? Anda perlu pelajari dan mencari ilmu berkaitan perternakan kambing. Sebelum itu anda mesti membuat kajian mengapa anda ingin membela kambing…

Begitu juga dengan menjalankan perniagaan di internet. Anda perlu lengkapkan diri dengan perkara yang berkaitan terlebih dahulu. Buat kajian dan seterusnya mengaplikasinya.

Amirol, tak ada ke jalan mudah nak buat duit kat internet ni???

Bagi saya, TIADA! Ia akan menjadi mudah apabila anda telah benar – benar bersedia untuk mempelajari bagaimana ia beroperasi.

3 cara yang dikatakan mudah untuk buat duit dinternet iaitu :

  1. Mencipta dan menjual produk/perkhidmatan anda sendiri
  2. Menjual produk orang lain yang diberi kebenaran menjualnya
  3. Menjadi agen pemasaran kepada perkhidmatan / produk yang sedia ada

Walaupun ia nampak mudah, tetapi ia memerlukan pengetahuan dalam bidang – bidang ini. Saya akan berkongsikan tips – tips tersebut pada artikel akan datang.

Apa yang saya ingin anda laksanakan sekarang adalah, fikir dan kaji diri anda. Jika anda belum bersedia, maka carilah ilmu yang berkaitan untuk membuat persedian.

Jika anda telah bersedia, fikir dan kaji diri anda berapakah persediaan anda dah apakah tahap serta matlamat yang anda telah letakkan.

Jangan BERMATLAMAT JUTAWAN dalam masa 1 atau 2 tahun… Fikir secara logik terlebih dahulu mengikut kemampuan anda… Mungkin anda bermatlamat dalam masa 10 bulan, anda ingin hasilkan 10ribu… maka pastikan anda capai matlamat tersebut… Jangan pula buat matlamat dalam masa 10 bulan nak dapat 1Juta… Ini kerana ia tidak logik bagi kita yang tengah baru nak bermula berniaga di internet. Melainkan anda sememangnya seorang businessman berjaya. :)

Kita bersambung lagi kelak…

- Amirol

468 ad

18 comments

  1. Syed Hafidz /

    saya setuju dengan pandangan amirol..
    dalam apa2 bidang sekalipun,nak berjaya bukanlah suatu yg mudah..
    perlukan usaha, komitmen d fokus..
    kalau nak letakkan matlamat, kita kena realistik dan sesuaikan dengan keadaan semasa..
    tak jadi terlalu idealis ..
    =)

  2. Selain itu saya rasa kita perlukan seorang mentor yang baik dan berpengalaman untuk membimbing. Mungkin bro Amirol mentor yang sesuai. :-D

  3. HI
    ye betul la pandangan amirol tu..
    kena respek…
    yang penting..semua apa perkara kalau nak berjaya..sikap M mesti dihapuskan..iaittu sikap MALAS selain sikap pHd orang melayu ni
    Perasaan HASAD DENGKI ni mesti dikikis

    Kalau ada silap dan salah sila tunjukkan

  4. kan best kalau boleh bunuh perasaan malas ni. Cabaran paling besar bg sy ialah sikap M yg besar ni.

  5. Fuhh..mula2 tabik spring sebab bagus artikel ni.

    Bagi saya dengki tu boleh tapi dengki yang positif,macam kita tengok org berjaya,kita dengki dan berusaha lebih lagi untuk berjaya cam dia jugak.Dengki yang diharuskan.

    Bab target pulak betul cakap Amirol,kita target dalam masa tertentu untuk dapat pendapatan tertentu.Kalau target senang sikit nak fokus.Rajin sikit nak usaha.

  6. Isman I /

    Salam Amirol,
    Ya betul tu,kalau nak menangkap ikan ..kita perlu tau lubuknya ikan kat mana,apa jenis ikan kat situ, ikan tu suka umpan apa,cara macamana nak naikkan ikan tu,apa peralatan yg kita perlu ada,serta tau macamana nak naikkan ikan dgn banyak.

    Begitu juga dgn internet mesti ada ilmu tntang tu.. ya tak?
    Berfikiran positif mesti ada dlm apa juga bidang mencari duit,mencari ilmu dan mencari KETAKWAAN PADA ALLAH.

    Wassalam.

  7. A’kum,
    Banyak yang boleh kita pelajari dalam artikel tersebut..thanks Amirol. Semasa saya menghadiri satu seminar baru-baru ini, Grandmaster Choi menyebut satu perkara iaitu ttg fokus.Kegagalan kita adalah kerana kurang memberi tumpuan pada sesuatu perkara yg kita sendiri lakukan,sebaliknya kita lebih fokus terhadap perkara yang dilakukan oleh orang lain. When you know one thing, you must learn through and through, and you will know everything. cuba kita sama-sama memahami apa maksudnya.

    Wasalam

  8. Assalamu’alaik Ya Amirol.

    First of all, setuju sangat dengan pandangan Amirol kepada semua newbiess..yg baru nak kenal, nak belajar, nak bangun website or blog or forum kena ada ILMU dan FOKUS itu saja.

    Sebab dari ILMU dan sikap FOKUS baru kita dpt mengHAYATI dan memPRAKTIK kan semua yang kita lakukan.

    Kalau tak semua yang buat akan jadi Bujang Sigandam or Cak Cak Pong je..

    So my advise to all newbissss… kena tawadhu’ sikit nk cari Ilmu.

  9. abdul ghani /

    Bagi yang baru nak mengenali atau memulakan bisnes internet ini,eloklah ikut nasihat Amirol ni.jangan terlalu gelojoh nak kaya cepat sedangkan ilmu dalam bidang ni masih ZERO.Ambillah masa yang panjang sikit untuk memantapkan pengetahuan dalam bisnes ini sebelum bermula.Itulah yang sedang saya lakukan sekarang,mengumpul dan menganalisis maklumat berkaitan bisnes internet ini sebelum memutuskan mana yang sesuai untuk dimulakan.
    sekian,selamat majujaya.

  10. Terima kasih semua…

    Memang tiada jalan mudah untuk berjaya…

    Mana – mana yang mengaku SENANG nak buat duit di internet, katakan TIDAK kepada mereka… hehe… Ia akan jadi senang apabila kita dah ada pengetahuan tentang bidang tersebut.

    Mungkin senang kot nak dapat RM10, RM20… Tetapi nak dapat RM1000 Sebulan, RM2000 Sebulan…atau pendapatan tetap… mungkin agak sukar.. Apatah lagi untuk dapat lebih daripada RM10,000 sebulan… :)

    Banyak usaha dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjadikan SENANG nak buat duit.

    Sebagai contoh Adsense… Bila kita dah tau macam mana sistem adsense beroperasi, maka senanglah untuk kita laksanakan..

    Namun dalam kesenangan itu, anda perlu juga tahu macam mana nak buat web (Sebab nak letak adsense code), macam mana nak lakukan marketing (nak dapatkan traffic), macam mana nak dapat high paying keywords dan sebagainya… So, sebenarnya ini adalah satu perkara “Senang” yang “tak senang”… Kena banyak ada ilmu pengetahuan yang asas dahulu untuk bermula dan kemudian barulah dapat menjadikan ia senang..

  11. slmt ptg semua,
    memang betul kata amirol tu…
    tiada jalan pintas untuk berjaya…
    kita mesti kena mempunyai usaha yang kuat untuk lebih berjaya…

    han

  12. Betul sebagaimana yang sedara Amirol katakan di atas, saya berpegang satu je : Mencari wang diinternet ni bukannya mudah, kena berusaha dan usaha dan usaha bersungguh-sungguh….!

  13. Satu artikel yang saya sangat suka. Ramai sangat orang yang pikir buat perniagaan internet ini senang. Sebenarnya sama je dengan perniagaan konvensional cuma medium sahaja berbeza iaitu Internet.

    Tapi yang paling sedih, internet juga yang disalahkan apabila timbul program-program hype/ scam yang memang sudah diketahui umum hanya MENIPU. Tetapi kenapa masih ramai yang TERTIPU dan mahu diri mereka ditipu?. Iskh..iskh

  14. Setuju dengan Motivasi yang Saudara Amirol. Bukan senang nak berniaga di internet ni lagi-lagi untuk mengatasi 3 perkara tersebut.

  15. sy bersetuju sgt dgn pandagn bro amirul…bkn senag nak jadi senang, dan bukan senang nak jadi susah..

    so…sama-samalah kita berkongsi dan memberi pendapat agar ia terus bertambah dan berpanjangan serta mendapat ganjaran yang sebaiknya…

  16. Kamu ada fakta yg boleh diikuti di sini oleh mereka yg ingin memulakan perniagaan Internet…saya rasa yang paling sukar diatasi adalah ‘membunuh’ perasaan malas…

  17. Thanks Amirol…
    Saya setuju dengan pendapat Amirol, sebenarnya bukan dalam perniagaan internet sahaja. Dalam perniagaan biasa (off line) pun kena hadapi situasi yang sama juga. Tambah2 lagi dalam bidang MLM yang sebenar. Kalau asyik dok melompat sana melompat sini maka jadilah “Perempat MLM”. Kebetulan post kat blog saya kali ini bincangkan perkara yang hampir sama.

  18. memang tak dinafikan ramai yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan online ini kerana keuntungannya. tapi mereka masih tercari-cari asas yang kuat untuk dibina sebelum berani untuk pergi lebih jauh lagi

Trackbacks/Pingbacks

  1. Blog Keusahawanan dan Catatan Peribadi ModelNiaga Dot Com » Bagaimana Nak Mulakan Perniagaan Internet!! - [...] datang lagi dengan membawa sedikit tips untuk anda. Saya baru saja selesai membaca post dari blog http://mohdamirol.com/2007/11/15/langkah-pertama-persediaan.html, memang bagus ...

Leave a Reply