Penyamar ?!! Adakah Anda Salah Seorang Daripadanya?

Jul 16

Pertama sekali, terima kasih buat anda kerana telah mengunjung blog saya ini walaupun saya kurang aktif ber”blog”. Saya kurang mempunyai idea untuk membina articles untuk dipaparkan, maka dengan itu saya ingin memohon maaf jika tiada perkara baru yang saya kongsikan bersama. InsyaAllah, saya akan perbaiki kemahiran berblog saya dari semasa ke semasa.

Saya baru je lepas membaca blog Zul SmartUsaha. Zul memaklumkan bahawa ada seorang “makhluk Allah” di internet telah menyalahgunakan nama beliau serta alamat email untuk melakukan transaksi terhadap pihak lain. Huhu… Macam – macam ragam manusia di internet ni. Menipu untuk kepentingan peribadi… Mungkin dalam fikiran beliau “Alah, bukan orang tahupun…”… “Aku nak kenakan si polan ni”…. “Haha… aku nak dapatkan produk orang ni tanpa bayar lah…”… “Aku pedulik apa dengan orang lain…” dan macam2 lagi fikiran yang dihasut syaitan….. ye ker dihasut syaitan?  Wallahualam….

Kalau beliau seorang yang muslim, maka… Sedihlah kami sebagai umat Islam. Saudara seIslam melakukan perkara sedemikian.. Tak takut dengan balasan ke? Mungkin anda berkata “Alah, aku punya hal laaa… Ko sebok apahal? “… erm….

Maka dengan itu juga, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri serta kepada rakan – rakan sekalian, apa – apa tindakan yang kita lakukan di internet, biarlah ikhlas dan jujur. Janganlah menganggap bahawa dunia internet ini adalah satu tempat untuk anda lakukan apa – apa perkara sesuka hati anda kerana beranggapan bahawa TIADA SAPA yang tahu tentang diri anda. Eh eh?? Tiada sapa yang tahu? Betul ke? Fikirkan lah semula… Betul ke tak ada sapa yang tahu ni? ;)

Wahai rakan – rakan online yang dihormati, jangan jadikan internet / dunia online ini sebagai tempat untuk melakukan jenayah atau apa – apa aktiviti yang memberikan impak negatif kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Kita harus sedar, internet ini adalah satu medium interaksi yang seharusnya digunakan dengan sebaik – baiknya dengan melakukan aktiviti yang bersih, baik & halal. Bukan untuk tempat melakukan jenayah. Dunia internet adalah dunia sebenar cuma yang membezakannya adalah mediumnya berada secara maya tetapi segala urusan yang berlaku adalah perkara yang nyata. Benarkan?

Baiklah, untuk langkah berjaga – jaga buat rakan – rakan sekalian, jika anda turut menerima email sama ada menggunakan nama – nama seperti zul lagi atau lain – lain usahawan internet termasuk diri saya, pastikan anda menghubungi mereka dengan cara melayari ke laman web mereka dan dapatkan alamat email sebenar mereka.

Untuk makluman anda, saya hanya akan menghubungi anda menggunakan email yang mempunyai alamat domain saya sendiri. Sebagai contoh support[a]usahaniaga[.]com. (Oh yer, jangan SPAM pula ke email ni sebab saya dah bagitau :P … Tak best spam.. sebab saya langsung tak akan respon dengan SPAM mail anda… ;) )

Untuk makluman juga, saya tidak akan sesekali menggunakan perkhidmatan email percuma seperti Gmail/Yahoo/Hotmail dan sebagainya untuk menghubungi anda.  So, harap anda “take note” tentang perkara ini ya.

Semoga kita semua akan sentiasa dilindungi dari gejala – gejala negatif yang berkemungkinan bakal menimpa kita.

468 ad

4 comments

  1. Itulah salah satu cabaran dalam bisnes, tak kira online atau offline. Manusia macam tu tetap ada.

    Kita tak dapat sekat manusia2 macam ni, cuma apa yg perlu dilakukan adalah kita sentiada meningkatkan ilmu & buat apa yg patut untuk mengurangkan kadar penipuan atau JENAYAH sebegini.

  2. Orang seperti ini tak kan bertahan lama. Ye la mendapatkan ilmu dengan cara yang tak berkat. Tak boleh biarkan. Jenayah seperti ini harus kita sebarkan kepada semua. Nak tengok sejauh mana orang seperti ini boleh bertahan..

  3. Hmm .. nampaknya kena berhati-hati la sebab dah ramai la pulak social engineers dan impersonators kat internet ni.
    Beringat sebelum kena.. selidik sebelum percaya…

  4. Ya.. tapi memang itu adalah lumrah industri perniagaan lebih – lebih lagi perniagaan internet ni.. Scammer byk. Biasalah, orang – orang yang pentingkan diri sendiri :)

Trackbacks/Pingbacks

  1. Mohd Amirol & Dunia Internet » Tiada Hormat, Nak Mudah, Penting Diri? Halal Haram? - [...] sebelum ini kita dikejutkan dengan insiden PENYAMAR MAYA yang mana si penyamar cuba mendapatkan produk - produk IM dengan ...

Leave a Reply