Perniagaan Internet Dan Capaian Internet?
Feb 23
Adakah anda benar – benar serius ingin menjana wang di internet dan memiliki empayar perniagaan secara Online?
Sepanjang pelancaran Pakej Web Jualan Evolusi iaitu bermula 10 hb Februari 2008 yang lepas, saya telah menerima beberapa email daripada beberapa rakan yang berminat untuk memiliki Pakej WebJualan ini.
Namun hasrat mereka tersekat disebabkan gara – gara saya mengatakan :
- Anda memerlukan INTERNET untuk mendaftarkan ebook ini.
“Amirol, awak tak rasa rugi ke buat macam tu? ” tanya seorang rakan saya yang lain kepada saya.
Baiklah, jujur saya katakan saya sebenarnya tidak berasa rugi kerana pada pendapat saya jika saya tak buat begitu, sebaliknya pengguna aka pembeli pula yang akan rugi.
Mengapa? Jika anda berhasrat untuk membina perniagaan di internet, perkara UTAMA yang anda perlu ada adalah capaian ke INTERNET.
- Bagaimana anda ingin membangunkan laman web jualan jika tiada sambungan internet?
- Bagaimana anda ingin melakukan promosi terhadap laman web jualan anda jika tiada sambungan internet?
- Bagaimana anda ingin terus menerus mempelajari perkara – perkara berkaitan perniagaan di internet jika tiada sambungan internet?
Saya tidak menggalakkan anda menggunakan CyberCafe untuk tujuan ini. Jika anda ingin mempelajari dan mendapat ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan di internet, maka dapatkan sambungan internet dirumah anda.
Jika anda buat kira – kira kembali, 1 Jam di cybercafe lebih kurang RM2.00 (ikut harga di tempat saya) . Andaikata anda ke cybercafe 3 kali seminggu untuk 2jam sahaja bagi mempelajari selok belok dunia perniagaan di internet.. Kos perbelanjaan anda sebenarnya sudah mencecah (3 hari x 2jam x RM2 = RM12 seminggu).. sebulan, kos anda sudah mencecah +- RM48.00 hanya di cybercafe. Jadi, perkara ini amatlah tidak efektif. Lebih menguntungkan jika memasang talian Streamyx di rumah anda. Terdapat pakej streamyx RM20 untuk 10jam, RM44 untuk 60 jam atau langganan streamyx tanpa had yang boleh anda ambil. Rujuk di www.tm.net.my
Jika anda serius untuk mendalami dan mempelajari bagaimana untuk membangunkan perniagaan anda di internet, maka anda perlu meluangkan masa anda sekurang – kurangnya 2jam setiap hari di internet. Walaubagaimanapun, ia sebenarnya masih tidak mencukupi jika anda BARU ingin mempelajarinya.
Mungkin ada pihak yang mengatakan, “saya baru ingin mencuba – cuba sahaja…”. Pandangan saya, jangan letakkan diri anda “cuba – cuba dulu”. Mulakan dengan serius kerana dengan perancangan, dengan keseriusan yang anda berikan, anda sebenarnya bakal membina perniagaan yang bakal menguntungkan.
Jika anda mula dengan “cuba – cuba dahulu”, mungkin keputusan yang bakal anda dapat juga adalah keputusan percubaan sahaja. Mungkin ada, mungkin tidak. Dan mungkin anda kecewa, atau mungkin anda untung sekadar duit kopi sahaja.
Ringkasnya apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, Pakej Web Jualan Evolusi ini hanya sesuai untuk anda yang telah memiliki capaian internet sahaja. Saya memohon maaf kerana panduan ini tidak disediakan untuk anda yang tidak mempunyai sambungan internet berikutan kebanyakan penerangan yang diberikan didalam ebook ini adalah perkara – perkara yang berasaskan TEKNIKAL yang memerlukan internet sebagai salah satu “ALAT” untuk menjalankan “PRAKTIKAL”nya.
Jika anda belum berkemampuan lagi untuk mendapatkan internet, maka saranan saya adalah, dapatkan ebook atau buku berkaitan pemahaman terhadap asas – asas kepada konsep perniagaan di internet. Setelah anda faham apa yang perlu dilakukan, rancang strategi perniagaan anda dan dapatkan internet untuk memulakan langkah anda yang pertama.
3 Perkara penting untuk berjaya dalam membangunkan perniagaan anda di internet adalah :
- Ilmu yang berkaitan
- Peralatan (INTERNET, KOMPUTER, software, script etc)
- Tindakan / Usaha
Kekurangan salah satu daripada perkara yang dinyatakan, anda tidak akan sama sekali dapat membangunkan perniagaan di internet.
p.s – Rakan – rakan pembeli Pakej WebJualan Evolusi yang mengalami masalah akses ke webjualan.com, saya memohon maaf kerana terdapat masalah IP address server. Hal ini menyebabkan sesetengah pengguna tidak dapat melayari ke webjualan.com. Saya akan buat perpindahan data ke server baru dalam tempoh 2 – 3 hari ini dan sebarang gangguan akses amat dikesali.

saya setuju. lagi senang jika ada internet di rumah. hehe
Salam Amirol,
Betul cakap saudara,nama pun perniagaan internet mesti la kena guna internet
selain Streamyx sekarang ni pun kita dah boleh dapat Celcom Broadband dengan harga RM68.Kemudahan dah ada.
Cuma tindakan sahaja kurang,Kalau nak berjaya bagi saya kena ada pengorbanan,usaha gigih & sabar dengan dugaan.
Salam pembaca semua,
Kepada mereka yg masih blum ada penyambungan internet, carilah site income dr sumber yg lain terlebih dahulu utk membuat modal…huhh, btul serius nih
Pakai je internet. Ambil RM77 punye tu. Murah dan unlimited. Bukak je 24 jam. Tak luak pun rasanya..
Jika income ribu-ribu. Takkan xsangugp pakai internet kat rumah kan?
Segalanya di hujung jari.Itulah internet.Saya tidak boleh hidup dengan sempurna tanpa internet.Saya banyak belajar dari internet.Jika dulu saya buta komputer, tetapi tidak lagi setelah melanggan streamyx sejak 3 tahun lalu.Banyak ilmu IT dan lain-lain maklumat yang dapat saya cedok dan amalkan melalui internet.Saya menyokong 100% pendapat saudara Amirol.Kepada mereka yang masih belum ada talian streamyx, langganilah ia.Anda tidak akan rugi.Lihatlah saya, jika dulu saya tidak pandai buat website…sekarang…Jika dulu saya tidak pandai repair komputer…sekarang….Jika dulu saya tidak tau apa itu HTML,PHP,Visual basic….sekarang….Semuanya berubah setelah ada streamyx.Terima kasih streamyx.
metallism
http://www.metallism.com