World Internet Summit Di Malaysia

Oct 04

Saya baru menerima email daripada World Internet Summit yang menyatakan bahawa seminar perniagaan internet ini akan diadakan di Malaysia iaitu pada 10 – 12 Nov 2007 ini. Namun tidak pula dinyatakan secara spesifik tempatnya. Hanya dikatakan akan diadakan di Kuala Lumpur. Malah yuran untuk seminar ini juga tidak diketahui berapa kosnya.

Jika anda pernah hadir ke World Internet MEGA Summit yang berlangsung di Singapore tempoh hari, maka penyertaan anda adalah percuma sahaja untuk ke World Internet Summit di Malaysia pada kali ini. Namun, anda memerlukan Passport WIS dan juga deposit USD100 untuk booking tempat. Deposit USD100 ini dikatakan akan dipulangkan selepas 30 hari WIS di Malaysia ini berlangsung.

Mungkin ada rakan – rakan yang nak pergi kelak.. InsyaAllah kalau saya berkesempatan untuk pergi, mungkin kita boleh bertemu di sana. :)

Apa – apa pun, saya akan updatekan lagi berita ini jika saya mendapat maklumat baru. Tidak pasti berapakah kos untuk orang baru menyertai seminar ini.

468 ad

8 comments

  1. Salam Amirol,

    Nanti kalau ada update apa2 tentang WIS ni,
    maklumkan saya yek. InsyaAllah kalau takde
    apa aral boleh pergi dan jumpa Amirol borak-
    borak.

  2. amirol..moh kita pergi sama2..yg kat singapore hari tu mmg tak bleh pergi sbb konvo..

  3. Saya confirm tak dapat pergi walaupun ada passport. Tapi kalau sempat menyinggah kejap, saya akan singgahlah. ;)

  4. Saya pun gitu jugalah nampaknya zul.

    Dan untuk makluman rakan2 lain, saya tak dapat apa – apa perkembangan dari WIS ni jadi ke tidak buat di malaysia.

  5. Pautan sebelum ni tak berfungsi pulak, so ni URL untuk dapat maklumat World Internet Summit 2007 K.L.

    http://my.srpl.net/wis/wis2007.htm

  6. Betul ke ia akan diadakan? Huhu.. tringin hati nak pg
    WIS ni..

    Kalau btul ikut link Bro Deen, saya rasa saya xdapat pg
    sbb ada sminar di KL jugak masa tu.. Dari segi harga mmg
    fuyooh la 3 bln gaji baru lps tu.. hehe

  7. Thanks saudara deen untuk info tu…

    Mahal gak tu.. RM2K lebih.. senak gak perut kalau kita pegi.. hehe..

    Tp macam saya cakap, sapa yang ada passport WIS, boleh dapat FREE, tp kena book usd100 untuk permulaan. :)

Leave a Reply