Currently Browsing: Motivasi Diri

Pencapaian 2 Minggu Tahun Baru?

Pada artikel sebelum ini iaitu Janji Pada Diri, saya ada mengatakan bahawa pada hari pertama setiap tahun baru, ramai orang berkobar – kobar untuk memulakan langkah baru dengan azam baru. Kononnya pada tahun baru ini, diharap dapat merubah kehidupan kepada arah yang lebih baik. Namun apabila hari bersilih ganti, semangat tersebut semakin lama semakin pudar. Azam yang dibuat makin hilang jauh tenggelam di “dasar lautan”. Jadi, bagaimana untuk kita mengekalkan semangat yang berkobar – kobar pada awal tahun tempoh hari untuk setiap hari sepanjang tahun ini? Pertamanya, buat...
read more

Janji Pada Diri

Hari ini sudahpun 3 Januari 2010… Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja hari berganti hari. Saya masih teringat lagi, sewaktu saya berada di zaman universiti. Kehidupan yang begitu “enjoy” dengan rakan – rakan se-universiti, umpama tiada apa yang bakal mendatang menjelma. Tup tap tup tap… Hari ini, sudah genap 4 tahun saya menamatkan pengajian dan bergelar graduan. Rakan – rakan lain kebanyakannya sudah menjadi jurutera, ada yang bekerja dengan syarikat konsultant, ada yang menjadi pegawai imigresen, pegawai polis, laywer dan sebagainya. Sedar tak sedar juga,...
read more

2010 Untuk Bertindak Dan Berhasil

1  Januari, 2010… Kini kita sudahpun melangkah masuk ke tahun 2010. Jadi sudahkah saudara/ri sekalian mula mengorak langkah yang telah dirancang? Atau masih lagi dalam proses perancangan? MOTTO  saya untuk tahun ini adalah “BERTINDAK dan BERHASIL”. Tahun 2010 ini kita perlu memperlihatkan apakah tindakan yang mesti kita laksanakan bagi mencapai apa yang telah dirancang. Dengan BERTINDAK, kita pasti akan mendapat hasilnya. Sama ada hasil yang memuaskan atau tidak, sekurang – kurangnya tindakan tersebut dapat menunjukkan keputusan berdasarkan usaha yang kita berikan. Tidak...
read more

Perancangan Tahun Baru 1431H & 2010

Alhamdulillah kini kita sudahpun berada di tahun baru Islam iaitu 1431-H dan manakala beberapa hari sahaja lagi, kita akan masuk pula ke tahun 2010. Sudahkah saudara/ri membuat perancangan untuk perjalanan di tahun baru ini? Jika sudi, kongsikan perancangan (misi & visi)  yang telah dibuat bersama – sama saya dan para pengunjung blog ini agar sama – sama kita mendapat manfaatnya. Malah, jika perancangan tersebut dikongsikan di sini, ia mungkin dapat memberikan sedikit semangat kepada saudara/ri untuk merealisasikan perancangan tersebut. Almaklumlah, dah kongsikan kepada umum ye...
read more

Keep Moving Forward

Antara “quotes” yang menjadi kegemaran saya adalah dari cerita Meet The Robinsons… Around here, however, we don’t look backwards for very long. We keep moving forward, opening up new doors and doing new things because we’re curious…… and curiosity keeps leading us down new paths… Cerita ini dah lama ditayangkan iaitu pada tahun 2007. Namun minggu lepas saya “tertonton” cerita ini di Disney Channel (kalau tak salah saya) untuk kali yang ketiga… Jika anda belum pernah menontonnya, saya syorkan anda dapatkan DVD dan tonton cerita ini. Ringkasnya...
read more

Kepentingan Self Improvement

Pengunjung blog yang dihormati, Apa khabar anda semua? Semoga sentiasa sihat sejahtera saya doakan. Al-maklumlah dengan pelbagai kes kesihatan sekarang ini terutama sekali H1N1 dan jerebu membuatkan kita perlu sentiasa berhati – hati serta menjaga diri. Saya seharusnya semalam, hari ini dan ahad ada seminar PPC Classroom di Singapore… Namun saya membatalkan niat saya untuk pergi ke sana kerana ingin mengambil langkah berjaga – jaga menghindari daripada kes H1N1 yang semakin “membuas”. Sama – sama kita berdoa mudah – mudahan kita dijauhi daripada terkena...
read more